Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Patutlah Ramai Himpunan Baju Merah Tu.. Felda Dah Angkut 10,000 Peneroka Rupanya..

Posted: 10 Nov 2015 07:30 AM PST


Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mendakwa seorang timbalan menteri di jabatan perdana menteri 'kantoi' apabila mengesahkan Felda bertanggungjawab menyelaraskan program Himpunan Warga Felda pada 16 September lalu, iaitu hari yang sama berlakunya perhimpunan Baju Merah di ibu negara.

Beliau berkata, berdasarkan jawapan kepada Parlimen baru-baru ini, keseluruhan peserta warga Felda yang menyertai program tersebut dianggarkan seramai 10,000 orang meliputi 10 wilayah Felda seluruh negara kecuali Sabah.

"Umum mengetahui 16 September 2015 adalah merupakan Himpunan Baju Merah. Adakah Himpunan Warga Felda sengaja dianjurkan pada hari yang sama untuk ramaikan Himpunan Baju Merah?

"Ini bermakna satu wilayah menghantar 1,000 orang dan ini juga menunjukkan bahawa seramai 10,000 orang warga Felda telah menyertai Himpunan Baju Merah baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan Felda telah menyelaraskan satu program komuniti Felda iaitu Himpunan Warga Felda bersempena sambutan hari Malaysia pada 16 September 2015, bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Menurut jawapannya, program tersebut telah disertai oleh semua NGO di dalam Felda termasuklah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), dan Kami Anak Felda (KAF).

Mengulas lanjut, Nie Ching selaku Penolong Setiausaha Publisiti DAP juga kesal apabila Felda terpaksa menanggung kos sehingga RM925,000 untuk menganjurkan program tersebut, sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk kepentingan awam dan bukannya untuk kepentingan politik pihak tertentu.

"Berdasarkan jawapan yang diberikan, tujuan himpunan tersebut adalah untuk melahirkan rasa cinta dan bersyukur atas nikmat yang diterima warga peneroka seiring dengan pembangunan negara.

"Apa yang disyukurkan oleh warga Felda seiring dengan pembangunan negara sebenarnya? Apa yang kita lihat, sebanyak 99.9 peratus daripada 94,219 warga Felda telah membeli 800 saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) dengan harga RM4.45 seunit pada 2012 dan kini tinggal RM1.93 seunit saja,"

Katanya lagi, warga Felda sepatutnya menganjur satu protes terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengakibatkan warga Felda kerugian sebanyak RM197 juta.

"Warga Felda perlu sedar dan marah akan pengurangan serta kejatuhan harga saham yang amat teruk ini, bukannya bersyukur," katanya lagi lapor Sinar Harian


Oh.. Anak Azmin dipanggil beri keterangan sejak September, bukan Julai

Posted: 10 Nov 2015 05:59 AM PST


Polis hari ini menjelaskan bahawa anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dipanggil memberi keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih sejak September lepas, bukannya Julai seperti yang dilaporkan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata kenyataannya yang dilaporkan media semalam, tidak seperti yang dimaksudkannya.

"Segala kekhilafan amatlah dikesali," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Tajudin dilaporkan Bernama semalam sebagai berkata anak lelaki Azmin dipanggil memberi keterangan kepada polis sejak Julai lepas, namun gagal berbuat demikian. – Bernama


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...