Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenapa YaPEIM Bayar Pemimpin Wanita UMNO, Suami Serta Anaknya RM81,700 Sebulan?

Posted: 11 Nov 2015 07:45 AM PST


Apa agaknya perasaan 588,930 orang penderma secara bulanan YaPEIM bila mengetahui sumbangan derma mereka digunakan untuk membayar gaji yang terlalu tinggi seorang pemimpin Wanita UMNO, Anaknya dan juga elaun kepada suami pemimpin wanita itu?

Jumlahnya bukan sedikit tapi secara keseluruhannya keluarga Wanita UMNO itu dikatakan menerima sekitar RM81,700 sebulan dari YaPEIM..

Sikit info mengenai YaPEIM..

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ditubuhkan pada 1976 untuk menjana dan menyokong kemajuan umat Islam dari aspek sosio-ekonomi secara kolektif.

Antara program teras yang dianjurkan YaPEIM adalah Program Mikro Kredit Ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang membantu golongan peniaga kecil-kecilan dari segi aliran tunai, Program Membangun Ilmu Pengurusan Islami yang merangkumi projek terjemahan buku-buku Arab ke Bahasa Melayu dan Program Kecemerlangan Komuniti yang termasuk usaha membantu anak yatim dan fakir miskin.

Tiga program teras lain adalah program membangunkan institusi Islam yang merangkumi pembinaan masjid-masjid untuk kegunaan komuniti setempat serta program pembangunan tanah wakaf dan pemangkin, iaitu program membantu mangsa bencana alam.

Dari segi sumber kewangan, YaPEIM menggalakkan individu dan institusi swasta menyumbang sama ada melalui skim potongan gaji atau skim korporat penyayang. Untuk penjawat awam misalnya, kemudahan potongan gaji boleh dibuat setiap bulan dengan potongan serendah RM5.

YaPEIM kutip derma untuk membina Masjid.. Najib kenakan GST pun sebab nak bina lebih banyak Masjid.. yang dok mintak derma kat medan selera-medan selera juga menjadikan nak bina Masjid sebagai alasan...

Baguslah kalau semua pakat minta derma untuk membina Masjid.. semoga Islam terus subur di negara kita ini..

Tapi masaalahnya sekarang ialah mengapa YaPEIM membayar terlalu tinggi kepada pemimpin Wanita UMNO Kelantan, Anaknya serta elaun buat Suaminya?

Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini sekali lagi mendedahkan kepincangan sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa, seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan serta keluarganya mempunyai 14 jawatan berbeza dalam yayasan itu, memperoleh pendapatan hampir RM81,700 sebulan.

Wanita Umno yang berada di kedudukan kedua tertinggi di yayasan tersebut menerima gaji dan elaun RM45,500 sebulan dengan memegang 7 jawatan, manakala anak lelakinya turut memegang jawatan sebagai pengarah, dan menerima gaji dan elaun bulanan RM31,200.

Bukan itu sahaja, suami wanita berkenaan turut dilantik menjadi fellow yayasan itu dengan dibayar elaun RM5,000 sebulan.

"(Maklumat) ini pun merupakan pendapatan tahun lepas. Tahun ini mungkin ada kenaikan.

"Perkara itu disahkan melalui surat elaun bulanan," kata Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang media itu, Akmal turut mendedahkan beberapa bukti dalam bentuk surat pengesahan elaun bulanan, carta organisasi yayasan dan surat tawaran lantikan jawatan.

NGO itu turut mendedahkan seorang lagi individu yang memegang 12 jawatan, termasuk berstatus presiden dan pengerusi, memperoleh pendapatan RM73,000 sebulan.

Justeru, NOW menggesa perkara tersebut diperjelaskan, memandangkan tugas mereka sepatutnya memantau pengurusan dan memastikan sumbangan derma orang ramai tidak disalah gunakan dan sampai kepada mereka yang layak menerima.

"Sebaliknya, mereka menjadi penerima sumbangan dan manfaat terbesar. Bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku?" soal Akmal.

Yayasan itu berada di bawah pengawasan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau setakat ini tidak memberi sebarang respons kepada panggilan dan mesej dari The Malaysian Insider bagi menjawab dakwaan dibuat NOW itu.

NOW akhir-akhir ini sering membongkar kegiatan rasuah oleh yayasan berkaitan kerajaan tersebut yang menerima sumbangan dari orang ramai dan juga geran kerajaan.

Awal minggu ini, NOW mendedahkan penglibatan yayasan itu dalam menyalurkan RM223,000, kononnya bagi program kemasyarakatan ketika pilihan raya kecil Rompin pada Mei tahun ini, tetapi sebaliknya ia disalurkan kepada seorang pemimpin Wanita Umno Kelantan.

Pemimpin Wanita Umno itu juga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyalahgunakan dana bantuan banjir yang diamanahkan kepada yayasan itu untuk mangsa banjir di Kelantan - The Malaysian Insider


Dah jadi macam harta mak bapak dia pulak YaPEIM tu.. main bedal ikut suka saja..




Tanah Runtuh Di Lebuhraya Karak

Posted: 11 Nov 2015 06:19 AM PST


Laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Karak terhalang dan sesak teruk akibat kejadian tanah runtuh.

"Ia berlaku di KM52.2 di Bukit Tinggi. Ia banjir lumpur. Jadi laluan di kedua-dua arah terhalang akibat tanah runtuh," kata juruhebah trafik Kumpulan Radio Star, Priscilla Patrick.

Buat masa ini, trafik menghala ke Kuala Lumpur terhalang sepanjang 3km dengan kesesakan sepanjang 1km menuju ke Bentong.

"Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai. Terdapat beberapa kereta yang terperangkap dalam insiden itu, jadi keadaan nampak teruk. Ia tidak akan dibersihkan sehingga tengah malam, saya fikir ia akan berterusan sehingga pagi," katanya.

Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh keluar di Bukit Tinggi atau Bentong atau menggunakan jalan utama untuk mengelak kesesakan.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang mengesahkan terdapat empat kenderaan terperangkap dalam insiden itu tetapi kesemua penumpang berjaya keluar menyelamatkan diri.

Kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

mStar juga melaporkan..

KUANTAN: Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan insiden tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi tidak melibatkan kehilangan nyawa.

"Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya.

Sementara itu, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.

Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.

Terdahulu, sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam Rabu.

Guan Eng! Hang Buat Projek Apa Kat Permatang Damar Laut Ni Haaa?

Posted: 11 Nov 2015 04:30 AM PST


Minggu lepas semasa makan tengahari di kedai makan yang terkenal dengan kari sembilangnya di tepi laut di Permatang Damar Laut.. ada juga yang bertanya kepada aku projek apa depa nak buat ni?

Tak jawab nanti orang kata aku sombong pulak.. aku pun bedal saja la apa yang terlintas dalam hati..

Aku kata projek cari gali minyak.. kah.. kah.. kah..

Sebab kalau diperhatikan dua pelantar yang didirikan entah untuk apa ditepi laut tu.. nak serupa dengan pelantar cari gali minyak..

Sebenarnya akupun tak tahu projek apa tu.. tak ada papan tanda untuk memaklumkan projek apa.. oleh siapa dan untuk siapa..

Jadi tak salah kalau CAP meminta Guan Eng untuk menjelaskan projek apa yang nak dibuat ditepi laut tu..

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kepada penduduk terutama nelayan di Permatang Damar Laut berhubung aktiviti dilakukan sebuah syarikat di kawasan itu. 
Presidennya S M Mohamed Idris berkata tinjauan pihaknya pada Oktober lepas, mendapati kerja mengukur, menanda kawasan dan menggali dasar laut di kawasan itu sedang dilakukan pekerja syarikat yang terlibat. 
"Kami ada bertanya kepada penduduk dan nelayan di situ tetapi mereka juga tidak mengetahui tujuan sebenar kerja berkenaan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Beliau berkata pihaknya juga mengemukakan pertanyaan berhubung projek itu kepada Pejabat Tanah Daerah Barat Daya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang serta exco kerajaan negeri untuk mengetahui projek yang mahu dilaksanakan di situ. 
"Apa yang CAP kesalkan ialah mereka langsung tidak tahu tentang projek berkenaan malah ada yang tidak memberi jawapan terhadap soalan yang CAP kemukakan," katanya. 
Idris berkata CAP mahu ketua menteri memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai jenis projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di kawasan berkenaan dan kesannya kepada penduduk setempat. 
"Kami mahu Lim yang juga exco hal ehwal tanah dan pembangunan tanah Pulau Pinang memberi penerangan tujuan kerja mengukur dan menggali dasar laut yang dilakukan di Permatang Damar Laut termasuk bukit dan hutan di Pantai Indah," katanya. 
Beliau berkata CAP bimbang jika projek tambak laut mahu dilaksanakan di kawasan berkenaan ia akan menjejaskan alam sekitar dan kehidupan 300 nelayan pantai yang bergantung hidup kepada sumber laut di kawasan itu. 
"CAP membantah keras jika projek tambak laut hendak dilaksanakan di sini dan menggesa projek itu dibatalkan segera," katanya. – Bernama




Isu Vape: Ismail Sabri Ni Cuba Nak Raih Populariti Ke?

Posted: 10 Nov 2015 10:00 PM PST


Betullah apa yang disuarakan oleh Blog Pro UMNO ni tentang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri yang galak bercakap tentang isu Vape sehari dua ini..

Tanggungjawabnya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membantu masyarakat luar bandar bukannya menyibuk dalam hal yang berkaitan Kementerian Kesihatan.

Sebagai Menteri dalam kerajaan, dia boleh meminta budi bicara pihak Kementerian Kesihatan dan Kabinet supaya menangguhkan tindakan terhadap peniaga vape sebelum satu peraturan yang khusus mengenainya dibuat dan dikuatkuasa.

Beliau tak perlu menyuarakan tidak puas hati secara terbuka sedangkan perkara itu boleh dbincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Kerja sendiri tak buat dia menyibuk mencampuri kerja orang pulak.. apa motifnya agaknya?

Nak meraih populariti atau sebab ada kaum kerabat dia yang turut membuka kedai vapor tapi dah diserbu Kementerian Kesihatan?

Baca ni..

Amat menghairankan melihat respon yang ditunjukkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Seri Ismail Sabri yang dilihat begitu bersungguh-sungguh memberikan komen beliau tentang isu penggunaan rokok elektronik atau vape akhir-akhir ini.

Pelbagai kenyataan dari beliau yang membela penggunaan vape yang mengandungi cecair nikotin turut menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, kerana ia melibatkan soal akta racun dan peraturan yang ditetapkan pihak kerajaan sebelum ini.

Pada pandangan penulis, selaku menteri di dalam kerajaan, mungkin beliau boleh meminta budi bicara pihak Kementerian Kesihatan dan kabinet supaya menangguhkan tindakan terhadap para peniaga vape sebelum satu peraturan yang khusus mengenainya dibuat dan dikuatkuasa.

Namun entah mengapa, penulis tidak mengerti apa tujuan sebenar beliau untuk membuat kenyataan 'menongkah arus'. Apakah untuk mengambil kesempatan untuk meraih populariti di sebalik isu yang sedang hangat, atau mahu meraih sokongan peribadi dari kalangan peniaga dan pengguna vape?

Kita semua sedia maklum bahawa bahan nikotin yang digunakan di dalam ramuan cecair vape itu adalah tertakluk di bawah Akta Racun, di mana pengedaran, penjualan mahupun penggunaannya adalah di bawah kawalan pihak berkuasa.

Apakah Ismail suka melihat pelanggaran undang-undang berlaku di negara kita semata-mata mahu meraih populariti untuk diri sendiri?

Pada pandangan penulis, Kementerian Kesihatan patut diberi peluang untuk menangani isu vape memandangkan ia adalah di bawah bidang kuasa kementerian tersebut. Tahulah mereka buat keputusan dan jika Ismail hendak beri komen, beliau boleh komen dalam mesyuarat kabinet, bukan?

Pada penulis, adalah lebih baik bagi Ismail Sabri memberikan tumpuan beliau terhadap rakyat di kawasan luar bandar. Sekiranya dihitung congak, pilihan raya umum mungkin akan berlaku di negara kita kurang dari tempoh 3 tahun dari sekarang.

Apakah Ismail pasti bahawa para penyokong Barisan Nasional dan rakyat di kawasan luar bandar sudah terjaga segala keperluan dan kebajikan mereka? Jangan sampai dibuktikan ada lagi golongan miskin tegar di luar bandar, mana Ismail hendak letak muka?

Bagaimana pula dengan bekalan air dan elektrik di kawasan luar bandar? Semua sudah ada bekalan air bersih dan terjamin? Bagaimana pula keadaan rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak? Semuanya sudah berpuas hati dengan khidmat yang Ismail beri? Janganlah pula terlalu asyik dengan 'telur penyu' sahaja…

Sehingga kini, apakah keadaan sosio-ekonomi para penduduk kampung yang dilihat masih jauh lagi jurang pendapatannya dengan penduduk bandar? Jika sekadar kaji selidik tapi tiada satu pun cadangan atau mekanisme berkesan untuk merapatkan jurang tersebut, tidak perlulah sibuk 'kacau' kementerian lain.



Bagaimana pula dengan "Low Yat 2"? Sudah wujudkah "Low Yat 2" yang diheboh-hebohkan Ismail sebelum ini? Jika ada, di mana premisnya? Berapa peniaga yang ada? Berapa ramai pula pengunjungnya? Berapa ramai pula Melayu yang sudah kaya raya kerana "Low Yat 2"?Adakah lebih gah dari Plaza Low Yat? Atau sekadar retorik politik semata-mata?

Silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Gaya Hidup Mewah Cukup Jadi Bukti Rasuah, Kata Dr Mahathir

Posted: 10 Nov 2015 07:31 PM PST


Mahkamah Malaysia perlu menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Negarawan bersara itu berkata, gaya hidup seperti memiliki banyak kereta mewah contohnya, merupakan satu petunjuk kepada rasuah, dan jika mahkamah mengambil tindakan berdasarkan itu saja, gejala rasuah akan berkurangan.

"Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya," kata Dr Mahathir dalam ucaptama pada Simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, seseorang yang rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu, kerana "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati".

"Malangnya, jika anda pergi ke mahkamah undang-undang, bukti seperti itu tidak cukup. Mahkamah mahu lihat orang tampil ke depan dan berkata, 'dia mengambil wang daripada saya'.

"Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

"Jika ini yang berlaku, akan kuranglah peluang mereka di tempat tinggi untuk menjadi rasuah," katanya lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...