Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Adnan Yaakob Kata Faktor Semulajadi Punca Banjir Lumpur Di Lebuhraya KL-Karak.. Betulke?.. Cuba Baca Laporan KOSMO ni..

Posted: 12 Nov 2015 08:30 AM PST


Menteri Besar Pahang tidak menafikan adanya aktiviti pembalakan berhampiran KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak tetapi berkata kejadian banjir lumpur di kawasan itu lewat petang semalam berpunca daripada faktor semulajadi.

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata aktiviti pembalakan bukanlah penyumbang utama banjir lumpur itu.

"Saya sudah minta Pengarah Jabatan Hutan siasat perkara ini dan (didapati) pembalakan bukan penyebab utama banjir lumpur. Ia berlaku disebabkan faktor semulajadi.

"Tapi saya tidak nafikan adanya aktiviti pembalakan di situ kerana ia agak jauh dari lokasi kejadian iaitu kira-kira 1.2 kilometer.

"Kegiatan pembalakan itu bukan atas sikap tamak sesiapa, ia adalah bagi memberi ruang kepada projek pembekalan kabel oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Ia telah dihentikan sementara sejak empat bulan lepas setelah dibantah penduduk sekitar," jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di pejabat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini, hari ini.

Turut hadir Setiusaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Adnan turut menegur segelintir pihak termasuk media yang menyebarkan berita dengan mendakwa banjir lumpur berlaku akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik.

"Kita menghargai peranan media sebagai pengimbang dalam pentadbiran kerajaan negeri tetapi setiap kenyataan yang dikeluarkan perlulah bersikap adil.

"Macam isu semalam (banjir lumpur), memang telah terbukti bukan disebabkan oleh pembalakan.

"Gambar fail yang diambil dari helikopter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan aktiviti pembalakan TNB terletak jauh dari kawasan kejadian dan ia berlaku sebab faktor semulajadi,"katanya lapor AstroAwani

Oh.. faktor semulajadi ya.. baca apa yang dilaporkan oleh media cetak sebelum tanah runtuh ini berlaku..

Faktor semula jadi kononnnn....



Zahid Cetus Kekecohan Di Bangladesh?

Posted: 12 Nov 2015 06:30 AM PST


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mencetuskan kekecohan di Bangladesh selepas beliau menangguhkan pemeteraian perjanjian dua hala untuk pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh oleh Malaysia.

Zahid berbuat demikian selepas menghantar surat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Guna Tenaga Kerja Luar Negara, Bangladesh dengan menegaskan bahawa "cadangan syarikat terpilih Malaysia" mesti dimasukkan ke dalam MOU.

"Saya dengan ini meminta Yang Berhormat supaya menggabungkan cadangan syarikat terpilih Malaysia dalam draf MOU yang sedang disediakan.

"Merujuk perkara di atas, sila abaikan semua rancangan awal yang dibuat sebelum ini, sehingga ini dimuktamadkan," kata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam surat bertarikh 6 November.

Beliau tidak menyatakan nama syarikat yang dimaksudkannya tetapi dipercayai bahawa syarikat berkenaan adalah Synerflux.

Pada 21 September lalu, Wisma Putra, dalam surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Synerflux dilantik sebagai "entiti tunggal dan eksklusif" untuk menjalankan sistem pengurusan berpusat bagi pengambilan pekerja Bangladesh.

Bulan lalu, Zahid dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan kementeriannya "memilih Synerflux selepas menilai cadangan dan perbincangan awal dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen, berdasarkan konsep pengambilan pekerja Bangladesh melalui dalam talian".

Kaitan Bestinet dan Synerflux

Isu itu menjadi tajuk utama apabila firma - Real Time Networking - milik adik Zahid, Abdul Hakim Hamidi dilaporkan adalah antara mereka dalam perbincangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut di mana setiap pekerja yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM3,000.

Zahid kemudian memberitahu Dewan Rakyat bahawa syarikat adiknya tidak akan dilantik.

Sistem pengurusan pengambilan pekerja asing dalam talian sebelum ini disediakan oleh Bestinet, tetapi khidmat firma itu digantung selepas ejen dalam dan luar negara mengadu tentang yuran tinggi yang dikenakan.

Semakan Malaysiakini, bagaimanapun, mendapati Synerflux dikaitkan dengan Bestinet, melalui firma lain iaitu JR Joint Resources.

Pengarah Bestinet termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Azmi Khalid dan bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Tengku Omar Tengku Bot.

Tengku Omar juga adalah pengarah di JR Joint Resources, syarikat di mana pengarah Synerflux Nor Alizat Pungot berkhidmat.

Malaysiakini telah menghubungi Synerflux, JR Joint Resources dan Bestinet untuk mendapatkan komen mereka.



“Ya, saya pernah jadi calon UMNO PRU12 dan ketua Pemuda UMNO " Akui Peguam Negara

Posted: 12 Nov 2015 02:13 AM PST


Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengakui menjadi calon bagi Umno dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1990, tetapi menafikan ia mempengaruhi peranannya sebagai peguam negara pada masa ini. 

"Ya, saya pernah jadi calon tetapi semua orang perlu diingatkan setiap suruhanjaya kehakiman, hakim mahkamah tinggi, hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan perlu angkat sumpah untuk menegakkan undang-undang.

"Jadi berat sebelah apa yang mereka cakap ini?," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana Datuk Ariff Yussof, yang bertanding atas tiket PAS dalam PRU pada 2004, kemudiannya dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2008.

Apandi berkata beliau sendiri dilantik sebagai suruhanjaya kehakiman pada 20013, iaitu 13 tahun selepas bertanding dalam PRU pada 1990 itu.

Peguam negara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan beliau bertanding sebagai calon Umno pada 1990.

Apandi kemudian ketika menjadi hakim bagi satu kes di Mahkamah Tinggi Kelantan, diminta memberi respons terhadap permohonan melucutkan kelayakannya mendengar kes itu dengan alasan beliau akan berat sebelah.

"Saya menjadi calon untuk Umno pada PRU 1990 adalah situasi yang sudah lama, 14 tahun lalu," tulis Apandi, ketika menolak permohonan berkenaan pada 18 April, 2004.

Dalam temubual eksklusif dengan The Malaysian Insider yang disiarkan pada Selasa, Apandi menafikan beliau pernah memegang jawatan bendahari Umno Kelantan, meskipun pelbagai laporan menyatakan sebaliknya.

Apandi berkata jawatan rasmi tertinggi dipegangnya ialah ketua Pemuda Umno di bahagian Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tetapi bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu dengan cepat berkata jawatannya dalam Umno "tiada apa-apa" dan tidak ada kaitan dengan jawatankuasa penerangan negeri.

Beliau juga dikenali sebagai "penasihat undang-undang" Umno kerana mengendalikan petisyen pilihan raya parti itu selepas PRU pada 1982.

Tetapi, dalam Perlembagaan parti, tidak wujud jawatan penasihat undang-undang, kata Apandi.

Walaupun ada yang berkata tanpa memegang jawatan, tempoh yang lama dalam Umno akan menyebabkan beliau terhutang budi kepada parti itu, Apandi berpendapat sebaliknya.

Beliau berkata, beliau menghabiskan lebih banyak masa di Majlis Peguam; 12 tahun, berbanding 9 tahun dalam Umno.

"Saya jadi mangsa tanggapan salah kerana setahu saya, tempoh singkat salam dalam Umno – jelasnya saya tidak memegang sebarang jawatan tinggi – digunakan (terhadap saya) untuk mengatakan saya orang Umno dan sebagainya.

"Tetapi, sebaliknya, saya lebih aktif dalam Majlis Peguam," katanya.



Pembalakan Punca Tanah Runtuh Di Karak?

Posted: 12 Nov 2015 12:11 AM PST


Tanah runtuh yang berlaku di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran kawasan Lentang-Bukit Tinggi dipercayai berpunca daripada kegiatan pembalakan tidak terkawal di kawasan Hutan Lipur Lentang.

Kebimbangan itu sebelum ini pernah disuarakan Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil apabila melihat kegiatan pembalakan tidak terkawal berlaku di hutan itu ekoran projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng Negeri Sembilan.

Tindakan juga dilakukan termasuk menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri selain masalah turut disiarkan di media massa, namun tindakan penguatkuasaan masih longgar menyebabkan pihak yang berkenaan rakus mencabul hutan yang menjadi antara kawasan utama tadahan air di negeri.

"Kerja pembukaan hutan difahamkan bermula sejak akhir Oktober 2013 dan selepas itu, pihak yang berkenaan dengan rakus meneroka hutan di kawasan Hutan Lipur Lentang atas nama pembangunan walaupun ia terletak luar daripada jajarannya.

"Apabila kita mendapat tahu hal ini, Peka menghantar surat secara rasmi kepada kerajaan negeri pada 20 Januari tahun lepas termasuk melahirkan kebimbangan tentang kesan perbuatan tersebut," katanya semalam.

Sabrina berkata, walaupun beberapa siri bantahan dilakukan, namun kegiatan itu masih rancak berlaku menyebabkan hutan semakin gondol sekaligus menjadi antara punca kejadian tanah runtuh yang berlaku petang semalam.

Katanya hujan lebat dan tanah runtuh yang berlaku 6.30 petang semalam turut mengakibatkan kawasan Tanah Aina Fareena dilanda banjir setinggi lebih 1 meter dan ia merupakan kejadian pertama sejak kawasan eko-pelancongan seluas 3 hektar itu dibuka 12 tahun lepas.

Sabrina meminta kerajaan negeri dan pihak berkuasa memandang serius hal ini dan mengambil tindakan drastik menghentikan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal itu untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku termasuk mengakibatkan kehilangan nyawa lapor The Malaysian Insider



Skandal YaPEIM: Jamil Khir Kat Mana?.. Kenapa Membisu?

Posted: 11 Nov 2015 09:30 PM PST


Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dilantik Perdana Menteri atas nasihat Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengarah Pusat Pemantauan dan pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir berkata, ia berdasarkan surat yang dihantar Jamil kepada Pengerusi dan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Abd Malek Awang Kechil.

Surat itu memaklumkan persetujuan Perdana Menteri melantik Abd Malek ke jawatan itu bagi tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2016.

Jamil turut melampirkan suratnya kepada Perdana Menteri mengenai senarai penuh cadangannya bagi jawatan Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM termasuk timbalan pengerusinya, Datuk Hajah Siti Zaleha Hussin.

Semalam, Akmal mendedahkan Abd Malek bersama Siti Zaleha dan keluarganya memperolehi pendapatan RM2 juta setahun menerusi 26 jawatan yang disandang mereka dalam YaPEIM.

Justeru, Akmal mempersoalkan sama ada Jamil selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyedari kemungkinan pecah amanah dan salahgunakuasa dalam yayasan itu.

"Adakah Datuk Seri Jamil Khir Baharom sedia mengaku kemungkinan berlakunya pecah amanah, ketirisan dan salah guna kedudukan di agensi YaPEIM sedangkan beliau merupakan Menteri yang bertanggungjawab dan keseluruhan Lembaga Pemegang Amanah dilantik atas nasihat beliau?

"Adakah beliau berani mendesak Datuk Seri Najib Razak memecat kedua-kedua individu tersebut dan ahli keluarga mereka daripada semua jawatan di YaPEIM termasuk kedudukan mereka dalam Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM untuk menghentikan ketirisan yang berlaku di agensi berkenaan?

"Atau adakah beliau turut menerima manfaat daripada YaPEIM sedangkan sepatutnya sumbangan derma orang ramai kepada YaPEIM melalui potongan gaji bulanan diuruskan untuk tujuan amal jariah dan membantu orang yang dalam kesusahan?," soalnya dalam kenyataan media.

Akmal dalam sidang media semalam mendakwa Abd Malek meraih pendapatan sehingga RM73,000 sebulan dengan memegang 11 jawatan.

Manakala timbalannya, Siti Zaleha pula meraih RM45,000 sebulan dan mendapat 7 elaun dari jawatan yang disandangnya.

Jawatan-jawatan itu disandang menerusi 6 institusi milik penuh YaPEIM beserta 2 anak syarikat dan 6 institusi di bawah kawalannya beserta 3 anak syarikat.

Akmal juga mendedahkan keluarga Zaleha mendapat manfaat paling besar apabila suami dan anaknya turut mendapat gaji dan elaun dari 26 jawatan yang disandang mereka lapor Keadilan Daily



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...