Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jamil Khir Jawab Tuduhan Salah Guna Wang Anak Yatim

Posted: 13 Nov 2015 06:30 AM PST


Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan tuduhan beliau menggunakan wang anak yatim dan orang miskin untuk bersuka ria di Amerika Syarikat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi kenyataan media lewat petang Jumaat berkata, dakwaan oleh Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir, itu adalah kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

"Dakwaan kononnya program saya di AS bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim adalah fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang menggelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya," katanya.

Beliau menjelaskan,/kunjungan pada 21 hingga 29 Mei 2014 itu bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi-agensi di bawah seliaan YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di AS dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game.

"Melalui strategi penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh AS dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.

"Program-program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi kenegaraan dan keusahawanan; simposium perdana perkahwinan kekeluargaan, pengurusan dan isu-isu semasa negara.

"Selain, kursus pra perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi syarat perkahwinan JAWI; kelas pengajian untuk isteri-isteri dan kakitangan wanita kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, program dan pertemuan itu melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di Indianapolis dan Washington DC, AS.

"Bersempena dengan perasmian Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis.

"Ia termasuklah acara golf yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington yang saya turut terlibat bersama Duta dan kakitangan kedutaan" jelasnya.

Katanya lagi, sudah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawabnya.

Ujarnya, segala perjalanan dan kegiatan rasmi beliau ditanggung oleh agensi berkenaan serta telah mengikuti polisi dan tatacara kewangan agensi yang berkaitan.

"Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

"Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya," tegasnya.

Sehubungan itu, Jamil Khir menuntut Akmal Nasir dan portal berita The Malaysian Insider menarik semula segala dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam.

"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," katanya lapor Free Malaysia Today


Amboi.. Boleh Gaduh Pemuda Amanah Dengan AMK Kalau Baca Tajuk Laporan Malaysiakini Ni...

Posted: 13 Nov 2015 04:30 AM PST


Kalau sekadar melihat dan hanya membaca tajuk laporan Malaysiakini ini mahu bergaduh riuh rendah budak-budak AMK dan Pemuda AMANAH.

Mana tak bergaduhnya.. 'Kurang Bijak' tu ayat yang sopan bagi perkataan 'Bodoh'.. jadi tajuknya boleh juga dijadikan sebagai 'AMK tegur Pemuda AMANAH 'bodoh'.. he.. he..

Dan dalam beberapa Group WhatsApp dah ada yang berperang sebab baca tajuk laporan saja.. isinya tak baca pun..

Hakikatnya bila aku tanya Dr Afif yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMK dia jawab " Aku tak kata macamtu pun.."

"Aku cakap.. kita kena bina kekuatan baru yang lebih besar untuk melawan UMNO, Rakyat tak peduli masalah dalaman kita"

"Rakyat nak kita bersatu melawan UMNO" katanya..

Dan bila aku semak laporan Malaysiakini..  tak ada pun Dr. Afiff sound Pemuda AMANAH macam tu..

Baca ni...

Tindakan Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya tidak mengamalkan politik eskapisme serta mengetepikan PAS bukan tindakan yang bijak, kata Dr Afif Bahardin. 
Dr Afif yang juga Timbalan Ketua Pemuda AMK berkata, kenyataan berkenaan tidak selaras dengan "strategi dan usaha utama" bagi menggabungkan semua parti pembangkang untuk menghadapi "rejim diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak". 
Katanya, pada hakikatnya rakyat meletakkan harapan tinggi kepada gerakan pembangkang untuk membawa perubahan, selain memastikan Najib dapat dikalahkan supaya reformasi menyeluruh dalam sistem negara dapat terlaksana. 
"Mengapa perlu berada dalam situasi sekarang dengan kita terus mempersoalkan sama ada kita perlu bersama dengan PAS atau tidak? 
"Kita perlu berfikir sebagai satu pasukan," katanya kepada Malaysiakini. 
Semalam Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin meminta Azmin yang juga Menteri Besar Selangor supaya "berpijak pada realiti semasa" di negeri itu dan tidak mengelak daripada membincangkan format baru gagasan politik. 
Kata Shazni Munir pendekatan Azmin ketika ini dilihat seperti suatu eskapisme dan ia hanya menyebabkan orang ramai berasa sangsi kepada ketulusan politik ADUN Bukit Antarabangsa itu. 
"Azmin juga memerlukan sokongan parti lain untuk menyelesaikan beberapa perkara yang membayangi pentadbiran beliau sehingga kini. 
"Dalam kemelut polisi yang tidak disudahkan dengan baik oleh beliau, Azmin memerlukan kawan yang boleh membantu, bukan meramaikan seteru," katanya. 
Terdahulu beberapa pimpinan tertinggi AMANAH mengadakan pertemuan dengan Azmin di pejabatnya namun pertemuan itu disifatkan hanya sekadar "kunjungan hormat". 
Menurut Dr Afif, pendekatan inklusif juga diambil oleh ramai pemimpin parti dan sudah ditegaskan oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
"Kita perlu faham majoriti rakyat tidak pedulikan perbezaan dalaman kita. Justeru adalah baik untuk semua pihak - walaupun sesiapa asalkan komited kepada reformasi - bersatu menyertai gerakan perubahan ini," katanya.


Cuma wartawan Malaysiakini yang buat kesimpulan macam tu..


NOW Dakwa Seorang Menteri Guna RM410,978 Dana YaPEIM Untuk Ke Amerika Syarikat, Main Golf Dan Shopping?

Posted: 12 Nov 2015 11:11 PM PST


National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendedahkan seorang Menteri telah menggunakan RM410,978.56 wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Pengarahnya, Akmal Nasir berkata, Menteri tersebut dan isterinya telah menggunakan wang anak yatim dan miskin untuk membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli-belah.

Perjalanan ke Amerika Syarikat itu dikatakan dibuat pada 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 itu untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM..

Antara bayaran yang dibuat oleh YaPEIM adalah sebanyak RM274,493.10 untuk kos penerbangan pergi dan balik Menteri itu dan isterinya ke Amerika Syarikat.

Selain, majlis keraian menteri termasuk bermain golf berjumlah RM1,658.96 dan sebanyak RM3,200.72 digunakan untuk cenderahati menteri.

Persoalannya di sini ialah bagaimana yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti menteri...

Berikut adalah laporan dari The Malaysian Insider

Selepas beberapa kontroversi dalam pentadbiran sebuah yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini mendedahkan, pihak berkenaan turut menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS). 
Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa satu rombongan diadakan 21 Mei hingga 29 Mei 2014, melawat bandar Washington DC, Minnesota dan Iowa. 
Beliau memberitahu satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini, pembayaran lawatan menteri dan rombongannya itu dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim). 
"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya. 
Akmal mendedahkan jumlah keseluruhan perbelanjaan diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perbelanjaan menteri bersama isteri serta rombongan itu dianggarkan RM410,978.56.

RM410,978.56 tu kalaulah diberi seorang RM5,000 kepada orang-orang Islam untuk membantu memulakan perniagaan kecil-kecilan.. sekurang-kurangnya 80 orang Islam boleh dibantu..

Lebih baik diberi begitu saja kepada 80 orang Islam itu dari dibiarkan dikedarah oleh seorang Menteri dan bininya...

Sekurang-kurangnya ia menepati matlamat penubuhan YaPEIM tu...



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...