Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


RM300,000 Sumbangan Penaja Untuk Program UMNO Lesap, Veteran UMNO Lapor SPRM..

Posted: 14 Nov 2015 07:00 AM PST


Menurut laporan The Star Online, seorang ahli UMNO membuat laporan kepada SPRM berikutan RM300,000 sumbangan penaja untuk menganjurkan program tahun lalu lesap..

Ahli UMNO itu yang mendakwa drinya sebagai Pegawai Publisiti Veteran UMNO Wilayah Persekutuan, Abdul Rahim Haroon berkata, penaja telah menyumbang wang itu kepada UMNO bahagian menerusi sebuah yayasan.

Bagaimanapun sudah lebih dari satu tahun, dana tersebut tidak sampai kepada mereka.. dalam lain ayat dah kena songlap..

"Dana itu sepatutnya diberikan kepada Veteran UMNO Wilayah Persekutuan untuk kita menganjurkan program pada 10 Mei tahun lalu.

"Bagaimanapun, yayasan berkenaan tidak pernah memberikan kami dana itu sehingga sekarang.

"Kami terpaksa menggunakan wang sendiri untuk menanggung kos penganjuran program termasuk kos penginapan, makanan dan pengangkutan," katanya di luar Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

PUTRAJAYA: A veteran Umno member has lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) claiming that some RM300,000 meant for a veteran's gathering last year was misused.

Federal Territories Veteran Umno publicity officer Abdul Rahim Haroon said a sponsor had contributed the amount to the division through a foundation.

"The funds were supposed to be given to the Umno Federal Territories Veteran wing so that we could organise the gathering on May 10 last year.

"However, the foundation never gave us the funds until now.

"We had to fork out our personal funds to hold the gathering, including for accommodation, food and travel," Abdul Rahim told reporters outside the MACC headquarters here.

Urging the authorities to investigate the matter, Abdul Rahim said: "If there are indeed elements of misappropriation or breach of trust, we want those involved to be brought to justice."

Abdul Rahim, who was met by an official from MACC's Record Management and Information Technology Division, said a police report was lodged over the matter on Sept 9.

Dari kepala sampailah ke ekor.. sama saja perangai depa ni, pantang nampak duit.. halal haram ditolak ke tepi.. yang penting tembolok sendiri diisi..

Tapi yang hairannya.. masih ada yang nak sokong bermati-matian.. bodoh betul mereka itu..


Jawatan Menteri Agama Dan JAKIM Perlu Dimansuhkan - Ahli UMNO

Posted: 14 Nov 2015 04:30 AM PST


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak berperlembagaan dan Putrajaya tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam, kata seorang ahli akar umbi Umno, mengulas perdebatan yang berlangsung ketika ini mengenai kerelevanan pihak berkuasa agama itu.

Bekas setiausaha bahagian Bandar Tun Razak Barisan Nasional (BN) Zaharin Mohd Yasin berkata, atas dasar ini, beliau menyokong saranan anak bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail, supaya Jakim dimansuhkan.

Katanya kedudukan "menteri yang bertanggungjawab hal ehwal agama", yang kini dipegang Datuk Seri Jamil Khir Baharom, juga perlu dihapuskan.

"Saya setuju Jakim perlu dimansuhkan. Ia bertentangan dengan Perlembagaan, yang menyatakan agama perlu berada di bawah bidang kuasa tunggal setiap pemerintah negeri.

"Kerajaan pusat tidak perlu terlibat langsung dalam Islam atau pengurusannya. Ia tidak berperlembagaan dan akhirnya, mereka hanya akan mempolitikkan agama. Ia perlu berada di bawah Majlis Raja-Raja sahaja.

"Walaupun sekiranya DAP memerintah Malaysia satu hari nanti, dan ia membubarkan Jakim, tidak mengapa – tindakan itu selaras Perlembagaan," kata Zaharin, yang lebih dikenali dengan nama pena Sang Kelembai.

Beliau berkata, pihak berkuasa bertindak salah apabila memetik Perkara 3(1) daripada Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan sebagai bukti kewujudan Jakim adalah mengikut undang-undang.

Katanya, Perkara 3(1) yang menyatakan Islam adalah agama persekutuan, hanya bermaksud Islam mesti diutamakan (didahulukan) berbanding agama-agama lain di Malaysia.

Ia tidak bermakna kerajaan persekutuan mempunyai sebarang kuasa ke atas Islam, kata Zaharin, yang menyifatkan dirinya sebagai seorang penganalisis politik pro-BN.

Katanya, Perkara 3(11), yang menyentuh mengenai hak setiap kumpulan agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, adalah berkaitan hak orang bukan Islam.

"Malah Yang di-Pertuan Agong sekalipun tidak berhak bercakap mengenai Islam bagi pihak seluruh negara, kecuali setiap pemerintah negeri membenarkan beliau berbuat demikian," kata Zaharin, memetik Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Zaharin berkata, jika Putrajaya berkeras meneruskan kewujudan Jakim, ia perlu diletakkan secara langsung di bawah Majlis Raja-Raja dan tidak dipolitikkan.

"Kerajaan persekutuan seharusnya tidak mempunyai peranan dalam Jakim atau Islam," katanya.

Pada Selasa, Zaharin menulis di Facebook, mempersoalkan bagaimana cadangan Tawfik supaya Jakim dimansuhkan mungkin boleh disalah anggap sebagai menghina Perlembagaan Persekutuan.

"Perlembagaan Persekutuan hanya meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Dan kerajaan persekutuan tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal Islam.

"Dan Jakim sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan kerana hal ehwal agama Islam adalah di bawah (bidang kuasa) kerajaan negeri," kata Zaharin .

Beliau berkata, atas sebab yang dikatakannya itu, Jakim tidak dapat merangka undang-undang Islam yang seragam untuk seluruh negara.

Tawfik, anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman, dikritik kerana membuat cadangan supaya Jakim dimansuhkan dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kehidupan umat Islam di Malaysia, dan tidak juga boleh menetapkan bagaimana mereka harus mengamalkan kepercayaan mereka.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, jabatan itu masih sangat relevan lapor The Malaysian Insider


NOW Tidak Akan Minta Maaf Dari Jamil Khir

Posted: 13 Nov 2015 11:59 PM PST


Semalam Jamil Khir memberi tempoh selama 24 kepada Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir untuk meminta maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mengaitkan beliau dengan dakwaan salah guna wang YaPEIM.

Akmal sebelum itu mendakwa ada menteri menyalahgunakan duit untuk anak yatim dan miskin bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah.

Dalam kenyataannya juga Jamil Khir telah mengakui ke Amerika Syarikat pada tarikh yang disebutkan NOW kata Jamil itu tugas dan tanggungjawabnya sebagai Menteri..

Sila baca kenyataan Jamil Khir itu di ( SINI )

Hari ini dalam satu sidang media di pejabat NOW di Sungai Besi, Akmal menegaskan tidak akan minta maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya "Daripada bukti yang dikemukakan dan kenyataan beliau semalam, beliau yang gunakan wang tersebut, bukan saya. Jadi kenapa saya yang perlu minta maaf?

"Saya rasa persoalan itu (meminta maaf) tidak timbul untuk saya. Saya tidak minta maaflah. Saya nak minta maaf untuk apa?"

Dan membangkitkan soalan..Jika benar lawatan Jamil Khir ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai menteri, mengapakah perbelanjaan tersebut dibiayai YaPEIM? 

Berikut adalah laporannya..

KUALA LUMPUR: Pengarah National Oversight Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir bertegas tidak akan memohon maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ia ekoran pendedahan NOW yang mendakwa beliau menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk tujuan bersuka-ria termasuk bermain golf di Amerika Syarikat.

"Bukan saya yang ambil duit YaPEIM. Kita hanya minta dia jelaskan sebab beliau menggunakan duit yayasan. Saya tidak akan minta maaf," kata Akmal Nasir dalam satu sidang media di Ibu Pejabat NOW pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata, tidak gentar sekiranya Jamil Khir membawa isu wang YaPEIM ke mahkamah kerana rakyat berhak tahu sebab duit anak yatim dan miskin digunakan bagi membiayai perjalanan Jamil Khir ke Amerika Syarikat.

"Itu hak dia (Jamil Khir) untuk membawa isu ini ke mahkamah. Bahkan, rakyat juga berhak tahu, mengapakah wang Yayasan Pembangunan Anak Yatim Miskin (PEMANGKIN) digunakan," ujarnya lagi.

Jelasnya, Jamil Khir sepatutnya menggunakan wang yang diperuntukkan kepada beliau atas kapasiti seorang menteri kabinet dan bukannya wang yayasan.

"Jika benar lawatan Jamil Khir ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai menteri, mengapakah perbelanjaan tersebut dibiayai YaPEIM?" soalnya.

Mengambil maklum kenyataan media yang dibuat Jamil Khir pada Jumaat, Akmal juga menyatakan menteri tersebut tidak menafikan kebenaran dan bukti atau dokumen yang beliau kemukakan sebelum ini.

"Jamil tidak menjawab isu pokok iaitu sama ada wang YaPEIM melalaui PEMANGKIN telah digunakan untuk membiayai lawatan beliau ke Amerika Syarikat.

"Malah, dalam kenyataan Jamil, beliau mengesahkan sememangnya telah pergi ke Amerika Syarikat bagi tempoh 21 hingga 29 Mei 2014 dengan alasan sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri," ujarnya lapor Free Malaysia Today

Rasanyalah.. hari Selasa ni Jamil Khir samanlah NOW ni..


Pengganti saya sedang dipilih - Zeti Aziz

Posted: 13 Nov 2015 07:00 PM PST


Proses pemilihan pengganti bagi Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedang dijalankan dengan lancar dan teliti.

Menurut Tan Sri Zeti, rakyat tidak perlu khuatir kerana beliau yakin terdapat banyak calon di negara ini yang layak menggantinya menerajui bank pusat.

Menurut Zeti terdapat proses terperinci yang perlu dilalui dalam pelantikan gabenor baru bagi bank pusat.

Proses ini sedang dikendalikan oleh salah satu dari tiga cabang jawatankuasa lembaga pengarah Bank Negara iaitu jawatankuasa tadbir urus.

Tambah beliau tidak wujud sebarang keraguan kerana proses pelantikan gabenor baru juga dikawal selia oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009.

"Semuanya dinyatakan dengan jelas dalam akta kami, Akta Bank Negara Malaysia 2009," kata Zeti di sidang media pengumuman perkembangan ekonomi dan kewangan Malaysia untuk suku ketiga 2015.

Menurut beliau Akta Bank Negara Malaysia 2009 menekankan bahawa seorang gabenor mesti mempunyai latar belakang dan kelayakan tertentu.

"Jadi jawatankuasa ini sedang membuat proses penilaian terhadap semua nama calon-calon yang berpotensi menjadi gabenor," katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat beberapa individu yang sudah dicalonkan sebelum ini namun ditolak oleh jawatankuasa tersebut.

Kata beliau, ini membuktikan ketegasan jawatankuasa tersebut dalam memilih calon yang tepat.

"Satu atau dua orang individu yang kami calonkan sebelum ini juga ditolak oleh mereka kerana mereka mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat yang mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Negara. Jadi ini bermakna mereka menjalankan fungsi mereka dengan sangat serius dan tegas," tambah beliau.

Bagaimanapun Zeti mencadangkan keputusan dibuat sekurang-kurangnya menjelang Januari tahun depan bagi memastikan semua serahan tugas berjalan lancar.

Tambah Zeti, Bank Negara mempunyai pelan penggantian bagi lima peringkat ke bawah yang mencerminkan keteguhan struktur dan operasi bank pusat lapor AstroAwani


TM Akan Caj RM5 Setaip Bil Dicetak Tahun Depan?

Posted: 13 Nov 2015 04:30 PM PST


Telekom Malaysia (TM) didakwa tidak berlaku adil kepada pelanggannya apabila memutuskan untuk mengenakan bayaran RM5 bagi setiap bil TM bercetak bermula Januari 2016.

Malah, ia dilihat satu tindakan untuk mengaut keuntungan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata keputusan tersebut amat merugikan golongan warga emas kerana kumpulan umur ini biasanya tidak lagi bekerja dan bergantung kepada simpanan, pencen atau anak-anak mereka bagi sokongan kewangan.

Kata SM Mohamed, bayaran RM5 sebulan bersamaan tambahan RM60 yang terpaksa mereka serahkan kepada TM setiap tahun.

"Jika mereka dalam kumpulan usia yang tahu menggunakan teknologi moden, mungkin mereka mengalami halangan dalam bidang lain.

"Contohnya, mereka yang berada dalam kumpulan yang berpendapatan rendah atau mereka yang tinggal di kawasan luar bandar berkemungkinan tidak mempunyai kemudahan untuk memeriksa bil TM mereka secara atas talian," katanya dalam kenyataan hari ini.

SM Mohamed juga mempertikaikan caj RM5 sebulan bagi bil bercetak dilihat terlalu tinggi.

"Kosnya hanya sekitar RM0.60 untuk menghantar beberapa keping kertas dan tidak begitu banyak untuk mencetak bil.

"Ia kelihatan seperti cadangan TM untuk mengenakan bayaran untuk bil bercetak pada Januari tahun depan hanyalah satu tindakan untuk mengaut keuntungan.

"Ketika kita sedang bergerak ke arah kemajuan teknologi dan era mesra alam sekitar, kita boleh menggalakkan orang ramai untuk menerima dan mengamal pandangan ini tetapi tidak seharusnya kita memaksa mereka untuk menerimanya," jelasnya.

Menurutnya lagi, beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menghentikan rancangan TM serta tidak membenarkan TM untuk terus memonopoli pasaran talian tetap.

"Bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang tidak berapa baik, hakikat bahawa mereka cuba untuk mengambil kesempatan daripada pelanggan mereka dengan taktik seperti ini amat mengecewakan dan memberangkan.

"Memandangkan TM enggan untuk memperbaiki perkhidmatannya walaupun banyak aduan yang diterima terhadap mereka, pasaran perlu dibuka bagi membolehkan syarikat lain menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu berbanding TM.

"Persaingan amat penting. Tanpanya kita akan mendapat syarikat seperti TM yang merasakan bahawa mereka akan terus menyediakan perkhidmatan yang menyedihkan tetapi masih terus mengambil wang hasil titik peluh pelanggan mereka," katanya lapor The Rakyat Post


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...