Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PAS Permatang Pauh Putuskan Hubungan Dengan ADUN PAS Permatang Pasir, YB Salleh Man..

Posted: 15 Nov 2015 07:30 AM PST


Pada 2 November lalu Adun tunggal Pas di Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man telah menyatakan sokongannya secara terbuka dan berterusan terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Adun Permatang Pasir itu turut menyokong dan akan terus membela Ketua Menteri, Lim Guan Eng atas semangat kerjasama dalam pakatan itu.

"Kemenangan saya adalah atas semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

"Oleh itu, saya akan terus berkhidmat dengan baik sebagai wakil rakyat di Dun Permatang Pasir dan mendoakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Pakatan Harapan lebih maju," katanya pada sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar.

Kenyataannya itu jelas bertentangan dengan pendirian PAS Pusat yang tidak mengiktiraf Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Rentetan dari itu, hari ini PAS Kawasan Permatang Pauh  yang telah bermesyuarat pada 9hb November 2015 telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Salleh Man..


Aku hormat pendirian PAS Kawasan Permatang Pauh itu..

Ada yang kata kat Salleh Man tu "Haaaa.. dia nak 'play save' sangat.. ambik habuan.. PRU14 jangan harap nak jadi calon PAS dah...."

Jamil Khir Akan Saman NOW Khamis Ini?.. Dan Ini Pesanan Dari Blogger UMNO..

Posted: 15 Nov 2015 05:00 AM PST


Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi tempoh 2 hari kepada Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir untuk menarik kembali kenyataan dan meminta maaf kepadanya berhubung tuduhan salah guna wang anak yatim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya ketua penerangan PKR Johor Baru itu gagal berbuat demikian, maka peguamnya akan menghantar surat saman selewat-lewatnya Khamis depan.

Hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini bagi membuat laporan polis, Jamil mendakwa Akmal membuat pertuduhan peribadi yang bersifat jahat terhadapnya.

"Tuduhan ini amat serius saya memandang ia menjatuhkan kredibiliti dan integriti saya selaku menteri di jabatan perdana menteri.

"Dan saya mengadakan laporan polis serta mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang kepada pengarah NOW yang menujukan fitnah jahat dan tuduhan yang amat keji terhadap saya selaku menteri," katanya kepada pemberita di hadapan IPD Putrajaya hari ini.

Laporan polis dan tindakan undang-undang itu sebagai reaksi Jamil terhadap Akmal yang mendakwa berlakunya salah guna wang anak yatim di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) sebanyak setengah juta dalam lawatan luar negara dan rombongannya tahun lepas.

"Saya akan jawab di mahkamah segalanya, jadi saya akan jumpa kamu di mahkamah," katanya merujuk kepada Akmal.

Akmal sebelum ini pada sidang medianya mendedahkan Yapeim menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya serta rombongannya di Amerika Syarikat (AS) pada Mei 2014.

Beliau mendakwa, walaupun program itu bertujuan untuk "pemantapan dan pemerkasaan" Kelab Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (Santun) Yapeim, namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah.

Katanya, rombongan menteri terbabit turut bermain golf dan mengunjungi pusat beli-belah "upscale outlet" barangan berjenama yang terletak di Washington sebanyak 4 kali.

Apabila ditanya apakah beliau bersedia menerangkan penggunaan salah guna wang terhadap pencarum Yapeim sepertimana dituntut Akmal Jamil mengulangi jawapannya dengan berkata: "Saya akan jelaskan di mahkamah."

Sementara itu, apabila ditanya pemberita apakah beliau akan turut bertindak menyaman portal The Malaysian Insider sepertimana kenyataan terdahulu dengan ringkas Jamil berkata, perkara itu akan diteliti peguamnya.

Peguam yang mewakili Jamil, Adenan Seman Abdullah berkata pihaknya akan menghantar notis tuntutan kepada Akmal esok.

Adenan berkata, tindakan undang- undang anak guamnya itu merupakan satu tindakan wajar memandangkan tuduhan Akmal adalah bersifat peribadi.

"Sekarang ini Akmal menuduh secara terus anak guam saya yang menggunakan wang, tapi sebenarnya segala atur cara dan program adalah di bawah Yapeim," katanya.

Awal hari ini Akmal juga hari ini turut bertindak membuat laporan polis terhadap Jamil dan mahu polis menyiasatnya atas dakwaan salah guna dana anak yatim lapor The Malaysian Insider

Ni pesan dari seorang Blogger UMNO..




Skandal YaPEIM: Jangan Kerana Seorang Dua Pemimpin UMNO, Kami Semua Digelar Penyamun - ADUN UMNO

Posted: 14 Nov 2015 09:19 PM PST


Seorang pemimpin UMNO dari Kelantan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyiasat dakwaan berhubung satu keluarga yang dikatakan membolot sehingga 26 jawatan dalam Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Ketua Penerangan UMNO Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, siasatan perlu dilakukan segera bagi membersihkan nama baik parti, yang mana persepsi rakyat terhadap pemimpinnya telah terjejas teruk dengan tersebar luas isu itu.

"Jangan kerana seorang dua orang UMNO dan pemimpin UMNO, kami semua pula digelar penyamun," tegas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas.

Md. Alwi berkata demikian merujuk isu melibatkan satu keluarga politik yang dikatakan membolot 26 jawatan dalam YaPEIM dengan jumlah gaji diperolehi sebanyak RM154,700 sebulan.

Mengulas lanjut, beliau mengakui hatinya pedih, luka dan marah jika kes sedemikian benar dan dibiarkan berlaku tanpa ada tindakan diambil.

"Tidak adakah pihak atasan mengambil berat isu ini? Janganlah kerana seorang dua, kami pula digelar penyamun. Persepsi ini harus dan wajib ditangani segera," tegasnya.

Dua hari lalu, sebuah badan bukan kerajaan National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) mendedahkan seorang pemimpin Wanita UMNO di Kelantan menerima gaji bulanan sebanyak RM45,500 daripada tujuh jawatan yang dipegangnya, manakala anak lelaki beliau dibayar gaji RM31,200 sebulan dan suaminya pula mendapat RM5,000 setiap bulan.

Pendedahan itu kemudian menjadi bualan negatif orang ramai terhadap UMNO dan pemimpinnya yang disamakan dengan penyamun. - MalaysiaGazette


Bukan RM410,000 Tapi RM590,000 Yang Diluluskan Untuk Biayai Lawatan Jamil Khir?

Posted: 14 Nov 2015 06:00 PM PST


Semua sedia maklum bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah yayasan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus sumbangan derma orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaan Persekutuan serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam dan kemudiannya sumbangan ini sepatutnya diagihkan kepada kumpulan sasaran dan mereka yang benar-benar memerlukan termasuk anak yatim dan miskin.

Saya hari ini ingin mengemukakan satu lagi bukti mengenai lawatan Dato' Seri Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat bersama isteri yang dikatakan menggunakan wang YaPEIM yang mana pembiayaan wang YaPEIM tersebut dikatakan turut melibatkan aktiviti main golf beliau dan lawatan rombongan ke Pusat membeli-belah upscale outlet barangan mewah sebanyak 4 hari.

Mengikut kertas cadangan kelulusan program YaPEIM, lawatan Dato' Seri Jamil Khir adalah bersempena dengan 'Program Kembara Santun 2014, Simposium Perdana: Perkahwinan, Kekeluargaan, Pengurusan dan Isu-isu Semasa Negara' yang mana Dato' Seri Jamil Khir dikatakan hanya hadir untuk menyempurnakan Majlis Penutupan sahaja.

Jumlah kos penganjuran program yang diluluskan oleh YaPEIM adalah RM 590,000.00 iaitu lebih tinggi daripada anggaran awal saya sebelum ini sebanyak RM 410, 978. 56 dan kelulusan program kursus ini hanyalah untuk penglibatan 100 orang peserta.

Saya juga mengambil maklum kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Dato' Seri Jamil Khir bertarikh 13 November 2015 yang mendesak saya memohon maaf atau berhadapan risiko disaman.

Malangnya, beliau tidak menafikan kebenaran bukti atau dokumen yang saya kemukakan sebelum ini dan beliau tidak menjawab isu pokok iaitu samada wang YaPEIM melalui Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) telah digunakan untuk membiayai lawatan beliau ke Amerika Syarikat.

Malah dalam kenyataan tersebut, Dato' Seri Jamil Khir turut mengesahkan bahawa sememangnya beliau telah pergi ke Amerika Syarikat bagi tempoh 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014 dengan alasan sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebaliknya, perbezaan fakta antara kertas kelulusan YaPEIM dan invois (yang didedahkan sebelum ini) dengan kenyataan beliau menimbulkan lebih banyak persoalan seperti berikut :-

1. Mengikut bukti kertas kelulusan YaPEIM, adakah benar perbelanjaan yang diluluskan iaitu RM 590,000 hanyalah untuk pelaksanaan program berbentuk kursus dan langsung tidak menyebut mengenai penglibatan beliau untuk kejohanan Mid West Game dimana wang YaPEIM turut digunakan untuk biayai permainan golf beliau yang beliau cuba pertahankan?


2. Dalam kenyataan media Dato' Seri Jamil Khir, beliau turut memberi justifikasi bahawa permainan golf yang beliau sertai adalah dikelolakan secara bersama dengan pihak kedutaan Malaysia di Washington DC. Merujuk kepada bukti invois yang saya kemukakan sebelum ini, sebanyak RM 36,525.90 wang YaPEIM telah dipindahkan ke akaun kedutaan Malaysia di Washington DC. Adakah wang ini ada kena mengena atau tidak dengan penganjuran acara golf yang disertai beliau? Jika tidak, apakah buktinya?

3. Mengapa Dato' Seri Jamil Khir tidak memberi penjelasan mengenai rombongan beliau menggunakan wang YaPEIM untuk pergi ke Leesburg Corner Premium Outlet iaitu pusat membeli-belah upscale outlet barangan berjenama sebanyak 4 hari?

4. Apakah rasional penganjuran Simposium Perkahwinan dan Kekeluargaan yang menelan kos melebihi setengah juta Ringgit Malaysia dengan menggunakan wang YaPEIM sedangkan hanya melibatkan 100 orang peserta? Adakah munasabah kos purata bagi seorang peserta sebanyak RM 5,900 seorang?

5. Mengikut kertas kelulusan YaPEIM (dibawah perkara 3.0 Cadangan), bayaran RM 590,000 adalah dituntut oleh PEMANGKIN. Adakah benar PEMANGKIN bermaksud Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin?

6. Mengapa Yayasan Pembangunan Anak Yatim atau Miskin ini terlibat dengan penganjuran program Dato Seri' Jamil Khir ke Amerika Syarikat?

Saya percaya rakyat Malaysia terutamanya mereka yang pernah atau masih lagi mencarum atau membuat sumbangan derma kepada YaPEIM berhak untuk mengetahui ke manakah perginya wang sumbangan mereka dan sewajarya Dato' Seri Jamil Khir menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.

Walaupun YaPEIM adalah sebuah yayasan Islam dibawah tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Islam, saya juga yakin mereka yang membuat sumbangan derma setiap bulan melalui potongan gaji adalah untuk tujuan kegunaan amal jariah dan bukan untuk kegunaan Menteri.

Jika benar-benar lawatan Dato' Seri Jamil Khir Baharom ke Amerika Syarikat merupakan tugas rasmi sebagai seorang Menteri, mengapakah perbelanjaan perjalanan tersebut dibiayai melalui YaPEIM sedangkan sebagai seorang Menteri beliau layak menggunakan peruntukan Menteri?


AKMAL NASIR
Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW)

https://www.facebook.com/nowmalaysia


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...