Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


TAHNIAH YB sebab tak jadi 'Rubber Stamp Guan Eng'!!

Posted: 16 Nov 2015 06:30 AM PST


Di Pulau Pinang ada 40 DUN, 10 dikuasai oleh UMNO/BN, 19 dari DAP dan 10 dari PKR manakala 1 dari PAS.. tapi semalam PAS Permatang Pauh dah putuskan hubungan dengan wakil tunggal PAS di Pulau Pinang ini..

Dari 10 Kerusi DUN yang dikuasai oleh PKR, 1 DUN diwakili oleh seorang wanita iaitu DUN Penanti..

Beliau diletakkan untuk bertanding di DUN Penanti pada PRU13 yang lalu bagi memenuhi kuota calon Wanita PKR Pulau Pinang.

Walaupun dirinya seorang wanita, boleh dikatakan suaranya paling lantang menentang dan menegur kepincangan pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbanding dengan lain-lain ADUN PKR..

Bukan baru sekali.. tapi dah banyak kali aku dengar cerita yang mengatakan beliau mengamuk dalam Sidang DUN ataupun mesyuarat Kerajaan Negeri..

Dulupun tersebar cerita kononnya beliau nak letak jawatan.. sebab banyak usul-usulnya ditolak oleh Speaker DUN.. yang datangnya dari PKR.. Bro! bagi laluan laa..

Antara usulnya yang ditolak ialah untuk mendapatkan ketetapan DUN bagi memohon menguatkuasakan akta dan garis panduan sedia ada untuk mengurangkan risiko banjir dan kemudaratan kepada penduduk dan alam sekitar.

Usul yang baik untuk rakyat... tapi kena tolak.. entah pasal apa aku pun tak tahulah..

Hari ini dalam membahaskan Belanjawan 2016 Kerajaan Negeri Pulau Pinang suaranya kedengaran lagi..

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat benar-benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di negeri ini

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Norlela Ariffin hari ini mempersoalkan Bajet 2016 kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang yang tidak memberi peruntukan kepada kawasan perkampungan untuk mewujudkan produk pelancongan baharu. 
Norlela (PKR-Penanti) berkata dalam Bajet 2016 yang dibentang Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 6 November lepas, sebanyak RM31.93 juta diperuntukkan untuk produk pelancongan di kawasan George Town dan bahagian pulau negeri ini. 
Beliau turut mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini Pakatan Rakyat benar-benar melaksanakan janji untuk memperjuangkan nasib golongan yang tertindas dan paling memerlukan di negeri ini. 
"Jika ya, Bajet 2016 perlu mencerminkan belanjawan yang memperjuangkan nasib golongan yang paling memerlukan dan bajet yang dapat bantu kawasan yang paling memerlukan," katanya ketika membahaskan Bajet 2016 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di George Town hari ini. 
Beliau berkata kerajaan negeri mengiktiraf dan mempromosi industri inap desa sebagai produk pelancongan di negeri ini namun dalam Bajet 2016 langsung tidak memberi peruntukan untuk program inap desa khususnya di kawasan kampung. 
"Bajet 2016 ini tidak nampak peruntukan yang jelas untuk pembangunan pelancongan kampung, homestay (inap desa) dan sungai tetapi hanya tertumpu kepada pelancongan di kawasan bandar," katanya. 
Norlela berkata kawasan kampung seperti di Penanti tidak harus diabaikan oleh kerajaan negeri kerana ia juga mempunyai potensi untuk menjana pertumbuhan ekonomi. 
Beliau berkata kerajaan negeri harus memberi lebih perhatian kepada pembangunan perkampungan dengan membina lebih banyak infrastruktur seperti jalan, parit dan dewan orang ramai. 
Luahan Norlela itu turut mendapat sokongan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) yang memahami masalah dihadapi wakil rakyat PKR itu. 
Jahara berkata masalah banjir di Penanti berlaku sejak sekian lama dan masih gagal diatasi kerajaan negeri sehingga kini - The Malaysian Insider

Betullah apa yang dia pertikaikan tu.. Pulau Pinang ni bukannya terdiri dari bandar-bandar secara keseluruhannya.. banyak lagi Kampung-kampung..

Kalau kawasan bandar di berikan peruntukan yang besar.. tak boleh ke kawasan perkampungan juga di berikan peruntukan untuk dimajukan juga sebagai produk pelancongan?

Macam inilah YB yang rakyat mahu.. bersuara mempertikaikan apa yang tak betul demi rakyat.. Bukannya masuk Dewan.. sibuk dengan WhatsApp, Twitter ataupun Facebook..

Apa pun TAHNIAH YB sebab tak jadi 'Rubber Stamp Guan Eng'!!

NOW Dakwa RM290,000 Dana YaPEIM Diguna Untuk Kursus Perkahwinan Pi Paris

Posted: 16 Nov 2015 04:30 AM PST


NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam pendedahan terbarunya, hari ini, mendakwa dana RM290,000 milik Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) digunakan untuk membiayai kursus perkahwinan di Paris, Perancis.

Menurut pengarahnya, Akmal Nasir, kertas kerja kursus perkahwinan juga diluluskan oleh Yapeim.

Akmal juga mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit merasmikan kursus program yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan' yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu.

Berdasarkan kertas kerja, Akmal berkata bahawa pembayaran telah dibuat untuk dua kursus iaitu 'Program Transformasi Warga SANTUN (Tamrin) Kelab SANTUN Eropah' dan Kursus dan Kembara SANTUN 2014.

Bayaran yang diluluskan oleh Japeim dalam dokumen masing-masing berjumlah RM176,500 dan RM113,500.

Akmal berkata Jamil Khir perlu menjawab dakwaan berkenaan kerana namanya sering ditimbulkan dalam dokumen-dokumen tersebut.

"Apakah rasional menganjurkan kursus perkahwinan untuk pelajar?" soalnya pada sidang akhbar hari ini.

"Dana Yapeim perlu digunakan untuk membantu mereka yang paling memerlukannya."

Jamil Khir sebelum ini menafikan beliau menyalahgunakan wang yayasan itu dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Akmal dan semua media yang menerbitkan dakwaan Akmal.

Malaysiakini telah menghubungi Jamil Khir untuk mendapatkan ulasannya berhubung pendedahan terkini.


Walaupun Semua Samannya Dibekukan, Putrajaya Bayar RM60 Juta Pada Syarikat AES

Posted: 15 Nov 2015 07:45 PM PST


Putrajaya sudah membayar fi perkhidmatan sebanyak RM60,122,080 kepada 2 syarikat penyedia Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak beroperasi pada 2012, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Liow memberitahu Putrajaya sudah membayar RM27,181,584 kepada ATES Sdn Bhd dan RM32,940, 496 kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

"Sehingga 25 Ogos, 2015 kerajaan membayar fi perkhidmatan (control service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM60,122,080," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sepanjang tempoh 4 tahun ia beroperasi, sebanyak 2,144,921 saman juga sudah dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Projek swasta bernilai RM700 juta itu bermula pada September 2012 dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikrar melancarkan 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Polis yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.

Pada awal penguatkuasaan, projek AES menerima kritikan daripada ramai pihak dan dijadikan modal pembangkang semasa kempen pilihan raya umum pada 2013 lalu.

Selepas kontroversi tercetus, Pejabat Peguam Negara juga bertindak membekukan semua saman dikeluarkan susulan pelbagai masalah teknikal yang timbul dalam penguatkuasaan undang-undang dalam AES lapor The Malaysian Insider


Empat Soalan Dari PERKASA Buat Jamil Khir Berhubung Skandal YaPEIM..

Posted: 15 Nov 2015 04:30 PM PST


Biro Pemantauan dan Integriti (BPI) Perkasa mencadangkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil tindakan saman ke atas Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Setiausahanya, Azrul Akmal Saharudin menyatakan, Jamil Khir tidak perlu menunggu permohonan maaf dari Akmal atas dakwaan NOW bahawa beliau menggunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membiayai perjalanannya ke Amerika Syarikat pada 2014.

"Bila ada pembicaraan di mahkamah nanti, maka rakyat akan tahu kebenarannya.

"Jika Akmal Nasir berani bercakap, maka semestinya beliau juga mesti berani untuk menanggung akibatnya. Berani buat berani pikul," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Selain itu, Perkasa sendiri turut menuntut agar Jamil Khir selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan mengenai dakwaan yang dibuat oleh Akmal mengenai perbelanjaan luar jangka beliau ke negara White House itu.

"Apakah benar kos perbelanjaan Menteri ke Amerika Syarikat menjangkau lebih RM590 ribu?

"Jika Ya, apakah ini dikira sederhana sejajar dengan konsep Wassatiyyah yang dicanangkan kerajaan?" soalnya.

Azrul turut menggesa agar Jamil Khir segera menjelaskan mengenai isu pendapatan luar biasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi YaPEIM seperti yang didakwa NOW.

"Apakah benar gaji dan dan berbagai elaun dengan berbagai jawatan sepertimana yang didedahkan yang merujuk kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi adalah wajar dan bersesuaian.

"Adakah mereka ini mempunyai kelayakan atau adakah perlantikan mereka hanya atas dasar politik semata-mata. Apakah gaji dan berbagai elaun ini wajar dan apakah pemegang jawatan ini bekerja sepenuh masa serta mempunyai kuasa eksekutif?" soal beliau lagi.

Akmal sebelum ini menamakan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri terlibat dalam salah guna wang yayasan Islam yang fungsinya adalah untuk membantu anak yatim dan orang miskin.

Akmal yang juga merupakan Ketua Penerangan PKR Johor Bharu turut mendakwa menteri berkenaan telah ke luar negara untuk aktiviti bersuka ria termasuk bermain golf lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...