Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lokasi Jho Low Tak Dapat Dikesan?.. Betulke?.. Baca Apa Kata Jurucakap Jho Low Ni..

Posted: 18 Nov 2015 08:30 AM PST

Jurucakap Billionair yang berasal dari Pulau Pinang, Low Taek Jho atau Jho Low dah kantoikan siapa ni aku kurang pasti sebab Bernama laporkan Jawapan dari Kementerian Dalam Negeri tapi Malaysiakini pula laporkan Zahid Hamidi yang cakap..

Ni sebahagian dari laporan oleh Bernama yang disiarkan oleh AstroAwani..

Interpol Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan dan menentukan di mana jutawan dari Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low berada ketika ini, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata ia memandangkan tiada siasatan yang dibuat oleh pihak polis terhadap jutawan itu di samping tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk meminta bantuan Interpol mengesan jutawan itu.

"Tiada permohonan yang diterima daripada mana-mana pihak untuk minta bantuan Interpol kesan penama berkenaan," menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut di Dewan Rakyat.

Selain itu, Interpol PDRM juga tidak dapat mengesan empat individu lain iaitu bekas Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Pengarah Urusan Goldman Sachs di Malaysia Datuk Yusof Annuar Yaacob.

Interpol Malaysia tak dapat mengesan mungkin bermaksud Interpol Malaysia tidak dapat menjejaki atau mengesan di mana Jho Low sebab tiada pihak yang meminta mereka mengesan di mana Jho Low.. jadi betullah ayat tu.. Interpol tak dapat mengesan.

Interpol TAK DAPAT mengesan.. bukannya Interpol GAGAL mengesan..

Tapi kenapa pula Kementerian yang Zahid Hamidi jadi Menteri tu perlu mendapatkan bantuan Interpol Malaysia untuk mengesan Jho Low?

Sedangkan menurut jurucakap Billionair kawan anak tiri Najib itu pada bulan Ogos 2015, pihak SPRM telah meminta bantuan Jho Low dan dengan segera wakil Jho Low telah menghubungi SPRM dan masih terus berhubung.

Kalau SPRM masih berhubung dengan Jho Low sudah tentu mereka punyai No. untuk menghubungi Jho Low dan juga alamatnya sekarang..

Kenapa nak guna Interpol?.. SPRM kan ada...

Ni laporan dari BERNAMA..


Kenapa agaknya?.. yang dah berjaya dihubungi dan menghubungi tidak diminta bantuan?


YaPEIM Akui Dokumen Didedahkan NOW Adalah Benar..

Posted: 18 Nov 2015 06:31 AM PST


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hari ini mengaku dokumen yang digunakan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) dalam dakwaannya terhadap lawatan Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke luar negara adalah "betul tetapi tidak mengandungi dokumen sepenuhnya".

Pengarah undang-undang Yapeim Datuk Mohd Naser Disa berkata, siri dakwaan Pengarah NOW Akmal Nasir itu bersifat "separuh masak" kerana tidak "mendapatkan penjelasan Yapeim sebelum membuat kesimpulan".

"Dokumen itu dokumen yang betul, tetapi tak mengandungi dokumen sepenuhnya.

"Daripada RM440,000 yang didakwa digunakan membiayai lawatan menteri ke Iowa dan Minnesota, menteri sebenarnya hanya pergi ke Washington DC saja," katanya kepada pemberita selepas mengiringi ketua pengarah Yapeim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, pagi ini.

Menurut Naser, Yapeim tidak risau akan reputasi mereka tetapi lebih risaukan perasaan penerima sumbangan Yapeim yang kini tertekan dengan dakwaan tersebut yang juga menjejaskan industri pajak gadai Islam Ar-Rahnu.

"Apa yang NOW buat sekarang ini menjejaskan penerima (bantuan Yapeim). Ia juga boleh menjejaskan industri Ar-Rahnu," katanya kepada pemberita.

Naser juga memberitahu wartawan, Jamil sendiri sebenarnya membayar semula sebahagian daripada perbelanjaan yang dibayar Yapeim bagi lawatan itu.

"Contohnya, perbelanjaan RM440,000 itu, dia (Akmal) tidak mengambil kira jumlah yang dibayar balik menteri," katanya... (boleh percaya ke ni?)

Ditanya jika pihak Yapeim boleh memberikan perincian jumlah yang dijelaskan Jamil itu, Naser berkata perkara itu sudah dijelaskan dalam kenyataan media Yapeim semalam (17 November).

Namun, semakan The Malaysian Insider mendapati, Yapeim sehingga kini belum pernah mengumumkan jumlah yang didakwa dibayar semula Jamil itu... ( Aku semak pun tak ada.. cuba hangpa semak sat kat SINI )

Sementara itu, Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsuddin dalam laporannya menggesa polis bertindak terhadap NOW yang didakwa "mencuri" dokumen Yapeim dan "memutarbelitkan fakta bagi memfitnah" Yapeim dan Jamil.

NOW sebelum ini mendakwa Yapeim membiayai lawatan Jamil yang menelan belanja RM410,978 ke Amerika Syarikat antara 21 hingga 29 Mei 2014 yang dibayar menggunakan dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

Yapeim dalam jawapannya berkata, perbelanjaan tersebut mengikut prosedur ditetapkan.

NOW juga mendakwa Yapeim membelanjakan RM290,000 bagi mengadakan kursus kahwin di Paris dan mempersoalkan sama ada Jamil turut diterbangkan ke Paris bagi menghadiri kursus itu.

Yapeim dalam jawapannya berkata, program itu memanfaatkan pelajar Malaysia di luar negara dan 10 orang melangsungkan perkahwinan daripada kursus itu.

Kursus itu juga katanya, antara lain, bertujuan mengekang budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di kalangan rakyat Malaysia - The Malaysian Insider


Laaa.. dah kena pecat rupanya depa tu, jadi.. letak jawatan mai kot mana?

Posted: 18 Nov 2015 04:30 AM PST


Semalam, PAS Bahagian Kepala Batas, Bukhori Ghazali mengumumkan bahawa Pas Kepala Batas memutuskan untuk meletak jawatan daripada JKKK di situ, berkuatkuasa serta-merta.

Yang Dipertuanya, Bukhori Ghazali berkata, sebelum ini Pas diberi mandat mengetuai 10 JKKK dalam Parlimen itu selain beberapa jawatan lain di peringkat negeri.

Namun menurutnya, Pas bukan lagi rakan dalam kepimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Guan Eng sendiri telah menubuhkan pakatan pembangkang baharu di negeri itu yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Melihat kepada senario semasa, Pas Kawasan Kepala Batas merasakan tiada kepentingan lagi untuk kami menerajui JKKK di kawasan ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan hubungan dengan Pas.

"Hasil mesyuarat Pas kawasan ini pada September lalu, kami hari ini mengumumkan menarik diri daripada sebarang jawatan dalam JKKK di Parlimen Kepala Batas serta-merta," katanya kepada pemberita di Pongsu Seribu di sini malam tadi.

Tambah Bukhori, sebahagian daripada pimpinan JKKK di kawasan itu telah dilucutkan jawatan pada Ogos lalu dan diganti orang lain manakala sebahagian lagi masih dikekalkan..

Hari ini pulak dilaporkan..

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengesahkan memecat semua ahli Pas dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata ahli Pas di Kepala Batas tidak meletak jawatan seperti yang didakwa sebaliknya dipecat. 
Tambahnya lagi, pemecatan itu turut membabitkan ahli Pas dari Seberang Prai Tengah, Utara dan Selatan. 
Lim berkata, Pulau Pinang tidak memerlukan perkhidmatan ahli Pas yang tidak menyokong gabungan baru. 
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, kerajaan negeri telah membuat pemeriksaan samada ahli Pas menyokong gabungan baru atau sebaliknya. 
Mohd Rashid berkata, surat penamatan perkhidmatan diserahkan pada 15 Oktober lalu kepada penyokong tegar yang enggan menyokong Pakatan Harapan. 
Beliau menjelaskan bahawa tindakan itu adalah bagi memastikan mereka yang berkhidmat dalam kerajaan negeri mempunyai maltlamat dan aspirasi sama. 
Beliau menegaskan bahawa penamatan perkhidmatan itu adalah proses biasa. 
"Mereka yang masih menyokong Pas sudah diberikan surat penamatan perkhidmatan dan ini adalah proses biasa," katanya dalam sidang akhbar di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini - The Rakyat Post

Laaa.. dah kena pecat rupanya, jadi.. letak jawatan mai kot mana?


Berdosa Tak Bayar Zakat Melalui Kerajaan - Pengerusi PPZ

Posted: 18 Nov 2015 12:45 AM PST


Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali menegur tindakan pihak yang tidak membayar zakat melalui pusat zakat yang disediakan kerajaan.

Che Mat berkata, walaupun tindakan sesetengah pihak membayar zakat terus kepada institusi tertentu, namun ia dianggap "berdosa" kerana tidak membayar kepada kerajaan memerintah.

"Seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2006 sebut... kena bayar kepada pemerintah. Tapi ada mereka yang bayar macam ini (tidak kepada pusat zakat) hukumnya sah tetapi berdosa.

"Sebab ini kerajaan. Kalau bayar secara terus, nanti orang yang kita rasa nak bayar, ramai yang bayar di situ sedangkan kalau melalui sistem agihan Baitulmal, kita ada data siapa yang betul-betul orang yang layak atau tidak," katanya.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Che Mat berkata orang ramai perlu membuat pembayaran zakat di pusat yang disediakan bagi memastikan agihan kepada asnaf diberi secara adil.

"Agihan ini kena adil. Kita tak mahu orang buat aduan. Mungkin tak adil untuk dia dapat sumbangan dari orang lain.

"Kita nak mencari pahala dan berkat tapi kalau buat begitu nanti orang lain akan kecewa," katanya lagi lapor Malaysiakini

Ishhh.. nimacam mana ni?.. hukumnya sah tetapi berdosa.. tak faham aku..


Mahkamah Tinggi Putuskan Khairuddin Dan Mathis Tidak Melakukan Kesalahan Dibawah SOSMA..

Posted: 17 Nov 2015 10:00 PM PST


Penahanan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang, adalah tindakan polis tanpa membabitkan kerajaan dan mana-mana agensi lain.

Penahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu adalah di bawah bidang kuasa pihak polis.

"KDN serahkan sepenuhnya kepada polis untuk ambil tindakan, walaupun saya menteri yang bertanggungjawab menjaga pihak polis. Kini terpulang kepada Jabatan Peguam Negara dan polis memberi penjelasan mengenai siasatan. Jika ada unsur kesalahan berkaitan dengan SOSMA, maka tindakan boleh diambil.

"Sekiranya, ada yang merasakan SOSMA disalah guna, maka ada aspek bagi yang berkenaan untuk cabar ikut saluran undang-undang,"

Itu kata kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu sidang media di Washington mengulas mengenai penahanan Khairuddin dan Mathias di bawah SOSMA..

Dan hari ini.. terbukti Zahid main cakap saja tanpa bersandarkan fakta..

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan, pertuduhan yang dihadapi bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang tidak tergolong di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Sosma 2012. 
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Husin memutuskan demikian sebentar tadi. 
Sehubungan itu Khairuddin dan Matthias dibenarkan untuk diikat jamin RM10,000 namun diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah. 
Pertuduhan yang dihadapi kedua-duanya juga akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
Bagaimanapun pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. 
Mahkamah juga menetapkan 12 Januari untuk pengurusan kes itu. Pada 19 Oktober, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Azman Husin memutuskan untuk merujuk kes melibatkan kedua-dua mereka ke mahkamah tertinggi negara bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Sosma. 
Pada 12 Oktober lalu, Khairuddin, 53, dan Matthias atau nama sebenarnya Chang Wen Chieh Matthias, 65, bersama-sama didakwa dengan niat melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di beberapa lokasi antara 28 Jun 2015 hingga 24 Ogos 2015. 
Lima lokasi tersebut termasuk Pejabat Ketua Polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Paris Perancis; Balai Polis Charing Cross, London, United Kingdom; Pejabat Peguam Negara Switzerland; Balai Polis Wai Chon Hong Kong; Ibu Pejabat Polis Cantoment, Singapura. 
Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesekaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan - Sinar

Tak pasal-pasal dua orang tu kena duduk dalam...


Lagi 20 Ketua Cawangan UMNO Mahu Najib Letak Jawatan.. (Video Inside)

Posted: 17 Nov 2015 06:53 PM PST


Sebanyak 20 cawangan UMNO Bahagian Sepang mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Tindakan itu dibuat susulan kegagalan Najib menyelesaikan isu negara khususnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka turut menggesa supaya Perdana Menteri diganti dengan Timbalan Presiden UMNO mengikut kedudukan terkini atau mengadakan pemilihan semula parti.

"Isu 1MDB menjadi barah yang merosakkan dan melemahkan UMNO, semakin dibiarkan kemelut dalam syarikat ini, maka semakin lemah dan rosak UMNO yang mudah diserang dan ditohmah oleh pembangkang. 1MDB menjadi modal dan alat untuk melemahkan UMNO.

"Ini amat mengecewakan, kami tidak mahu parti UMNO dijadikan milik seseorang bukan milik peribadi Najib kami harap supaya isu tersebut diselesaikan sebelum UMNO ditolak akan datang," kata jurucakap yang juga ketua Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed.

Antara cawangan UMNO yang hadir sidang media malam tadi ialah Kampung Meranti, Rista Villa Perdana, Admiral, Taman Desa Dengkil, Dengkil Pekan, Pinggiran Cyber , Kampung Sungai Rasau, Kampung Limau Manis, Semarang, Boundry Permai, manakala yang lain tidak hadir namun bersetuju mendesak Perdana Menteri meletak jawatan.

Mengulas lanjut, Rushdan berkata, sebagai rakyat Malaysia mereka malu mempunyai seorang Perdana Menteri yang dihina oleh negara luar.

Katanya, jika Perdana Menteri tidak meletakkan jawatan, UMNO dan Barisan Nasional akan hilang lebih banyak undi orang Melayu pada PRU 14.



Kesemua 20 ketua UMNO cawangan itu bersedia berdepan tindakan disiplin parti kerana membuat desakan demi membawa kebenaran.

"Kami sedia untuk diambil tindakan, kami tak mahu disoal anak cucu apa anda lakukan untuk pertahankan UMNO yang dimusnahkan oleh pemimpin," katanya.

Sebelum ini, 13 Ketua Cawangan UMNO Teluk Kemang turut membuat desakan yang sama terhadap Najib - Free Malaysia Today

 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...