Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gara-gara Gaduh Dengan Zahid Melalui WhatsApp, Ali Tinju Dipanggil Polis..

Posted: 02 Nov 2015 07:30 AM PST


Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju di panggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung pergaduhan menerusi aplikasi Whatsapp dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu memberitahu FMT, perselisihan faham berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak Zahid pada September lalu telahpun selesai secara baik.

Namun, dia mendakwa, ada pihak ketiga sengaja mahu mengambil peluang dan memperbesarkan itu dengan membuat laporan polis.

"Isu pergaduhan saya dengan Zahid berhubung jemputan ke majlis perkahwinan anak beliau pada September lalu sudah selesai.

"Saya sendiri telah memohon maaf kepada beliau (Zahid) mungkin pada masa itu saya terlalu emosi, apabila dimaklum oleh pegawai Zahid bahawa saya tak dijemput sedangkan saya menerima jemputan itu.

"Malah pergaduhan saya dengan Zahid ibarat adik dengn abang, ibarat seorang pekerja dengen bos kerana saya Presiden Veteran Tentera semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

"Namun ada pihak ketiga yang diupah oleh wakil NGO untuk membawa kes kepada pihak polis semula.," katanya.

Mengulas lanjut, dia akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyelesaikan siasatan kes itu.

Ali Tinju akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang jam tiga petang pada Isnin (hari ini) untuk memberi keterangan lapor Free Malaysia Today


Elaun ADUN Kelantan Naik Jadi RM8,000 Sebulan

Posted: 02 Nov 2015 04:30 AM PST


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Saraan Ahli-ahli Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.

Ahli pentadbiran seperti menteri besar dan timbalan menteri besar, speaker dan timbalan speaker, Exco dan timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuat kuasa pada Januari tahun hadapan. Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) ketika membahaskan enakmen berkenaan berkata elaun Adun sepatutnya dinaikkan kepada RM11,000 agar ia selaras dengan negeri pembangkang lain seperti Pulau Pinang dan Selangor.

"Kenaikan kepada RM11,000 itu adalah wajar memandangkan keadaan ekonomi semasa dan tanggungjawab berat yang dipikul oleh wakil rakyat pada masa kini dan sepatutnya wajar dipertimbangkan kerajaan negeri.

"Elaun khas kepada ketua pembangkang juga sepatutnya diwujudkan," katanya.

Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) ketika mencelah perbahasan itu berkata kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan utama mereka untuk tidak menaikkan elaun Adun kepada RM11,000.

"Ini kerana kerajaan persekutuan sentiasa membantu kerajaan negeri terutama berkaitan belanja mengurus pada setiap tahun," katanya.

Sementara itu, Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan ketika menggulung perbahasan berkata pihaknya memahami apa yang disampaikan oleh pembangkang berhubung kenaikan elaun berkenaan.

Ahmad berkata bagaimanapun terdapat kekangan kewangan daripada kerajaan negeri pada ketika ini yang digunakan bagi pembangunan negeri.

"Elaun sebanyak RM8,000 adalah sesuai pada ketika ini memandangkan enakmen berkenaan tidak menyebut tempoh masa untuk menyemak kembali elaun berkenaan.

"Kita akan lihat kepada keupayaan dan keselesaan kerajaan negeri (dalam hal ini) dan kerajaan kekal dengan angka yang diberikan dalam dewan," katanya.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sokongan semua 45 Adun. Kali terakhir elaun itu disemak adalah pada 2010.

Persidangan Dewan Undangan Negeri disambung esok lapor The Malaysian Insider


Patutlah Dah Berpuluh Kali Selasa, Najib Tak Saman Lagi WSJ...

Posted: 02 Nov 2015 12:14 AM PST


Ini adalah alasan terbaru oleh pihak Peguam yang mewakili Najib dalam tindakannya untuk mengemukakan saman terhadap The Wall Street Journal..

Setelah berlupuh-puluh hari Selasa berlalu, hari ini Peguam bagi pihak Najib menjelaskan kenapa pihak mereka masih belum kemukan saman terhadap WSJ.

Bukannya nak tunggu hingga hari selasa tahun depan ataupun hari selasa selepas PRU ke 14 tapi katanya Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat.

Firoz Hussein, Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata anak guamnya mahu memfailkan saman itu di negara ini di mana Najib dikenali ramai.

Kah.. kah.. kah.. apa punya alasan ni?.. dia ingat penduduk di Amerika Syarikat duduk dalam hutan kot?

Laporan berkaitan..

Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Razak akan keberatan bagi memfailkan saman terhadap akhbar The Wall Street Journal (WSJ) berhubung artikel yang mendakwa US$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri. 
Alasan yang diberikan adalah bahawa Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat. 
Firoz Hussein, Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata anak guamnya mahu memfailkan saman itu di negara ini di mana Najib dikenali ramai. 
Firoz memberi contoh kes seorang ahli perniagaan dari luar United Kingdom yang memfailkan saman di sana dan menang tetapi ganti rugi yang diberikan adalah kecil. 
"Sebabnya ialah orang itu tidak dikenali di UK walaupun saman fitnah difailkan di sana." 
"Atas sebab itu, saman (terhadap WSJ), jika difailkan akan dibuat di Malaysia di mana beliau (Najib) dikenali," katanya. 
Ditanya apa yang menghalang mereka dari memfailkan saman terhadap WSJ kerana keadilan adalah penting bagi perdana menteri, Hafarizam berkata mereka perlu tahu sama ada akhbar kewangan antarabangsa yang berpangkalan di New York mahu menggunakan Akta SPEECH. 
"Keadilan adalah satu perkara, tetapi pampasan ganti rugi juga penting. Jika anda bertanya kepada Lim Guan Eng dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, mereka bukan sahaja mencari keadilan tetapi juga mendapat pampasan ganti rugi kewangan," katanya. 
"Kami tidak mahu perkara ini menjadi penghakiman di atas kertas (tidak bernilai) apabila mereka menggunakan Akta SPEECH, menjadikan keputusan mahkamah di sini tidak boleh dikuatkuasakan di sana." 
Hafarizam berkata ganti rugi kepada pelanggannya bukan sahaja berhubung apa yang dicetak tetapi juga berita yang boleh dibaca melalui internet dan diakses di 180 negara lapor Malaysiakini

Dia kata Najib tak dikenali di Amerika Syarikat.. tapi WSJ tu beroperasi dari Amerika Syarikat.. takkanlah rakyat Amerika tu tak baca kot WSJ tu...

Bukan sekali nama Najib terpampang dalam WSJ dan lain-lain akhbar Amerika Syarikat tu.. dah berkali-kali..

Dari main golf dengan Obama sampai isu dana RM2.6 Billion tu..


Apa punya alasan ni?

Posted: 01 Nov 2015 07:08 PM PST

Apa punya alasan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan.. ni entahlah.

Katanya keengganan mangsa banjir untuk berpindah ke penempatan baharu yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan antara punca kelewatan pembinaan rumah kekal baharu (RKB) untuk mereka.

Kalau aku jadi mangsa banjir tu.. aku pun tak mahu pindah masuk rumah yang tak siap tu.. siapkanlah dulu rumah tu barulah benarkan mangsa banjir tu berpindah masuk.

Ini tidak.. rumah belum siap dah mahu mangsa banjir tu pindah masuk..

Kalau mangsa-mangsa banjir tu pindah masuk, macam mana pulak kerja-kerja untuk menyiapkan rumah tu hendak dijalankan?

Tapi.. kalau lah mangsa enggan pindah dijadikan alasan.. sampai bila-bila pun tak akan siaplah rumah tu nampaknya..

KOTA BHARU - Keengganan mangsa banjir untuk berpindah ke penempatan baharu yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan antara punca kelewatan pembinaan rumah kekal baharu (RKB) untuk mereka. 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan kini sedang giat mengenal pasti mangsa banjir yang kehilangan rumah dalam kejadian banjir besar tahun lepas itu untuk dipindahkan. 
"Setakat ini, kira-kira 300 mangsa di Kuala Nal dan Guchil di Kuala Krai yang tidak mempunyai tanah sendiri, telah bersetuju untuk dipindahkan ke penempatan baharu di Kampung Telekong. 
"Mangsa yang lain pula enggan berpindah ke tempat baharu kerana alasan utama mereka adalah akan hilang punca pendapatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan jawatankuasa itu di Kota Darul Naim di sini, hari ini. 
Hadir sama Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Unit Pemulihan Pasca Banjir (UPPB) Pejabat Perdana Menteri, Datuk Nik Ali Mat Yunus. 
Sementara itu, Mustapa berkata berikutan kekangan persetujuan untuk berpindah itu menyebabkan pembinaan RKB akan hanya dapat diselesaikan pada Mac tahun hadapan.
Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini sebanyak 822 rumah sedang dalam proses pembinaan, manakala 183 rumah telah siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan. 
"Kerajaan negeri pula telah menyiapkan 177 daripada 636 rumah yang dijanjikan mereka sebelum ini," katanya. 
Jawatankuasa itu sebelum ini mengumumkan hanya 1,729 RKB akan dibina berbanding 1,827 RKB selepas semakan dilakukan. - Bernama

Siapa Penasihat Dari PAS Tu?.. Nasharuddin? Nik Abduh? Kah.. kah.. kah.. gelak Blogger UMNO

Posted: 01 Nov 2015 04:30 PM PST


Mari kita baca antara kenyataan terbaru Presiden Pas itu sebagaimana yang disiarkan di media arus perdana semalam..

- Pas sedia menasihati BN dalam hal seperti 1MDB, cukai GST, perumahan serta kejatuhan nilai ringgit.

- Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam.

- Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar UMNO mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

- Mengumumkan satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Najib Razak akan berlangsung tidak lama lagi.

Kah, kah, kah...mari kita ketawa dulu dengan hasrat Haji Hadi untuk membawa Pas menasihati BN berkaitan 1MDB, GST, perumahan dan kejatuhan nilai ringgit.

Apa pengalaman Pas dan siapa pakar-pakar ekonomi dalam parti itu? Apa rekod mereka sebelum ini dalam hal-hal perniagaan dan ekonomi yang rumit itu?

Bukankah golongan profesional, pakar ekonomi dan aktivis daripada parti itu majoritinya sudah meninggalkan Pas dan menyertai Amanah sekarang ini?

Adakah Hadi Awang sendiri, Tuan Ibrahim, tiga Naib Presidennya, Nasharuddin Tantawi, Nik Abduh dan lain-lainnya yang mahu disandarkan harapan menasihati BN berkenaan 1MDB dan kejatuhan ringgit?

Pernahkah kita mendengar Haji Hadi dan lain-lain pimpinan utama Pas memberi pandangan bernas berkaitan perkara yang disebutkan itu sebelum ini, sama ada dalam Parlimen, melalui kenyataan media dan sebagainya?

Hujah Pas dalam memberi nasihat itu sehingga mengatakan tidak ingin merebut kuasa daripada BN dengan syarat UMNO mengubah pemerintahahnya selaras dengan Islam, tidak lebih umpama "burung pungguk rindukan bulan" semata-mata.

Sebagaimana burung pungguk tidak mungkin dapat menyentuh bulan sampai bila-bila, maka mengharapkan UMNO mengubah dasarnya sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Pas juga mustahil kesampaian sehingga hari kiamat sekali pun.

UMNO akan terus kekal dengan dasar kebangsaannya seperti yang ada sekarang. Jika Pas ingin berbaik-baik dan teringin sangat bersamanya, UMNO mustahil mahu mengubah identitinya, tetapi Paslah yang perlu menyesuaikan dirinya.

Hakikatnya, UMNO lebih besar dan kuat daripada Pas...gilalah jika orang besar dan kuat tunduk kepada orang kecil.

Hadi Awang juga berterus-terang bahawa satu pertemuan dengan Najib yang pernah memiliki wang derma sebanyak RM2,600 juta akan diadakan tidak lama lagi.

Sekali lagi....kah, kah, kah...



Yang nyata, dengan kenyataan Hadi Awang ini, ahli dan penyokong Pas di kampung-kampung, bahkan selama ini sangggup menderma wang untuk perjuangan menegakkan Islam, bolehlah beransur-ansur meninggalkan parti itu kerana Pas sebenarnya tidak ingin pun kepada kuasa sedangkan suatu ketika dahulu ghairah mengatakan dengan kuasa dalam tanganlah, maka Islam dapat ditegakkan.

Pas hari ini sebaliknya tidak lagi inginkan kuasa, mereka hanya mahu jadi penasihat kepada BN semata-mata. Maka, ahli dan penyokong Pas, jika ingin berjuang serta terlibat dalam politik, lebih baik sertai parti lain mulai sekarang. Jika tidak, duduk saja di surau serta masjid, lupakanlah untuk mengharapkan pahala dan syurga melalui Pas.

Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang nampaknya lebih sanggup "mati dalam angan-angan" kerana yang dikejar mereka bukanlah Islam melalui perjuangan sendiri, tetapi lebih mengharapkan UMNO menukar dasar pejuangannya..

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...