Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Obama!! Jangan Nak Menipu La Wei.. Menteri Kami Kata Harga Ubat Tak Akan Naik Lah Selepas TPPA.. Tengok Nih!!

Posted: 20 Nov 2015 05:56 AM PST


Sudahlah kehadirannya ke negara kita menyusahkan dan menyebabkan warga kota terperangkap dalam kesesakan kerana banyak jalan-jalan ditutup.. dah tu dia nak menipu pula..

Katanya harga ubat dijangka naik sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) disahkan sedangkan suatu masa dulu Menteri kita kata bukan saja harga ubat tak akan naik malah kedaulatan negara pun tak terjejas..

Macam ni punya penipu pun Najib sambut bagai nak rak.. ceh!

Laporan berkaitan..

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama hari ini mengakui bahawa harga ubat dijangka naik sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) disahkan.

Bercakap pada sesi Townhall bersama alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) Kampus Taylor's University Lakeside, di Subang Jaya,

Obama bagaimanapun berkata sifat perjanjian perdagangan itu adalah bahawa semua pihak yang terlibat perlu bersedia untuk berkorban atau rundingan itu tidak akan berjaya.

"Ketika ini, banyak syarikat-syarikat ubatan di Amerika Syarikat marah pada saya kerana mereka kata mereka tidak lagi dilindungi.

"Perkara yang saya katanya ialah secara umumnya, dalam persekitaran baru global, perubahan berlaku setiap masa dan sudah menjadi prinsip dan nilai saya bahawa kami akan memastikan perubahan itu baik untuk rakyat biasa.

"(Selain itu), ia baik untuk peladang, penuntut yang masih muda, baik untuk wanita, baik untuk negara membangun, dan saya tidak percaya bahawa kita perlu berhenti untuk berubah.

"Saya tidak percaya bahawa kita boleh hentikan perubahan. Saya tidak fikir bahawa dengan meletakkan halangan ke atas perdagangan, kita boleh hentikan perubahan," katanya ketika menjawab soalan peserta dari Malaysia - Malaysiakini

Ni laporan yang menunjukkan Menteri kita kata harga ubat tak akan naik..

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan kemasukan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

Beliau turut menafikan TPP akan mengakibatkan kenaikan harga ubat-ubatan seperti yang didakwa banyak pihak.

Katanya, terdapat beberapa salah faham berhubung perkara itu, selepas teks penuh perjanjian pakatan perdagangan kontroversi itu diumumkan Khamis lepas.

Mustapa berkata, syarat tertentu di bawah TPP akan membolehkan rakyat Malaysia mempunyai akses awal kepada ubat-ubatan yang inovatif dan ia juga akan membuka jalan supaya ubat generik yang lebih murah boleh memasuki pasaran awal.

"Malaysia melaksanakan proses perlindungan data farmaseutikal sejak 2011, di mana data ujian akan dilindungi untuk tempoh 5 tahun. Kerajaan bersetuju meluaskan perlindungan data yang serupa untuk produk biologi, supaya rawatan diberi tanpa diskriminasi.

"Peraturan ujian perlindungan data di Malaysia bagaimanapun, mempunyai syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh pereka inovasi (inovator). Sebagai contoh, mereka perlu memohon pendaftaran farmaseutikal di Malaysia dalam tempoh 18 bulan dari tarikh produk mendapat kelulusan pemasaran pertamanya di mana-mana negara lain," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa penyertaan Malaysia akan menghalang akses mendapat ubat yang lebih murah kerana adanya klausa tentang pelanjutan paten.

"Saya ingin jelaskan, proses kelulusan paten dan pemasaran untuk ubat di Malaysia ketika ini adalah efisien. Jadi, kemungkinan lanjutan paten tidak akan timbul.

"Oleh itu, dakwaan yang klausa paten itu akan menyebabkan harga ubat meningkat kerana TPP adalah tidak tepat," katanya. - Sinar

"You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you can not fool all of the people all of the time."- Abraham Lincoln.. aku tujukan buat Menteri kita yang bangang tu...


NOW Dakwa YaPEIM Habiskan RM218,505 Di Australia Pula..

Posted: 20 Nov 2015 01:13 AM PST


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) didakwa telah membelanjakan sebanyak RM218,505 bagi mengadakan forum berbentuk dakwah di beberapa tempat di Australia.

Bercakap dalam satu sidang media, Pengarah National Oversight and Whistle Blower (NOW), Akmal Nasir mempersoalkan perbelanjaan itu dan rasionalnya menghabiskan sejumlah wang yang besar di luar negara.

"Apakah rasionalnya YaPEIM menganjurkan program-program yang menggunakan belanja besar di luar negara dengan hanya menguntungkan sebilangan orang sahaja," katanya.

Akmal maklumat mengenai perbelanjaan itu diperoleh dari invois yang didakwa telah dihantar oleh individu tanpa nama ke NOW.

Forum bertajuk "Menggalakkan Nilai-nilai Islam dalam Kebudayaan dan Agama: Masa Depan dan Cabaran" dikatakan diadakan di Brisbane, Melbourne dan Sydney pada 16 hingga 26 April tahun lepas.

Forum itu telah dihadiri 50 hingga 70 pelajar Malaysia yang menuntut di Australia. Berdasarkan invois berkenaan, perbelanjaan bagi mengadakan forum itu telah dibiayai agensi di bawah YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak-anak Yatim dan Kanak-kanak Miskin (Pemangkin), Institut Penyelidikan dan Perundingan (Input YaPEIM) dan Ar Rahnu.

Akmal turut mendedahkan belanja terbesar adalah YaPEIM itu sendiri sebanyak RM106,840 dan Pemangkin sebanyak RM73,800.

Invois itu juga, katanya, menunjukkan perbelanjaan bagi tiket penerbangan kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke Sydney berjumlah RM70,000 telah ditanggung oleh YaPEIM sebanyak RM56,000 manakala Input pula sebanyak RM14,000.

"YaPEIM berasaskan sumbangan amal jariah bukan entiti perniagaan berasaskan keuntungan," tegasnya.

Akmal turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa tujuan dia mendedahkan perkara itu kerana tanggungjawab terhadap wang yang didermakan kepada yayasan itu.

"Saya hanya pemberi maklumat dan isu-isu yang dibangkitkan adalah untuk kepentingan awam kerana lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia menderma kepada YaPEIM setiap bulan.

Ini adalah mengenai keadilan untuk orang-orang yang mendermakan wang mereka kepada YaPEIM," katanya.

YaPEIM sebelum ini menuduh Akmal telah memutar belit maklumat yang diperoleh daripada dokumen yang dicuri dengan tujuan mahu mencemarkan reputasi yayasan itu.

Menurut Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, langkah yang dilakukan oleh Akmal itu telah menjejaskan keyakinan pelabur dan menghalang pertumbuhan perniagaan yang dihasilkan oleh YaPEIM yang ditubuhkan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.

Jamil Khir pula telah memfailkan saman terhadap Akmal pada Khamis kerana memfitnah dan cuba menjatuhkan reputasinya sebagai menteri lapor Free Malaysia Today


Nama Najib Diguna Besannya Untuk Mengugut Lapor New York Post

Posted: 19 Nov 2015 10:58 PM PST


Besan Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva dikatakan cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor akhbar The New York Post.

Memetik kenyataan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, laporan itu menyebut Maira dituduh mengambil dua belas beg tangan jenama Hermes yang bernilai RM400,000 tanpa membayar.

Wanita Kazakhstan itu dilaporkan memesan beg-beg berkenaan daripada daerah perniagaan Samilor pada 2014 dan 2015.

Apabila Presiden Samilor Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria mengugut untuk mencederakan ahli korporat dan keluarganya.

"Kamu kenal anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga awak jika awak dakwa saya," beliau didakwa berkata.

Menurut The New York Post, peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dibungi. 

Maira, adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang adalah adik kepada presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

Anak mereka, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa. 

Bolat juga telah menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri $20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.

Malaysiakini sedang menunggu penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri berhubung penggunaan nama Najib itu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...