Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


BODEK Punca YaPEIM Habiskan Beratus Ribu RM Untuk Kursus Kahwin - Dr Maszlee Malik

Posted: 21 Nov 2015 07:00 AM PST


Ramai bertanyakan saya isu YAPEIM... Isunya senang sahaja, bukan masalah nak anjurkan kursus kahwin ataupun nak buat program untuk pelajar pelajar Malaysia Muslim di luar negara.

Banyak pertubuhan Islam bukan Kerajaan lain dah buat semenjak berpuluh tahun, tak habis belanja sampai ratusan ribu, dan tidak perlu melibatkan dana awam.

Jika tidak percaya cubalah tanyakan kepada IKRAM, ABIM dan Pas. Selama lebih tiga puluh tahun wadah wadah ini menganjurkan program-program untuk para pelajar Melayu Muslim di luar negara.

Setahun sampai empat lima acara besar besaran yang melibatkan ratusan peserta dan memberikan manfaat kepada ramai pelajar Malaysia, hatta kepada bukan Islam pun. Tidak pula timbul isu perbelanjaan ratusan ribu.

Isunya ialah mengapa perlu majlis-majlis anjuran YAPEIM itu melibatkan perasmian menteri?

Ini masalahnya bila program-program yang melibatkan agensi kerajaan dan juga badan badan rasmi kerajaan, ramai yang nak score points, terutamanya orang-orang yang ada jawatan yang ingin mendekati dan membodek orang politik. Termasuk juga pihak berwajib di negara-negara tersebut dan para pelajar yang menganjurkan.

Orang politik, pak-pak menteri pun suka sebab mau makan angin. Maka itulah penyebabnya berbelanja sampai ratusan ribu.

Jika menteri melawat, ada pakej lain yang kaki pengampu dan pembodek akan sediakan untuk menghiburkan pak-pak menteri. Jika tidak golf, pergi shopping, jika tidak shopping, pergi Casino, jika tidak casino, ke tempat-tempat liburan.

Maka dana awamlah yang akan digunakan. Untuk justifikasi, digunakan nama agama, untuk berdakwahlah, untuk fi sabilillah lah, untuk perangi maksiat liberal bagailah....yang sebenarnya mau free riding sahaja.



Isunya ialah budaya politik patronage yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu Muslim di Malaysia.

Ubatnya ialah good governance, perlu ketelusan. Perlu akauntabiliti. Perlu integriti. Buat pekeliling, tidak perlu para menteri rasmikan program-program pelajar di luar negara.

Biarkan para pemimpin tempatan negara-negara tersebut sahaja dilibatkan dan tidak perlu membazir untuk menjemput para menteri.

Engagement bersama komuniti lokal lebih penting kepada para pelajar di luar negara untuk membuka minda dan menambahkan pengalaman. Para menteri boleh jumpa di Malaysia sahaja.

Untuk program-program Islami pula, yang diperlukan pula ialah para pendakwah yang ikhlas, dan bukannya orang politik dan juak-juak mereka yang berkepentingan.

Dipetik dari FB Dr Maszlee Malik

Jangan jadi hipokrit, berdakwah ‘kebebasan’ tapi sokong Najib - dari BERSIH kepada Obama

Posted: 21 Nov 2015 05:18 AM PST


Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini beliau tidak boleh mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia tetapi pada masa sama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Malaysia.

Dalam surat terbuka kepada Obama yang bertemu badan bukan kerajaan (NGO) dalam mesyuarat tertutup awal hari ini, Bersih 2.0 menggariskan dakwaan terhadap Najib, menuduhnya memperlekehkan pilihan raya dan mekanisme Parlimen untuk mempertahan "pemerintahan rasuahnya", menggunakan kad kaum dan agama dan membungkam pengkritik.

"Pemerintah AS tidak boleh dan tidak perlu menjadi terlalu sinis apabila berdakwah tentang demokrasi dan hak asasi manusia dan pada masa sama menyokong pemimpin autokratik seperti Najib hanya kerana kepentingan ekonomi dan geopolitik.

"Hipokrasi seperti ini bukan sahaja menjejaskan autoriti moral AS dalam hal ehwal dunia, tetapi menjejaskan demokrasi dan hak asasi manusia dan menyumbang kepada ketidakstabilan politik kepada negara diperintah dengan secara kuku besi dan dunia secara keseluruhannya," kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

Bersih 2.0 berkata, kerajaan Malaysia menindas hak rakyat yang berbeza pendapat dengan menyasarkan pemimpin pembangkang dan pemimpin NGO dengan menggunakan Akta Hasutan 1948, yang melanggar Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Najib juga dikatakan melakukan "jenayah" untuk mengelakkan daripada undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Hasil pilihan raya juga didalangi "penggunaan dana yang tidak terkawal" daripada "orang asing yang meragukan" atau syarikat berkaitan kerajaan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka, kata Bersih 2.0.

Sementara itu, siasatan ke atas dana AS$700 juta Najib menjadi lumpuh apabila dia menggantikan Peguam Negara, penggubal undang-undang dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dipilih, dan pegawai-pegawai penyiasat diganggu, kata Bersih 2.0.

Reformasi pilihan raya juga terhenti dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya membenarkan parti pemerintah untuk memenangi pilihan raya umum 2013 dengan hanya 47 % undi popular.

"Ia secara berkesan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara terang-terangan melanggar syarat-syarat perlembagaan pada persempadanan semula dan baru sahaja memenangi keputusan Mahkamah Persekutuan melemahkan keupayaan orang ramai meneliti dan campur tangan dalam proses persempadanan semula.

"Pembaharuan juga tidak ada dalam aspek-aspek lain seperti membersihkan daftar pemilih, pengembangan pengundian tidak hadir, peluang sama rata dalam kempen," kata Bersih 2.0.

Badan itu turut membidas tindakan perdana menteri yang memainkan sentimen kaum, termasuk etnik, agama dan golongan minoriti seksual.

Rakyat bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan nama Allah, sementara perhimpunan Bersih 4 yang menuntut pentadbiran yang telus dilabel sebagai perhimpunan kaum Cina menentang Melayu.

"Sejak lawatan terakhir Presiden Obama pada bulan April 2014 , iklim politik di negara ini tidak berkembang dengan ketara.

"Malah, penindasan hak sivil dan politik sudah menjadi lumrah hari ini," kata Bersih 2.0 - The Malaysian Insider


Kursus Perkahwinan YaPEIM Di Paris Jimatkan Kos - Pengarah JAWI

Posted: 20 Nov 2015 04:30 PM PST


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempertahankan Tindakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menganjurkan program pra-perkahwinan di luar negara kerana ia lebih menjimatkan kos.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam urusan perkahwinan, usaha YaPEIM itu dapat membantu pelajar daripada membuat perbelanjaan besar untuk pulang ke Malaysia bagi mengikuti kursus kahwin.

"Jadi dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus kahwin.

"Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar. Bila balik ke negara kita, mereka tak perlu lagi menghadiri kursus," katanya semasa sidang media sempena Majlis Mahabbah Alumni JAKIM pada Jumaat.

Mengulas lanjut, dia berkata, pasangan yang ingin berkahwin wajib menghadiri kursus sebelum mendirikan rumah tangga.

"Pasangan yang bakal berkahwin mereka wajib menghadiri kursus pra perkawinan, apabila dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 pelajar penceramahnya dua hingga tiga orang pergi, perbelanjaan memang sedikit," katanya.

Dia berkata demikian ketika menjawab dakwaan National Oversight and Whistleblowers (NOW) YaPEIM telah menggunakan RM290,000 untuk membiayai dua program kursus kahwin di Paris, Perancis melalui dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskim (PEMANGKIN). - Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...