Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lagi 34 Ketua Cawangan Mahu Najib Letak Jawatan.. Mungkin Mereka Mahu Negara Ini Mundur Agaknya?

Posted: 22 Nov 2015 12:21 AM PST


Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap gesaan 13 ketua cawangan UMNO di Bahagian Telok Kemang supaya presiden parti itu, Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai kes yang terpencil.

"Kita ada lebih 20,000 cawangan dalam Umno. Kalau kita hendak dapat 100% (sokongan), sangat-sangat luar biasa. Saya rasa, 13 daripada 20,000.

Zahid Hamidi pula menganggap gesaan 13 individu itu bukan satu perkara besar kerana mereka hanya sebilangan kecil daripada 20,000 pemimpin cawangan di seluruh negara.

"Hanya 13 daripada 20,000 (pemimpin cawangan)," kata timbalan perdana menteri itu pada satu sidang media.

Jadi.. oleh itu kita boleh menganggap desakan supaya Najib letak jawatan dari 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri ini adalah kes terpencil juga..

Sebab mereka hanyalah segelintir sahaja dari 20,000 Ketua Cawangan yang mahukan Najib letak Jawatan..

PORT DICKSON - Seramai 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden Umno.

Kenyataan dibuat di hadapan media oleh ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin selepas kesemua 34 orang dari Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam bermula kira-kira 3 petang di sini, hari ini.

Menurut Mohd Isa, mereka sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu Melayu itu.

Menurutnya, semasa peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan yang begitu tinggi.

"Namun, apa yang berlaku hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan Umno.

"Melalui mesyuarat ini juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang tampil membuat kritikan kepada parti," katanya pada sidang media berkenaan, hari ini.

Mohd Isa juga mendakwa mereka sudah mendapat sokongan hampir 5,000 ketua cawangan lain dari seluruh negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan berhubung perkara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.

"Kita yakin akan mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.

"Tindakan kami ini tidak didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan," katanya.

Pertengahan bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar Telok Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan.

Ia disusuli dengan tindakan 10 cawangan Umno di bahagian Sepang yang turut membuat kenyataan sama, Rabu lalu.




13 + 20 + 34 = 67.. elehhhh baru 67 dari 20,000.. tak sampai 0.01%.. banyak tu saja yang hilang kepercayaan?

Tak goyang punyalah Pahlawan Bugis tu...

Atau mereka mahu negara kita ini mundur macam Samy Vellu kata ni?

Sejak Bila Hal Ehwal Pelajar Luar Negara Di Bawah YaPEIM Dan JAWI?

Posted: 21 Nov 2015 08:00 PM PST


Membaca tentang berbagai laporan mengenai kisah YAPEIM mengadakan berbagai kursus perkahwinan untuk pelajar di luar negara, terpanggil pula aku untuk mempersoalkan beberapa perkara yang berbangkit.

Sebagai 'orang tua' yang pernah terlibat dalam 'hal-hal sebegini' suatu ketika dahulu amat memerlukan penjelasan.

Sekurang-kurangnya untuk dapat dimengertikan oleh rakyat yang agak dangkal tentang isu-isu yang sebegini.

· Membaca tentang laporan-laporan dan kenyataan yang diberikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (DS Jamil Khir Baharom) dan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya menampakkan bahwa seolah-olah hal ehwal pelajar luar negara telah berada dibawah YAPEIM dan bukan lagi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Atau apakah aku tidak sedar tentang pertukaran tanggungjawab ini?

· Dari laporan-laporan yang dipaparkan menunjukkan bahawa kursus perkahwinan adalah amat penting diberikan kepada pelajar-pelajar. Aku tidak menafikan hakikat itu tetapi apakah kursus yang sedemikian menjadi keutamaan sehinggakan sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mengadakan kursus sedemikian rupa.

Izinkan aku memetik kenyataan Pengarah JAWI, Encik Palmuzi Yayaha yang mengatakan bahawa, "Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan……Apabila (kursus) dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang di mana belanjanya memang sedikit…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus),"

Aku tidak menafikan kepentingan kursus-kursus perkahwinan sedemikian tetapi soalnya hendaklah mengikut 'tertib'nya. Mengikut keutamaannya. Kita harus faham bahawa keutamaan yang diberikan tumpuan kepada pelajar ialah untuk lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang yang diceberu oleh mereka dan bukan memikirkan soal kahwin. Aku yakin jikalau ditanyakan keutamaan ibu bapa pelajar di Malaysia, pasti mereka mahukan anak mereka lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang kejuruteraan (Perancis dan German)

Dan yang 'memeningkan' kepala kebanyakan takyat Malaysia ialah kenyataan 'Tuan Pengarah Jawi' yang mengatakan bahawa, '…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus)". Apakah sampai begitu sekali pentingnya kursus perkahwinan sehinggakan sanggup memanggil pulang pelajar semata-mata untuk mengikuti kursus perkahwinan. Mungkin agaknya pemikiran aku sudah amat jauh menyimpang dari norma sebenar. Mungkin.

Timbul pula pertanyaan lain yang 'menendang dan menerajang' benak aku ia itu tentang apakah JAWI dan YAPEIM juga mengadakan kursus perkahwinan di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Apakah seluruh pelajar Islam di UITM atau di Taylors College di Subang Jaya itu telah mengikuti kursus perkahwinan? Dan aku yakin tidak dan mungkin belum lagi diadakan kursus sedemikain. Dan apakah bezanya pelajar Islam di pusat pengajian tinggi tempatan dengan pelajar Islam di Paris atau di Chicago?

Dan yang paling malangnya lagi ialah perbelanjaan untuk menjalankan kursus berkenaan berjumlah ratusan ribu ringgit. Lebih menakjubkan lagi kononnya Kursus program yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris membincangkan Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan'. Persoalannya ialah apakah kepakaran YAPEIM dan JAKIM sudah boleh mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan keushawanan dan pengurusan dan tidak lagi terbatas dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam sahaja.



Dan dinyatakan juga bahawa tujuan diadakan program berkenaan di Perancis, " bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tidak terpengaruh dengan LGBT" Aku tidak pula menafikan tentang kepentingannya untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar.

Tetapi soalnya apakah perlu satu program khas yang dinamakan 'Simposium Perdana Paris' untuk membincangkan isu berkenaan yang mana para peserta simposium perlu didatangkan dari Malaysia dengan perbelanjaan ratusan ribu ringgit. Apakah pegawai kedutaan di Paris tidak boleh diminta kerjasama untuk memberi penjelasan yang sedemikian. Ataupun mungkin boleh diarahkan Attache Agama Islam dari Jabatan Penuntut Malaysia di London untuk bekerjasama alam hal sedemikian.

Aku merasakan sudah begitu lama kerajaan Malaysia membelanjakan wang yang begitu banyak untuk perkara-perkara yang bukan keutamaan. Sudah berbillion ringgit wang negara digunakan untuk perkara-perkara yang bukan 'keutamaan' ( yang semestinya bukan tidak penting). Para menteri dan pegawai tinggi kerajaan haruslah berhemah dan 'bertimbang rasa' dalam menetukan keutamaan yang perlu dilaksanakan.

Sudah terlalu lama kita membincangkan isu-isu remeh yang kadang-kadang dirasakan kurang berfaedah dan membuang masa.


abuhassanadam
21 November 2015

London
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...