Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya.. Buat Pertama Kali Dalam Sejarah, Di Bawah Pentadbiran Najib, Industri Strategik Negara Dijual Kepada Negara Asing..

Posted: 23 Nov 2015 06:41 AM PST


Apa yang dibimbangi oleh banyak pihak yang terlibat dengan industri tenaga negara akhirnya menjadi nyata malam ini..

Anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy Bhd dilaporkan telah memeterai Perjanjian Jual dan Beli Saham dengan China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) bagi menjual 100 peratus kepentingannya dalam semua aset tenaganya yang bernilai RM9.83 bilion.

Sebanyak 15 peratus aset Edra merupakan loji janakuasa tempatan dan dengan kepentingan menyediakan bekalan elektrik yang lancar ke seluruh negara, ia adalah dalam kepentingan negara bahawa aset-aset itu kekal dikuasai entiti Malaysia, bukan dijual kepada entiti asing.

Meskipun langkah angkah ini dikhuatiri memberi kesan kepada kerajaan Malaysia kerana penjualan aset Edra kepada entiti asing bermakna pertama kali dalam sejarah industri strategik negara, aset jana kuasa dimiliki orang asing... Najib peduli apa?

Bila dikuasai oleh orang asing, siapa dapat membendung kemungkinan harga lebih tinggi jika bukan para pengguna iaitu rakyat Malaysia?

Lebih membimbangkan... penjualan Edra kepada entiti asing akan menutup peluang kepada vendor-vendor tempatan termasuk Bumiputera yang telah berjaya dibimbing selama ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini pernah membantah penjualan aset strategik ini kerana bimbang tindakan menyerahkan kepada firma asing akan mendedahkan negara kepada risiko keselamatan.

"Saya bukanlah seorang yang anti terhadap perniagaan dilakukan oleh orang asing tetapi cadangan seperti ini secara umumnya tidak baik untuk negara.

"Secara peribadi saya meminta 1MDB, kementerian kewangan dan kerajaan agar memikirkan semua secara masak-masak dan banyak kali cadangan untuk melepaskan aset tenaga negara," katanya.




Menurut Rafizi pula Penjualan aset tenaga pegangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Berhad adalah satu bahaya besar dan akan memberi kesan kepada rakyat dan 33,000 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

"Ini satu bahaya besar kepada rakyat kerana kita berdepan dengan kemungkinan tarif elektrik yang tinggi dan kita tak tahu pun sama ada ia disebabkan oleh penjualan kepada konsortium China"

Najib peduli apa itu semua..  asalkan 1MDB yang bermasaalah tapi dikatakan tidak bermasaalah itu boleh mengurangkan hutangnya itu lebih penting baginya..

Malaysia Development Bhd (1MDB) menerusi anak syarikatnya Edra Global Energy Bhd memeterai Perjanjian Jual dan Beli Saham dengan China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) bagi menjual 100 peratus kepentingannya dalam semua aset tenaganya yang bernilai RM9.83 bilion.

Ia membabitkan penjualan syarikat operasi Edra yang terdiri daripada Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.

Penjualan itu adalah urus niaga pengambilalihan dan penggabungan (M&A) terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Paling penting, urus niaga itu menandakan pencapaian utama pertama dalam pelan rasionalisasi 1MDB, seperti yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei lalu.

CGN Group akan membayar secara tunai, ekuiti bernilai RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar serta tunai berkaitan syarikat operasi Edra itu, berdasarkan tarikh penilaian 31 Mac 2015.

Urus niaga itu dijangka diselesaikan pada Februari 2016. Tawaran indikatif bagi syarikat operasi Edra diterima buat kali pertama pada Jun lalu melalui proses tender yang ketat, berdaya saing dan antarabangsa oleh penasihat kewangan 1MDB, Maybank Investment Bank Bhd.

Rothschild pula bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Edra.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, berkata pihaknya gembira untuk mengumumkan pencapaian penting dalam proses meraih hasil daripada Edra.

Katanya, CGN Group muncul pemenang dalam tender antarabangsa berkenaan berdasarkan beberapa objektif diumumkan oleh 1MDB sebelum ini termasuklah memaksimumkan nilai, terma komersial boleh diterima dan pelaksanaan urus niaga yang jelas.

"Pembelian oleh CGN Group membawa komitmen pelaburan langsung asing (FDI) yang besar ke Malaysia dan ini satu bentuk keyakinan jelas terhadap ekonomi Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini lapor Berita Harian


Kalau sikit hari lagi tarif elektrik naik mencanak pun.. Najib peduli apa?.. dia tak terkesanpun.. dia tak perlu bayarpun bil itu.. semua rakyat yang tanggung..

Yang terkesannya ialah kita rakyat.. tapi macai tak terkesan.. sebab macai dikecualikan dari sebarang kenaikkan..



Lebih 200 Saja Ketua Cawangan UMNO Yang Mahu Najib Letak Jawatan?

Posted: 23 Nov 2015 12:00 AM PST


Kalau setakat lebih dari 200 Ketua Cawangan tu apalah sangat... 200 dari 20,000 Cawangan baru 0.01%.. takkan goyang punyalah Najib tu..

Laporan berkaitan..

Lebih 200 ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara akan mengadakan sidang media pada 27 November untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Presiden parti.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Railway, Mohd Said Midon berkata, kumpulan terbabit termasuk daripada sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

"Kami tidak akan berhenti mendesak sehingga dua tuntutan dipenuhi," katanya sambil menambah tempat sidang media itu akan dimaklumkan kemudian.

Mohd Said berkata, dua tuntutan itu ialah mendesak Najib meletak jawatan sebagai Presiden dan digantikan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, negara menghadapi banyak masalah yang menjejaskan rakyat dan menjadi tanggungjawab ahli UMNO untuk mengambil tindakan untuk agama, bangsa dan negara.

Mohd Said berkata, ketua-ketua UMNO cawangan di seluruh negara akan membuat siri-siri sidang media secara berterusan sebagai tekanan kepada Najib.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, terdapat dalang yang membayar ketua-ketua UMNO cawangan membuat kecoh menjelang Perhimpunan Agung UMNO, bulan depan.

Katanya, dalang itu sedang rancak menjelajah ke seluruh negara untuk menghasut ketua-ketua UMNO cawangan bagi mendesak Najib meleta jawatan.

"Dalang ini sedang jaja (hasut) ketua cawangan seluruh negara minta sokongan 100 ketua cawangan untuk tolak Presiden.

"Mereka ini dibayar dengan duit. Mereka buat kecoh (untuk ganggu perjalanan) perhimpunan agung, " katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.



Obama Mahu Najib Bebaskan Anwar?

Posted: 22 Nov 2015 09:30 PM PST


Saya dengar daripada lima orang - rakyat Malaysia dan juga rakyat Amerika Syarikat serta mereka yang dalam kedudukan untuk tahu, bahawa pada pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Razak pada 20 November lalu, Presiden Barack Obama menggesa perdana menteri Malaysia untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Permintaan itu dilaporkan atas dasar kemanusiaan, kerana kesihatan Anwar yang semakin merosot. Bagiamanapun pendirian kerajaan Amerika adalah bahawa perbicaraan Anwar adalah pincang dan bermotifkan politik, dan bahawa Anwar adalah tahanan politik.

Seorang sumber memberitahu saya bahawa jawapan Najib adalah beliau terpaksa mematuhi sistem undang-undang Malaysia. Bagi saya, ia adalah ironis bahawa Najib mahu bersembunyi di sebalik sistem undang-undang Malaysia, sedangkan dirinya sendiri tidak teragak-agak untuk menggunakan dan menyalahgunakannya untuk kepentingan politik peribadi.

Dan ia bukan hanya digunakan ke atas pembangkang sahaja lagi. Sekarang Najib menggunakannya terhadap pengkritik dalam parti sendiri, dan juga penyiasat yang semakin hampir menemui kebenaran.

Banyak yang telah berlaku sejak permainan golf terkenal pada Disember lalu. Bermula dengan Anwar yang dadapati bersalah pada Februari lalu, muka depan utama akhbar New York Times memperincikan semua dakwaan rasuah sekitar Najib dan keluarganya.

Portal Sarawak Report pula mendedahkan lebih banyak dokumen mengenai 1MDB dan berbilion-bilion ringgit yang hilang. Semua laporan 1MDB adalah sangat rumit dan sukar difahami. Tetapi The Wall Street Journal kemudiannya menerbitkan sebuah artikel yang semua orang boleh faham. Sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) didakwa berakhir di akaun bank peribadi Najib, dan berminggu-minggu, beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana wang itu berada di akaunnnya.

Dan kemudian, secara tiba-tiba, sebahagian besar wang didakwa dibawa keluar negara lagi - tetapi tiada siapa yang tahu di mana, dan Najib tidak bercakap. Semua orang dapat memahami cerita ini - anda tidak perlu mempunyai MBA dalam kewangan antarabangsa. Kemudian New York Times melaporkan bahawa Najib dan keluarganya sedang disiasat oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi. Apa punya nama!

Bagihak-hak asasi manusia dan demokrasi, tindakan keras Najib ke atas pembangkang telah dilaporkan secara meluas oleh media barat. Pemerhati Hak Asasi Manusia baru-baru ini mengeluarkan laporan 151 muka surat berhubung "suasana ketakutan" yang dicipta oleh Najib. Tak pernah sebelum ini - 151 muka surat! Kemudian ada kumpulan Bangsa-Bangsa Bersatu yang baru-baru ini menggesa pembebasan Anwar.

Obama adalah seorang peguam. Beliau sedar bahawa keterangan dan bukti adalah mencukupi dan Najib bukanlah manusia seperti yang difikirkannya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Obama bukannya satu-satunya pemimpin dunia yang percaya dengan retorik pembaharuan Najib.

Tetapi apabila meletakkan semuanya bersama, dan dengan berita-berita tahun ini, ia mencapai tahap di mana Obama akhirnya mengiktiraf realiti mengenai Malaysia dan Najib - John Mallot Malaysiakini



Enam Suspek Penyelewengan Di Bukit Aman Di Tahan

Posted: 22 Nov 2015 07:05 PM PST


Enam individu termasuk pegawai kanan polis ditahan kerana dipercayai terbabit dalam penyelewengan kontrak ubah suai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam suspek yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah, anggota polis dan kontraktor berkenaan ditahan dalam beberapa tangkapan yang dilakukan sejak kelmarin.

"Kita juga telah menyita beberapa kenderaan mewah serta akaun bank milik semua suspek. Kita juga tidak akan berkompromi dan membiarkan sesiapa termasuk anggota sendiri untuk melakukan sebarang bentuk jenayah.

Kita tidak akan melindungi anggota kita yang terlibat dengan apa jua jenayah," tegasnya ketika ditemui pemberita di Masjid Bukit Aman di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar Bahasa Inggeris, The Sun melalui sumber dalaman menyatakan RM1.5 juta yang diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman adalah perbelanjaan yang tidak wujud.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib juga telah mengesahkan perkara itu.

Beberapa pembongkaran dibuat sejak beberapa bulan yang lalu selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan audit dalaman di Jabatan Logistik Polis.

Kos membaik pulih pintu kalis api dan juga sistem penghawa dingin direkodkan bernilai RM500,000, namun tiada sebarang kerja-kerja dilakukan walaupun bayaran kepada kontraktor yang dilantik telah dibuat.

Pada masa sama, lebih RM1 juta didakwa digunakan untuk tender yang tidak wujud.-MalaysiaGazette



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...