Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Salleh Man Diminta Nyatakan Pendirian Oleh PAS Khamis Ini

Posted: 24 Nov 2015 07:00 AM PST


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Salleh Man dipanggil untuk menghadiri mesyuarat Pas Pulau Pinang yang akan diadakan Khamis ini.

Ia bagi mendapatkan penjelasan terhadap kesetiaannya terhadap pimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia sejajar dengan pendirian pimpinan Pas Pusat yang memutuskan kerjasama dengan DAP dan tidak mengiktiraf PH, sepatutnya semua ahli Pas mamatuhi keputusan itu.

" Pada hari ini kami menjemput Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang (Muhammad Fauzi Yusof) dan Setiausaha untuk memberikan taklimat.

"Keputusan kami ialah Salleh berjumpa dengan Pas Pulau Pinang pada 26 November dan menjelaskan tindakannya kepada mereka. Jadi kami serahkan kepada Pas negeri untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

"Apabila Pas putuskan hubungan, Datuk Salleh Man sepatutnya patuh kepada keputusan itu," kata Takiyuddin pada sidang akhbar di ibu pejabat Pas.

Pendirian Salleh mencetuskan kontroversi apabila dia berikrar untuk meneruskan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Pas Pulau Pinang melucutkan semua 873 ahlinya yang dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selepas ia menjadi pembangkang kepada kerajaan PH.

Tindakan itu dibuat selepas kerajaan negeri bertindak memecat 300 ahlinya yang memegang jawatan JKKK di bawah kuota parti itu yang dibuat ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Khamis lalu, parti Islam itu mengumumkan ia tidak lagi sebahagian daripada kerajaan negeri dan memutuskan menjadi pembangkang di negeri itu lapor Free Malaysia Today



Najib Pecat Ketua Wanita UMNO Gopeng Sebab Desak Dia Letak Jawatan..

Posted: 24 Nov 2015 04:33 AM PST


Mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat daripada parti.

Pengumuman itu dibuat Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Majlis Tertinggi di bangunan sementara Parlimen petang ini.

"Antara keputusan kita buat hari ini kita pentingkan perjalanan parti kita dalam semua aspek.

"Kita mahu parti kukuh dan terus dapat keyakinan rakyat, semua golongan yakin Umno parti yang berdiri dalam keadilan dan prinsip serta amalan yang baik dalam parti.

"Oleh itu antara keputusan kita buat, Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin," kata Najib yang juga perdana menteri.

Hamidah sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak gentar dipecat daripada Umno ekoran seruannya agar Najib berundur.

Hamidah berkata, kenyataan itu dikeluarkannya kerana prinsipnya yang mendahulukan parti berbanding pemimpin.

"Saya berprinsip setia kepada parti, bukan kepada pemimpin. Saya tegaskan perdana menteri harus berundur dengan meletakkan jawatan.

"Takkan lebih 3 juta orang (ahli Umno) nak kena berkorban demi seorang pemimpin? Sepatutnya seorang pemimpin yang perlu berkorban untuk 3 juta ahli," katanya dipetik berkata kepada Sinar Harian.

Hamidah berkata demikian sewaktu mengulas khabar angin akan dipecat daripada Umno susulan membuat kenyataan itu.

Sebelum ini pada Mei lalu, beliau berkata, Najib perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Beliau bagaimanapun berharap pemecatan itu tidak akan berlaku kerana ia hanya akan memberi kesan buruk dan memecahbelahkan Umno.

Hamidah merupakan bekas ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) lapor The Malaysian Insider



Harta Negara Akan Dilelong Untuk Selamatkan 1MDB – Rafizi

Posted: 24 Nov 2015 01:20 AM PST


Penjualan loji janakuasa Edra Energy kepada konsortium China-Qatar menunjukkan institusi-institusi kerajaan diheret untuk menutup hutang 1MDB.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, perkara itu pernah berlaku apabila aset-aset negara seperti tanah-tanah yang mahal dipindahkan kepada 1MDB.

"Kemudian kita terkejut bila dana dari institusi rakyat seperti Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga terpalit dengan 1MDB.

"Terkini, kita terpaksa pasrah menerima keputusan songsang menggadaikan keselamatan dan kelangsungan pembekalan elektrik negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.

"Saya pasti selepas ini lebih banyak harta negara akan dijual dan dilelong kepada syarikat asing demi untuk menutup lubang hutang 1MDB," katanya menerusi kenyataan media.

Edra Energy, anak syarikat 1MDB, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) secara tunai pada nilai ekuiti RM9.83 bilion, menjadikan perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Rafizi berkata, dia telah memfailkan usul tergempar bagi menghalang penjualan ekuiti itu tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

"Sepanjang perkara ini dibawa, saya kesal kerana tidak ada seorang pun wakil rakyat atau pimpinan UMNO yang bangun mempertahankan hak TNB serta kepentingan strategik negara.

"Kegagalan mereka bersuara mengiyakan pandangan rakyat terbanyak bahawa UMNO tidak lagi peduli dengan kebajikan rakyat dan kepentingan negara," katanya.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, penjualan itu akan membawa risiko kenaikan tarif elektrik, kemasukkan pekerja asing, risiko kestabilan pembekalan elektrik dan menganggu kedudukan strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB).



Ali Tinju Ancam Nak Merusuh Di PWTC, Jika..

Posted: 23 Nov 2015 09:14 PM PST


Gerakan Merah yang diketuai Ali Tinju mengancam mengadakan rusuhan sekiranya ketua-ketua UMNO cawangan membuat kecoh pada Perhimpunan Agong UMNO, bulan depan.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), dia akan melakukan apa sahaja bagi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kumpulan itu.

"Saya akan mengetuai rusuhan di hadapan PWTC sekiranya ketua-ketua UMNO cawangan tersebut membuat kecoh untuk mendesak Datuk Seri Najib berundur.

"Saya juga akan bertanggungjawab untuk mempertahankan Presiden UMNO dari sebarang ancaman. Kalau apa-apa berlaku nanti jangan salahkan pihak Gerakkan Merah," katanya..

Mengulas lanjut, dia mendakwa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dalang utama di sebalik desakan itu.

"Bekas Setiausaha Politik Muhyiddin, juga terlibat. Gerakan ini (cawangan yang mendesak Najib letak jawatan) didalangi oleh pemimpin tertinggi UMNO yang kecewa iaitu Muhyiddin, Shafie dan lain-lain.

"Mereka ini sedang mengumpul 3,000 cawangan untuk mendesak Najib letak jawatan," katanya.

Katanya, ketua-ketua UMNO bahagian perlu bertindak segera dengan mengambil tindakan kepada ketua-ketua cawangan yang terlibat.

"Saya minta barua-barua Muhyiddin ini supaya berhenti mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, jika kamu tidak berhenti, kamu akan berhadapan kumpulan Gerakan Merah," katanya lapor FMT



5 ADUN PKR Memihak UMNO?.. Guan Eng Patut Baca Kenyataan Media Ni..

Posted: 23 Nov 2015 04:30 PM PST


Puncanya hanya bersikap berkecuali dalam proses pengundian dalam usul dikemukakan pembangkang di DUN Pulau Pinang minggu lalu.. mereka dianggap sebagai memihak UMNO oleh Guan Eng..

Kepala hotak dia.. dah nak jadi macam Najib dah.. asal tak ikut cakap dia.. dia cop yang bukan-bukan..

Bengang punya pasal juga dah menyebabkan Guan Eng lupa apa itu yang dikatakan "Conscience Vote" dalam bahasa Malaysia "Pengundian Atas Ketulusan Hati"..

Ikut suka depa nak nak undi atau tak mau undi.. aku sokong mereka sebab mereka berjaya membuktikan mereka bukanlah "Rubber Stamp", lagipun mereka mengikut arahan Ketua Whip.
..
Menurut ADUN Penanti, YB Dr Norlela Ariffin "Dalam Dewan saya dapat arahan bertulis kata keputusan ialah untuk tidak mengundi dan tidak ambil bahagian dalam perbahasan,"

"Sebelum itu saya dah tanya penasihat undang-undang dan beliau berkata kita sebagai penyokong, apa-apa usul yang akan dibentangkan kita perlu mengikut apa keputusan Ketua Whip (Ong Chin Wen) untuk PKR dan dia pun sudah keluarkan kenyataan yang kita undi berdasarkan kepada keputusan kepimpinan parti",

"Tidak kisahlah usul datang daripada pembangkang atau kerajaan, itu tidak boleh jadi seperti itu. Kita tidak boleh jadi seperti robot tidak berminda, itu kaedah lama.

"Saya tidak lihat apa yang tidak kena dengan apa yang kami lakukan (berkecuali) sebab kami mengundi, berdasarkan kepada Ketua Wrip PKR, undi berdasarkan kepada kebijaksanaan dan dalam berbahasan saya (16 November) saya sendiri cakap pasal penebusan tanah itu harus diadakan pendengaran awam," tambah Norlela.




Selain Norlela, empat lagi ADUN PKR yang berkecuali adalah ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen; ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng; ADUN Batu Uban, T Jayabalan dan ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Tindakan mereka disokong oleh& Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.. Kata Fuziah, tindakan pendirian tersebut mengenai pemuliharaan alam sekitar dan patut disokong.

"Dalam amalan sebenar demokrasi berparlimen, 'check and balance' oleh perundangan kepada eksekutif adalah perkara biasa dan mesti digalakkan.

"Malah saya percaya bahawa bukan hanya menahan diri, mereka patut mengundi usul itu. Ini adalah manifestasi Nilai Berasaskan Politik," katanya dalam kenyataan di Facebooknya..

Berikut adalah kenyataan media dari Ketua Penerangan PKR..

23 NOVEMBER 2015

KEADILAN Anggap Pengundian Atas Ketulusan Hati (Conscience) Dalam Isu Tertentu Amalan Demokrasi Biasa

KEADILAN sebagai parti yang membawa agenda reformasi membenarkan undi ketulusan hati atau conscience vote di kalangan Ahli Parlimen atau ADUNnya dalam isu-isu tertentu.

Pengundian di DUN Pulau Pinang Jumaat lalu adalah berdasarkan conscience vote kerana ia menyentuh isu alam sekitar yang rumit.

Ia berhubung usul menangguhkan semua rancangan penambakan laut baru bagi mewujudkan tanah tebusguna sehingga satu kajian impak alam sekitar serta kajian impak sosial dilakukan.

Usul telah dibawa oleh ADUN Pulau Betong (UMNO), YB Hj Muhamad Farid Haji Saad.

Sementara KEADILAN tidak setuju dengan UMNO dalam banyak sudut khususnya aspek keadilan dan tatakelola negara, tetapi usul yang memohon supaya projek tebusguna tanah pada masa akan datang melalui proses kaji selidik alam sekitar yang menyeluruh adalah baik.

KEADILAN berpuas hati dengan penjelasan lima ADUNnya dan beranggapan ini adalah amalan demokrasi biasa yang perlu digalakkan di negara ini.

Mereka memahami usul dan isu berkenaan, justeru bertindak mengundi menurut ketulusan hati mereka.

Sehubungan itu juga, KEADILAN memohon supaya tiada lagi kenyataan dikeluarkan oleh pimpinannya sementara perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut di peringkat Pakatan Harapan.


SYED IBRAHIM SYED NOH
KETUA PENERANGAN
PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN)


Semoga ADUN-ADUN PKR tidak menjadi 'Rubber Stamp Guan Eng" macam yang dok ada tu..

Dengan pesanan anda tidak akan menjadi Wakil Rakyat tanpa dipilih oleh rakyat.. jadi bersuaralah 'Demi Rakyat'!!br />


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...