Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Di Malaysia Panda Dilayan Lebih Baik Dari Manusia...

Posted: 24 Nov 2015 09:30 PM PST


Seorang ahli parlimen PAS melahirkan rasa terkilannya bahawa panda gergasi di Zoo Negara mendapat layanan lebih baik daripada kebanyakan rakyat negara ini.

"Menguruskan pusat pemuliharaan panda bukannya murah. Panda dilayan dengan baik di bumi bertuah ini," kata Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada sidang Dewan Rakyat. 

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamin Samuri mendedahkan kepada Dewan berhubung kos yang ditanggung oleh kerajaan dan Zoo Negara bagi memelihara binatang berkenaan.

"Kos operasi dan penyelenggaraan adalah RM2.25 juta setiap tahun yang ditanggung oleh Zoo Negara.

"Kerajaan telah membayar RM6.94 juta sebagai yuran pemuliharaan kepada China sejak 2014 seperti yang ditetapkan dalam perjanjian antara kedua-dua negara," katanya.

Menurut Perjanjian Pemuliharaan Antarabangsa Malaysia-China, dua ekor panda itu akan tinggal di Malaysia selama 10 tahun.

Hamin juga berkata Malaysia akan membayar AS$600,000 (kira-kira RM2.52 juta) sebagai yuran pemuliharaan ke China untuk dua anak panda kembar yang dilahirkan pasangan panda itu yang akan ditanggung oleh Zoo Negara.

Ahmad Baihaki, seterusnya bertanya, "Adakah wang yang dibelanjakan untuk pandaitu mencapai objektif negara untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Zoo Negara dan Malaysia?"

Hamin berkata, Zoo Negara mencatatkan peningkatan pengunjung sebanyak 20 peratus.

Manakala, manfaatnya, kata beliau boleh dilihat dari segi diplomatik di mana nilai dagangan RM200 bilion dicatatkan antara Malaysia dan China lapor Malaysiakini



Individu Didakwa Jadi Orang Tengah Sirul, Muncul..

Posted: 24 Nov 2015 07:01 PM PST


Abdul Salam Ahmad, ahli perniagaan yang dinamakan dalam dokumentari Al Jazeera sebagai orang tengah di antara Sirul Azhar Umar dan pihak tertentu, tampil menafikan memainkan sebarang peranan tersebut.

Salam dinamakan dalam dokumentari program 101 East Al Jazeera berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sirul, bersama dengan Azilah Hadri, kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas polis dan pengawal peribadi kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri, telah disabitkan dengan pembunuhan Altantuya oleh Mahkamah Persekutuan pada bulan Februari tahun ini.

"Saya menyatakan bahawa saya tidak pernah memainkan apa-apa peranan untuk mana-mana pihak dengan Sirul Azhar, dan bahawa fitnah pertama dan fitnah kedua tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan/atau dilemparkan dengan niat jahat," kata Salam dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam, semalam.

Dalam laporan itu, Salam merujuk kepada dakwaan Al Jazeera bahawa dia adalah orang tengah sebagai "kenyataan fitnah pertama" dan mesej teks yang kononnya daripada Sirul meminta bayaran supaya tidak mengaitkan individu tertentu, sebagai "kenyataan fitnah kedua".

"Saya juga menyatakan secara khusus saya tidak pernah menghantar dan/atau membalas sebarang SMS, yang digambarkan dalam fitnah kedua tersebut dengan Sirul pada mana-mana masa," kata Salam dalam laporan polis itu.

Beliau juga menafikan bahawa dia tidak respons kepada permintaan Al Jazeera untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.

"Saya menyatakan bahawa ini juga suatu kenyataan yang berniat jahat kerana saya tidak pernah mengelak daripada memberikan sebarang penjelasan.

"Sebaliknya, saya telah menghubungi wartawan rancangan tersebut iaitu Mary Ann Jolley bagi menuntut penjelasan mengenai fitnahnya.

"Namun demikian wartawan tersebut telah mengelak dan/atau tidak memberi respons kepada tuntutan-tuntutan penjelasan saya," demikian menurut laporan polis itu.

Salam juga kecewa mengenai bagaimana dokumentari itu menggambarkan tentang diri beliau.

"Saya menyatakan bahawa program tersebut telah juga memfitnah saya sebagai mempunyai sejarah rasuah.

"Saya menyatakan bahawa saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa jenayah rasuah di mana saya tidak pernah dituduh atau disabitkan oleh mana-mana mahkamah," katanya.

Dalam laporan polis itu, Salam berkata beliau mahu tindakan diambil terhadap Al Jazeera kerana fitnah jenayah.

"Saya juga membuat laporan ini untuk menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku dan untuk saya mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang telah mencemarkan maruah saya di mahkamah kelak," katanya.

Sirul kini ditahan di pusat tahanan di Sydney dan tidak boleh dihantar pulang kerana Australia tidak mengiktiraf hukuman mati yang dikenakan di negara-negara asing.

Azilah kekal dalam penjara Malaysia sementara menunggu pelaksanaan hukuman lapor Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...