Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kenyataan Media Hamidah Osman Setelah Dipecat Dari UMNO.. Dia Nak Nangislah Weh!!

Posted: 27 Nov 2015 04:30 AM PST


Dengan suasana hiba, Dato Hamidah Osman, Mantan Ketua Wanita UMNO Gopeng membuat satu press conference di Hotel Impiana Ipoh, Sebelah Bangunan UMNO Perak..

Bukan aku tulis tu.. tapi Ratu Naga yang tulis.. gambar kat atas tu pun aku rembat dari Facebook Ratu Naga ..Hiba kena kat dia..

Sepatutnya kenalah ada kumpulan yang menangis kat belakang Hamidah masa sidang media tu, baru nampak real hibanya.. he.. he..

Berikut adalah kenyataan medianya..

KENYATAAN AKHBAR 
YBHG. DATO' HAJAH HAMIDAH BINTI HAJI OSMAN MENGENAI KES PEMECATAN SEBAGAI AHLI UMNO 
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah dipecat dari keahlian dan jawatan dari parti UMNO pada 24 Nov 2015 ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO. Namun sehingga ini saya masih belum menerima sebarang surat rasmi mengenai pemecatan saya. 
Walaubagaimana pun, saya terima keputusan ini dengan lapang dada dan hati yang terbuka serta redha. Saya yakin setiap apa yang berlaku adalah atas perancangan dan keizinan dari Allah S.W.T. 
Cuma saya agak terkejut kerana saya sendiri kurang pasti mengapa saya dipecat dari UMNO dan saya tidak pernah dipanggil untuk mengadap dan membela diri dihadapan lembaga displin parti. 
Saya memang pernah menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO Malaysia yang bertarikh 25 Mei 2015, meminta saya memberi sebab mengapa saya tidak boleh diambil tindakan displin kerana menganjurkan program Bicara Negara bersama Ybg Tun Dr. Mahathir Mohammad. 
Saya telah pun menjawab pertuduhan tersebut dengan menafikan yang saya bukanlah penganjur kepada program tersebut dan saya hanya menghadirkan diri bersama sama beberapa pemimpin UMNO yang lain. 
Pemecatan keahlian saya tidak bermakna berakhirnya perjuangan saya. Saya telah cukup puas berjuang , selama hampir 33 tahun saya berjuang di atas pentas UMNO, banyak onar dan duri telah saya tempuhi. 
Antara kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan dan akan menjadi sejarah dalam kehidupan dan selepas kematian saya adalah saya telah menyumbangkan peranan dan menghadiahkan sebuah kerajaan negeri kepada Barisan Nasional terutamanya kepada Dato' Seri Najib bin Abd. Razak yang ketika itu merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak. 
Pemecatan ini juga bermakna saya terpaksa berjuang di atas pentas rakyat berbekalkan kudrat yang ada. Perjalanan yg lebih terarah akan saya lakarkan demi memperjuangkan nasib rakyat dan Negara tercinta. 
Mereka dapat memadamkan nama saya dari senarai keahlian UMNO, tetapi mereka tidak akan dapat memadamkan api semangat perjuangan di dalam jiwa dan jasad saya. 
Hari ini saya telah ditalkin kan, hanya kerana saya seorang wanita, mengapa mereka tidak berani memecat Ybhg Tun Dr. Mahathir Muhamad dan ramai lagi yg bersuara secara lebih lantang menegur kepimpinan hari ini. 
Kepada ahli UMNO am nya, dan kepada wanita UMNO khas nya, teruskan perjuangan, jaga lah UMNO demi anak cucu kita demi agama bangsa dan negara. 
Saya telah mengambil keputusan, untuk tidak merayu kepada UMNO Malaysia atas pemecatan ini, tetapi saya akan terus merayu kepada Allah S.W.T semoga saya terus istiqamah dalam memperjuangkan nasib Negara dan Rakyat. 
Walaubagaimanapun saya akan meminta penjelasan dari UMNO Malaysia berkenaan sebab sebab saya dipecat. 
Sekian terima kasih  
Dato' Hajah Hamidah binti Haji Osman

Video amaran Hamidah yang pasti membuatkan Najib kecut perut bila mendengarnya silalah lihat di ( SINI )


Charles Morais Buat Cerita Bodoh – Musa Hassan Kata

Posted: 27 Nov 2015 12:12 AM PST


Dakwaan Charles Morais mendiang abangnya, Anthony Kevin Morais memberinya pemacu USB yang mengandungi semua maklumat berkaitan siasatan terhadap pemimpin politik dianggap cerita tidak masuk akal cerita bodoh.

Komen itu diiberikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi FMT bagi mengulas dakwaan terbaharu itu.

"Kenapa dia menceritakan semua ini kepada media? Buat laporan polis dan serah bukti kepada polis.

"Biar polis jalankan siasatan. Cerita yang mengatakan Kevin memberinya pemacu USB ketika dia berada di luar negara adalah cerita bodoh," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, Charles bukan sumber berkredibiliti kerana memiliki rekod kewangan tidak baik ketika menjalankan perniagaan di luar negara.

Dia mendakwa, Charles tidak dinamakan dalam wasiat Kevin menunjukkan hubungan kedua-duanya bermasalah.

Ramesh memberi tempoh tujuh hari kepada Charles untuk menyerahkan bukti kepada polis atau dia akan membuat laporan polis terhadap Charles.

Dalam Akuan Bersumpah, Charles mendakwa Kevin bertanggungjawab membocorkan deraf pendakwaan terhadap seorang personaliti politik kanan kepada Sarawak Report lapor Free Malaysia Today


Harga Kereta Perodua Akan Naik Sebab Nilai Ringgit Jatuh..

Posted: 26 Nov 2015 10:00 PM PST


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tidak menolak kemungkinan akan menaikkan harga kereta keluarannya tidak lama lagi disebabkan kejatuhan harga Ringgit.

Kenaikkan itu bagaimanapun hanya akan berlaku jika Perodua tidak mampu lagi menyerap kenaikan kos.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kelemahan Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat memberi impak kepada peningkatan kos operasi syarikat.

Katanya, ada komponen kereta keluaran Perodua yang diimport dan transaksi pembelian dilakukan menggunakan dollar AS atau Yen Jepun.

"Buat masa ini syarikat masih menyerap kesan kejatuhan nilai Ringgit. Jika telah mencapai satu tahap di mana kami tidak mampu lagi menyerap peningkatan kos ini, ada kemungkinan harga kereta dinaikkan. Tetapi syarikat belum membuat keputusan," katanya selepas majlis perasmian buku bertajuk Dude, That's My Car pada Khamis.

Perodua pengeluar kereta model Axia, MyVi dan Alza dengan menawarkan pakej kereta mampu milik.

Sejak beberapa bulan lalu, syarikat kereta Jepun dan Eropah telah mengumumkan kenaikkan harga kenderaan masing-masing bermula awal 2016 kerana kemerosotan nilai Ringgit lapor Free Malaysia Today


'Kalau Begitu Lebih Baik Buat Mesyuarat Dalam Kelambu," - Mat Taib

Posted: 26 Nov 2015 07:19 PM PST


UMNO disaran mengambil contoh keterbukaan yang dipamerkan di negara jiran Indonesia dalam kebebasan bersuara.

Bekas Menteri Besar Selangor, Menteri Besar ke-11, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata hak bersuara dan perbincangan secara langsung yang disiarkan stesen televisyen republik tersebut perlu dicontohi parti keramat orang melayu itu.

"Kita ambil contoh beberapa forum yang diadakan di Indonesia, seperti yang dianjurkan Kelab Peguam Indonesia.

"Mereka menganjurkan forum yang dihadiri pemimpin tertinggi negara itu Presiden Joko Widodo dan Gabenor Jakarta sambil disaksikan oleh penuntut universiti.

"Segala macam soalan yang dibangkitkan dibincang secara terbuka oleh Presiden dan Gabenor tanpa sebarang sekatan soalan mahupun jawapan" ujarnya yang ditanya mengenai kemungkinan sekatan liputan oleh media pada Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti.

Jelas Muhammad perkara ketelusan dan keterbukaan yang dipamer republik itu semakin kabur di negara ini dan itu yang perlu dititikberatkan UMNO.

Pada Khamis, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau belum menerima sebarang makluman berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bakal diadakan secara tertutup tanpa sebarang liputan media.

Perkara itu menurut Zahid di luar pengetahuannya dan perlu dirujuk kepada Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Adnan pada Rabu telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan tersebut akan diadakan secara tertutup dan pihak media akan dihadkan.

Mengulas lanjut perkara tersebut Muhammad berkata jika perkara yang dimaksudkan pemimpin dalam parti itu benar berlaku maka beliau pasti ada suatu yang tidak kena dan seolah-olah mahu menyorokkan sesuatu.

"Jika ia berlaku sebegitu mesti ada perkara yang ingin disorokkan jika tidak mengapa perlu dibuat secara tertutup.

"Maksudnya UMNO tidak lagi menjadi parti yang terbuka seperti sebelum ini," ujarnya.

Jelasnya lagi, selama hampir 50 tahun beliau berjuang bersama beberapa pemimpin yang masih ada dalam parti itu semenjak 1964, perkara seumpamanya tidak pernah berlaku.

"Selama hidup saya didalam UMNO sebelum ini tidal pernah perkara sebegini dilakukan apatah lagi di peringkat cawangan.

"Jika begitu, UMNO bahagian dan cawangan juga perlu dibuat secara tertutuplah sebab tiada keterbukaan lagi.

"Kalau begitu lebih baik buat mesyuarat dalam kelambu," ujarnya yang telah meninggalkan parti itu dengan beralih arah menyertai Pakatan Rakyat pada 2013 lapor AstroAwani


Alahai Kesiannya Kat Dia.. Nak Pertahan Najib Dituduh Menghasut Pula..

Posted: 26 Nov 2015 04:30 PM PST

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).

"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.

Posting Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Posting Faisal sebelum ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa dia adalah penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahuMalaysiakini bahawa kes ini tidak terkecuali.

IGP menegaskan bahawa tidak kira siapa yang disokong, dia perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial kerana ia memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.

Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.

Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah faham.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...