Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bagaimana jual Edra RM9.83 bilion Boleh Mengurangkan Hutang 1MDB Hingga RM18 bilion?

Posted: 28 Nov 2015 07:30 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan bagaimana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat mengurangkan hutangnya melalui penjualan aset tenaga kepada China General Nuclear Power Corp (CGN Group), di kala kejatuhan nilai ringgit.

Menulis dalam blog popularnya www.chedet.cc, bekas perdana menteri itu berkata, nilai ringgit adalah RM3.2 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika 1MDB membeli loji kuasa itu.

Ketika dijual, ringgit kini RM4.2 berbanding dolar AS, katanya.

"Jika wang dipinjam 1MDB dalam ringgit, kerugian akan menjadi minimum. Tetapi jika 1MDB pinjam dalam dolar AS, mereka akan rugi RM1 bagi setiap dolar dipinjam.

"Dalam erti kata lain, apa yang diperoleh 1MDB daripada jualan tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam dolar AS yang dipinjam 1MDB," tulis Dr Mahathir.

Pada Isnin, 1MDB, Edra Global Energy Berhad dan subsidiarinya memeterai jualan saham RM9.83 bilion dan perjanjian jual beli dengan CGN Group.

Jualan itu adalah untuk pemilikan 1MDB dalam semua aset tenaga – Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd.

Syarikat China itu akan membayar, wang tunai, nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan menanggung semua hutang dan wang tunai aset-aset kuasa, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac.

Urus niaga dijangka selesai pada Februari 2016.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy sebelum ini berkata, penjualan ekuiti dalam Edra Global Energy Berhad akan mengurangkan hutang dari RM16 bilion hingga RM18 bilion.

"Setelah Edra dijual dengan RM9.83 bilion, bagaimana ia mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16-RM18 bilion?

"Sekali lagi mengambil kira kejatuhan nilai ringgit, bagaimana hutang dalam dolar AS dapat dikurangkan?" soal Dr Mahathir.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Arul Kanda pembelian "membawa komitmen pelaburan langsung asing yang besar ke Malaysia".

"Wang yang dibawa masuk akan keluar untuk membayar hutang luar negara. Dan jumlah yang keluar akan menjadi lebih jauh daripada aliran masuk. Tidak seperti FDI (pelaburan langsung asing) pada pandangan saya," tulis Dr Mahathir lagi.

Backbenchers BN Kuat Mengampu, Penakut, Anwar Perlu Dibebaskan Kata Khairuddin

Posted: 28 Nov 2015 05:14 AM PST


Semakin menarik politik negara kita, terutamanya yang berkaitan dengan usaha-usaha ahli-ahli UMNO yang mahu Najib meletak jawatan Perdana Menteri.

Berbagai usaha dilakukan mereka setelah menyedari Najib semakin hari semakin menyusahkan rakyat yang akan menyebabkan UMNO/BN ditolak dalam PRU14.

Perlu kita akui tindakan mereka yang mahu Najib meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah satu langkah yang baik buat negara kerana Najib telah terbukti lebih banyak menyusahkan rakyat dari membantu rakyat..

Di bawah pentadbiran Najib juga kita menyaksikan nilai ringgit jatuh, GST dilaksanakan, berlaku berbagai kenaikkan kos yang melibatkan pelbagai dari tol hingga kepada keperluan asas.. boleh dikatakan hampir semuanya naik..

Tapi dari segi politik pula, perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri merugikan pihak Pembangkang kerana Najib adalah seorang pemimpin UMNO yang dikatakan paling banyak membawa masaalah..

Selain dari penulis buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM' pada tahun 1998, Khairuddin Abu Hassan juga merupakan anak saudara Sulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar.

Ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan buku tersebut.

Ketika era pentadbiran Pak Lah [Bapa mertua Khairy Jamaluddin] pula, beliau pernah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia menggunakan kapal terbang kecil bernama "Kailan" iaitu sempena nama ibu bekas Perdana Menteri itu.

Pada November 2009 pula, Khairuddin selaku ahli lembaga pengarah LBCN Development Sdn Bhd, memfailkan saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor dan kerajaan Negeri Selangor.

Dan hari ini dalam meneruskan agenda menjatuhkan Najib, beliau mahukan agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara..

Laporan berkaitan..

Individu yang menerbitkan buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi perdana menteri', hari ini menyokong gesaan supaya bekas ketua pembangkang itu dibebaskan.

Bekas Ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, beliau menyokong penuh mana-mana dayausaha untuk membebaskan Anwar dari penjara Sungai Buloh.

"Datuk Seri Anwar telah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanahair.

"Biar landskap politik tanahair kita bertambah warna-warni! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah?" kata Khairuddin.

Sebagai pemimpin akar umbi Umno yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin baru dibebaskan dengan jaminan selepas didakwa mensabotaj ekonomi Malaysia berhubung laporan-laporan yang dibuatnya terhadap 1MDB.

Katanya, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang effektif bagi 'semak dan imbang' pentadbiran negara.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi untuk membuat teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi," katanya.

Mereka ini. dakwanya, adalah kalangan kaki bodek yang lemah minda yang tidak amanah pada Allah SWT serta rakyat jelata.

"Mereka lebih takut pada manusia dari tuhan." katanya sambil menggesa penolakan pemimpin seumpama itu.

Beliau berkata pemimpin itu sepatutnya harus berani membuat teguran secara jujur dan ikhlas demi kebaikan atau kepentingan parti agar menjaminkan survival Umno mahupun BN dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Kumpulan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Arbitrari (WGAD) mengeluarkan kenyataan awal bulan ini yang menyatakan pandangan mereka yang mendakwa bahawa Anwar telah dinafikan perbicaraan yang adil.

Amnesty International juga telah mengiktiraf Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada bulan Februari atas sabitan tuduhan liwat, sebagai tahanan politik lapor The Malaysian Insider



Inilah Yang Dikatakan Sebagai Pengkhianatan..

Posted: 28 Nov 2015 02:30 AM PST


Kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail "Menjual aset tenaga kepada syarikat-syarikat asing merupakan satu pengkhianatan dan bukan perbuatan mengambil gambar dengan individu tertentu,

"Ia (penjualan aset tenaga) adalah apa yang mereka panggil pengkhianatan, bukannya mengambil gambar dengan seseorang," katanya ketika berucap kepada Kongres PKR di Shah Alam hari ini.

"Adalah sesuatu yang malang apabila Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak diberi keutamaan dalam mengambil alih aset tenaga, yang dijual sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semula 1MDB.

"Ini adalah satu pengkhianatan ekonomi yang jelas tidak mengambil kira kesan kepada rakyat,"

"Apa lagi yang akan dijual? Apa lagi yang kita akan serahkan kepada negara lain apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani?" soal beliau.

"Tarif elektrik kita akan meningkat dan membebankan kos sara hidup dalam usaha menyelamatkan 1MDB," katanya...

Laporan berkaitan..

Mengambil gambar tidak boleh dianggap satu pengkhianatan berbanding dengan penjualan aset penjana tenaga 1MDB, Edra Global Energy Bhd kepada General Nuclear Power Corporation (CGN) dari China, kata Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail.

"Malang sekali, akibat angkara 1MDB, kita menyaksikan bagaimana aset-aset jana elektrik telah pun dijual kepada sebuah syarikat China," katanya sambil mendakwa bahawa syarikat tempatan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak diberi peluang untuk membelinya.

"Ini adalah satu pengkianatan. Bukan ambil gambar dengan sesiapa itu yang dia kata pengkhianat," katanya dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 hari ini

Walaupun beliau tidak menyebut anak perempuannya yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, beliau merujuk kepada siasatan terhadap ahli Parlimen Lembah Pantai itu yang bergambar dengan Puteri Sulu Jacel Kiram.

Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai telah memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang didakwa mengaitkan beliau dengan perbuatan khianat kepada negara ekoran pertemuannya dengan Jacel.

Gambar pertemuan Nurul Izzah itu tersebar selepas Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau.

Bagaimanapun, naib presiden PKR itu menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama Jacel tersebar.

Sebelum ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy menjelaskan anak syarikat agensi pelaburan itu, Edra Global Energy Bhd, menjual semua asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 bilion lapor Malaysiakini

Yang mana lebih khianat sebenarnya?.. bergambar dengan anak pengganas atau berunding dengan Pengganas ketika jelas Pengganas tu sememangnya menceroboh kedaulatan negara kita?


Najib Buat Banyak Perkara Menyusahkan Rakyat Kata Ketua Cawangan UMNO

Posted: 28 Nov 2015 12:08 AM PST


Sekumpulan ketua-ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak "dirosakkan" dengan lebih teruk.

Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini.

"Kami nak ulang sekali lagi, presiden parti sudah buat banyak perkara menyusahkan rakyat dan kami nak minta beliau berundur.

"Jika tidak, kami seluruh negara akan undurkan dia," kata Ketua Umno Cawangan Railway Said Amidon pada satu sidang media selepas mengadakan program Berani Kerana Benar di Puchong, Selangor malam tadi.

Amidon yang juga salah seorang jurucakap kumpulan itu berkata, Umno cawangan seluruh negara sedang bergerak bersama-sama dengan mereka bagi mendesak supaya perdana menteri penggal kedua itu meletakkan jawatan.

"Kami nak beritahu pucuk pimpinan cawangan seluruh negara sedang bergerak, semakin bertambah," kata pemimpin akar umbi daripada Umno Bahagian Puchong itu.

GKCM mendakwa memiliki sokongan beratus cawangan seluruh negara, bagaimanapun enggan mendedahkan atas faktor keselamatan.

Seorang lagi jurucakap kumpulan itu, Kamarul Azman Habibur Rahman, yang juga ketua Umno Cawangan Taman TKK berkata, mereka akan memperhebatkan gerakan di peringkat akar umbi untuk mengembalikan maruah parti Melayu terbesar itu.

"Kini terpulang kepada usaha-usaha ketua cawangan dan ahli akar umbi supaya Umno dapat diselamatkan," kata Kamarul semasa membaca kenyataan media bersama kira-kira 20 ketua Umno cawangan lain.

Beliau juga menafikan dakwaan kumpulan ketua-ketua cawangan yang menentang Najib ditaja dan diupah.

"Kami bukannya dalang dan tiada siapa yang menjadi dalang di belakang kami," katanya.

Semasa melancarkan gerakan itu, Kamarul juga membaca deklarasi bersama yang diputuskan GKCM selepas bertemu dalam program itu.

"Pertama, presiden Umno perlu berundur. Kedua, tiada pemecatan kepada mana-mana ahli Umno yang menegur atau mengherdik pemimpin demi kebaikan dan ketiga, pemilihan Umno perlu diteruskan," kata Kamarul.

Terdahulu, beberapa ketua Umno cawangan menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Najib susulan beberapa skandal dan isu yang tidak terjawab, antaranya isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib.

Terbaru kontroversi tercetus selepas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkirkan daripada Kabinet pada Julai lalu turut dihalang merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri menjelang perhimpunan agung bulan depan lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...