Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Warkah Anwar Dari Penjara..

Posted: 29 Nov 2015 08:30 AM PST


Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar membacakan warkah bapanya dari penjara Sungai Buloh, pada Kongres Nasional KEADILAN yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Anwar dalam warkahnya mengingatkan pimpinan KEADILAN tentang keperluan bersatu dalam satu jemaah, selain menyambut baik kemasukan beberapa tokoh masyarakat dalam parti itu baru-baru ini.

Antara lain, Anwar turut memetik puisi penyair terkenal Indonesia, W.S Rendra, dan mengingatkan pimpinan KEADILAN supaya mempertahankan idealisme perjuangan mereka.

Warkah yang dibacakan puteri sulung Anwar itu turut mengundang rasa sebak dan sedih di kalangan pimipinan dan perwakilan yang hadir hari ini.

Berikut adalah warkah penuh Anwar Ibrahim:

Presiden yang dicintai, Timbalan Presiden dan pimpinan semua peringkat yang dikasihi.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali dalam keheningan.., fikiran melayang menembusi tembok ke Segambut bersama Azizah dan keluarga. Dengan segar saya pastinya merayau menyapa teman dan pejuang yang terpaksa berhempas pulas diluar, serta kepasrahan rakyat yang diselubungi kesempitan hidup dan tekanan sistem "istibdat".

Dalam bingkisan sempena kongres kali ini, saya cenderung untuk memberikan tumpuan kearah penjanaan kekuatan jemaah; dengan mengajak saudara – saudari berbaiah dengan khitah asas perjuangan. Dengan sendirinya landasan tersebut menolak faham kabilah; kesetiaan peribadi kepada Anwar dan tokoh lainnya.

Maka amat menyegarkan manakala membaca kenyataan tokoh – tokoh baru dan pimpinan muda yang menyertai KEADILAN baru – baru ini. Mereka menekankan dasar perjuangan kearah pemerkasaan rakyat ; memperjuangkan keadilan dan kemanusian!

Peringatan al quranul kareem agar menyerahkan amanah kepada ahlinya; terikat dengan akhlak dan etika serta apa yang kini diungkapkan sebagai "democratic accountability". Seharusnya pimpinan disemua peringkat yang arif dengan saranan " taklif wala tasyri".

Tanggungjawab bukan keistimewaan wajar menghayatinya sekaligus memaknai intipati perjuangan.

Menyingkap teori Ibnu Khaldun mengenai pasang surut perjuangan dari tahap "umran badawi" ke "umran hadari", perjuangan kebangsaan; malah sejak gejolak Reformasi sendiri – tahap awal lebih diwarnai dengan kegigihan dan keberanian tanpa sebarang habuan.

Masa beredar dan kita kini tercabar untuk menguji kekuatan dan bermuhasabah setelah merasai sedikit nikmat dan kedudukan, ditambah dengan gelaran. Justru itu saya anjurkan supaya kita kembali kepada "khitah".

W.S Rendra melontarkan mutiara kata :

" kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakrawala
Dan perjuangan adalah pelaksanaan Kata-kata"

Saya gariskan perkataan "pelaksanaan kata – kata" dengan mengajukan pertanyaan :

Apakah benar kita setia berbaiah dengan perjuangan dan tidak khayal dengan mantra pujian staf sekeliling atau kroni ?

Sejauhmanakah kita mengamalkan musyuwarah dalam memutuskan isu dasar ?

Apakah terdapat bisikan sehingga yakin dengan keegoan diri, kehandalan dan populariti peribadi mengatasi jemaah ?

Tidak terjebakkah kita dengan amalan "clientehism" sepertimana yang dilontarkan oleh penulis Francis Fukuyama dalam karyanya ' Political order ' menjelaskan sebagai satu penyakit yang menghampiri rasuah, menganugerahkan jabatan atau habuan kepada kelompok kecil dengan mengenepikan kelayakkan dan prestasi ?

Dan persoalan asas – berhasilkah kita dengan tekad mempertahankan idealisme perjuangan serta menghindari ketamakkan dan kebejatan ?

Tanpa kecuali, persoalan tersebut ditujukan kepada semua pimpinan di semua peringkat.

Membina ketahanan diri, membenamkan rasa iri hati dan cemburu, mengelak fitnah senang dibicarakan namun ukuran akhir adalah "Pelaksanaan Kata – Kata!!"

Kesenjangan diantara idealisme dan kenyataan perlu dirapatkan dan dengan sendirinya terungkai permasalahan kesenjangan pendapatan golongan mahakaya dan yang miskin papa kedana.

Politik negara kian terapung…ibarat hanyut tanpa berhaluan. Keretakan kian ketara. Malangnya..rakyat terhimpit dengan tekanan hidup akibat kebijakkan ekonomi yang tersasul, memelihara kepentingan kelompok mahakaya dan mendera majoriti rakyat miskin…

Justru itu saudara – saudaraku…

Bangunlah dengan yakin dalam saf yang kukuh – "ban yanun massus" seperti dilakar A. SAMAD SAID :

Berdiri kita setegap
Berdiri kita sederap,
Meragut cengkaman kawat. ….
Inilah tekad generasi baru Akarnya keadilan syahda.

Reformasi! Reformasi! Reformasi!



Patutpun Jual RM9.83 Bilion Boleh Kurangkan Hutang 1MDB Hingga RM18 Bilion.. Hutang Edra Pun Banyak Rupanya..

Posted: 29 Nov 2015 06:01 AM PST


Penjualan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Edra Global Energy Bhd, turut mengambil kira liabiliti atau hutang syarikat itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.


Jelasnya, China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) yang membeli kesemua aset Edra pada harga RM9.83 bilion, juga bersetuju menyerap hutang syarikat berjumlah hampir RM8 bilion.

"Ia tawarkan RM9.83 bilion dan ambil alih hutang hampir RM8 bilion. Jadi kita mesti lihat nilai digabungkan (hampir RM18 bilion).

"Hutang adalah liabiliti yang diambil kira dalam pengambilalihan sesebuah syarikat dan orang tidak akan bayar sebegitu banyak dan hutangnya diserap kalau syarikat itu tiada nilai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Sukan Kementerian Kewangan, di Institut Penilaian Negara (Inspen), di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya yang mempersoalkan penjualan Edra pada harga RM9.83 bilion bagi mengurangkan hutang 1MDB, sedangkan ia dibeli pada harga RM18 bilion.

Tegas Johari, semua pihak perlu maklum bahawa penjualan Edra itu terpaksa dilakukan bagi mengurangkan hutang serta sejajar penstrukturan semula 1MDB.

"Jika tidak, ia dalam keadaan hutang tidak boleh dibayar dan terpaksa diambilalih oleh kerajaan. Jika ini terjadi, ia akan hanya menambah defisit fiskal dan inilah yang cuba dielakkan.

"Secara peribadi, saya berasakan ianya situasi yang mana 1MDB tiada pilihan...hendak membuat IPO (tawaran awam permulaan) tiada respon, hendak dijual kepada pelabur tempatan pula harganya murah dan tidak cukup bagi membayar hutangn. Akhirnya ia dibuka kepada pembida luar," katanya.

Pada 23 Nov lepas, 1MDB, Edra dan anak syarikatnya memeterai perjanjian jual beli saham dengan CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya, iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd, Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O&M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Transaksi yang dijangka selesai pada Februari 2016, disifatkan kejayaan besar dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei lepas.

Johari menjelaskan, penglibatan syarikat asing dalam industri penjanaan tenaga juga bukanlah sesuatu yang baharu.

"Masyarakat perlu faham industri itu sebenarnya banyak melibatkan syarikat asing. Kadang-kadang kita panggil syarikat seperti Mitsui dan Sumitomo dan CGN berpengalaman luas dalam bidang ini," katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat agar tidak bimbang kerana sebagai Penjana Tenaga Bebas (IPP), Edra hanya terlibat dalam aktiviti penjanaan manakala aspek pengedaran tenaga masih dikawal sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Ada tiga komponen dalam industri berkenaan iaitu penjanaan, penghantaran dan pengedaran. Aspek penghantaran dan pengedaran itu kekal eksklusif kepada TNB," katanya lapor MalaysiaGazette


Sultan Johor Haram Vape, Arah Tutup Premis Mulai 1 Januari 2016

Posted: 28 Nov 2015 07:27 PM PST


Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan lapor mStar


... Ni kata Ismail Sabri hari tu..

"Berita baik untuk vapers, vapers brewers (pembancuh perisa vape) dan peniaga vape, Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.

"Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," 

.. Aspirasi anak muda ya Ismail Sabri.. aspirasi anak muda kepala hotak hang!


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...