Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Petua Jimat Duit Tol Dan Minyak Oleh Menteri

Posted: 03 Nov 2015 06:30 AM PST


Cadangannya nampak macam bijak walaupun hakikatnya apa yang dicadangkannya ini sebenarnya kurang bijak..

Kalau diikutkan cadangan ataupun petua dari Menteri ni iaitu bangun awal-awal pagi dan gunakan laluan alternatif untuk ke pejabat memanglah menjimatkan.. kalau hanya kita seorang saja yang gunakan jalan allternatif itu..

Tapi jika kebanyakkan kita menerima pakai cadangan yang sebenarnya tak bijak langsung ini.. apa akan jadi kepada lalu lintas di jalan alternatif itu?

Sudah tentu akan berlaku kesesakan pula di jalan-jalan alternatif itu.. lainlah kalau jalan-jalan alternatif itu mempunyai tiga atau empat lorong..

Kita bukan saja menghabiskan masa tapi kita juga membazirkan petrol dalam kesesakan itu..

Selain itu kebanyakkan jalan alternatif tidak diselanggara dengan baik. Lampu jalan, traffic light rosak, jalan berlubang sangat lambat dibaiki. Itu tak masuk lagi jalan kecik dan terpaksa berhimpit dengan lori-lori besar yang juga mahu mengelak dari menggunakan laluan bertol.

Jika laluan bertol lebih dekat untuk tiba di tempat kerja, perlu kah pengguna memilih menggunakan laluan alternatif juga bagi mengelak tol? Jimat tol, tapi rugi masa dan & wang minyak?

Apakah setiap pengguna punya pilihan untuk mengelak tol dan mempunyai akses kepada jalan alternatif, menteri benar-benar pasti?

Jika ibu bapa bekerja keluar awal, maka kepada siapa yang harus diserahkan untuk menjaga anak-anak mereka yang mana taska, tadika, sekolah pun paling awal dibuka jam 6.00 pagi ke atas? Adakah menteri akan menyediakan kemudahan alternatif kepada golongan tersebut?

Menteri ini hanya mencadangkan untuk pergi kerja sahaja tapi dia tak cadangkan bagaimana untuk pulang sambil berjimat.

Apakah kita perlu tunggu sehingga ke tengah malam buta dan gunakan laluan alternatif untuk pulang?

Kadar tol di 18 lebuhraya baru sahaja naik dua minggu lepas, menyebabkan rungutan meluas warga kota yang berulang-alik menggunakan laluan berbayar itu.  
Jika ada pengguna yang tertekan dengan kadar baru tol ewaktu ke pejabat setiap pagi, menteri perumahan dan kerajaan tempatan ada idea bernas untuk anda: cuba laluan alternatif.  
"Di mana ada jalan tol, akan ada jalan alternatif. Maka ada jalan tanpa melalui tol, cuma banyak sedikit trafik," kata Datuk Abdul Rahman Dahlan kepada media selepas satu forum mengenai perancangan bandar.  
"Jadi dari segi, itu kita kena labur masa sedikit, bangun lebih awal dan sebagainya… Ini hal tolak ansur."  
Ahli parlimen Kota Belud juga menjelaskan bahawa kerajaan tiada pilihan kecuali membenarkan pemegang-pemegang konsensi menaikkan kadar tol - The Malay Mail

Nasib baik dia tak cadangkan supaya kita.. "Kepada yang bekerja 5 hari dalam seminggu, dicadangkan supaya pergi kerja awal-awal pagi hari Isnin dan pulang kerumah pada lewat malam hari Jumaat.. manakala pada yang bekerja 6 hari seminggu digalakkan pulang ke rumah pada lewat petang Sabtu..

Kan jimat banyak tu...

Nak tidur..tidurlah dalam kereta, mandi pulak.. mandi di tandas awam... Kah.. kah.. kah..

Apalah malang nasib kita.. dapat Menteri kebanyakkannya kurang cerdik..


Ni Nak Minta 'Derma' Dari Palestine Pulak Ke Najib?

Posted: 03 Nov 2015 04:30 AM PST


Selepas malu dengan kekalahan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal September, Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba "memujuk" Palestin agar memberi peluang dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu depan.

"Tolong benarkan Malaysia menang dengan Palestin. Kita akan lawan bola dengan Palestin," kata perdana menteri berseloroh dalam satu sidang media ketika Forum Ekonomi Dunia Islam ke-11 di sini.

"Kita kalah 10-0 dengan UAE, sangat-sangat memalukan. Kita harap kita tidak akan kalah seteruk itu lagi," tambah beliau, sambil disambut ketawa hadirin.

Malaysia akan menemui Palestin pada 12 November di Stadium Antarabangsa Dora di Hebron, Tebing Barat.

Persatuan Bola Sepak Malaysia sudah tiga kali memohon Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) agar perlawanan itu dilangsungkan di padang neutral, kerana bimbang keselamatan pemain di kawasan yang dilanda konflik itu.

Malaysia berada di anak tangga 171 kedudukan Fifa, manakala Palestin di anak tangga 130 - The Malay Mail


Pandikar Nak Letak Jawatan Jika Debat 1MDB Diteruskan

Posted: 03 Nov 2015 01:09 AM PST


Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan perdebatan antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, malah beliau sanggup meletakkan jawatannya jika perdebatan itu diteruskan.

Menurut Pandikar, beliau tidak membenarkan perdebatan secara siaran langsung itu kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB. 

"Berdebat ini tiada kesimpulan, kalau saya benarkan perdebatan ini, seolah-olah perdebatan lagi penting daripada siasatan PAC, kalau begitu, selepas ini tidak perlu wujudkan sebarang jawatankuasa, cukup dengan debat sahaja.

"Kalau kerajaan mahu teruskan perdebatan ini, saya tidak akan libatkan diri, malah, saya akan mengundur diri sebagai Speaker Dewan Rakyat," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini sebentar tadi.

Jelas Pandikar, beliau akan hanya membenarkan perdebatan itu dengan syarat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC atau tidak melibatkan diri dalam mana-mana prosiding siasatan PAC mengenai 1MDB.

"Syarat kedua adalah Arul Kanda tidak boleh lagi terlibat (sebagai saksi) dalam mana-mana prosiding siasatan PAC, ini bagi mengekalkan ketelusan," katanya lapor RakyatNews


Kerajaan Kelantan dikecam, naikkan elaun ADUN tapi tak bayar caruman guru YIK..

Posted: 02 Nov 2015 10:00 PM PST


Kerajaan Kelantan dikecam kerana menaikkan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga RM8,000 sebulan tetapi dalam masa sama tidak membayar tunggakan kepada guru Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Di media sosial dan blog, kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dikritik hebat kerana membuat keputusan menaikkan elaun itu tetapi gagal menjelaskan pencaruman dan potongan gaji guru YIK.

Pengkritik juga berpendapat kenaikan elaun tidak sesuai ketika rakyat berhadapan tekanan hidup disebabkan kos sara hidup makin tinggi.

Kenaikan elaun ADUN itu diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Isnin.

Kenaikan wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan mula berkuat kuasa Januari tahun depan selepas pindaan terhadap Enakmen Saraan Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 1980.

Alasan kenaikan itu berikutan komitmen dan tanggungjawab semua ADUN terhadap rakyat bagi memastikan kebajikan dan keperluan mereka terjaga.

Dalam masa sama, Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru YIK membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

Beliau berkata, potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).

"Betul-betul manusia tak berakal. Kejam dan zalim. Tidak tahu nak mengutamakan apa yang utama. Dah setaraf dengan UMNO, " tulis pemilik Facebook Abdullah Khan.

"Sekrg dah pakai kete mewah dan angkat umah berjuta2 mana cukup nak bayar semua tu hehehe nak amal Islam konon…lagi merosakkan Islam ada ler nauzubiLLAHiminzaalik bila TGNA dah meninggal melampau2 geng2 ustaz ni," komen Sheikh Kadok.

"When it comes to money, lebai pun boleh terbang serban terselak jubah lah," tulis Naz Nazira.

"Pemimpin politik nak menang dan ada kuasa hanya nak mengenyangkan mereka sahaja..rakyat menanggung kesusahan selamanya," komen Roslan Mansor lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...