Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nazir Razak Pulak Bercakap Tentang 1MDB

Posted: 04 Nov 2015 02:54 AM PST


Pengerusi CIMB Datuk Nazir Razak mengakui adalah sukar untuk mempromosikan Malaysia ketika negara dilanda skandal 1MDB dan isu-isu lain.

"Saya telah lama mempromosikan Malaysia tetapi tidak pernah tugas itu menjadi lebih sukar seperti sekarang kerana 1MDB dan isu-isu berkaitan," katanya dalam posting di Instagram. 

Nazir berkata demikian menjelang ucapannya Isnin depan di Persidangan Pelabur CIMB di London di mana beliau akan bercakap mengenai politik dan ekonomi Asean.

Beliau juga memuat naik gambarnya di London pada tahun 1992 ketika menyertai program kempen jelajah menarik pelaburan pertamanya.

Nazir telah sekian lama begitu lantang mengkritik 1MDB yang diilhamkan abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Syarikat pelaburan negara 1MDB itu kini bergelut untuk membayar semula hutang US$11 bilion di sebalik tuduhan penyelewengan dananya.

Kenyataan Nazir itu jelas bercanggah dengan jawapan Najib di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa iIsu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan asing ke Malaysia.

Malah menurut beliau, jumlah pelaburan asing sebenarnya telah meningkat.

"Isu 1MDB bukan faktor penghalang kemasukan pelaburan ke Malaysia, malah perangkaan terkini menunjukkan para pelabur masih mempunyai keyakinan terhadap ekonomi Malaysia yang mapan," kata Najib yang juga adalah Menteri Kewangan.

Dalam jawapan bertulisnya di parlimen, minggu lalu itu, katanya, Malaysia menerima sebanyak RM22.4 bilion dalam pelaburan langsung asing (FDI) pada separuh pertama 2015, berbanding RM17.5 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu lapor Malaysiakini


DAP Pengecut, Cakap Besar.. Pendebat Terbaik Asia Kata

Posted: 04 Nov 2015 12:03 AM PST


Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengkritik DAP sebagai 'takut dengan bayang-bayang sendiri' apabila mula beralasan berhubung isu debat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini berikutan kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang tidak membenarkan Tony, yang juga Pengerusi DAP Selangor, menarik diri daripada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) hanya semata-mata untuk mengambil bahagian dalam debat berkenaan.

Ini adalah kerana siasatan PAC terhadap 1MDB masih berlangsung.

Saddiq, menerusi akaun Facebooknya berkata, dia hairan bagaimana hal itu boleh terjadi sedangkan Tony adalah orang yang bertanggungjawab mencabar Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk mengadakan sesi debat berkenaan.

Graduan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga berpendapat, DAP seolah-olah cuba mencari jalan untuk tidak terbabit dalam debat berkenaan kerana bimbang akan tewas.

"Sama ada pahlawan anda memang pengecut, atau kubu pahlawan itu (DAP) dipenuhi oleh oportunis yang hanya tahu memberi cabaran tetapi tidak bersungguh-sungguh," kata Saddiq.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebelum ini ada membuat kenyataan bahawa Tony perlu menarik diri daripada PAC jika mahu terbabit dalam debat tersebut.

Malah Pandikar juga berpendapat Arul Kanda perlu dilucutkan daripada senarai saksi dalam siasatan PAC.

Saddiq, 24, yang baru-baru ini sekali lagi dipilih sebagai Pendebat Terbaik Asia, antara generasi muda yang cukup lantang menyuarakan pendapat dan idea berhubung isu politik yang melanda negara lapor RakyatNews


Rahman Dahlan Buat Bodoh Saja, Walau Teruk Dikutuk..

Posted: 03 Nov 2015 09:30 PM PST


Datuk Abdul Rahman Dahlan dikritik hebat di media sosial hari ini lantaran kenyataannya yang mencadangkan pemandu bangun awal dan memilih laluan alternatif untuk mengelak kenaikan bayaran tol.

Ramai warga media sosial yang menyindir menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan di Twitter, tidak kurang juga mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat.

Kenyataan itu sangat menangkap minat pengguna Internet, sehingga hashtag #MPKotaBeludAdvice, yang merujuk kepada pandangan sebagai ahli parlimen Kota Belud, menjadi "trending" nombor satu di Malaysia, petang semalam.

Abdul Rahman juga dikritik Young Syefura Othman, ahli jawatankuasa DAP Selangor, menyebabkan setiausaha sulit kanan beliau Jessy Jolie, penasihat Elviza Michele Kamal, dan setiausaha akhbar Fadzmel Fadzil tampil membantunya.

Namun, menteri itu bukanlah seorang pengguna mentah di alam Internet.

Sudah biasa bertelagah dan saling usik-mengusik dengan ahli politik lain di Twitter selama beberapa tahun, Abdul Rahman melayan pengkritik beliau dengan bersahaja dan tenang.

"Saya tidak suka jalan bertol. [Kita] tidak patut membinanya. Perlu mengolah semua sumber kita untuk memastikan pengangkutan awam yang lancar," kata beliau menjawab pengguna @TengkuSani.
"Berbilion-bilion ringgit telah dihabiskan untuk MRT dan pengangkutan transit di Lembah Klang. Ini bukti komitmen [Putrajaya]. Lebih banyak lagi akan dibelanjakan," tambahnya.

Berikut beberapa respons Abdul Rahman kepada pengkritiknya, termasuk tweet kasar, yang mencuit hati pengguna Twitter... lihat di ( SINI )


Jamal Kaki Kencing Dan Gila Kuasa - Ali Tinju

Posted: 03 Nov 2015 07:14 PM PST


Benarkah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dilantik sebagai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yang curiga dengan jawatan yang disandang Jamal.

Sehubungan itu, dia mencabar Jamal supaya menunjukkan sijil dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuktikan kesahihan jawatan itu.

Katanya, jika Jamal gagal membuktikannya, pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu merupakan seorang 'kaki kencing'.

"Untuk buktikan Jamal bukan kaki kencing, saya mencabar dia supaya mengemukakan bukti sijil dari ROS bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia dan siapa melantik beliau sebagai Pengerusi," katanya.

Ali Tinju berkata, dia terpaksa membangkitkan isu itu kerana tidak mahu Jamal terus menggunakan jawatan itu untuk menghasut NGO lain menyertai programnya.

"Saya mewakili NGO Gerakan Merah bersuara supaya tidak mahu tertipu.

"Sekiranya Jamal gagal membuktikan sijil pelantikan dari ROS, jelas menunjukkan beliau seorang kaki kencing dan gilakan kuasa," katanya.

Mengulas lanjut, Ali Tinju berkata, pelantikan Jamal sebagai Ketua UMNO Bahagian juga adalah untuk menjaga NGO Selangor yang menyokong kerajaan sahaja bukannya NGO seluruh Malaysia.

"Kita tidak mahu rakyat melihat dia mengunakan jawatan tersebut untuk kepentingan politik," katanya lapor FMT


Harga Rokok Naik 40 Peratus Selaras Dengan Cukai Dinaikkan Kerajaan..

Posted: 03 Nov 2015 04:30 PM PST


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa hari ini.

Harga baru untuk rokok rangkaian Dunhill adalah RM17, Benson & Hedges (RM17), Pall Mall (RM15.50), Shuang Xi (RM18), Kent (RM17), Peter Stuyvesant (RM15.50) dan Lucky Strike Plain (RM17.50).

Pengarah Urusannya, Stefano Clini berkata, harga rokok dinaikkan seiring dengan kenaikan eksais rokok sebanyak 40 peratus yang dikenakan kerajaan.

Katanya, ia turut mengambil kira kesan GST serta tekanan kos inflasi.

"Industri tembakau sebelum ini sudah terjejas dengan peningkatan sebanyak 12 peratus (eksais rokok) yang dilaksanakan pada 1 November 2014 selain pengenalan GST sebanyak enam peratus, awal April lalu.

"Pasaran tembakau merosot 10 peratus pada September lalu dan kenaikan mendadak eksais rokok ketika ekonomi yang lemah serta sentimen pengguna hari ini akan menyebabkan permintaan tinggi terhadap rokok seludup.

"Ia memungkinkan satu daripada tiga kotak di pasaran adalah rokok yang diseludup. Kami tidak boleh membayangkan apa yang akan berlaku pada industri ini sekiranya eksais berkenaan dinaikkan sehingga 40 peratus," katanya.

Sementara itu, semua stesen minyak, kedai serbaneka dan hypermarket sudah menerima senarai harga rokok pada 7 malam tadi.

Pemilik premis akan menguatkuasakan harga itu serta merta bermula 12.01 tengah malam tadi.

Seorang daripada pemilik stesen minyak di Kuala Lumpur mengesahkan menerima notis daripada BAT Malaysia berhubung kenaikan harga rokok berkenaan lapor HarianMetro


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...