Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahli-ahli UMNO Sekarang Sudah Tak Ikhlas Kata Bekas Menteri

Posted: 06 Nov 2015 06:01 AM PST


Buat yang masih dan sedang cuba berjinak-jinak dengan UMNO tu.. baca dan fahamkan apa pandangan seorang veteran UMNO tentang UMNO dulu dan kini..

Kata Tan Sri Datin Paduka Zaleha Ismail ahli-ahli UMNO sekarang tidak ikhlas dalam perjuangan seperti UMNO dulu-dulu..

Katanya lagi yang bertanding nak jadi Ketua Bahagian itu pun bukannya kerana nak membantu rakyat tapi hanya nak mencari kekayaan..

Macai-macai kena faham tu.. bertanding bukan untuk membela rakyat tapi nak penuhkan tembolok sendiri..

Bacalah!!

"Ahli-ahli UMNO sekarang sudah tak ikhlas dalam perjuangan seperti zaman saya dulu. Kalau tidak, kita tidak akan hilang undi sehingga banyak kubu UMNO tewas kepada pembangkang,".

Ringkas kata-kata ahli veteran UMNO, Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Ismail apabila diminta pandangan ketika berbual santai dengan wartawan MalaysiaGazette pagi tadi.

"Kembalilah kepada perjuangan asal UMNO yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah membawa kepada kemerdekaan negara.

"Ikhlaskan hati dan jangan jadikan UMNO sebagai lubuk mencari kekayaan sehingga tidak mempedulikan perjuangan parti," katanya yang juga merupakan bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Ujar Zaleha, terdapat segelintir pemimpin UMNO yang memang sengaja tidak membantu rakyat kerana merasakan diri mereka sudah ada segala-galanya.

"Kalau kalah pun mereka tidak peduli sebab mereka dah kaya. Itulah yang berlaku dalam dunia UMNO hari ini.

"Bertanding untuk menang jawatan ketua bahagian pun hanyalah untuk dijadikan jambatan mencari kekayaan, bukan meneruskan perjuangan membela nasib rakyat seperti yang sepatutnya," jelasnya.

Kata Zaleha yang bakal berusia 80 tahun pada tahun depan, selagi rasa cintakan parti tidak benar-benar diserap ke dalam darah daging, UMNO tidak mungkin akan menjadi sebuah parti yang sukar digugat lagi.

"Semuanya terletak di tangan ahli-ahli UMNO hari ini untuk mengembalikan kegemilangan parti," katanya. - MalaysiaGazette

Nampak??.. banyak kali dah aku tulis benda macam ni.. tapi macai-macai yang baru sehari dua bergiat dalam UMNO kata aku buat certita.. sekarang apa cerita?


Rampas Vape: Mana fakta KKM? Malas buat kajian ke apa? soal Afdlin Shauki

Posted: 06 Nov 2015 12:58 AM PST


Pengguna rokok elektronik, atau vape, meluahkan perasaan kecewa dan geram mereka susulan tindakan terbaru Kementerian Kesihatan semalam yang merampas cecair berperisa nikotin dari kedai-kedai peniaga vape.

Pengarah dan pelakon tersohor Afdlin Shauki Aksan, yang menggunakan vape dalam usahanya berhenti merokok, termasuk yang meluahkan perasaannya beberapa jam selepas serbuan dan rampasan tersebut.

"Saya tertanya-tanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dari mana fakta anda? Daripada syarikat rokok? Fakta kau orang datang daripada mana? Dan kenapa tidak ada budi bicara dan perbincangan sebelum tindakan?" katanya di laman Facebook.

"Awak sekarang hendak bekas perokok jadi perokok balik ke? Sedangkan rokok 95 peratus lebih berbahaya daripada vape? Malas buat kajian ke apa?"

KKM menjalankan serbuan dan merampas cecair vape di beberapa lokasi di Selangor. Seorang peniaga memberitahu ProjekMMO semalam ada peniaga yang mengalami kerugian hingga RM200,000 akibat operasi tersebut.

Afdlin Shauki juga mempertikaikan tindakan tersebut yang dilihatnya memilih-milih dan tidak konsisten.

"Kalau nikotin menjadi isu kenapa tidak haramkan rokok? Kenapa tidak haramkan pelekat bernikotin, kenapa tidak haramkan sayur-sayuran yang ada nikotin seperti tomato, terung dan banyak lagi?" katanya.

Dengan menunjukkan satu rakaman video stesen penyiaran terkenal BBC, pelawak itu berkata:

"Menggunakan vape satu amalan yang pastinya mengurangkan mudarat, demikian menurut ramai ahli sains dan doktor di serata dunia. Sila tonton pendedahan BBC ini."

Afdlin Shauki sebelum ini pernah berkempen melalui rakaman video agar pengguna vape bersatu menyokong memorandum di laman Pertubuhan Entiti Vape Malaysia (MOVE) untuk memperkenalkan peraturan kegiatan rokok elektronik.

Dalam mesej selama 75 saat itu, beliau percaya vape tidak sama dengan rokok dan malah, berdasarkan pengalamannya sendiri, penggunaan vape berkesan untuk berhenti merokok lapor The Malay Mail


Tolonglah kami Tun, belanja pergi kerja pun dah RM50 sehari..

Posted: 05 Nov 2015 10:00 PM PST


PENINGKATAN kos sara hidup yang semakin membebankan kini menyebabkan seorang pengguna Facebook meluahkan rintihannya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan kehidupan rakyat sekarang.

Luahan pengguna yang bernama Redzuan Azariq mendedahkan betapa tertekan hidupnya kini malahan realiti buat rakyat Malaysia hari ini kerana nilai duit sekarang yang kian mengecil.

"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.

"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.

"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami," tulisnya di Facebook. ‎

Kenyataan Redzuan yang ditulis pada 9 Disember tahun lalu itu kini menjadi viral semula berikutan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup rakyat kini.

Petikan kenyataan itu mendapat lebih 300 perkongsian daripada pelayar Facebook yang lain lapor Sinar Harian

Hmm.. sepatutnya lah Redzuan menulis buat Najib.. sebab Presiden UMNO itu kan mendengar masaalah rakyat..




Husam Dedah Hadi Akui Mahu Bentuk Kerajaan Dengan UMNO Di Selangor

Posted: 05 Nov 2015 07:29 PM PST


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa "melepaskan bom" malam tadi dalam ceramahnya apabila mendedahkan secara terbuka, presiden PAS mengaku pernah merancang kerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Katanya, "konspirasi" antara 2 parti Melayu itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah).

Husam berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengakuan tersebut ketika ditanya secara beramai-ramai oleh beliau sendiri dan rakannya dalam PAS.

"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai," kata Husam dalam ceramahnya di Kota Baru malam tadi, yang pertama selepas sekian lama berehat kerana sakit.

"Saya jadi begini, Mat Sabu jadi begini, adalah kerana konspirasi orang Umno dengan kerjasama orang PAS," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini presiden Amanah.

Sehubungan itu, Husam mencabar Hadi menafikan perkara itu, yang didakwanya berlaku sekitar tahun lepas dalam proses pertukaran menteri besar di Selangor, jika apa yang didedahkannya itu tidak benar.

"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Husam berkata dalam perancangan itu, Hadi mengaku membuat tawaran kepada beberapa Adun PKR untuk mencukupkan bilangan bagi menubuhkan kerajaan negeri dengan Umno.

Ia berlaku ketika Pakatan Rakyat ketika itu menghadapi krisis berhubung pertukaran menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya, perkara ini dimaklumkan oleh Adun PKR berkenaan kepada parti mereka.

Husam berkata, perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja walaupun gagal ia selepas ditolak akar umbi PAS.

Sekarang, katanya, Hadi melontarkan pula idea baharu kepada umum, iaitu untuk menjadi "penasihat kepada kerajaan" sebagai kesinambungan daripada usaha kerjasama ini.

"Niat di hati sudah ada, tetapi kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak (idea) penasihat, bagaimana?," soalya dalam ceramah itu.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Hadi baru-baru ini yang dilaporkan berkata, PAS bersedia menasihati kerajaan BN menguruskan masalah berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, dengan syarat Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

Hadi juga pernah berkata sebelum ini, PAS tidak mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur tetapi mahu beliau menghabiskan penggalnya sebagai perdana menteri dan parti itu bersedia membantu kerajaan dalam dasarnya.

Husam dalam ceramahnya berkata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pernah berkata, sukar untuk menambah bilangan menteri dalam kerajaan buat waktu ini kerana bilangan 39 menteri sudah terlalu ramai.

"Nazri beritahu, tak usah masuklah, menteri sudah penuh. Sebab itulah timbul idea lantik jadi penasihat yang bertaraf menteri," kata Husam.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...