Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Everything Is Fine Walau Ringgit Menjunam 4.30 Berbanding Dolar Soal Mahathir

Posted: 08 Nov 2015 08:30 AM PST


Di kebanyakan negara, pemimpin meletakkan jawatan apabila mereka gagal; apabila dasar-dasar mereka gagal, apabila usaha pemulihan gagal.

Mereka juga meletakkan jawatan apabila beberapa malapetaka melandai negara seperti Australia dan Romania. Sudah tentu mereka meletakkan jawatan apabila berprestasi teruk dalam pilihan raya.

Tetapi tidak di Malaysia... mereka mencari sebab-sebab lain, mencari kambing hitam, menyalahkan iklim atau apa sahaja.

Kesiannya Malaysia. Tiada kehormatan. Tiada akauntabiliti. Tiada kebanggaan. Hanya pemeliharaan diri sendiri tulis Tun Mahathir dalam blog miliknya CheDet.cc

Dan dilaporkan oleh Sinar Harian..

SHAH ALAM – Selepas disoal siasat pihak polis dua hari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana jenayah fitnah berhubung kenyataan terbuka yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan Bersih 4, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan 'tidak serik' dengan gangguan tersebut.

Malah kali ini beliau terus menyerang Perdana Menteri itu kerana menafikan bahawa negara berada di ambang krisis kewangan sedangkan nilai ringgit semakin menyusut kepada RM4.30 berbanding dolar Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan ekonomi negara.

"Ini adalah satu penurunan nilai yang besar, lambat laun akan menjejaskan perniagaan import atau pinjaman dalam Amerika dolar. Pasaran saham pula turun dengan kehilangan besar dalam permodalan pasaran. Sekali lagi ini tidak baik untuk ekonomi.

"Pertumbuhan ekonomi ketinggalan di belakang Indonesia dan Filipina. Ini tidak normal. Kita biasanya meninggalkan mereka jauh di belakang," katanya dalam entri terbaru di blognya chedet.cc, pada Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Najib pada Rabu yang mengatakan Malaysia tidak akan mengalami krisis kewangan meskipun nilai mata wang negara terus jatuh.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mempersoalkan jaminan Najib itu apabila timbul keperluan untuk menangkap pihak yang mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

"Jika mereka mensabotaj sudah pasti perbankan dan kewangan Malaysia tidak akan baik. Ia akan menjadi disfungsi. Tetapi adakah benar semuanya baik. Ini tidak mungkin! Bank-bank dan sistem kewangan mungkin baik, tetapi terdapat juga petunjuk-petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ekonomi tidak baik," ujarnya.

Bekas Perdana Menteri turut mengulangi kritikannya bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), derma RM2.6 bilion dalam akaun bank Najib dan penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen antara punca utama hilangnya keyakinan pelbagai pihak terhadap kerajaan.

"Jadi semua tidak boleh dikatakan baik. Siapakah yang bertanggungjawab? Tidak mungkin satu entiti yang tidak wujud!

"Mesti ada orang-orang yang menguruskan ekonomi, menguruskan negara, orang yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang mana kata-kata dan perbuatan mereka boleh menjejas ekonomi," tegasnya.

Dr Mahathir turut menyindir pemimpin Malaysia yang masih boleh bertahan dan mengekalkan jawatan sedangkan dasar dan usaha pemulihan negara masih gagal dilakukan.

"Di kebanyakan negara, pemimpin meletakkan jawatan apabila mereka gagal; apabila dasar-dasar mereka gagal, apabila usaha pemulihan gagal.

"Mereka juga meletakkan jawatan apabila beberapa malapetaka melanda negara seperti Australia dan Romania. Sudah tentu mereka meletakkan jawatan apabila berprestasi teruk dalam pilihan raya," katanya lagi.


Vape: 'Kalau Hendak Cukai Cakaplah Terang-terang' - Rani Kulup

Posted: 08 Nov 2015 07:00 AM PST


Kerajaan diminta berterus terang seandainya mahu mengenakan cukai dalam isu penjualan vape selain tidak membuat serbuan yang bertujuan menakut-nakutkan peniaga serta golongan yang menghisapnya.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan berdolak-dalik hanya akan mengelirukan rakyat sekali gus menjadikan mereka mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan.

"Kalau hendak cukai, cakap sahajalah. Mengapa buat serbuan dan rampasan di sana sini tanpa alasan kukuh.

"Nikotin bukan alasan kukuh. Jangan bandingkan vape dengan rokok, ia dua alat yang jauh bezanya. Kalau hendak rampas atau buat serbuan, buat juga pada rokok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Ahad, Abdul Rani menyertai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dalam memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal hilang satu juta undi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 jika peniaga vape terus berdepan tindakan pihak berkuasa.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman Twitternya mahu ketegasan kerajaan dalam isu rokok sama seperti vape.

Kata Khairy, kerajaan perlu mengharamkan juga rokok jika mengambil keputusan untuk mengharamkan vape di negara ini.

Dalam pada itu jelas Abdul Rani, kerajaan akan berhadapan masalah pada PRU akan datang seandainya tidak segera menyelesaikan isu vape.

"Bayangkan jika hampir satu juta anak muda dalam komuniti vape ini merajuk dan menyalahkan kerajaan, ia pasti mengundang masalah kepada kerajaan untuk mendapatkan sokongan pada PRU kelak.

"Jika hati mereka sudah terguris, ia bukan senang hendak diubati. Hati anak-anak muda terlalu sensitif dan perlu dijaga. Mereka juga tidak suka dikelirukan dengan isu yang remeh begini," ujarnya.

Pada Ahad Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jawatankuasa khas e-rokok yang baharu ditubuhkan akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Isnin.

Katanya, agenda utama jawatankuasa khas itu adalah mengkaji kandungan cecair perisa vape mengikut Akta Racun 1952 bagi menentukan sama ada ia mempunyai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan atau tidak.

Menurut Noor Hisham, Kementerian Kesihatan bertanggungjawab melindungi kesihatan orang ramai sebelum meluluskan produk vape yang kini diragui pelbagai pihak, khususnya golongan ibu bapa.

Sebelum ini, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mahu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S Subramaniam menanggung semua kerugian yang dialami oleh pengusaha dan perniaga vape yang terlibat dengan operasi yang dilakukan baru-baru ini.

Tegasnya, pihaknya sangat terkilan dengan tindakan dan perlaksanaan terburu-buru Kementerian Kesihatan yang menyerbu premis vape lapor Astro Awani


Anak Azmin Yang Akan Menduduki Peperiksaan Dipanggil Polis Kerana 'BERSIH'.

Posted: 08 Nov 2015 04:58 AM PST


Anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang berusia 15 tahun dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Azmin mengumumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya petang ini, menyatakan polis meminta anaknya hadir di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pagi esok, walaupun anaknya akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun pada hari yang sama.

"Polis keluar Notis Seksyen 111 untuk mengarahkan anak saya berumur 15 tahun untuk dirakam keterangan kerana perhimpunan aman Bersih!," katanya dipercayai merujuk peruntukan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.

"Anak kecil seawal 15 tahun sudah dizalimi pasti akan bangkit dan melawan kezaliman dan kemungkaran Umno. Syukur anak saya Basheer berani," beliau menulis tweet melalui akaun Twitter rasminya @AzminAli petang ini.

Bagaimanapun, timbalan presiden PKR itu tidak menyatakan perhimpunan Bersih yang mana anaknya sebelum ini terlibat.

Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 mengadakan 4 perhimpunan sejak 2007, dengan yang terkini selama 34 jam dari 29 hingga 30 Ogos baru-baru ini, menuntut pembaharuan institusi dan memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya berundur susulan dakwaan skandal kewangan yang melibatkan perdana menteri itu.

Ia berkaitan dengan wang RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun bank peribadinya, sebahagian besar daripadanya dimasukkan menjelang pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.

Berikutan pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang wang itu merupakan "sumbangan politik," PKR mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Kira-kira sejam selepas Azmin menulis tweet itu, anaknya Basheer menulis tweet yang berbunyi: "Berani kerana benar, takut kerana salah."

Manakala, sebentar tadi kira-kira jam 7.32 petang, Azmin menulis tweet: "Basheer, please focus on your exam" (Basheer, tolong tumpukan pada peperiksaan kamu).

Selasa lalu, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengaku tidak bersalah selepas didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis sebelum menganjurkan perhimpunan Bersih 4 itu.


Vape: Setelah Kenyataannya Bercanggah Dengan Kenyataan Timbalannya, Subramanian Kunci Mulut..

Posted: 08 Nov 2015 01:30 AM PST


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini bertindak mengunci mulut daripada mengulas isu rokok elektronik atau vape.

Tindakan itu dibuat susulan kenyataan bercanggah yang dikeluarkan Timbalannya, Datuk Dr Hilmi Yahya bahawa tindakan kementeriannya menyerbu kedai vape di seluruh negara sejak beberapa hari lalu adalah 'agak drastik'.

Subramaniam berkata, mulai hari ini beliau tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan berhubung isu vape sebaliknya, menyerahkan tugas berkenaan kepada Jawatankuasa Khas berkaitan vape bagi menjawab segala isu yang berbangkit yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

"Kita (menteri) tidak akan keluarkan kenyataan lagi mengenai vape kerana satu jawatankuasa khas mengenainya sudah ditubuhkan dan akan mula bermesyuarat esok.

"Jawatankuasa ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Kheong dan pakar biadang respitori, " katanya semasa sidang media selepas menghadiri Gotong-Royang Mega Peringkat Kebangsaan pada Ahad.

Tindakan, Kementerian Kesihatan mengharamkan vape dan membuat serbuan diseluruh negara mendapat kritikanpelbagai pihak lapor Free Malaysia Today


Najib Diramal Tangguh PRU Ke 14

Posted: 07 Nov 2015 10:00 PM PST


Kalau tepatlah ramalan A Kadir Jasin yang mengatakan Najib cuba melambatkan pilihan raya umum ke-14 ini diharap pihak Pembangkang gunakanlah masa yang ada ini untuk perbaiki keadaan antara pembangkang..

Hentikanlah menyerang antara satu sama lain, tumpukan pada matlamat yang sama iaitu menyingkir UMNO/BN dari tampuk pemerintahan negara..

Sudah-sudahlah bercakar sesama sendiri tu.. rakyat yang mengharapkan perubahan langsung tak memperolehi sebarang keuntungan dari percakaran ini.. yang untung adalah UMNO/BN.

Mana tak untungnya.. dikala UMNO dilanda krisis kepimpinan, dibelenggu berbagai skandal yang masih tak berjaya dijelaskan kepada rakyat, menyusahkan hidup rakyat dengan berbagai kenaikkan yang turut menaikkan kemarahan rakyat kecuali macai.. pihak pembangkang juga berada dalam situasi haru biru..

Gunakan peluan yang ada ini sebaik-baiknya.. hentikanlah bercakar sesama sendiri demi rakyat..

Sejarah telah membuktikan.. sebarang pertandingan 3 penjuru hanya menguntungkan UMNO/BN..

Laporan berkaitan..

Menulis dalam blognya, Kadir berkata Najib tidak akan berundur dan tiada apa yang boleh dilakukan bagi menjatuhkan beliau sehingga PRU akan datang.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu memberi amaran, rakyat Malaysia "jangan sekali-kali melakukan hal yang boleh dijadikan alasan Najib dan konco-konconya untuk tidak mengadakan PRU."

Najib kini menerima tekanan berhubung dakwaan skandal kewangan melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan deposit RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, 2 isu yang turut menimbulkan hura hara dalam partinya, Umno.

"Sekiranya PRU diadakan, kita perlu melihat ke hadapan melepasi Najib dan hegemoni Umno/Barisan Nasional (BN)," tulis Kadir.

Katanya, rakyat perlu melihat ke satu era baharu di mana Umno dan BN bukan lagi tempat bergantung, kerana tidak lagi terangkum (incusive) dan peduli kepentingan rakyat di bawah kepemimpinan sekarang.

Mereka bertindak seolah-olah mereka "lord and master of the universe", katanya.

Kadir (gambar, kiri), yang sering mengkritik pentadbiran Najib, berkata rakyat perlu memikirkan politik yang "lebih Malaysia, buta warna, berpaksikan kemanusiaan, ketamadunan dan keluhuran perlembagaan".

Beliau juga menggesa rakyat bekerjasama dan mencadangkan gerakan non-partisan (yang tidak berpihak) ditubuhkan dengan menggabungkan penggiat dan pesara daripada segala aliran - politik, agama, profesional, cendekiawan, usahawan, pesara tentera dan polis, pemimpin pelajar, badan-badan bukan kerajaan dan sesiapa saja yang komited menyelamatkan Malaysia.

Kadir berkata, dunia kini "semakin tidak percaya" kepada Malaysia dan rakyat perlu menunjukkan mereka peduli dan "akan melakukan apa saja" demi menyelamatkan negara.

Kebijaksanaan semasa atau "conventional wisdom" pula, katanya, tidak lagi berkesan dalam membetulkan kerajaan kerana "Najib tidak berjuang di atas landasan yang sama".

"'Conventional wisdom' nampaknya tidak ada tempat dalam strategi dan tindak-tanduk beliau. Sebaliknya beliau bertindak di luar konvensyen dan kebijaksanaan semata-mata untuk menyelamatkan diri.

"Kita terpaksa akur kepada apa yang sedang berlaku, iaitu sesuatu yang belum pernah kita lalui sejak merdeka pada tahun 1957.

"Kita bermain bola di atas padang yang tidak rata, pengadilnya berat sebelah dan kedudukan gol diubah-ubah," katanya lapor The Malaysian Insider

Kalau terus bercakar jugak.. jangan bermimpilah nak tawan Putrajaya pada PRU14 ni.. jadi pembangkang sampai matilah..


Jangan Salahkan Putrajaya Atas Kemerosotan Nilai Ringgit - Najib

Posted: 07 Nov 2015 07:55 PM PST


Betullah kata Najib ni.. jangan salahkan Putrajaya kerana nilai matawang kita merosot.. sebab Putrajaya bukanlah penyumbang kepada faktor kejatuhan nilai ringgit itu..

Kita sepatutnya salahkan Najib sebab isu dana RM2.6 Billion yang masuk kedalam akaun peribadinya dan juga Skandal 1MDB itu dikatakan antara faktor penyumbang kejatuhan nilai ringgit itu..

Kita salahkan Najib sebab beliau sebagai Menteri Kewangan jelas gagal menangani kejatuhan nilai ringgit ini..

Memang benar lebih dari 100 negara terjejas nilai matawangnya kebelakangan ini..

Tapi.. nilai dollar Singapura hanya merosot 10 peratus.. tapi kenapa nilai ringgit Malaysia merosot melebihi 30 peratus jika dibandingkan nilai dollar Amerika.. kenapa??

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat Malaysia agar tidak menuding jari kepada kerajaan semata-mata dalam mencari punca kemerosotan nilai mata wang ringgit.

Katanya, ini kerana, negara ini bernasib baik apabila kerajaannya "mempunyai visi yang jelas serta perancangan mantap yang disusun begitu rapi sekali" bagi membentenginya daripada kesusutan pendapatan petroleum yang dianggar berjumlah RM30 bilion.

"Kita mesti faham, negara kita pada dasarnya berada pada landasan yang betul.

"Apa-apa pun yang berlaku, termasuklah kejatuhan mata wang, faktor-faktor besarnya berada di luar kawalan kita.

"Kita tak boleh salahkan kerajaan kerana lebih daripada 120 negara di dunia ini, nilai mata wang mereka juga jatuh.

"Ada yang lebih ketara kejatuhan nilai mata wang mereka," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-36 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Kenyataan defensif Najib itu dibuat ketika beliau sendiri bergelut dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disebut bank pusat sebagai penyumbang kepada kemerosotan nilai ringgit.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada 21 September lalu berkata ringgit hanya akan pulih sekiranya isu 1MDB diselesaikan.

"Kita tidak perlukan satu lagi skandal. Kita tidak perlu ketidaktentuan politik. Semua isu berkenaan 1MDB perlu diselesaikan, barulah kita boleh menyaksikan ringgit naik semula," kata Zeti semasa sesi pembentangan Laporan Kemaskini Ekonomi Malaysia 2015.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya malam tadi turut merakamkan penghargaan kepada PKMM yang berikrar memastikan cawangannya di Sarawak membantu kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri akan datang.

Najib juga, tanpa memperincikan sebarang angka, berjanji memenuhi permintaan Presiden PKMM Datuk Mokhtar Samad yang merayu beliau membantu "dana pengurusan" persatuan tersebut lapor The Malaysian Insider

Jangan salahkan Putrajaya tapi salahkan Najib.. kalau dah tak ada kambing hitam tu.. salahkan Anwar Ibrahim sajalah..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...