Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anak Azmin Sebenarnya Dipanggil Polis Sejak Julai Lalu?.. Tapi Tuan, BERSIH Diadakan Bulan Ogos Laaaa...

Posted: 09 Nov 2015 07:40 AM PST


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lalu, namun gagal memberi kerjasama.

Beliau menjelaskan, polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon, untuk hadir memberi keterangan bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

"Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan, tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

Ohh.. dah lama rupanya pihak Polis panggil anak Azmin untuk beri keterangan.. dah lebih tiga bulan rupanya.. lama tu..

Tapi Tuan.. BERSIH yang mana satu tuan maksudkan ini?.. BERSIH, BERSIH 2, BERSIH 3 atau BERSIH 4?

Perhimpunan BERSIH yang pertama diadakan pada 10 Nov 2007, perhimpunan kedua yang dikenali sebagai "Walk for Democracy" pula pada 9 Julai 2011.

Dan BERSIH yang ketiga adalah perhimpunan "Sit In" yang diadakan pada 28 April 2012.

BERSIH 4 telah berlangsung dari pukul 2 petang, Sabtu 29 Ogos 2015 hingga tengah malam Ahad 30 Ogos 2015..

BERSIH yang mana satu ni tuan.. takkanlah BERSIH 3 kot?.. dah hampir 3 tahun berlalu tu..

Tentu sebab anak Azmin sertai BERSIH 4 kan??

Kalau macam tu hebat hebat betullah risikan Polis KL ni ya.. benda yang belum berlaku pun mereka dah tahu akan berlaku sebulan lebih awal..

Ha.. ha.. ha...

Laporan berkaitan..

PUTRAJAYA, 9 November:

Polis meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya, Basheer Azmin untuk direkodkan keterangan, berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lalu, namun gagal memberi kerjasama.

Beliau menjelaskan, polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon, untuk hadir memberi keterangan bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

"Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan, tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

"Maknanya, polis telah memberikan begitu banyak masa, malah beliau sebenarnya boleh memilih untuk hadir memberikan keterangan lebih awal, tanpa menunggu notis dikeluarkan," katanya mengulas rungutan Mohamed Azmin berhubung notis meminta anaknya hadir memberi keterangan di balai polis, walaupun perlu menduduki peperiksaan akhir mulai hari ini sehingga Jumaat ini.

Tajuddin ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas pengurusan bencana negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) WPKL, hari ini.

Menurut notis itu, anak Mohamed Azmin dikehendaki hadir pada jam 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, bagi direkodkan keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.

Tajuddin berkata, berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan, bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis tersebut.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerusi laman sosial Twitternya, memuat naik status menyatakan anak lelakinya dipanggil polis untuk direkodkan keterangan hari ini, kerana terlibat dalam perhimpunan berkenaan.

Mohamed Azmin juga dilaporkan sebagai berkata, anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya yang bermula hari ini sehingga Jumaat ini terlebih dahulu, sebelum memberi sebarang keterangan kepada polis - The Rakyat Post



Bekas ketua wanita Umno didakwa seleweng RM223,000

Posted: 09 Nov 2015 04:32 AM PST


Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mempersoalkan penggunaan dana sebuah yayasan berkaitan kerajaan berjumlah RM223,000 untuk aktiviti semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin pada 24 April lalu.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendakwa individu yang juga pemimpin Wanita Umno Kelantan menerima wang tersebut sebanyak 4 kali secara tunai pada 27, 28 April dan 1, 2 Mei 2015.

"Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar individu menerima RM223,000 daripada (sebuah) yayasan untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?

"Jika ia, apakah bentuk program yang dijalankan ketika PRK Rompin? Apakah bukti program tersebut dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan?," soal Akmal pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Kata Akmal melalui pemeriksaan beliau, tiada sebarang aktiviti melibatkan yayasan tersebut diadakan di Rompin.

"Jika tiada program ke mana wang tersebut pergi. Kita minta sebagai yayasan yang dipertanggungjawab di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kalau tidak pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil menjawab soalan saya,"

"Isu di sini yang kita bangkitkan. Satu salah laku wang tersebut. Kalau program dilaksanakan dan kalau program menguntungkan calon untuk menang agak payah kerana undang-undang kempen PRU (RM200,000) seorang calon adalah had maksimum.

Jelasnya, jika perkara ini benar-benar berlaku, saya percaya umat Islam terutamanya yang menyumbang kepada yayasan ini kecewa kerana wang derma mereka disalahgunakan.

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan seorang ahli Wanita Umno Kelantan hari ini dipanggil bagi sesi soal siasat dengan pihak berkuasa anti-rasuah, berhubung dakwaan menyalahgunakan dana diperuntukkan untuk mangsa banjir negeri itu oleh agensi kerajaan.

Sumber rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi yang terlibat adalah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan seliaan menteri di jabatan perdana menteri hal ehwal Islam.

Ahli Wanita Umno itu dipercayai menjawat jawatan tinggi dalam agensi berkenaan dan kenyataannya direkodkan pada petang Isnin oleh SPRM, kata sumber lapor The Malaysian Insider


Vape Perisa Uncle Maniam Muncul Dipasaran?

Posted: 09 Nov 2015 12:00 AM PST


Para penggemar rokok elektronik atau vape kini mempunyai pilihan terbaharu berperisa 'Uncle Maniam' yang viral dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Difahamkan pengwujudan cecair vape berperisa Uncle Maniam adalah reaksi pengguna rokok elektrik itu susulan tindakan Kementerian Kesihatan merampas cecair vape yan mengandungi nikotin dalam serbuan ke atas penjualnya baru-baru ini.

Botol cecair vape berperisa Uncle Maniam itu disaluti label hitam dengan tertera perkataan 'uncle maniam flava.. most special produk' (Perisa Uncle Maniam... produk berperisa khas) dan 'unknown taste' (perisa tidak diketahui).

Pada botol cecair vape itu tertera gambar seiras Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam manakala nama Uncle Maniam yang diguanakan itu dilihat seolah-olah merujuk kepada singktan nama menteri itu.

Pengwujudan perisa vape itu dilihat sebagai luahan tidak puas hati terhadap tindakan kementerian tersebut.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan itu pernah membuat cadangan aagar penggunakan vepe diharamkan di negara ini. -MalaysiaGazette


Lombong Bauksit Kuantan Cemari Air Dakwa MP Kuantan

Posted: 08 Nov 2015 09:04 PM PST


Sumber air minuman dari Bukit Sagu dan Bukit Goh, Kuantan kemungkinan besar tercemar dengan logam berat akibat aktiviti industri bauksit yang tidak terbendung, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Fuziah yang juga pengerusi Gabungan Menentang Pencemaran Bauksit berkata pihaknya mendapati terdapat aktiviti mencuci tanah yang mengandungi bauksit di kawasan hulu sungai.

"Tinjauan saya semalam di Bukit Sagu dan Bukit Goh mendapati terdapat aktiviti mencuci tanah mengandungi bauksit di kawasan hulu sungai yang merupakan sumber air diambil untuk rawatan di loji air Bukit Sagu dan loji air Bukit Goh," katanya dalam satu kenyataannya semalam.

Fuziah berkata, perlombongan bauksit di Pahang kini mencapai tahap membimbangkan dan menimbulkan kemarahan penduduk Kuantan khasnya kerana pencemaran.

Semua laluan lori yang membawa bauksit menjadi merah, apatah lagi di kawasan sekitarnya.

Katanya, selain daratan menjadi merah, pantai di sekitar Kuantan juga berubah menjadi merah apabila air hujan melalui kawasan bauksit dan turun ke pantai melalui sungai atau aliran air hujan.

"Suasana juga menjadi hiruk-pikuk dengan kemalangan sering berlaku apabila masing-masing berebut untuk mendapatkan manfaat daripada permintaan tinggi bauksit dari China.

"Bauksit kebanyakannya dibawa terus dalam bentuk tanah merah dari tempat ia diambil dan dihantar terus ke kapal yang menunggu di pelabuhan. Pencemaran air ialah tahap baharu kepada pencemaran yang berlaku akibat kegiatan ini," katanya.

Lokasi sumber air yang diambil untuk rawatan di loji Bukit Sagu (water intake point) ialah di Sungai Batu di titik ia bertembung dengan Sungai Rong.

Manakala di kawasan huluan Sungai Rong pula terdapat aktiviti mencuci bauksit yang melibatkan benteng dibuat di sungai itu, kata Fuziah.

Sementara itu, lokasi sumber air untuk dirawat di loji Bukit Goh ialah dari Sungai Riau di mana terdapat juga aktiviti mencuci bauksit bersebelahan sungai Taweh.

Katanya, air dari sungai Taweh mengalir ke sungai Riau di bahagian hulu sebelum lokasi pengambilan air untuk loji air Bukit Goh.

"Dapatan ini menimbulkan keraguan berkenaan kemungkinan kualiti air minuman kepada warga Bukit Sagu dan Bukit Goh terjejas. Kandungan logam berat seperti aluminium boleh menimbulkan pelbagai penyakit buat seluruh warga peneroka Bukit Goh dan Bukit Sagu," katanya.

Sehubungan itu, katanya, gabungan menentang pencemaran bauksit menuntut Jabatan Kesihatan dan PAIP membuat siasatan dan mengeluarkan data kandungan logam berat serta laporan kualiti air minuman dari loji Bukit Goh dan loji Bukit Sagu kepada orang awam.

Katanya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga perlu lebih bertanggungjawab dan tidak membenarkan aktiviti mencuci bauksit berleluasa sehingga menimbulkan masalah pencemaran kepada air sungai yang digunakan sebagai sumber bekalan air minuman lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...