Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


FGV Ambil Tindakan Drastik Untuk Elak Kerugian

Posted: 15 Nov 2015 06:51 AM PST


Untuk mengelakan kerugian yang berterusan FELDA Global Ventures Holdings telah menjual dua anak syarikatnya di Kanada. Mungkin keputusan itu diambil setelah membuat perkiraan yang teliti berkenaan dua anak syarikatnya di Canada.

FGV memperoleh hasil tunai sebanyak RM567 juta.

Twin Rivers Technologies Entreprises dan De Transformation De Graines Oléagineuses Du Québec Inc (TRT-ETGO) telah dijual kepada syarikat gandum dan Oilseed Viterra Inc sebagai sebahagian dari usaha strategi transformasi 5 tahun yang telah dirancang oleh pengurusan FGV.

Kedua syarikat ini yang sering berada dalam kerugian kini tidak lagi menjadi beban kepada gambaran keseluruhan pendapatan FGV.

Setelah beberapa lama percubaan untuk mengembalikan keuntungan kepada dua anak syarikat ini gagal, maka pihak penganalisa bahagian perladangan CIMB Ivy Ng berpendapat penjualan ini adalah satu usaha yang positif.

TRT-ETGO telah menyebabkan kerugian RM366 juta selama 3 tahun.

Ivy Ng juga berpendapat penjualan aset ini boleh membantu menaikan pendapatan setengah tahun kepada RM86 juta atau pun 2.3 sen sesaham FGV.

Selain itu kata Ivy ia juga dapat memperbaiki pendapatan masa depan kumpulan FELDA.
"Ini tentu sekali boleh memperbaiki kelemahan harga CPO yang sedang di alami sekarang" kata Ivy.

Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu FGV menyatakan proses penjualan sudah mukatamad setelah memenuhi syarat penuh pada 27 Ogos lalu.
Maka dijangka juga keuntungan FGV akan sejajar dengan pelan jangka panjang yang telah di janjikan kepada pemegang sahamnya.

Beberapa Penganalisa turut memberi pandangan mereka berkenaan penjualan ini, Kenanga Research berkata mereka menjangkakan margin bagi segmen aliran kebawah menjadi positif tetapi akan merasakan impak keuntungan pada FY16 ke atas.

Begitu juga dengan Public Investment Bank research dengan menyatakan ia menyokong tindakan menjual ini dan menyatakan ia akan mengurangkan kerugian aliran bawah.

Bila SPAD 'Beramah Mesra' Dengan Pemandu Teksi

Posted: 15 Nov 2015 04:16 AM PST


Untuk memartabatkan industri teksi, 1000 orang pemandu teksi berkumpul di perkarangan Perkarangan Platinium Sentral. Perhimpunan tersebut disertai oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Albar yang mana menyaksikan pemandu teksi turut melafaskan ikrar 4 resolusi memartabatkan industri teksi.

"Aku Janji Memartabatkan Industri Teksi", mengandungi 4 resolusi.

4 resolusi tersebut ialah:

1) Berganding bahu, dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, dalam memajukan Industri Teksi di negara ini.

2) Mematuhi segala peraturan, dan undang-undang yang telah ditetapkan, oleh Pihak Berkuasa.

3) Bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, bagi memberikan, perkhidmatan yang terbaik, kepada pengguna

4) Berazam, untuk meningkatkan, kualiti perkhidmatan teksi.

Pengerusi SPAD memberi amanat kepada pemandu teksi

Pertemuan beberapa jam ini telah membuka mata pemandu teksi betapa pentingnya pemandu teksi berinteraksi dengan agensi berkaitan seperti SPAD bagi menyelesaikan permasalahan yang berkaitan industri ini.

Sebelum ini sebarang masalah yang berlaku dalam kalangan pemandu teksi telah berjaya diselesaikan dengan cara toleransi melalui pertemuan, perbincangan, mesyuarat dengan SPAD.

Pertemuan yang dibuat hampir setiap bulan boleh dikatakan membuahkan hasil kerana ianya menyelesaikan banyak perkara diantara SPAD dan pemandu teksi.


Pemandu teksi mengisi borang soal selidik yang disediakan SPAD.

Pemandu teksi tak pernah dipinggirkan oleh SPAD. Malah semenjak SPAD ditubuhkan, telah banyak perkara dilakukan untuk membela pemandu teksi seperti bantuan tayar TR1M, pengecualian cukai jalan duti eksais dan baru-baru ini penyelarasan kadar tambang teksi.

Seharusnya pemandu teksi juga perlu bekerjasama dengan pihak SPAD bagi menyelesaikan perkara yang berbangkit. Kerjasama rapat memudahkan SPAD bertindak keatas segala masalah dan musibah yang dihadapi oleh pemandu teksi.

Namun, katanya ada segelintir pemandu teksi yang didalangi oleh pihak tertentu mahu melakukan himpunan jalanan dalam minggu ini. Rasanya tak perlu dilakukan demotrasi atau himpunan kerana perbuatan tersebut, tak pernah menyelesaikan masalah.

Berjumpa dan berbincang adalah cara yang lebih baik dari menjerit dijalanan meluahkan perasaan. 

Penulis percaya mengenai himpunan tersebut, ada pihak yang sengaja mahu lakukan sebegitu atas kerana mahu menunjuk bahawa industri Teksi di negara kita terlalu teruk dan tidak terkawal. Kerana pada 18 November ini negara kita bakal menerima tetamu pemimpin negara ASEAN yang akan berkampung di Ibu Kota 18-22 November bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa ASEAN Summit.

Tiada masalah yang boleh diselesaikan dengan menjerit dijalanan. 

Lagi gambar perjumpaan pemandu teksi dengan SPAD semalam.














Surat Palsu Untuk Ahli Parlimen BN!

Posted: 15 Nov 2015 06:51 AM PST


Cubaan untuk menarik ahli parlimen BN supaya membuat undi tak percaya kepada pimpinan DS Najib Razak dibuat dalam segala segi. Hinggalah ada penyebaran surat palsu yang tidak bertanda-tangan seperti dibawah.



Surat memohon undi tak percaya ini sudah tentu berhasrat untuk mengulingkan pimpinan Kerajaan yang sedia ada sekarang.

Jika diteliti surat ini, sekali pandang pun kita dah tahu, ada yang tak kena. Malah sesiapa juga boleh membuat seperti ini dan sebarkan.

Antara pemimpin yang menerima surat tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid.

Menurut pegawai khas Datuk Ehsanuddin, Nizam Rasyid, BERSIH telah membuat pembohongan apabila terdapat dua orang pengundi palsu daripada 12 surat atas talian yang diterima Noor Ehsanuddin.

Dua pengundi tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat di surat itu tiada di laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pelbagai cara dilakukan, hinggalah menyebar surat palsu seperti ini. Namun kita percaya rakyat lebih bijak menilai kelakuan politik sumbang yang lebih mudaratkan negara dan membawa kebaikan.

Pengerusi SPAD Turun Padang Jumpa Pemandu Teksi

Posted: 15 Nov 2015 04:16 AM PST

Pengerusi SPAD Turun Padang Jumpa Pemandu Teksi


Masalah Grabcar&Uber ini merupakan antara masalah utama pemandu teksi sekarang. Hingga ada yang mengatakan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak melakukan tugas dengan baik, dengan bahasa kasarnya dorang kata SPAD tak buat kerja.

Benarkah SPAD tak buat kerja?

Tahukah anda SPAD sering-kali berjumpa dan berbincang dengan pemandu teksi, pemandu bas dan lain-lain untuk mengetahui masalah mereka secara berdepan. Tak perlu buat surat, tak perlu tunggu giliran, anda boleh suarakan terus pada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Malah baru-baru ini ada perjumpaan telah diaturkan oleh SPAD untuk berjumpa bersama persatuan-persatuan teksi. Malah, sepanjang bulan Oktober dan November 2015 ini, dimana SPAD telah menganjurkan lima sesi pertemuan yang melibatkan lebih daripada 250 pihak berkepentingan di dalam industri teksi. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk menerima maklum balas serta feedback pemandu teksi secara langsung tanpa melalui "orang tengah".


Jika SPAD tak bertegas dalam usaha membantu pemandu teksi, takkanlah Pengerusi SPAD sanggup bertemu dengan pemandu teksi dan mengadakan perbincangan untuk mendengar segala rayuan, cadangan dan pendapat dari mereka.

Segala feedback yang diterima oleh pemandu teksi akan diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh SPAD supaya dapat dirangka satu penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik. Ini sekaligus akan memenuhi keperluan dan kemahuan semua pihak terlibat, termasuk pemandu teksi dan penumpang.

Oleh itu kemungkinan besar SPAD akan dapat mencegah atau membenteras terus GrabCar&Uber dengan lebih berkesan.

Tan Sri Syed Hamid Albar bersama pemandu teksi dalam pertemuan mereka.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...