Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


#BajetKedah2016 AkuJanji BN Kedah Hampir dicapai!

Posted: 16 Nov 2015 10:12 PM PST



Tema bajet Kedah 2016 iaitu " Menjamin Kesinambungan Kemakmuran Rakyat" akan menyaksikan corak perbelanjaan yang realistik dan berhemah. Peruntukan mengurus bagi tahun 2016 telah berkurangan sebanyak 2 peratus manakala pembangunan pula diturunkan sebanyak 6 peratus.

Bajet 2016 memberi tumpuan kepada keperluan perbelanjaan sebenar dan keupayaan menjana hasil negeri berdasarkan prestasi kutipan tahun-tahun sebelum.

Objektif Kerajaan Negeri bagi bajet 2016 ini dikekalkan seperti mana tahun-tahun sebelum ini dengan lebih memberi fokus terhadap:-

* Penyediaan Infrastruktur Bagi Meningkatkan Keselesaan Rakyat.

* Pembangunan Modal Insan, Sosial dan Agama.

* Kemakmuran Rakyat.

* Menggalak Pertumbuhan Ekonomi.

* Memperkukuh Tadbir Urus Kerajaan Negeri.

Bagi mencapai matlamat bajet, Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah iaitu:-

i. Memperkukuh kutipan hasil dan memperluas sumber hasil negeri,
ii. Merancang perbelanjaan optima,
iii. Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ke arah pencapaian sasaran.

Bajet 2016 adalah permulaan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan RMK terakhir sebelum negara mencapai wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju. Cabaran getir yang dihadapi Kerajaan dalam menyediakan bajet kearah peningkatan pembangunan (developmental) adalah keterbatasan dana bagi mencapai hasrat negeri dalam usaha memakmurkan rakyat.

Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan untuk projek-projek fizikal yang berskala besar, dan sebaliknya menumpukan kepada kerja-kerja menaiktaraf dan pemantapan prasarana awam sedia ada.

Bagi melaksanakan projek berskala besar, Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan percaya dengan terjalinnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sumbangan ini akan disalurkan bagi membantu negeri Kedah mencapai wawasan 2020.


AkuJanji BN Kedah

Daripada 92 akujanji Kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu, sebanyak 82 telah berjaya dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN yang diberi mandat untuk mentadbir Negeri Kedah tidak menabur janji-janji kosong, sebaliknya menepati segala janji demi kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Rakyat.

Salah satu janji Kerajaan kepada Rakyat iaitu untuk menyediakan perumahan yang selesa, mampu dimiliki daan mencapai kumpulan sasar telah dilaksanakan dengan cemerlang.

Sehingga kini pembangunan perumahan di negeri Kedah begitu rancak dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Hasrat dan aspirasi kerajaan Negeri Kedah sepertimana didalam akujanji iaitu menyediakan 40.000 unit rumah mampu milik sehingga tahun 2018 telah beradaa diatas landasan yang amat tepat.

Sehingga kini 66 peratus atau 22,617 unit telah atau sedang dibina. Kerajaan amat yakin dalam tempoh sehingga 2018 nanti sasaran Kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik akan tercapai.

Video Sidang Media #BajetKedah2016

Posted: 16 Nov 2015 08:01 PM PST



Video Sidang Media Khas YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan Bajet Kedah 2016
Dalam Bajet Kedah 2016, kerajaan negeri berusaha untuk merangka satu bajet yang benar-benar realistik berdasarkan kepada prestasi tahun-tahun sebelum ini.


Sidang Media Khas Bajet Kedah 2016
Video Sidang Media Khas YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan Bajet Kedah 2016 Dalam Bajet Kedah 2016, kerajaan negeri berusaha untuk merangka satu bajet yang benar-benar realistik berdasarkan kepada prestasi tahun-tahun sebelum ini.#KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah #BajetKedah2016 #MMFC #DSMM
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, November 15, 2015

MCA Kesal Perbuatan Perbuatan Alvin

Posted: 16 Nov 2015 06:15 PM PST



Tersebar dilaman-laman media sosial mengenai perbuatan seorang pelakon lucah bernama Alvin Tan. Alvin sebelum ini pernah ditangkap kerana menghina Islam, ditahan kemudian dilepaskan kerana didapati tidak bersalah.

Akan tetapi perbuatannya kali ini benar-benar mencetuskan kemarahan apabila Alvin menghina kitab suci Al-Quran dengan perbuatan biadapnya. Penulis pun tak sanggup nak tunjuk perbuatan Alvin tu, malah penulis menganggap Alvin ini sebagai insan yang tak berotak.


Perbuatan Alvin itu turut dikesali oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang berkata, perbuatan itu dilihat boleh mempengaruhi dan merosakkan akhlak masyarakat di negara ini.

"Saya tidak faham mengapa Alvin perlu berbuat demikian, saya difahamkan gambar-gambar pemimpin dirosakkan dan dipaparkan di laman Facebooknya itu.

"Kami berasa kesal terhadap perbuatan kejinya itu," katanya lagi. Ka Siong, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hukuman berat patut dikenakan terhadap Alvin kerana dia telah memalukan nama negara.

Jika Timbalan Presiden MCA pun rasa marah dengan perbuatan seperti itu. Apakah umat Islam di Malaysia tak merasa demikian?

Tertunggu juga komen dari pihak DAP, apakah mereka masih mahu menyokong perbuatan Alvin, jika sebelum ini DAP diantara penyelamat dan penyokong kuat Alvin ketika diberkas di Malaysia.

Berbeza Kaum Tidak Bererti Kita Tidak Boleh Bersatu

Posted: 16 Nov 2015 06:15 PM PST



Negara kita Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Tak kisah la apa pun perayaan, kita sebagai warga negara Malaysia tetap menyambutnya dengan meriah. Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai turut mengambil kesempatan dihari baik Pesta Cahaya kaum India dengan mengharapkan setiap kaum perlu menghormati antara satu sama lain dan menolak perpecahan kaum. Biarpun berbangsa Cina, Datuk Sri Liow mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak kepada perpaduan yang erat antara kaum.

Perayaan DEEPAVALI disambut meriah dalam keadaan harmoni oleh kaum India di Malaysia hari ini. Siang tadi, Rumah Terbuka Deepavali telah diadakan di pekarangan tapak pelancongan terkenal Batu Caves.

Majlis yang dianjurkan MIC siang tadi telah dihadiri YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah turut kelihatan pada majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Sepanjang majlis berkenaan, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai persembahan serta makanan tradisional kaum India sepeti Aloo Gobi, Inji Puli, Vadal dan Prathaman.



Sebagai Menteri Pengangkutan, Liow juga berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang bercuti dan pulang ke kampung supaya berhati-hati. Jangan jadikan hari yang bahagia ini sebagai medan berair mata.

Inilah keunikan Malaysia, tak kira perayaan apa sekalipun, kita tetap menyambutnya dengan hati yang terbuka. Ternyata perselisihan faham dalam politik tak mampu menyekat persaudaraan sesama rakyat Malaysia.
Disebab keunikan inilah kita Malaysia masih kekal bersatu dan InshaAllah akan terus hingga menjadi negara maju
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...