Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Sebab Utama OSRAM Pilih #Malaysia Khususnya #Kedah

Posted: 20 Nov 2015 11:19 PM PST



YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz  menerima kunjungan hormat dari Managing Director OSRAM Dr. Roland Muller.

Individu yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan 1 Bilion Euro ke Malaysia, khususnya Kedah. Dalam perbincangan tadi Dr. Roland menjelaskan bahawa OSRAM yang berasal dari Munich, Jerman berminat untuk melabur di Kulim Hitech Park kerana kawasan berkenaan mempunyai segala sumber yang diperlukan.


Infra yang bagus, senang mendapat barang mentah dan lokasinya teratur untuk mereka membuka kilang disana.

YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir juga mengambil kesempatan dengan berterima kasih kerana OSRAM memilih Kedah untuk membuka kilangnya.

Ini merupakan pelaburan syarikat antarabangsa paling besar di Malaysia pada tahun ini.




YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam sidang media beliau ketika menerima kunjungan hormat dari Managing...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 19 November 2015


Pemandu Teksi Berdemo Bukan Sebab Politik?

Posted: 20 Nov 2015 08:11 PM PST



Ada masalah dapat diselesaikan dengan tunjuk perasaan dan berdemokah? Kenapa perlu berdemo jika mahu masalah diselesaikan? Sudah tentu tujuan berdemo atau berhimpun ini mempunyai motif tertentu yang berkaitan dengan politik.

Pendapat ini turut dikongsi oleh Pengerusi Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) Mohd Syahrir Abdul Aziz, 60. beliau sendiri percaya perhimpunan ini berkaitan dengan politik, sebab itu ramai pemandu teksi tak menyertainya.

"Perhimpunan hari ini dilihat berunsur politik kerana kita (pemandu teksi) hanya berurusan dengan kerajaan serta agensi terlibat dan bukannya wakil pembangkang.

"Saya lihat ini tidak akan selesaikan masalah malah memburukkan lagi keadaan kerana mereka (peserta) perlu menggunakan saluran betul untuk bersuara dan bukannya melalui demonstrasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan penganjur perhimpunan menyerahkan menyerahkan memorandum kepada wakil pembangkang di Parlimen tempohari.

Memorandum itu berkait rapat dengan objektif utama perhimpunan yang antara lain mendesak rombakan dilakukan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar yang menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Dalam yang sama, pihak Polis telah mengenal pasti pihak penganjur yang terlibat dalam Perhimpunan Aman Warga Teksi yang diadakan di Padang Merbok.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon menegaskan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganjur berkenaan.

"Undang-undang sedia ada jelas menyatakan pihak penganjur perlu mendapat kelulusan daripada tuan punya tempat berkenaan untuk menjalankan sesuatu aktiviti di sana."

Malah polis takkan teragak-agak akan mengambil tindakan kepada pihak yang membuat kacau itu.

"Kami akan ambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang yang ada memandangkan setakat ini penganjur masih gagal mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan di sana," katanya lagi kepada pemberita.

Ditanya mengenai jumlah anggota polis yang dikerahkan untuk mengawal suasana sepanjang perhimpunan itu, beliau berkata ianya mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan di sana dan akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

"Kami mempunyai jumlah yang cukup untuk mengawal keadaan perhimpunan termasuklah trafik berhampiran lokasi acara itu," katanya.

Beliau ditanya sama ada perhimpunan itu boleh menjejaskan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-27. Law berkata acara berkenaan tidak menganggu perjalanan persidangan itu kerana ia hanya bertumpu di Padang Merbok.

Perkara Menarik Penggulungan YAB MB di Sidang #BajetKedah 2016

Posted: 20 Nov 2015 07:15 PM PST


Diantara topik yang disentuh.

- Kedah E-Tutor -

- Peruntukan yg besar utk pendidikan KET. Masalah mengenai akses dan keberhasilan semua dah dibangkitkan semasa mesyuarat dgn pihak syarikat. Malah semua masalah dan kebimbangan telah dibangkitkan semasa mesyuarat Exco.

Selepas yakin dengan penjelasan dan keadah utk memantau. Barulah Kerajaan negeri membuat keputusan untuk melaksanakan KET.

Kerajaan negeri boleh memantau KET secara detail dari penguna hinggalah apa mata pelajaran yang mereka layari.

Setakat ini kesemua laporan yang diterima ialah positif dan dah tentu hasilnya dgn memantau keputusan peperiksaan.

KET adalah usaha untuk membantu pendidikan negeri Kedah dari nombor yg tercorot, hingga ke no 5 teratas. Ini satu inisiatif kerajaan utk membawa hasrat tersebut.

Untuk menuai hasil ianya tentu akan memakan masa. Janganlah kita berusaha utk mengagalkan usaha ini..atau memburukannya. Kerana jika kita burukkan usaha kita ia akan jadi gagal sebelum boleh kita menuai hasil.

- Isu Sekolah Cina -

Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 152 menyatakan bhw Bahasa Melayu mesti digunakan dlm semua perhubungan rasmi, termasuk sbg bahasa pengantar di sekolah.

Bahasa ibunda yg lain pula dibenarkan utk diajar dan dipelajari disekolah2. Namun, tiada disebut dlm perlembagaan bhw bahasa selain BM boleh digunakan sbg bahasa pengantar disekolah. 

Walaupun begitu Kerajaan tetap membenarkan SJKC & SJKT mengguna bahasa ibunda mereka.

Tidak juga disebut dlm Perlembagaan bahawa peruntukan bajet boleh diberikan kpd sekolah2 selain Sekolah Kebangsaan.

Walaupun begitu, Kerajaan tetap memberi bajet kpd SJKC & SJKT. Kalau begitu, tak mungkin Kerajaan perlu pertimbangkan bajet utk SMPC (Sekolah Menengah Persendirian) yg pada penubuhannya pun disyaratkan supaya tidak memohon bantuan kewangan dari Kerajaan.

Ini berbeza dgn Sekolah Agama Rakyat yg dibenarkan peruntukan Kerajaan oleh Perlembagaan kerana "Islam adalah agama Persekutuan" (bukan agama "rasmi" persekutuan).

- Isu serap bayaran GST -

Kerajaan negeri terdahulu pernah mencadangkan untuk Persekutuan mengurangkan kadar GST dari 6% ke 3%. 

Cadangan ini dibawa hinggalah YAB MB berbincang dengan YAB PM.

Dalam perbincangan tersebut, ada beberapa masalah yang timbul jika GST dikurangkan. Kerana sudah ada plan dari Kerajaan persekutuan dan hasil GST juga akan dipulangkan untuk membantu rakyat.

Soal GST dalam pertanian, YAB PM telah bersetuju dengan permintaan Kerajaan negeri untuk membantu golongan petani dan nelayan malah akan dipertimbangkan.

Malah dalam bajet yang lepas memang ada peningkatan bantuan sara hidup petani dan nelayan dari Kerajaan.

Kerajaan negeri juga akan membuat sesuatu untuk meningkatkan pendapatan negeri. Malah kita juga akan berbelanja dgn cara berhemah.

- Mengalakan semua pihak membayar cukai -

Kerajaan negeri akan berusaha supaya ekonomi negeri kita bertumbuh dengan pesat. Kita akan berusaha untuk berikan ekonomi yang terbaik supaya rakyat mampu membayar cukai dan tak terbeban.

- Isu Balak -

Balak bukan pilihan utama dalam Kerajaan negeri.

Bagi negeri miskin seperti Kedah.. kita cuba melabur dalam sumber baru untuk menjanakan pendapatan.

YAB MB lebih suka hutan dipelihara utk tarikan lestari, untuk pelancongan. Masalahnya bolehkah hutan menjana hasil lebih dari pembalakan.

Kerajaan negeri juga menghadapi masalah utama dengan pencerobohan pembalakan dan perladangan.

Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa dan peruntukan utk memantau pencerobohan hutan dan pembalakan. Jadi kita cuba melakukan yang terbaik.

*Ini adalah catitan admin dan sedikit edit berkenaan penggulungan YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir di Sidang Dun Bajet Kedah 2016.

Kenyataan lengkap dan video akan kami upload kelak.

#BajetKedah2016 #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur #KedahSeratRata

Nurul Izzah Perlu Beri Penjelasan Tentang Gambar ini - Dr Wee

Posted: 20 Nov 2015 05:24 PM PST


Pelbagai persoalan yang timbul apabila Nurul Izzah bergambar dengan anak kepada seorang penceroboh kedaulatan negara kita. Bapanya juga telah membunuh ramai pasukan keselamatan kita, malah ada yang dizalimi semata-mata pertahankan kedaulatan negara.

Tahukah Izzah bahawa, pencerobohan Lahad Datu telah menyebabkan ramai isteri menjadi balu, anak-anak kehilangan bapa.

Jika sebelum ini puak pembangkang menuduh Kerajaan sengaja mencetuskan konflik di Lahad Datu untuk kepentingan politik. tetapi kini kita lihat, siapa yang mempunyai hubungan dengan si Kiram sebenarnya?

Ini persoalan yang bermain diminda kita sebenarnya.

Disebabkan itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong menuntut pemimpin atasan PKR itu memberi penjelasan tentang gambar kontroversi terbabit.

Dr Wee mendesak Izzah untuk memberi penjelasan tujuan sebenar gambar tersebut diambil dan apa yang mereka berdua bincangkan sehingga kedua-duanya memegang poster "Release Anwar Immediately"


Apakah kini Izzah dan Jacel Kiram Puteri Sultan Sulu ada merancang sesuatu untuk membebaskan Anwar?

Setelah pencerobohan Lahad Datu, rasanya tak mustahil sesuatu yang mengancam keselamatan negara dapat dicetuskan lagi bagi membebaskan Anwar.

Apakah ini satu ugutan?

Nurul Izzah perlu menjelaskan semua ini.

Keselamatan negara bukan satu perkara yang main-main.

Kamera AES diteruskan untuk cegah kemalangan

Posted: 20 Nov 2015 05:24 PM PST


Kita perlu sedar kelajuan diantara penyebab utama kemalangan maut. Sebab itu kita perlu mengira pakai apa saja cara bagi membantu kita mencegahnya. Salah satu jalan yang bagus, tapi perlu penambahbaikan ialah Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

Mungkin setelah menilai dan membuat kajian, Menteri Pengangkutan yang juga merupakan Presiden MCA iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu memastikan bahawa AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara).


"Kerajaan akan mengumumkannya awal tahun depan keputusan mengenai semakan semula secara menyeluruh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dimana kerajaan mahu memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara)."

Kenyataan beliau semasa bercakap tentang AES.

Bagi penulis, AES ini ada kebaikannya, namun perlu banyak penambahbaikan. Mungkin kita perlu belajar dan melihat negara yang telah lama mengunakan AES ini.

Namun telah menjadi amalan di Malaysia, apabila ada sesuatu yang baik akan dilaksanakan kerajaan, ia akan dibangkang dan dijadikan isu oleh pihak tertentu.

Tapi jika yakin ianya memang untuk bantu rakyat dan keselamatan jalanraya. Rasanya tak perlu Kerajaan ambil peduli suara yang membangkang. Kerana keselamatan rakyat adalah lebih utama berbanding perkara lain.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...