Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


15 Cawangan Saja Yang Tolak Najib - Ahmad Maslan

Posted: 01 Dec 2015 04:30 AM PST


Hanya 15 daripada 21,000 cawangan Umno yang membantah kepimpinan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Razak, kata Ketua Penerangan parti itu, Datuk Ahmad Maslan.

Oleh itu kata Ahmad, penentangan beberapa Ketua Cawangan Umno terhadap kepimpinan parti sejak akhir-akhir ini tidak boleh menjadi petunjuk khusus mengenai tahap sokongan akar umbi.

"15 cawangan itu memang bermasalah di bahagian masing-masing. Berdasarkan apa yang kami faham, ada sebab-sebab lain 'penentangan' mereka ini.

"Tetapi kami anggap ini sebagai satu cabaran yang perlu parti hadapi dan daripada 191 Ketua Umno Bahagian, kami tidak pula mendengar ada yang menentang," katanya dipetik Utusan Malaysia. 

Ahmad menegaskan, adalah penting untuk Umno menterjemahkan semangat kesepaduan dalam menghadapi cabaran pada perhimpunan agung parti yang bakal berlangsung dari 8 hingga 12 Disember ini.

Terdahulu, beberapa ketua Umno cawangan menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Najib susulan beberapa skandal dan isu yang tidak terjawab, antaranya isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib.

Dan terbaru pada 28 November lalu, sekumpulan ketua Umno cawangan melancarkan satu gerakan bagi memaksa perdana menteri meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak 'dirosakkan' dengan lebih teruk.

Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini lapor AntaraPos


Proton Mahal Sebab Kerajaan Najib - Mahathir

Posted: 01 Dec 2015 01:26 AM PST


Orang ramai tidak seharusnya menyalahkan Proton Holdings Bhd. (Proton) ekoran harga tinggi kereta itu dipasaran tempatan.

Sebaliknya, mereka wajar menuding jari dengan menyalahkan kerajaan ekoran cukai yang dikenakan terhadap kereta itu terlalu tinggi dan tidak masuk akal sekaligus menyebabkan perkara itu berlaku.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu tuduhan terhadap Proton mengenai perkara berkenaan dihentikan.

"Proton selalu dipersalahkan ekoran harga kenderaan yang mahal. Ia bukan salah Proton. Pihak Kerajaan yang mahu mencukaikan kenderaan sehingga 300 peratus.

"Kerajaan mahukan pendapatan. Kita (Proton) bukan punca kepada harga kenderaan yang tinggi," katanya dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton pada Selasa.

Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan bekas Perdana Menteri turut mendedahkan bahawa terdapat kempen yang menggesa agar rakyat Malaysia tidak membeli kereta buatan Proton.

"Terdapat kempen untuk rakyat Malaysia supaya tidak membeli kereta buatan Proton," ujarnya. Pada masa sama,

Dr Mahathir juga menyatakan sehingga kini, pihak kerajaan juga tidak memperuntukkan sebarang peruntukkan kepada Proton untuk kereta elektrik.

"Tiada peruntukan khas untuk kereta elektrik. Cukuplah agar kerajaan tidak menggalakkan rakyat di negara ini untuk membeli kereta import," ujarnya.

Bukan setakat itu, malah, beliau turut menyatakan sehingga kini pihak kerajaan masih belum membuat apa-apa bayaran royalti terhadap kereta elektrik buatan Proton.

"Kerajaan mahukan kita buat sebuah kereta elektrik, setelah kita buat dan harumkan nama negara, kita masih tidak menerima apa-apa bayaran.

"Sebaliknya, kita pula keluarkan duit sendiri untuk menghasilkan kereta hybrid, dan kereta elektrik," ujarnya lagi lapor Free Malaysia Today


Wartawan Aljazeera Dilarang Masuk Sebab Ancam Keselamatan Negara, Zahid Hamidi Kata..

Posted: 30 Nov 2015 07:02 PM PST


Setahu akulah AlJazeera ni wartawan dia ada hampir di seluruh dunia.. dan tak pernah lagi aku dengar wartawan mereka tidak dibenarkan masuk kenegara-negara lain sebab mengancam keselamatan negara itu..

Dinegara-negara Arab yang konfliknya tak kunjung sudah itupun bersepah wartawan AlJazeera..

Bukan di negara-negara Arab saja malah dinegara yang tidak stabil politiknya dan mundur, miskin serta hanya mampu untuk membentuk tenteranya dengan seadanya saja pun ada wartawan dari AlJazeera..

Tiba-tiba Zahid kata.. wartawan Aljazeera, Mary Ann Jolley tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Takkanlah petahanan negara kita begitu lemah hinggakan seorang wartawan dari luar negara boleh menggugat keselamatan negara..

Takkanlah rakyat Malaysia begitu bodoh dan cepat panik bila membaca laporan dari wartawan luar negara?

Setahu akulah apa yang dilaporkan oleh wartawan Al Jazeera ini yang bersifat sebuah dokumentari ialah mengenai pembunuhan Altantuya..

Ramai yang dah menyaksikannya, bukan sahaja rakyat Malaysia tapi boleh kata hampir seluruh dunia dah menyaksikannya bilamana AlJazeera melalui rancangan 101 East telah menyiarkan 'Murder in Malaysia' pada September lalu

Dah tergugat ke negara bila rancangan itu disiarkan?.. dah mudarat ke ketentaraman awam bila rancangan itu disiarkan?

Laporan berkaitan..

Wartawan Aljazeera, Mary Ann Jolley tiak dibenarkan masuk ke negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam. 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen menyekat kemasukan mana-mana warganegara asing ke Malaysia setelah mempercayai individu berkenaan boleh memudaratkan keselamatan negara. 
Beliau bekata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan alasan mengapa Ann Jolley dilarang memasuki negara ini berikutan penyiaran rancangan 101 East 'Murder in Malaysia' pada September lalu yang mengaitan kes pembunuhan warga Mongolia, Shaariibuu Altantuya. 
Loy Sian turut meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan adakah siasatan terhadap Sirul Azhar Umar ditutup sejak beliau melarikan diri ke Australia. 
"Siasatan ke atas kes yang melibatkan Sirul Azhar telah selesai dan hukuman telahpun dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ke atas tertuduh. Sehubungan dengan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan penutupan siasatan kes berkenaan," kata Ahmad Zahid. - MalaysiaGazette

Ketenteraman siapa yang tergugat sebenarnya?..

Tak sia-sia Najib lantik dia ni jadi Timbalan Perdana Menteri.. sanggup memperbodohkan diri sendiri sebab nak jaga Najib..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...