Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Jika Tolak UMNO Bencana Menimpa.. Najib Kata

Posted: 10 Dec 2015 07:04 AM PST


Rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada memilih Barisan Nasional (BN) yang didominasi UMNO atau pakatan pembangkang yang didominasi DAP yang didakwa anti perjuangan Islam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seandainya rakyat Malaysia menolak UMNO, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.

"Bencananya yang akan menimpa. Apakah kita mahu masa depan anak dan cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah…" katanya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di PWTC.

Najib berkata, kerajaan Malaysia tidak akan mengamalkan sistem dua parti walaupun walaupun negara mengamalkan sistem demokrasi.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menyifatkan tidak ada satu parti sahaja yang dapat kekal memerintah buat selamanya.

Najib berkata, sistem dua parti seperti yang diperkatakan Dr Mahathir itu hanya akan membahayakan negara.

"Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.

"Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu?," katanya.

Tegas Najib, beliau tidak akan memberi ruang kepada mana-mana individu tertentu untuk melaksanakan sistem dua parti ini, sekali gus mengingatkan perwakilan agar lebih berwaspada.

"Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini," katanya lapor Free Malaysia Today..


KAH.. KAH... KAH... Macai percayalah apa Najib cakap tu... yang nak ditimpa bencana tu dia.. tumbang BN menjawablah dia di mahkamah skandal-skandal yang ada tu..


Hari Ni Zahid Kata Lebih Dari Seorang Pulak Penderma RM2.6 Billion Itu..

Posted: 10 Dec 2015 12:17 AM PST


Apa cerita ni Zahid?.. skrip salah atau apa ni?.. sehari dua yang lepas kata seorang penderma hari ni pulak dah lebih dari seorang penderma pulak...

Dalam satu wawancara dengan www.agendadaily.com dan www.bnbbc.my dengan confident nya telah memperjelaskan status penderma itu.

Katanya penderma RM2.6 billion itu,katanya bukanlah individu dalam ertikata seorang. Ia adalah pimpinan sebuah kerajaan.

"Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab penderma tidak mahu didedahkan).

"Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.

Takkanlah sebuah Kerajaan dipimpin oleh berpuluh orang kot?

Laporan berkaitan..

Terdapat lebih daripada satu sumber wang derma RM2.6 bilion yang disumbangkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, kata naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. 
Beliau mengesahkan perkara ini apabila wartawan bertanya sama ada terdapat lebih daripada seorang penderma yang menyumbang kepada sejumlah besar wang itu, berikutan timbul kekeliruan dalam kenyataan beberapa pemimpin Umno dan pihak berkuasa yang menyiasat derma itu. 
"Lebih daripada seorang penderma. Plural (lebih daripada satu)," kata Zahid pada satu sidang media di perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini lapor The Malaysian Insider

Kah.. kah.. kah.. mula-mula sorang.. sekarang lebih dari seorang pulak.. tapi macai tetap percaya..


Mahathir Minta Najib Jangan Perasan?

Posted: 09 Dec 2015 10:00 PM PST


Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan ucapan dasar presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang parti itu berjaya memajukan negara ini, namun beliau mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak mengambil kredit atas kejayaan tersebut.

"Saya setuju dengan ucapannya yang Umno berjaya majukan negara kita ini, sehingga ada doktor dapat jadi pakar.

"Itu Umno, bukan pemimpin Umno.

"Umno berjaya, tapi janganlah ambil kredit kejayaan Umno itu seolah-olah itu kejaayan kita sendiri. Saya pun tak pernah ambil kredit," katanya kepada pemberita selepas mendengar ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Sejurus selepas keluar dari Dewan Merdeka di PWTC itu, bekas perdana menteri itu diiringi penyokongnya yang bersorak "Hidup Tun" sambil menyanyikan lagu "Inilah Barisan Kita" lapor The Malaysian Insider


Apa Dah Jadi Dengan Makmal Kaji Kos Sara Hidup Rakyat Khairy?

Posted: 09 Dec 2015 06:45 PM PST


Dari satu sudut memang bagus apa yang Khairi suarakan ini sebab ini sememangnya apa yang dibicarakan oleh ramai rakyat kecuali macai ketika ini..

Apa yang disuarakan olehnya samalah seperti rungutan mak cik aku, jiran belakang rumah, Pak Cik yang bawa teksi, Pengawal di sekolah anak aku, pekerja di stesen petrol, rakan-rakan dan kenalan yang lain.

Oleh kerana status Khairy selaku Menteri dan Ketua Pemuda UMNO, kekesalannya akan disiarkan di muka utama akhbar, dibawa secara langsung di kaca televisyen dan dilapor oleh berbagai media..

Samada dengan rungutan Ketua Pemuda UMNO ini, kerajaan bersedia untuk mengubah polisi yang telah ditetapkan atau dilaksanakan itu tak penting..

Yang pentingnya Khairi dah suarakan rungutan rakyat marhaean tentang situasi semasa bukannya bergaduh tak habis-habis sesama pemimpin macam yang dok ada tu..

Dalam perhimpunan Agung UMNO berkatalah Khairy..

Segala kenaikan itu harus dihentikan kerana ia ibarat "mencurah minyak ke dalam api" terhadap kemarahan rakyat. 
"Mungkin ada yang tertanya-tanya, ketua Pemuda ahli jemaah menteri. Tidakkah beliau bersuara dalam Kabinet? Ingin saya tegaskan di sini pendirian saya sama di dalam dan di luar Kabinet.

"Bila ada pembentangan yang menambahkan beban, saya sentiasa bersuara untuk cuba elakkan kesengsaraan terhadap rakyat.

"Sebagai contoh, tol lebuh raya. Terpaksa dinaikkan kalau tidak kerajaan kena bayar pampasan RM500 juta. Saya selaku ketua Pemuda mengingatkan Kabinet tentang akujanji BN. Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita.

"Dan pada hari ini saya ingin tegaskan, Pemuda bantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk 2 lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun," katanya. 
Beliau berkata, meskipun sebagai pemimpin beberapa "langkah pedih" terpaksa diambil, namun hakikatnya rakyat sudah tidak lagi boleh menerima kenaikan itu. 
"Walaupun kita faham beberapa langkah pedih terpaksa diambil tetapi hakikatnya, rakyat sudah tidak boleh terima lagi dan sudah sampai ke 'breaking point'. 
"Jadi cukup-cukuplah. Jangan ditambah lagi bebanan rakyat. Jangan dicurah lagi minyak ke atas api kemarahan rakyat yang marak membara. Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini. Enough is enough," katanya yang juga menteri belia dan sukan.

Bagus... cuma aku tertanya-tanya apa dah jadi dengan Makmal Kos Sara Hidup Rakyat yang telah diumumkan olehnya pada tahun 2013..

KUALA LUMPUR: Sebuah makmal untuk mengkaji kos sara hidup rakyat Malaysia bakal ditubuhkan di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri. 
Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata makmal ini akan ditubuhkan untuk mengkaji kos sara hidup masyarakat dan memberi bantuan kepada golongan sasaran yang memerlukan. 
Khairy berkata makmal itu akan ditubuhkan awal tahun hadapan. 
"Makmal ini akan mengkaji kos sara hidup dan akan mengemukakan cadangan dan cara penyelesaian serta cadangan. Cadangan tersebut akan dibentangkan di Kabinet selepas dimuktamadkan," katanya kepada Astro AWANI.

Apa dah jadi agaknya dengan Makmal Kaji kos sara hidup tu?.. sudah dibakul sampahkan atau sekadar bercakap untuk memperlihatkan keperihatinnya terhadap masyarakat?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...