Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Eh?.. Najib Dapat Derma RM2.6 Billion Pun Kewangan UMNO Masih Defisit?

Posted: 11 Dec 2015 06:00 AM PST


Penyata kewangan Umno berakhir 31 Disember 2014 menunjukkan defisit, di mana parti pemerintah itu hanya menerima RM82 juta daripada hasil sumbangan dan derma politik.

Dalam lampiran tambahan kepada penyata kewangan yang dilihat The Malaysian Insider, sumbangan itu dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu daripada dana bangunan parti tersebut yang berjumlah RM113,000 dan RM81,960,000 daripada "sumbangan diterima" tanpa penjelasan lanjut.

The Malaysian Insider melihat penyata kewangan yang dibentangkan pada perhimpunan agung tahunan parti itu semalam dan diedarkan kepada perwakilan sebagai sebahagian daripada dokumen untuk perhimpunan itu.

Akaun parti itu dipersoalkan sekumpulan ketua Umno cawangan yang menggelar diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) kerana gagal mengambil kira sumbangan RM2.6 bilion kepada presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan itu baru-baru ini membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mahu pihak berkuasa menyiasat derma yang diberikan kepada Najib, yang mendakwa beliau mempunyai kapasiti sebagai presiden untuk memegang dana amanah parti.

GKCM juga berkata penyata kewangan Umno bagi tahun 2013 dan 2014 tidak menyebut RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah itu.

RM2.6 bilion dipindahkan secara berperingkat-peringkat antara 2013 dan Februari tahun ini, menurut The Wall Street Journal yang membuat pendedahan awal mengenainya pada 2 Julai tahun ini, memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia.

Bahagian terbesar daripada dana itu – AS$681 juta – dipindahkan ke dalam akaun Najib di AmBank, Malaysia melalui syarikat British Virgin Islands dan Falcon Private Bank di Singapura, pada Mac 2013, sebelum pilihan raya umum ke-13 Mei tahun itu.

Selebihnya disalurkan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini melalui entiti dikaitkan dengan syarikat yang diilhamkan Najib, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Najib menafikan mengambil dana daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi.

Keterangan beliau berhubung wang itu diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, yang juga turut mengakui sebelum ini yang mereka sudah bertemu penderma dari Timur Tengah itu.

Kedudukan kewangan Umno mencatatkan peningkatan 16% dalam pendapatannya kepada RM171.53 juta pada 2014 berbanding RM147.15 juta pada tahun sebelumnya.

Walaupun jumlah pendapatan parti meningkat RM24 juta, ia tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan parti yang lebih tinggi.

Jumlah perbelanjaan parti pada 2014 ialah RM203 juta, lebih rendah berbanding RM284 juta pada 2013. Bagaimanapun, kedudukan kewangan Umno mengalami defisit sebanyak RM31 juta pada 2014.

Perbelanjaan terbesar parti pada tahun 2014 membabitkan kos operasi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebanyak RM50 juta, meningkat RM10 juta berbanding tahun 2013 lapor The Malaysian Insider


Azmin Kini Bergelar Datuk Seri

Posted: 11 Dec 2015 12:14 AM PST


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali merupakan penerima tunggal Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Seri' sempena Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini. 

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mendahului senarai 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor itu.

Syed Anwar yang juga Pengerusi DRB-Hicom Bhd dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Ahli Dewan di-Raja Selangor yang juga Orang Besar Istana Tengku Datuk Paduka Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj dikurnia Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia' bagi wanita.

Turut menerima S.S.I.S ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Mendahului senarai 8 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita ialah Ketua Hakim Syarie Selangor Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Penerima lain D.P.M.S ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman, Felo dan Pensyarah Universiti Oxford Datuk Dr Afifi Al-Akiti, Timbalan Dekan Siswazah & Hal Ehwal Antarabangsa, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Zainul Rashid Mohamad Razi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr S Balachandran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Puasa Md Taib, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Mohd Zaki Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.

Sebanyak 10 menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.

Mereka ialah Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York Raja Reza Raja Zaib Shah Alhaj, Timbalan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ong Thiam Hock, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Norsaadah Ismail, Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Dr Nooral Zeila Junid dan Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor Ang Nai Har.

Dekan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Abdul Jalil Nordin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Datuk Azmi Abdul Aziz, Pengarah MCT Konsortium Bhd Cheah See Yeong dan Pengerusi United Malacca Bhd Tan Siok Choo yang merupakan anak kepada bekas presiden MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin.

Sebanyak 6 individu menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.). Mereka ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Kapten P Pulendren, Pengarah Cawangan Kontinjensi Bahagian Rancang Markas Angkatan Bersama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kolonel Mohamed Nazri Dashah, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abd Razak, Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Azmi Adnan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais dan Pengarah Urusan, Strategi Kumpulan & Pembangunan Korporat, Sunway Group Sarena Cheah Yean Tih.

Sementara itu, sebanyak 8 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) termasuk Pelukis Himpunan Koleksi Spesies Burung di Malaysia Jaafar Taib.

Sebanyak 55 lagi menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 16 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh penerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) lapor The Malaysian Insider


250 Ahli UMNO Desak Najib Berundur

Posted: 10 Dec 2015 07:30 PM PST


250 ahli UMNO dari Kedah dan Kluang, Johor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur demi masa depan parti.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Ketua UMNO Cawangan Anuar Abdul Hamid dari Cawangan Jalan Badlishah Bahagian Merbok, Kedah berkata desakan itu dibuat bagi tujuan menyelamatkan parti mereka daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

"Semua yang hadir hari ini hanya mempunyai satu tujuan iaitu bagi menyelamatkan parti UMNO.

"Kita mahu Najib berundur bagi mengembalikan keyakinan rakyat," katanya dalam satu sidang media di Auditorium Musium Kesenian Islam, pada Khamis.

Kesepakatan yang dibawa Anuar ini merupakan yang kedua selepas usul mendesak Najib berundur diluluskan Mesyuarat Perwakilan Bahagian Merbok dengan sebulat suara pada 22 Ogos lalu.

Bahagian Merbok dilaporkan mempunyai mempunyai lebih 130 cawangan.

Sementara itu di sidang media yang sama, Razali Mohd Nor dari Kluang, Johor berkata mereka sedia hadapi tindakan displin.

"Kita sanggup berhadapan dengan sebarang tindakan disiplin kerana kita sayang dengan UMNO.

"Kita akan beri kerjasama yang baik sekiranya dipanggil dan kita tidak akan sesekali menimbulkan kekecohan dalam UMNO," katanya.

Sebelum ini 20 Ketua Cawangan UMNO Sepang dan 13 Ketua Cawangan UMNO Teluk Kemang mendesak Najib supaya berundur dan mahu Pemilihan Parti bagi tahun 2016 diteruskan lapor Free Malaysia Today


Zahid Kantoi.. RM2.6 Billion Tu Hanya Seorang Penderma Bukannya Lebih..

Posted: 10 Dec 2015 04:30 PM PST


Belit punya belit akhirnya terbelit.. kah.. kah..kah.. mula-mula Najib dan Zahid kata seorang penderma dari Arab, kemudian bila ditemuramah dalam TV3 Najib cakap 'Penderma-penderma'..

Zahid mungkin tak tengok kot temuramah tu, jadi dia dengan penuh yakin semalam kata Najib bagitahu kat dia hanya seorang penderma dan dia dah pergi jumpa penderma tu..

Bila tersedar dah kantoi sebab jawapannya berbeza dengan jawapan Najib.. semalam jugan Zahid dengan penuh yakin sekali lagi dengan muka tak malunya mengatakan lebih dari seorang penderma pulak..

Tapi kantoi lagi..

Sebab SPRM kata hanya seorang penderma sahaja.. Kah.. Kah.. Kah..

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertemu dengan seorang individu dari Timur Tengah berkaitan 'derma politik' RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata satu sumber.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sumber yang biasa dengan penyiasatan itu, berkata hanya terdapat seorang penderma tunggal.

"Kami hanya bertemu satu orang. Bila, di mana, dan yang, bagaimanapun, tidak boleh didedahkan," katanya kepada Malaysiakini.

Ini nampak bercanggah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa lebih daripada seorang yang telah menyumbang jumlah derma yang besar itu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 3 Ogos dan 5 Ogos, SPRM berkata ia telah mendapat maklumat dari "penderma" itu dan disahkan, berdasarkan dokumen yang diperolehi, bahawa RM2.6 bilion itu adalah sumbangan dan wang itu bukan dari 1MDB.

Minggu lalu, Pengarah Siasatan SPRM, Mohd Azam Baki memberitahu media bahawa penyiasat telah bertemu dengan "penderma" tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu temubual eksklusif dengan TV3, New Straits Times dan Utusan Malaysia awal minggu ini, Najib berkata beliau menerima sejumlah wang daripada "penderma-penderma".

Katanya, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau penyelewengan, dan ini telah dijelaskan di Parlimen oleh timbalan perdana menteri itu.

Penderma-penderma itu, katanya, telah disahkan dan ditemui SPRM dan suruhanjaya itu juga mengambil keterangan mereka.

Dalam satu lagi temu bual eksklusif di The Star yang diterbitkan hari ini, perdana menteri sekali lagi menyebut lebih daripada seorang penderma lapor Malaysiakini

Berapa lama nak terus memperbodohkan rakyat ni?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...