Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tunku Mahkota Johor Sound Ahli Politik Lagi...

Posted: 13 Dec 2015 08:07 AM PST


Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berdoa supaya wakil rakyat dan menteri di negara ini ikhlas dalam mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya mengutamakan akaun bank peribadi dan projek yang dilobi.

Baginda turut menegur ahli politik yang umpama lalang ditiup angin, tanpa pendirian dan rasa tanggungjawab, serta mengutamakan populariti seperti selebriti.

"Sebagai ahli politik, anda perlu turun padang dan mendengar suara dan keluhan rakyat; rakyat yang meletakkan anda di kedudukan selesa anda sekarang.

"Saya juga berdoa supaya suatu hari nanti, tiadalah mereka yang korup dan bersifat perkauman di kalangan kita. Ingatlah bahawa Johor berkembang maju seperti yang kita lihat pada hari ini adalah hasil kerja keras dan keharmonian semua kaum, seluruh Bangsa Johor," tulis baginda menerusi posting di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

TMJ juga melahirkan kebimbangan dengan ketidakstabilan politik yang melanda negara ketika ini.

Baginda berkata, kepincangan politik yang berlarutan tidak boleh mengubah nasib rakyat menerusi pemberontakan atau demonstrasi.

Nasib rakyat hanya boleh berubah menerusi bidang pendidikan, kata baginda.

"Apabila diri dilengkapi ilmu dan pendidikan yang baik, kita akan lebih bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk menentukan hala tuju negara kita," katanya.

TMJ berkata, baginda amat risau dengan tahap pendidikan yang semakin membimbangkan di negara ini dan mentaliti yang dibentuk daripadanya.

"Pendidikan tidak boleh dikompromi demi tujuan dan kepentingan politik," kata baginda.

TMJ menasihatkan rakyat supaya rebut apa jua peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kerana ilmu adalah kuasa, dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadikan Johor negeri yang lebih maju.

"Saya berjanji akan berusaha bersama kerajaan negeri supaya pendidikan diberikan perhatian penting yang selayaknya, demi masa depan Johor; kerana akan tiba masanya anda semua perlu menentukan masa depan dan apa yang terbaik untuk diri anda dan negeri Johor," kata baginda.

TMJ berkata, baginda tahu terdapat pihak yang tidak mahu istana Johor bersuara.

"Apa yang mereka tidak faham adalah teguran kami bukanlah hendak menyerang peribadi. Kita hanyalah bersuara demi kepentingan rakyat, kita tidak meraih sebarang keuntungan daripadanya," kata TMJ lapor Free Malaysia Today


Selepas Kata Ismail Sabri Menteri Kurang Ajar, Syed Hamid Diminta Duduk Rumah Jaga Cucu Oleh EXCO Pemuda UMNO..

Posted: 13 Dec 2015 04:30 AM PST


Puncanya ialah kerana Ismail Sabri tak berapa nak layan dia selepas solat Jumaat di PWTC jumaat lalu.. jadi Syed Hamid yang bengang terus post satu status dalam FB miliknya..

Katanya "Hari ini saya berada di PWTC dengan seorang menteri yang cukup sombong dan menunjukan jawatannya di khalayak ramai. Kasar dan kurang sopan"

"Kalau saya pengundi, saya tidak akan mengundi menteri macam ini. Buat orang benci pada kerajaan sahaja. Padahal, masa saya menteri dia tidak ada jawatan pun".

Dan ianya telah dilaporkan oleh SuaraTV, berikut adalah sebahagian dari laporannya..

KUALA LUMPUR – Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar meluahkan rasa kurang senang terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dianggapnya sebagai bersikap kurang ajar dan sombong.

Beliau ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi mengesahkan mengenai perkara itu.

"Pada mulanya saya tidak ingin menyebut sebarang nama, tapi kejadian tersebut perlu dihebahkan kepada orang ramai.

"Sebab menteri yang saya maksudnya ialah Datuk Ismail Sabri, tapi bukan Khairy sebab saya tak ada jumpa dia" katanya kepada SuaraTV.

Syed Hamid juga merupakan bekas menteri dalam negeri berkata, disebabkan isu tersebut ramai yang menghubungi beliau bagi bertanya mengenainya.

Menurutnya insiden tersebut bermula apabila beliau cuba menerangkan isu kenaikan harga yang melibatkan pengangkutan awam kepada Ismail yang juga merupakan ahli majlis tertinggi UMNO.

"Bila saya cuba maklumkan mengenai perkara tersebut (kenaikan harga adalah merupakan keputusan kabinet), dia (Ismail) terus menjawab 'Tak, saya menteri kabinet saya tahu dan kita (mesyuarat kabinet) tidak pernah membincangkan mengenainya'.

"Lepas cakap macam tu, dia terus beredar pergi tanpa menunggu sebarang penjelasan daripada saya" ujar Syed Hamid lagi ketika menerangkan mengenai insiden yang berlaku selepas solat Jumaat di PWTC semalam.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Syed Hamid kemudiannya muat naik perkara tersebut di laman Facebook beliau... laporan penuh silalah baca di ( SINI )

Bagaimanapun kenyataan Syed Hamid itu dibidas oleh seorang EXCO Pemuda UMNO katanya Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu sebenarnya yang tidak disukai kerana sombong, bongkak dan tidak tahu menghormati orang lain.



Menurut Nazir Husin Akhbar Hussin kenyataan itu berdasarkan pengalamannya ketika Syed Hamid menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Pengalaman saya sendiri sewaktu Tan Sri Syed Hamid Menteri KDN. Habis dia gaduh dengan semua pegawai dan bagaimana dia mendongak langit dan menyombong," tulisnya di Facebook.

EXCO Pemuda UMNO, Nazir Husin Akhbar Hussin menyelar kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar yang menyifatkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang menteri yang sombong dan bongkak.

Nazir melalui laman Facebooknya mempertahankan Ismail Sabri berkata, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu sebenarnya yang tidak disukai kerana sombong, bongkak dan tidak tahu menghormati orang lain.

Menurut Nazir lagi kenyataan itu berdasarkan pengalamannya ketika Syed Hamid menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Pengalaman saya sendiri sewaktu Tan Sri Syed Hamid Menteri KDN. Habis dia gaduh dengan semua pegawai dan bagaimana dia mendongak langit dan menyombong," tulisnya di Facebook.

Nazir Husin turut mempersoalkan sumbangan yang diberikan Syed Hamid sepanjang beliau menjadi menteri.

"Pada saya, Tan Sri patut duduk rumah jaga cucu. Dah tak perlu la sibuk-sibuk nak pegang apa-apa jawatan dan tak perlu nak mengata menteri lain tak betul.

"Satu jari awak menuding kepada orang lain empat lagi masih menuding pada awak semula . Tak perlu komen, cukup saya katakan, saya lagi meluat dengan komen awak Tan Sri. Patut dah berumur tu patut lebih matang dan bijak mengawal emosi bukannya nak sentap. Buang la ego tu meluat orang muda tengok," tulisnya.

Nazir Husin berkata, berbanding Syed Hamid, Ismail Sabri seorang yang peramah dan mudah didekati semua lapisan masyarakat, mendengar pandangan serta mahu memperjuangkan isu anak-anak muda, ekonomi bangsa Melayu dan sedia turun padang berjumpa rakyat - SuaraTV

Syed Hamid kata Ismail Sabri Menteri kurang ajar dan sombong.. EXCO Pemuda UMNO pula kata Syed Hamid suka gaduh dengan semua orang mendongak langit dan menyombong..

Dan kedua-duanya datang dari parti yang kononnnya memperjuangkan bangsa Melayu.. iaitu UMNO.

Mungkin sombong, bongkak dan kurang ajar itu adalah kriteria yang ditetapkan oleh UMNO bila dah jadi Menteri kot?

Moral of the story.. dalam UMNO bila ada kuasa dihormati.. bila dah tak berkuasa walaupun dah tua.. macam Ismail Sabri buat kat Syed Hamid itulah...


Najib Akui Bukan Kehendaknya Bersalam Dengan Muhyiddin..

Posted: 12 Dec 2015 08:30 PM PST


Pandai betul Najib ni berlakon di hadapan para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka sehingga mendapat tepukan gemuruh..

Petikan dari ucapannya sebelum bersalam dengan Muhyiddin yang telah dipecatnya kerana bising pasal dana yang dikatakan sebagai derma berjumlah RM2.6 Billion tu..

"Sempena mengambil ajaran Islam yang suci, saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar.

"Saya memilih berjiwa jiwa besar adalah untuk membuka pintu hati saya menghulurkan silaturrahim saya kepada semua pihak demi memperkukuhkan kembali ikatan dalam UMNO," kata Najib.

Bagaimanapun kata Najib, jangan sekali-kali ada pihak yang cuba menolak silaturrahim yang ditawarkan kerana jika ada pihak tolak dan mahukan pertelagahan, maka mereka menolak titik perdamaian.

"Saya ingin tegaskan di sini, jika seandainya ada pihak yang masih menolak dan mahukan pertelagahan, hang fikir baik-baik.

"Ini bukan lagi soal peribadi mereka terhadap diri saya sebagai presiden parti tetapi mereka sengaja menolak titik perdamaian dan keluhuran parti," tegasnya .

Kata Najib lagi, walau rentung dibakar fitnah, walau bercerai anggota badan, parti UMNO tetap akan ditegakkan juga.

"No surrender, no retreat," tegasnya. 

Sebaik mengakhiri ayat terakhir penggulungan, Najib meninggalkan rostrum dan bersalaman dengan barisan hadapan parti yang semuanya berdiri memberikan tepukan kepada beliau.

Lensa kamera televisyen menyorot gerak tubuh Najib bersalaman dengan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal diikuti Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau dilihat berdiri seketika di situ bersalaman dengan Muhyiddin sambil tersenyum diiringi tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka.



Tapi hakikatnya Najib bersalam dengan Muhyiddin tu terbukti satu lakonan semata-mata.. dan Najib juga tidak ikhlas dalam menghulurkan tangan kepada Muhyiddin untuk bersalam itu..

Bukan kehendaknya tapi kehendak Perhimpunan Agug UMNO katanya.. walaupun sebelumnya beliau berkata..

"Sempena mengambil ajaran Islam yang suci, saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar.

"Saya memilih berjiwa jiwa besar adalah untuk membuka pintu hati saya menghulurkan silaturrahim saya kepada semua pihak demi memperkukuhkan kembali ikatan dalam UMNO,"

Baca pengakuan Najib ni...

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 berakhir petang tadi dengan sikap keterbukaan presiden parti bersedia menghulur salam perdamaian dengan timbalannya.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri berbuat demikian semata-mata mengikut rentak yang dimahukan majoriti perwakilan dalam perhimpunan kali ini.

"Alhamdulillah..mesej PAU merupakan badan berkuasa dan bertanggungjawab tidak mahu pertelagahan berterusan dalam parti. Mesej (beri) isyarat amat jelas mereka mahu berdamai ikut syura dalam jemaah UMNO," ujarnya pada sidang media sebaik sahaja berucap menangguhkan PAU 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan penangguhan yang akur dengan kehendak majoriti perwakilan dan melupakan segala yang berlaku antaranya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi berharap ia tidak berulang lagi.

Beliau juga mengaku bersalam dengan Muhyiddin selepas selesai berucap.

Kepada soalan sama ada salam 'gencatan senjata' itu diterima oleh Muhyiddin, Najib berkata;

"Itu kena tanya dia (Muhyiddin). Ini (perdamaian) dikehendaki oleh PAU ini bukan saya secara peribadi..PAU yang buat ketetapan. Terpulanglah, mesej sudah jelas.Kalau tidak faham saya tidak tahu," katanya mengakhiri sidang media.--MalaysiaGazette

Kan dia kata berbuat demikian semata-mata mengikut rentak yang dimahukan majoriti perwakilan dalam perhimpunan...

Ikhlas kot mana?


Pemimpin UMNO Akui Agih Wang Kepada Ahli UMNO Dalam Bas..

Posted: 12 Dec 2015 04:30 PM PST


Bekas Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Senator Shahahim Mohamad Yusoff mengaku memberi wang kepada ahli UMNO dan penduduk kampungnya dari Sungai Petani, Kedah yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Katanya, wang itu adalah untuk perbelanjaan rombongan berkenaan membeli telekung baru kerana sebelum pulang ke Sungai Petani, mereka dijadual singgah di Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur terlebih dahulu.

"Saya mengaku gambar yang diviralkan, yang memaparkan saya sedangkan mengagihkan wang kepada ahli UMNO di atas sebuah bas itu adalah betul.

"Saya beri duit itu kepada ahli UMNO dan orang kawasan saya dari kampung yang setahun sekali datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti Perhimpunan Agung UMNO.

"Saya juga berucap di atas bas itu dan meminta mereka membeli telekung baru kerana sebelum balik, mereka akan ke Masjid India," katanya menjawab tuduhan pihak tertentu yang mendakwa beliau telah menyogok perwakilan menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Shahanim mengakui turut berasa sedih dan kecewa kerana tindakannya memberikan sedikit wang kepada orang kampungnya menyebabkan beliau telah dihina, dikeji dan dicaci.

Ujarnya, beliau menyerahkan kepada Allah atas apa yang berlaku dan tidak berdaya untuk menghalang caci maki orang ramai terhadapnya.

"Saya berserah kepada Allah. Saya tidak boleh halang tanggapan orang. Biarlah saya dikeji kerana tangan yang memberi, daripada saya dikeji oleh orang kampung yang datang Kuala Lumpur, tetapi saya tidak pedulikan (kehadiran) mereka.

"Walaupun satu dunia viralkan, saya tetap saya. Tetap akan berkongsi rezeki dengan yang kurang berkemampuan sampai bila-bila," katanya.

Menurut Shahanim, apabila menjadi pemimpin, jiwa mesti besar dan bersedia menempuh pelbagai ujian.

"Saya adalah diri saya. Saya mengaku apa yang saya bagi (beri). Terima kasih Allah (kerana) rezeki ini dapat dikongsi bersama.

"Bukan sahaja makcik-makcik, tetapi gelandangan dan pelajar-pelajar miskin (pun diagihkan wang)," katanya lapor MalaysiaGazette


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...