Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kita Berdiri Di Pihak Yang Mana?.. Terbaik Dari Sinar Buat Bacaan Ahli UMNO..

Posted: 14 Dec 2015 07:54 AM PST


Berakhir sudah PAU, ucapan yang sangat mantop oleh khalifah presiden kita, ucapan beliau seperti seorang ulama kabir dengan memetik petikan ayat Quran serta menyebut bahasa arab yang berbunyi perkataan Syura..

Tidak syak lagi beliaulah murabi kita, beliaulah pemimpin yang dianugerahkan kepada kita.. harap lepas ni jangan ada lagi yang tidak menyokong khalipah kita ini..

Selayaknya buat masa ini DS Najib layak dianugerahkan pemimpin No. 1 dunia dengan kehebatan beliau mentadbir Malaysia..

Itulah kata-kata seorang macai yang kagum dengan ucapan penggulungan oleh Najib diakhir Persidangan UMNO baru-baru ini..

Kekagumannya dilahirkan kerana Najib dalam membaca teks ucapan yang entah siapa penulisnya yang banyak memetik ayat Al-Quran..

Selain macai itu.. kebanyakkan media turut berlumba-lumba hari ini memuji ucapan Najib yang kaya dengan istilah-istilah Islamiyahnya dalam ucapan tersebut..

Tapi aku sangat tertarik dengan satu pendapat yang ditulis oleh Dr.Awang Mat Puteh yang telah disiarkan oleh Sinar Harian dengan tajuk "Kita berdiri dipihak yang mana?"

Habis dibelasahnya ahli-ahli UMNO yang ada...


Kita berdiri di pihak yang mana?

Dr Awang Mat Puteh





APABILA berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta.

Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia.

Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana 'The Poverty of the Malays' yang ditulis hampir sembilan dekad lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar.

Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari penjajahan minda dan jiwa? Jawapannya jelas, tidak.

Malah, tidak keterlaluan jika diusulkan bahawa kemiskinan dari segi akhlak dan moral kini berada di tahap kronik. Berdasarkan tindak balas kaum Melayu terhadap isu urus tadbir semasa, ia merudum jatuh ke tahap yang terburuk dalam sejarah.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, baik sebelum mahupun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit. Pemimpin sebegini, seperti diungkapkan oleh tokoh falsafah agung negara, Almarhum Profesor Syed Husin Alatas, adalah pemimpin yang 'jadong', iaitu pemimpin yang jahat, bodoh dan sombong dan dipandu cita bencana. Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah.

Yang lebih menghairankan lagi, rata-rata rakyat marhaen masih lagi berpeluk tubuh diam membisu. Mengapa miskin sekali jiwa dan minda mereka?

Mengapa orang Melayu zaman moden yang hebat-hebat dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai-nilai luhur dan mulia? Apakah orang Melayu juga miskin keberanian?

Adakah mereka tidak pernah memberontak terhadap pemimpin yang zalim? Adakah hanya rakyat negara lain atau bangsa lain sahaja yang berani?

Lihatlah sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin yang mengaut kekayaan untuk diri sendiri akhirnya tumbang dengan tragik seperti mana yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir, Shah Reza di Iran, Ferdinand Marcos di Filipina, Ben Ali di Tunisia. Banyak lagi kisah sebegini, banyak juga pemimpin yang dibunuh mahupun terpaksa hidup dalam buangan.

Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali. Pemimpin Melayu zaman dahulu seperti Datuk Maharajela di Perak, Tok Janggut dan Mat Kilau, dan ramai lagi, tidak dicengkam kemiskinan keberanian.

Tapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai berpendidikan tinggi, mereka masih miskin dari segi nilai dan tindak-tanduk yang mulia? Mengapa ramai yang diam membisu tanpa suara apabila pemerintah dengan rakus menggadai harta khazanah negara dan menghukum mereka yang tidak bersalah?

Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yang telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka.

Tetapi sayang, yang bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yang kuat menjerit 'Hidup Melayu' pada perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan tua berumur 90 tahun anak kelahiran Alor Setar, dan srikandi muda dari Langkawi.

Di manakah yang lain? Mana para cendekiawan dan golongan elit Melayu yang terkemuka? Mana perginya golongan profesional bertali leher segak dengan baju kemeja Brook Brothers? Mana doktor mahupun peguam yang hebat-hebat belaka dengan kereta BMW dan Mercedes mereka?

Mana teguran alim ulama berjubah Arab yang lantang bersyarah siang dan malam di kaca televisyen mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar? Di mana kebijaksanaan para pensyarah dari menara gading tersohor negara?

Bak kata pujangga Indonesia WS Rendra, kita ini berilmu untuk memihak kepada pihak yang mana?

Saya tidak ada jawapannya. Mungkin ramai yang takut. Tetapi persoalannya, apa yang hendak ditakuti? Ingatlah kata novelis agung Indonesia Pramoedya Ananta Toer; dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?

Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang; "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu".

Sinar Harian


Derma RM2.6 Billion: 3 Sebab Kenapa PKR Heret Najib Ke Mahkamah..

Posted: 14 Dec 2015 03:08 AM PST


Terdapat tiga sebab kenapa rakyat Malaysia perlu tahu berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua tahun lalu. 

Perkara itu diberitahu oleh peguam kanan Tommy Thomas kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebab pertama, kata Thomas, berkaitan sumber bayaran dan siapa individu yang membayar jumlah AS$680 juta itu. 

"Kedua, apa yang berlaku kepada wang itu dan akhir sekali kenapa ia diberikan. "Jawapan itu hanya boleh diperoleh jika Najib dibawa (ke ke kandang saksi) dan disoal balas," katanya.

Thomas berhujah bahawa saman PKR berkaitan sumbangan itu patut dibicarakan dan tidak harus ditolak oleh mahkamah lapor Malaysiakini


Tony Fernandes pun Tak Faham Kenapa Tambang ERL Terlalu Mahal..

Posted: 14 Dec 2015 12:00 AM PST


Tan Sri Tony Fernandes berkata, adalah lebih murah untuk 'terbang' berbanding menggunakan perkhidmatan Express Rail Link (ERL) susulan pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam itu baru-baru ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia itu.

"Ia produk bagus tetapi terlalu mahal. Saya tidak faham. Penumpang AirAsia menaikinya tapi lebih murah lagi untuk terbang sekaang," tweet beliau pada Isnin.

Fernandes berkata, pihaknya menjadi tidak popular kerana sering kali menentang kenaikan kos dan meminta pemain dalam industri penerbangan supaya lebih efisien supaya mengurangkan beban orang ramai.

Pada 1 Disember, Express Rail Link Sdn Bhd berkata, tambang baharu untuk perjalanan sehala antara KL Sentral dan KLIA/KLIA2 meningkatkan kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini. 

Kenyataan itu juga menyebut, harga baharu itu diluluskan kerajaan menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengikut Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan kajian pertama sejak ia mula beroperasi 14 tahun lalu.

Memahami ketidakpuasan hati rakyat berhubung perkara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan diskaun sehingga 50 peratus kepada pelajar, penuntut universiti, Orang Kelainan Upaya, warga tua yang menggunakan ERL dan KTM Komuter lapor mStar


Pengerusi Tetap Tak Puas Hati, PKR Terlalu Fokus Isu Anwar..

Posted: 13 Dec 2015 10:00 PM PST


Ahli PKR mengkritik parti itu yang dilihat terlalu fokus kepada perjuangan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga lari daripada perjuangan untuk rakyat.

Pengerusi Tetap PKR Cabang Sepang, Arffain Mohamed berkata, perjuangan yang dibawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ini lebih kepada emosi dan peribadi.

"Perjuangan Wan Azizah lari dari hala tuju parti, nampak perjuangannya lebih kepada suami (Anwar), berbanding rakyat. Kita tengok dalam Kongres Nasional PKR baru-baru ini tema yang diguna ialah 'Bebas Rakyat, Bebas Anwar'. Benda itu sepatutnya tidak boleh dijadikan tajuk utama," katanya kepada FMT.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang, Nasiruddin Mohamed pula berkata, Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang sepatutnya mengetepikan isu peribadi.

"Sepatutnya Wan Azizah perlu membawa perjuangan bebas semua rakyat, namun Wan Azizah tidak bersalah sebaliknya kepimpinan PKR itu sendiri perlu bangkitkan benda ini," katanya.

Katanya, Wan Azizah sepatutnya menumpukan usaha memperkukuh pakatan pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Wan Azizah kena bincang inilah masa terbaik, sekiranya pembangkang mahu menang dan jalan terbaik beliau perlu betulkan apa yang berlaku dalam pembangkang dan PKR.

"Malah sekiranya kemelut yang berlaku ini tidak dibuat, tidak mustahil kemelut yang berlaku dalam UMNO akan berlaku juga pada PKR," katanya yang pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil pada PRU13.

Nasiruddin tanpa berselindung mengaku Datuk Seri Mohamed Azmin Ali paling layak untuk mengambilalih jawatan Presiden PKR jika Wan Azizah bersara lapor Free Malaysia Today


Selepas Dibantah 5 ADUN, Lebih 1,000 Nelayan Pula Membantah Tambak Laut Pulau Pinang..

Posted: 13 Dec 2015 04:30 PM PST


Idea Kerajaan Pulau Pinang membina pulau buatan manusia di selatan pulau itu berjumlah RM27 bilion untuk Projek Penang Transport Master (PTMP) tidak mendapat sokongan daripada nelayan kawasan tersebut.

Projek yang dicadangkan menyaksikan bantahan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, seorang Adun DAP dan Adun Barisan Nasional (BN) turut dibantah lebih 1,000 nelayan.

Berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar, nelayan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan.

Mereka mewakili 14 komuniti nelayan, yang mempunyai hampir 3,000 ahli beroperasi dari Permatang Damar Laut ke Sungai Pinang di Balik Pulau.

"Tiada siapa yang bertanya kepada kita apa yang kita rasa, walaupun ini mempunyai kaitan dengan kehidupan kami," kata Datuk Chooi Sooi Kong, 70, Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul mewakili kira-kira 400 nelayan dan anak-anak kapal.

Beliau berkata, ikan yang menjadi punca rezeki nelayan berada di kawasan sehingga 3km dari pantai, dan projek yang dicadangkan adalah 1.5km dari pantai.

"Itulah yang kita dengar. Pulau ditambak di kawasan rezeki kita, di mana tempat pembiakan ikan dan udang. Projek ini beri kesan orang seperti kita yang bergantung kepada laut untuk hidup.

"Mereka harus datang dan berbincang dengan kami, jadi kami boleh memberitahu mereka bagaimana cadangan mereka memberi kesan kepada nelayan," kata Chooi.

Rakan pengedaran projek PTMP ini, SRS Consortium Sdn Bhd, mencadangkan kepada kerajaan negeri menuntut semula 2 pulau buatan manusia – 1,300 ekar (526ha) dan 2,100 ekar (850ha) masing-masing – dan mungkin juga pulau ke-3 800 ekar (323.7ha) yang berhampiran.


Pulau-pulau akan dilelong kerajaan untuk membiayai kos projek pengangkutan di bawah pelan induk itu.

Bagaimanapun, kelulusan kerajaan persekutuan untuk pelan induk ini perlu, dan tanpanya, projek ini, termasuk penambakan tanah, tidak boleh diambil kira.

Nelayan di kawasan itu, menurut Chooi, sudah terkesan dengan projek-projek mega, termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mengubah keadaan kawasan tangkapan ikan mereka di selatan.

Beliau berkata, apabila jambatan itu dibina, terdapat hasil tangkapan ikan dan udang menurun sekali gus menyebabkan harga makanan laut naik.

"Anda tambak semula pulau di Selatan, anda akan memberi kesan kepada semua orang. Anda lakukannya di Utara, kesan ke atas perikanan tidak akan begitu besar kerana tangkapan lebih sedikit berbanding di sini.

"Rancangan PTMP adalah baik tetapi rancangan perlu datang tanpa beri kesan kepada kehidupan rakyat. Laut di selatan pulau ini sudah menjadi sumber pendapatan sekian lama kepada ramai keluarga di sini untuk generasi," kata Chooi yang bapanya juga bekerja sebagai nelayan dan peniaga ikan.

"Kerajaan harus mula memelihara laut di kawasan ini untuk generasi akan datang," katanya.

Pelabuhan perikanan baru

Cadangan pelan induk dan tebus guna tanah sudah dibentangkan kepada orang ramai pada satu sesi PTMP minggu lepas di Dewan Perbandaran di George Town.

SRS merancang membina sebuah pelabuhan baru yang moden untuk nelayan di kawasan itu, dijangka terjejas kerana penambakan tanah.



Seperti Chooi, Arshad Omar yang mengetuai persatuan nelayan Selatan kawasan Pulau Pinang yang melibatkan 14 unit berkata, para nelayan tidak sedar sesi awam dan langsung tidak mengetahui apa-apa pelan pelabuhan baharu tersebut.

"Bagaimana kita nak kata sama ada kita bersetuju atau tidak? Kami tidak diberitahu apa-apa. Apa yang kita tahu ialah projek ini, jika ia bertindak, ia akan menamatkan hidup nelayan di sini, itulah sebabnya kita bercakap sekarang, bukan bergantung kepada NGO lain (pertubuhan bukan kerajaan) untuk bercakap.

"Akan ada pencemaran dan lumpur yang membuat ia sukar bagi kita mengeluarkan bot kami. Arus laut juga akan membawa pencemaran ke kawasan-kawasan lain seperti di Balik Pulau. Kita semua akan terkesan.

"Jika kita masih boleh memperoleh RM100 hingga RM200 sehari sekarang, kita pasti boleh melupakannya jika projek ini diteruskan. Tidak akan ada peluang (untuk mencari rezeki)," katanya yang menggesa kerajaan mempertimbangkan kehidupan masyarakat nelayan.

"Jangan kami mengemis. Jika rakyat menderita, kerajaan tidak akan melakukan dengan baik juga. Jangan hanya melihat pembangunan, pemaju dan melupakan rakyat."

Nelayan, Nazri Ahmad, yang memancing untuk hidup selama 25 tahun, berkata mereka akan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Jabatan Alam Sekitar bagi mendesak kawasan selatan pantai dan laut tidak diganggu.

Katanya nelayan akan mendapatkan nasihat undang-undang jika mereka perlu, dan menegaskan bantahan mereka bukan bermotifkan politik atau didalangi mana-mana individu, tetapi semata-mata melindungi dan mempertahankan tradisi dan kehidupan mereka.

"Kami tidak menentang pembangunan. Kami tidak pernah membantah terhadap perkembangan sebelumnya, sehingga satu ini kerana ia akan memberi kesan teruk.

"Kita tahu Pulau Pinang adalah kecil dan pertumbuhan adalah perlu. Tetapi kita tidak boleh terus membangunkan sehingga ia mengganggu ekosistem. Ia seolah-olah bahawa kadar pembangunan adalah di luar kawalan," katanya lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...