Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Oh!.. Salah PLUS Rupanya Sebab Tol Nak Naik Tu..

Posted: 16 Dec 2015 06:00 AM PST


Plus Malaysia Berhad (PLUS) diminta mendengar rayuan perwakilan UMNO semasa perhimpunan parti itu yang tidak mahu sebarang kenaikan caj atau kadar yang boleh membebankan rakyat secara keseluruhannya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pengumuman jangkaan kenaikan kadar tol oleh PLUS akan mengurangkan kepercayaan kepada Kerajaan sekali gus kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Kenyataan PLUS ini keluar tidak sampai beberapa hari perwakilan UMNO berhimpun di PWTC dan mendesak tidak ada sebarang kenaikan harga barangan. UMNO baru minta turun harga, PLUS selamba umum naik tol. Apakah sebenarnya yang berlaku ini?

"Kita sentiasa berdoa tidak ada lagi kenaikan harga, namun tiba-tiba dihidang berita kenaikan tol. Bukankah PLUS selama ini sudah membuat keuntungan? Kenapa mahu meminggirkan keperluan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan sebelum ini?" katanya.

Pada Isnin, Pengarah Urusan Projek PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan dijangka naik lima peratus mulai tahun hadapan, sekiranya mendapat persetujuan Kerajaan.

Jelasnya, jika berdasarkan perjanjian konsesi, PLUS sepatutnya dibenarkan menaikkan kadar tol menjelang 2016.

Tambahnya, keputusan ini bagaimanapun bergantung kepada pengumuman akhir Kerajaan.

Dalam pada itu, kata Najmil Faiz, PLUS sendiri tidak pernah mengumumkan kerugian sejak ia mula beroperasi.

"PLUS telah mencatatkan keuntungan selepas cukai RM8.41 juta tahun lepas. Sejak tahun 1986, PLUS sudah mencatatkan keuntungan.

"Ini tidak termasuk perincian dan perbandingan kos yang sebenar. Cukuplah rakyat dibebankan. PLUS, agak-agaklah kalau hendak untung pun," jelasnya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

Katanya berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS bagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Dis 2038 lapor AstroAwani


... Ohhh salah PLUS rupanya.. tapi mamt ni tahu tak siapa atau company mana yang pegang saham dalam PLUS tu?


Kesian.. Tak Pasal-pasal Najib Dikutuk Pemain Game Dota 2

Posted: 16 Dec 2015 02:26 AM PST


Penampilan perdana menteri dalam kejohanan Sukan Siber Malaysia di Putrajaya Ahad lalu menerima cemuhan peminat Dota 2- salah satu permainan video atas talian paling popular di Malaysia.

Rasa tidak senang mereka terhadap Datuk Seri Najib Razak itu dinyatakan melalui komen di Facebook dan Instagram milik 'Team Secret', sebuah pasukan Dota 2 terkemuka dari eropah.

Team Secret yang menjadi tetamu istimewa kejohanan itu menyiarkan sekeping gambar mereka bersama Najib yang turut menjadi tetamu kehormat kejohanan tersebut

"Kami mendapat penghormatan tinggi hari ini untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia," tulis Team Secret pada keterangan gambar tersebut.



Bagaimanapun, bagaikan memberi 'bola tanggung' - peminat Dota di Malaysia terus melemparkan kritikan terhadap Najib.

"Beliau (Najib) mempunyai lebih banyak rahsia berbanding Team Secret," tulis pemilik akaun Facebook, Wei Han.

Komen Wei Han itu mendapat perhatian paling tinggi dengan 7,300 'like' sehingga petang semalam.

"Najib lebih cepat meraih keuntungan berbanding Alchemist," kata Fakhri Baharuddin yang menyifatkan Najib lebih hebat berbanding hero Dota 2 iaitu Alchemist.

Bagi Muhammad Aizam pula, Najib adalah Bounty Hunter, satu lagi watak hero dalam Dota 2.

"Bounty Hunter di Malaysia, hati-hati," katanya.

Kedua-dua watak hero Dota 2 itu mempunyai kelebihan untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran berbanding watak lain.

Selain itu, Bz Lau berkata, Team Secret sepatutnya berasa malu kerana bergambar dengan Najib.

Team Secret sertai Umno?

Kritikan berterusan juga dibuat melalui Instagram Team Secret dengan pelbagai komen pengikut mereka.

Danielthelee96 secara berjenaka berkata, Najib akan menjadi kapten Team Secret seterusnya, manakala man_kingtom mengeluh "GG, Team Secret menyertai Umno"

GG adalah satu singkatan bagi "permainan yang baik" sering digunakan oleh pemain Dota 2 yang menandakan permainan berakhir.

Sementara itu, fadzlanmokhtar menyelar Najib dengan isu RM2.6 bilion dalam akaun banknya, manakala kiang_yit bertanya: "Di mana RM2.6 bilion?"

Terdahulu, Najib menafikan beliau menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi, dan menegaskan wang RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan politik. Manakala siasatan terhadap isu tersebut masih diteruskan.

Topik popular dalam forum di Amerika

Seorang pemain Dota 2 yang berada sejauh 10,000 kilometer juga mengejek Najib mengenai isu tersebut melalui satu artikel yang disiarkan di website popular di Amerika, Reddit.

Dengan tajuk 'PM Malaysia mendapatkan derma dari Team Secret', artikel berbentuk satira itu menceritakan bagaimana Najib menemui cara baru bagi mengumpul dana untuk Umno selepas mendapat RM2.6 bilion daripada penderma Arab.

Dalam satira itu juga, Najib memohon kerjasama dengan Team Secret dan mencadangkan untuk menukar nama pasukan tersebut kepada 1Secret - yang jelas merujuk kepada slogan '1Malaysia'.

Mendapat perhatian daripada pemain Dota 2, artikel itu juga merujuk kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Perbincangan bertemakan 'Malaysia' menjadi topik kedua paling hangat dalam forum tersebut.

Kepentingan politik

Populariti Dota 2 di kalangan belia Malaysia juga semakin mendapat perhatian ahli-ahli politik yang kini berusaha mendekati mereka melalui penganjuran pertandingan cybergame.

Antaranya, kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan yang menganjurkan pelbagai kejohanan sepanjang tahun lepas.

MCG hujung minggu lalu dianjurkan bersama oleh Tune Advertising dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia yang diketuai exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah.

Penaja lain adalah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Malaysia Multimedia dan Komunikasi, Perbadanan Pembangunan Multimedia, Telekom Malaysia dan Astro.

Pemenang MCG akan dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam kejohanan e-sukan antarabangsa.

Bagaimanapun, seorang pemain veteran Dota 2 memberitahu Malaysiakini, langkah Najib untuk mendapatkan perhatian di kalangan peminat permainan itu hanya 'memakan diri'.

"Sebagai pemain, mereka berasa ahli politik menceroboh ruang mereka untuk kepentingan politik. Sebab itu ramai pemain bertindak balas dengan melahirkan rasa kurang senang mereka melalui komuniti Dota 2 dunia.

"Mudah-mudahan, pemain Dota 2 profesional akan lebih berhati-hati di masa akan datang ketika berhadapan dengan pihak berautoriti," katanya lapor Malaysiakini


Di Sebuah Negara Selamat.. Rumah Anak Menteri Dirompak Lagi..

Posted: 15 Dec 2015 10:00 PM PST


Dalam pertemuan dengan pelajar dari Kelab UMNO Luar Negara dan mahasiswa tempatan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)baru-baru ini, Ahmad Zahid berkata, Malaysia masih selamat dan kerajaan akan terus berusaha mempertahankannya.

Dalam pertemuan itu juga, Ahmad Zahid berkata, tiga perkara telah dibangkitkan pelajar antara lain berkaitan isu keselamatan dan hal ehwal pertahanan negara serta status keselamatan di Sabah.

Selamat yang dimaksudkannya ini mungkin selamat dari ancaman kuasa jahat dari luar.. sebab kalau dia maksudkan selamat dari ancaman penjenayah.. tak betul langsunglah jawapannya itu..

Tahun lepas rumah anaknya diceroboh dan dirompak..

26 April 2014 - Rumah anak sulung Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah Ahmad dipecah masuk oleh bekas pemandu anaknya itu pada Sabtu. Suspek dipercayai melarikan dua jam tangan berjenama dengan wang tunai berjumlah RM1,000.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan kejadian tersebut namun beliau berkata tiada siapa yang cedera dalam insiden berkenaan dan 'hanya' beberapa barang sahaja yang hilang daripada rumah berkenaan.

Tahun ini diceroboh dan dirompak lagi..

KAJANG: Rumah Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dirompak buat kali kedua dalam tempoh 20 bulan. 
Menurut laporan The Malay Mail, kejadian itu berlaku ketika Nurul dan suami serta dua pembantu rumah mereka berada di dalam rumah, pada pagi Selasa. 
Keluarga itu mengalami kerugian bernilai kira-kira RM25,000. Antara yang dilaporkan hilang adalah lima utas jam berjenama mewah, sebentuk cincin dan sebuah komputer riba. 
Pihak polis yang menyiasat kejadian itu percaya perompak masuk melalui pintu belakang pada awal pagi dan menggeledah ruangan perpustakaan di tingkat bawah rumah tersebut. 
Kamera litar tertutup (CCTV) pula tidak diaktifkan ketika kejadian kerana difahamkan mereka hanya akan mengaktifkan CCTV apabila rumah itu tidak berpenghuni. 
April tahun lalu, rumah Nurul telah dirompak oleh bekas pemandunya lapor AstroAwani


Selamat?.. entah laaa...


Berhenti Tipu Rakyat, Kata Bekas Pengerusi SPR Kepada Najib

Posted: 15 Dec 2015 08:23 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.

Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.

"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.

Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul"lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...