Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ali Tinju Memalukan Veteran ATM

Posted: 19 Dec 2015 07:30 AM PST


Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.

Menurut Majlis Eksekutif PVATM, ia memandangkan Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Tindak tanduk Ali Tinju itu juga disifatkan telah memberi imej yang tidak baik terhadap veteran ATM secara menyeluruh selain bercanggah dengan prinsip dan amalan veteran ATM di negara ini.

"Sentimen perkauman yang dilaung-laungkan Ali Tinju boleh menjejaskan usaha pucuk pimpinan negara dan kerajaan untuk terus menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negara ini.

"Tindakan tidak bertanggungjawab Ali Tinju perlu dibendung dan dihentikan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," menurut PVATM dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Ali sebelum ini pernah mencetus kontrovesi melalui beberapa tindakannya termasuk insiden 'senaman punggung' di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan demonstrasi jalanan sewaktu insiden Low Yatt.

Menurut PVATM, Mohd Ali pernah berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) selama lapan tahun dan merupakan anggota persatuan itu yang berdaftar di cawangan Petaling, Selangor, namun tidak aktif.

Persatuan itu turut menegaskan Persatuan Veteran Tentera Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor (PVTM) yang ditubuhkan Mohd Ali tidak lagi wujud.

"PVTM telah dibubarkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 1 April 2014 kerana gagal mematuhi beberapa syarat dan peraturan yang dikenakan ke atas setiap persatuan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

"Oleh itu kami berharap pihak media tidak lagi menyebut dan mengaitkan Ali Tinju sebagai Presiden PVTM kerana persatuan itu tidak lagi wujud," kata kenyataan itu.

PVATM merupakan persatuan terbesar veteran ATM dengan 160,000 anggota dan kini diterajui Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia selaku presiden lapor Malaysiakini


Pusat Latihan Golf YaPEIM Telah Ditutup

Posted: 19 Dec 2015 05:00 AM PST


Pintu kaca premis yang didakwa menempatkan simulator golf milik agensi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berkunci, manakala kandungannya telah dikosongkan kecuali beberapa perabot dan sampah-sarap.

Krew FMT turun ke Mentari Business Park pada Jumaat untuk melihat sendiri simulator yang diuar-uarkan oleh National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW).

Hanya seorang penjaga tempat letak kenderaan yang berada di situ.

"YaPEIM ini macam nak buang duit," kata Ishak Awang Kechik, yang menjaga kawasan itu sejak 13 tahun lepas.

"Saya tengok tiap-tiap hari, orang yang nak datang (ke pusat latihan) itu tidak ada. Cuma pekerjanya sahaja ada…dalam dua, tiga orang," katanya.

Menurut Ishak lagi, Pusat Latihan INPUT Golf itu telah ditutup antara bulan Jun dan Julai lalu, serta peralatan-peralatan sukan juga telah dipindahkan dan premis itu terbiar kosong.

Sementara itu, penghuni bangunan berhampiran yang enggan dikenali mengesahkan dakwaan Ishak. "Pusat Latihan itu dah tutup dalam pertengahan tahun lalu," katanya.

Pada Khamis, Pengarah NOW Akmal Nasir mendakwa hasil penelitian penyata kewangan berakhir 31 Disember 2014 mendapati agensi YaPEIM iaitu Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn Bhd (INPUT) memiliki peralatan simulator golf.

Pada hari yang sama, Kelab Penyokong Yayasan yang dipercayai diwujudkan untuk memberi penerangan isu-isu YaPEIM berkata di Facebook bahawa simulator golf itu sebahagian daripada skim untuk mengumpul dana lapor Free Malaysia Today


Bila Semua Orang Tak Mahu Bagi Laluan Kepada Konvoi Najib...

Posted: 18 Dec 2015 08:18 PM PST


Kalau untuk rakyat pandai pulak Menteri kata kalau nak elakkan kesesakan bangunlah diawal-awal pagi jadi kenapa Menteri sendiri tidak mempraktikkan cara ini?

Bangunlah awal-awal pagi untuk ke sebarang Majlis yang perlu dihadirinya.. tak perlu gunakan Polis pengiring untuk membuka laluan untuk mempercepatkan perjalanannya..

Baru-baru ini seorang pengguna jalanraya telah memuat naik satu status dalam Face Book miliknya menceritakan tentang bagaimana seorang VIP tidak diberikan laluan oleh pengguna-pengguna jalanraya..

Biarpun Polis pengiring telah meminta orang ramai memberikan laluan.. tetapi semua buat bodoh saja.. maka kelam-kabutlah Polis yang mengiring itu..

Sy dalam perjalanan ke sri petaling utk 1 lg kelas personal coaching.

Tiba2 d belakang sy, ada beberapa buah superbike polis trafik yg memberi arahan kpd semua kereta ke tepi bg memberi laluan kpd vvip d belakangnya.

Sy dgn muka bodohnya buat bodoh dgn arahan polis trafik tersebut sehingga kereta vvip tersebut terpaksa memasuki lorong kanan sy. Sy melihat no plat, kereta rasmi pok jib rupanya.

Apa yg besnya, sy ingat sy sorang je x bg laluan, rupanya semua kereta dpn sy pn buat bodo dgn polis trafik tersebut sehingga polis itu kelihatan kalut x tau nak buat apa apabila kereta2 buat bodo xnak bg laluan.

Syabas rakyat malaysia, anda memperjuangkan hak anda. Kami x marah polis yg menjalankan tugas. Kami nak suh menteri amalkan apa yg menteri cakap hr tu je pd rakyat - kalu x nak bayar tol n elak jem, sila bangun pg.

** so menteri klu x nak ngadap jem, hangpa bangun pg atau balik keja lewat laa bhai... x pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat

*** x teringat plak nk snap gambar polis dan kereta pok jib tu yg kelihatan x tentu arah x dapat lolos dr jem... terpana dgn panorama yg jarang2 dpt dilihat ni ~ Fadzil Khairi

Status tersebut mendapat hampir 25,000 Likes dan dikongsi oleh hampir 5,000 orang..

Padan muka VVIP tu.. biar dia rasa sendiri macam mana rakyat rasa bila terperangkap dalam kesesakan hasil dari perancangan lalu-lintas yang bijak oleh Kerajaan..

Wajarkah kita memberikan laluan buat VVIP itu?.. adakah ianya menjadi satu kesalahan tidak memberikan laluan buat VVIP itu?

Baca ni...

According to legal expert Datuk Jahaberdeen Mohamad Yunos, the short answer is no, you don't have to. This is because there is no such law that requires motorists to give way to a VIP convoy on the road. However, each situation has to be scrutinised on a case by case basis, he stated.

In a report by New Straits Times, Jahaberdeen said: "We have to look at the situation in order for action to be taken. If the VIP concerned is going for an official meeting and the stationary motorist is preventing him from conducting his job, then yes, he (the motorist) can be forcibly asked to move. But if the VIP is using the road in his personal capacity, then the motorist is not obliged to move and give way to him."

Tak salah rupanya..

Jadi saranan aku buat Menteri-menteri tu lain kali kalau tak mahu terperangkap dalam kesesakan, bangunlah awal-awal pagi untuk ke Mesyuarat atau Majlis itu.. kalau kami rakyat boleh buat pasai apa hangpa tak boleh buat?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...