Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kerajaan Di Penghujung Hayat Oleh Dr. Asri

Posted: 02 Dec 2015 08:00 AM PST


KERAJAAN di penghujung hayat adalah kerajaan yang telah zahir padanya tanda-tanda keruntuhan. Banyak petanda bahawa sesebuah kerajaan itu menuju kepada penghujungnya.

Antara tanda yang jelas apabila negara sudah tidak terkawal dengan terlalu banyak konfliks berlaku sesama rakyat. Kerajaan kelihatan bersikap tidak tolerance dan dibenci oleh banyak puak dan pihak yang merasakan mereka tertindas ataupun hak mereka diketepikan dalam negara sendiri.

Kebencian merayap dan keinginan rakyat untuk keadaan itu dihapuskan membuak-buak. Akhirnya rusuhan dan pergaduhan kaum dan puak mula tercetus.

Jika kita lihat dalam sejarah, kejatuhan empayar dan dinasti ialah bermula apabila mereka bersikap tidak tolerance sehingga dalam negara berlaku banyak konfliks antara rakyat.

Kerajaan bersifat kepuakan dan gagal menaungi inspirasi rakyat yang pelbagai. Politik pecah perintah mungkin menguntung golongan politik tertentu untuk sementara waktu, tetapi akhirnya akan menjadikan negara porak peranda.



Firaun mengamalkan politik yang sama yang akhirnya menjatuhkan kerajaannya yang penuh bersejarah. Firman Allah:

"Sesungguhnya Firaun telah melampau di bumi (Mesir), dan dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas satu puak kalangan mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami (Allah) hendak memberikan kurnia kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan Kami (Allah) hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (peninggalan Firaun)" (Surah al-Qasas ayat 4-5).

Jika kita lihat keadaan negara ini, kita dapati telah lahir ciri-ciri negara ataupun kerajaan di penghujung hayat. Negara ini sejak kebelakangan ini penuh dengan konflik yang memecah belahkan antara rakyat.

Konflik antara agama dalam pelbagai isu yang mana kerajaan kadang-kala mengambil pendekatan yang kurang seimbang. Golongan agama rasmi pula dibiarkan memilih pandangan-pandangan yang bersifat yang tidak sesuai serta sempit untuk masyarakat majmuk.

Bermula dari isu larangan orang bukan muslim masuk masjid sehingga ke isu kalimah Allah kelihatan ditangani dengan nada yang mencetuskan ketegangan antara rakyat. Kenyataan-kenyataan yang bersifat provokasi seakan mendapat tempat dalam media rasmi negara.

Demikian isu-isu perkauman dibangkit dalam pelbagai rupa. Golongan yang bersifat rasis memainkan peranan mereka. Sebelum pilihanraya kita lihat isu-isu agama dan kaum yang bersifat provokatif serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan rusuhan seakan digalakkan.

Kemudian selepas itu, dipanaskan dengan isu-isu mazhab dan aliran fikir dalam Islam. Pegawai KDN yang sepatutnya bertugas menjaga kedamaian negara, bertindak bagaikan batu api yang boleh mencetuskan kebencian dan salah sangka rakyat terhadap kerajaan.

Golongan agamawan bergaji dan tidak bergaji, dihasut oleh beberapa orang dari aliran pengkafir umat iaitu Ahbash yang dalam rekod mereka telah berjaya menimbulkan ketegangan mazhab dan pertumpahan darah di Lebanon sehingga membawa pembunuhan antara aliran di sana. Kini mereka meresap ke dalam negara ini.

Kerajaan tidak boleh terbabit dengan perbalahan aliran fikir. Kerajaan dalam era dunia terbuka hari ini hendak bersifat penaung yang melindungi kebebasan setiap rakyat dengan syarat tidak menggugat keamanan awam.

Kerajaan yang matang dan demokratik akan menangani perbezaan rakyat dengan cara yang bijaksana. Kerajaan hendaklah tahu apabila kita mengiktiraf kewujudan sesuatu aliran, bukanlah bererti kita mengakui kebenarannya.

Jangan keliru antara mengiktiraf kebenaran di sudut akidah ataupun fekah, dengan mengiktiraf hak kewujudan di sudut politik. Kita mungkin tidak mengiktiraf kebenaran agama dan aliran tertentu, tapi kita mengiktiraf kewujudan dalam negara selagi mereka mematuhi undang-undang negara.

Kepelbagaian

Kebenaran itu boleh menjelma dalam pelbagai ungkapan sekalipun berbeza-beza puak dan aliran. Sebahagian perbezaan itu hanyalah pada cara ia dibahaskan tetapi natijahnya sama iaitu menuju kepada kebenaran.

Kerajaan tidak boleh terikut-ikut dengan golongan fanatik perkauman ataupun aliran yang mencetuskan huru-hara antara rakyat disebabkan perbezaan ungkapan dan ucapan, padahal maksudnya sama.

Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash'ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari:

"Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-'Asy'ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: "Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata".

Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut:

"Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: "Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi s.a.w bersabda: "Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin", maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim". (Siyar A'lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah).

Remeh Temeh

Kemudian, isu-isu remeh digunakan dalam untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Kuasa agama cuba diheret bersama. Penguasa seakan membiarkan kekalutan ini.

Lebel-melebel dijadikan mainan yang dicampur kuasa pentadbiran. Sebahagian golongan intelek melayu dilebelkan sebagai liberalist dan diancam dengan kuasa politik. Ada yang dilebel wahabi dan digunakan kuasa pentadbiran.

Untuk membincangkan masalah theology dalam kalangan intelek tidak mengapa. Namun campur tangan kuasa politik dan kuasa agama serta kesempatan yang ambil oleh pihak yang berkepentingan, boleh mencerumuskan negara ke dalam kegawatan.

Hendaklah kita tahu dalam sejarah golongan agama samada Yahudi, Kristian dan juga Islam mereka sering mengambil pendekatan memfitnah orang yang berbeza dengan mereka dan mencari penguasa untuk menghukum lawan ataupun pesaing mereka.

Ini kerana golongan agama –kecuali yang ikhlas- sering mengumpulkan pengaruh seperti yang dilakukan oleh orang politik dan rela mempertaruhkan apa sahaja untuk survival pengaruh mereka.

Rela membunuh dan menyeksa pihak yang berbeza. Inilah yang dilakukan terhadap al-Imam al-Syafi'i, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Taimiyyah dan lain-lain. Dalam sejarah agama Kristian inilah yang berlaku terhadap Martin Luther dan aliran Protestan.

Di satu sudut yang lain, golongan agamawan jenis ini menyibukkan diri dalam isu-isu remeh yang tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat seperti isu qunut subuh ataupun tidak.

Padahal itu hanya perkara sunat dalam mazhab Syafi'i. Demikian juga dianggap wahabi mereka yang mereka solat tarawih lapan rakaat. Padahal rakyat Malaysia yang solat lapan rakaat tarawih bukan kerana wahabi ataupun tidak.

Saudi yang dikatakan wahabi itu solat 20 rakaat. Di mana wahabinya? Itu berdasarkan keadaan masing-masing. Patutnya golongan ustaz ini sibuk dengan yang langsung tidak solat.

Malangnya dalam masa yang sama, ramai golongan agamawan berjawatan ini tidak pulak menyibukkan diri dengan isu-isu masyarakat yang penting untuk rakyat seperti pandangan Islam tentang ketelusan, rasuah, cukai, isu-isu yang dibangkitkan oleh audit negara, pembaziran dalam kerajaan-kerajaan negeri dan pusat, soal social justice dan pelbagai lagi yang sangat penting dalam Islam.

Konfliks

Hasilnya, negara terjerumus dalam konfliks tidak berfaedah. Dari satu konfliks kepada satu konfliks. Ia menafikan sifat negara yang mahu maju ke hadapan. Ia hanya memesongkan rakyat dari isu-isu penting yang lain dan mengheret mereka kepada pergaduhan sesama sendiri.



Dalam satu keadaan mungkin pemerintah beruntung kerana rakyat tidak tertumpu kepada menilai pemerintah kerana sibuk dengan isu pinggiran. Namun dalam jangka tertentu ketegangan boleh membawa kebencian dan seterusnya ketidaksetiaan kepada negara mungkin boleh berlaku.

Maka, kini negara kelihatan berselerakan. Badan-badan agama sibuk mencari isu-isu perbezaan bukan nilai-nilai persamaan untuk diambil manfaat antara rakyat.

Orang politik tumpang sekaki. Slogan 1 Malaysia yang meraikan perbezaan dan menghidupkan kesatuan antara rakyat menjadi slogan kosong yang tidak bermakna.

Akhirnya kelompok-kelompok minoriti walaupun berbeza antara satu sama lain, tetapi bersatu atas satu asas iaitu membenci kerajaan dan pengurusan kerajaan yang ada. Lalu mereka menjadi majority.

Jika mereka itu terlebih ekstrim, mereka mungkin mencari jalan menimbulkan ketegangan balas. Golongan muda dan berminda terbuka menganggap kerajaan ini tidak layak mengepalai politik yang sederhana dan bersikap terbuka serta adil dalam penilaian.

Kelompok berpendidikan dan moderate inginkan keharmonian dan keadilan untuk semua. Maka kerajaan ini menjadi makin tidak popular dalam kalangan cerdik pandai yang menjadi tulang belakang negara. Negara pun mula reput, kedamaian mula diragut dan berada di penghujung hayatnya.


Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Mengapa 13 Juruterbang AirAsia Jatuh Sakit Serentak?

Posted: 02 Dec 2015 06:00 AM PST


Tanda tanya timbul berhubung mengapa AirAsia Bhd terpaksa menangguh atau membatalkan beberapa penerbangan dari KLIA2 pada Isnin dan semalam yang menyaksikan beratus-ratus penumpang terkandas di terminal kos rendah itu.

Bercakap kepada New Straits Times (NST), pengasas AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes berkata kelewatan dan pembatalan adalah disebabkan oleh sejumlah juruterbang jatuh sakit dengan selesema.

Katanya, terdapat wabak selesema di AirAsia dan 12 juruterbangnya sakit. Jadi, syarikat tidak mempunyai pilihan.

Seorang jurucakap AirAsia kemudian memberitahu Berita Harian, bahawa 13 juruterbang mendakwa mereka tidak sihat.

Dalam satu kenyataan media hari ini, syarikat penerbangan itu mengesahkan bahawa beberapa penerbangan terganggu kerana masalah operasi.

AirAsia, kata kenyataan itu sedang mencarai penyelesaian untuk memastikan semua tetamu menikmati perjalanan yang lancar.

"Semua tetamu yang terjejas telah dimaklumkan dengan sewajarnya dan bantuan sedang disediakan. AirAsia ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang berlaku."

Sumber dalaman AirAsia bagaimanapun mendedahkan bahawa 13 juruterbang yang sakit serentak itu bukannya satu kebetulan tetapi sebenarnya satu rancangan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati juruterbang kepada pihak pengurusan.

Ramai daripada juruterbang syarikat penerbangan itu dikatakan tidak berpuas hati mengenai keadaan kerja, khususnya berhubung jadual penerbangan yang ketat serta tahap gaji yang tidak setimpal.

"Ramai yang bosan kerja di sini. Jadi banyak ambil cuti sakit untuk membuktikan sesuatu. 13 juruterbang jatuh sakit dan syarikat bakal rebah," kata sumber itu - MalaysiaKini


Percayakah Anda PLUS Kutip RM2.61 Billion Tapi Untung Hanya RM8.4 Juta Saja?

Posted: 02 Dec 2015 12:11 AM PST


Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan. 

Tapi jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta.. 

Aku sangka untung berbillion-billion.. rupa-rupanya kutip saja berbillion tapi untung setaraf dengan IKS saja..

Drastik sungguh penurunan keuntungannya ya.. sedangkan pada Februari 2010 lidah rasmi UMNO iaitu Utusan dengan bangganya telah melaporkan 'PLUS catat keuntungan tinggi'..


KUALA LUMPUR 23 Feb. - PLUS Expressways Bhd. (PLUS), penyedia perkhidmatan operasi lebuh raya mencatatkan keuntungan sebelum cukai tinggi sebanyak RM1.62 bilion bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2009, meningkat 7.1 peratus daripada RM1.516 bilion pada 2008.

Perolehan juga tinggi sebanyak RM3.17 bilion, meningkat 7.1 peratus daripada RM2.96 bilion pada 2008. PLUS dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini berkata, pihaknya berjaya mengatasi set Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi peningkatan lorong-kilometer dengan mencatatkan pertumbuhan 33.5 peratus, melepasi sasaran 30 peratus. 
Ia dicapai menerusi pemulaan projek lebuh raya sulungnya di India, Bhiwandi-Kalyan Shil Phata Highway, pada 22 Ogos 2009 dan pembelian pegangan strategik dalam Indu Navayuga Infra Project Private Ltd., syarikat konsesi bagi Padalur-Trichy Highway, India. 
Mengenai KPI bagi pertumbuhan pendapatan, kumpulan itu mengatasi sasaran lima peratus bagi Tahun Kewangan 2009 dengan mencatatkan pertumbuhan 6.5 peratus yang disumbang oleh pertumbuhan kuantiti trafik tinggi.

Tu untung sebelum cukai pada tahun 2008 dan 2009.. sebelum cukai.. harap maklum.. dan berikut pula adalah keuntungan pada tahun 2011 menurut Rafizi Ramli..

 Laporan tahunan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai ialah RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk enam peratus kos menyelenggara... laporan penuh silalah baca di ( SINI )

Tidak banyak perniagaan di dunia ini yang mencapai peratus keuntungan bersih hingga 61 peratus seperti yang dicatat PLUS.

Melihat kos menyelenggara hanya enam peratus dari jumlah kutipan tol setiap tahun, menunjukkan kadar tol sedia ada membawa keuntungan berlipat kali ganda.

Setiap kenaikan baru hanya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi..

Kata Rafizi lagi, dakwaan kononnya kerajaan terpaksa memenuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya sebagai alasan untuk menaikkan kadar tol hanya alasan tidak masuk akal.

Syarikat terbabit yang turut mendapat bantuan kewangan dan subsidi kerajaan itu juga memperoleh keuntungan berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran semasa menandatangani kontrak konsesi dengan kerajaan..

Laporan berkaitan..

Jumlah keuntungan selepas cukai pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressway Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 ialah sebanyak RM8.4 juta, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bagi 2014, jumlah hasil kutipan tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion yang melibatkan bilangan trafik tahunan sebanyak 506 juta kenderaan.
"Walaupun pendapatan daripada kutipan tol PLUS setiap tahun adalah tinggi, namun perbelanjaan untuk menguruskan lebuh raya itu juga tinggi dengan setiap ringgit tol dikutip, pemegang konsesi perlu membayar balik faedah pinjaman, menaik taraf dan memperbaiki lebuh raya yang sedia ada," katanya. 
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga tahun 2014 dan rancangan melanjutkan konsesi serta rasionalnya. 
Rosnah berkata dianggarkan secara purata 50% daripada pendapatan tol PLUS digunakan untuk tujuan bayaran balik pinjaman, 20% untuk operasi dan penyelenggaraan, 15 hingga 20% untuk kos menaik taraf dan membaik pulih dan 10% sahaja pulangan kepada pemegang saham. 
Sementara itu menjawab soalan tambahan Idris, Rosnah berkata kerajaan amat prihatin dengan keresahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan tol dan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah hanya membuat penyelarasan kadar tol selepas lapan tahun ditangguhkan. 
"Kerajaan juga menutup dan memansuhkan kutipan tol bagi 8 plaza tol serta mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol di seluruh negara iaitu bagi Plaza Tol PJS 2 Lebuhraya Baru Pantai, Plaza tol Sungai Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth dan Plaza tol Lebuhraya Shah Alam (Kesas)," katanya.  
Beliau berkata kerajaan dalam masa sama menggalakkan syarikat konsesi tol supaya menjalankan tanggungjawab sosial korporat termasuk PLUS yang memperuntukkan RM20 juta setahun bagi program rebat Plusmile dan rebat pada musim perayaan lapor The Malaysian Insider

Nak naikkan kadar tol declare untung ciput... kah.. kah.. kah.. itupun macai percaya..


Muhyiddin sertai protes tuntut Najib berundur?

Posted: 01 Dec 2015 10:51 PM PST


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai penyokong sembilan pemimpin cawangan yang bakal dihadapakan ke Lemabaga Disiplin parti, petang ini.

Ketibaannya seorang diri disambut oleh kira-kira 50 penyokong kem anti-Najib, termasuk Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat minggu lalu dan ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin.

Kumpulan itu mendedangkan 'Inilah Barisan Kita' sebelum membaca doa. Sebelum ini, Hamidah dikatakan berusaha menghimpunkan ahli-ahli parti untuk berkumpul di ibu pejabat Umno di PWTC untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Jom kita berkumpul hari ini pada 12.30 tengah hari untuk mempertahankan nasib sembilan pemimpin cawangan yang akan di bawa ke lembaga disiplin.

"Jangan hanya ulas di WhatsApp dan Facebook. Mari kita bersama-sama dengan wira yang sanggup korbankan jawatan mereka dan keahlian (parti) agar yang lain berani bersama," kata mesej Whatsapp yang diedarkan.

Satu lagi mesej Whatsapp yang disebarkan adalah bahawa Muhyiddin juga akan menghadiri perhimpunan itu.

Sembilan mereka itu adalah antara 13 pemimpin cawangan Telok Kemang Umno yang menggesa peletakan jawatan Najib pada bulan Oktober lalu lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...