Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ali Tinju Ditahan Dibawah Akta Hasutan

Posted: 21 Dec 2015 07:12 AM PST


Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenal Ali Tinju di tahan dibawah Akta Hasutan pada Isnin malam.

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kepada FMT kira-kira jam 9 malam.

Penahanan Ali Tinju dipercayai susulan tindakan dia bersama kumpulannya turun ke Kompleks Kota Raya pada Jumaat sebagai respon terhadap kes seorang individu yang dilaporkan dikurung di dalam sebuah bilik kecil selepas enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di situ.

Pada Ahad, Kota Raya sekali lagi gempar dengan pergaduhan antara segerombolan lelaki dan para peniaga di kompleks itu. Ali Tinju menafikan pembabitannya dengan kejadian itu lapor Free Malaysia Today


Kereta Terbakar, Bukannya Letupan Bom..

Posted: 21 Dec 2015 04:30 AM PST


Enam buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah tempat letak kereta di stesen LRT Taman Jaya dekat sini.

Dalam insiden pukul 1 petang Isnin, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran itu.

Jurucakap jabatan tersebut berkata mereka tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan daripada seorang saksi.

"Empat kenderaan rosak teruk manakala dua lagi 20 peratus terbakar," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata punca kebakaran masih lagi disiasat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dan mStar juga melaporkan tiada letupan bom sebagaimana yang tersebar dalam WhatsApp tu..

Polis menafikan khabar angin bahawa sebuah bom menjadi punca kebakaran yang memusnahkan enam kenderaan di tempat letak kereta berdekatan stesen LRT Taman Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia berpunca daripada perbuatan khianat.

"Tiada bom. Kami sedang menyiasat kes ini," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memaklumkan di laman Twitternya mengenai insiden tersebut.

"Terdapat seseorang yang membakar kereta di tempat letak kereta di LRT Taman Jaya, Pj. Tiada letupan bom. @PDRM sedang menyiasat kes khianat ini," tulisnya.

Imej kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1 petang itu menjadi viral di WhatsApp sejurus selepas kejadian tersebut.

Kejadian itu dikaitkan dengan khabar angin bahawa sebutir bom dipasang di lokasi tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.


IKHLAS Dakwa Kementerian Kesihatan Sabotaj Industri Vape

Posted: 21 Dec 2015 12:56 AM PST


Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah hari ini mendakwa terdapat pihak dalam Kementerian Kesihatan terlibat dalam cubaan mensabotaj pengusaha dan industri vape tempatan.

Ridzuan berkata, cubaan mensabotaj industri itu dilakukan dengan mewujudkan kilang di 2 lokasi iaitu di Johor dan Shah Alam, Selangor di mana kilang di kawasan berkenaan akan menguasai industri vape tempatan.

"Baru-baru ini Ikhlas sudah kenal pasti ada penjawat awam berjawatan tertinggi dalam Kementerian Kesihatan terlibat dalam isu vape di mana mereka cuba cari jalan bagaimana nak sabotaj pengusaha dan industri vape tempatan.

"Agenda mereka adalah wujud kilang yang sedang dibina di 2 lokasi. Kita kenal pasti mereka (cuba) hapuskan pengusaha tempatan, peniaga tempatan dan akhirnya Kementerian Kesihatan umum mereka akan menguatkuasakan satu akta baharu dan mewujudkan kawal selia yang kononnya hanya syarikat besar layak menjual vape, " katanya pada sidang media di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia mendakwa sudah kenal pasti penjawat awam di Kementerian Kesihatan terlibat dalam isu vape yang cuba cari jalan mensabotaj pengusaha dan industri vape tempatan.

Beliau menuntut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam supaya tampil menjelaskan perkara ini secepat mungkin.

"Kita mahukan jawapan dari beliau. Kita dah lama tidak dengar suara beliau dan kita nak tahu apakah yang berlaku. Inikah cara mereka nak bunuh anak-anak Melayu yang berjaya dalam industri vape ni?

"Maka, kami harap menteri tersebut , walaupun dia presiden MIC, dia perlu ambil kita kepentingan anak Melayu ini. Hari ini seolah-olah beliau tak ambil peduli langsung mengenai kemajuan anak-anak Melayu ini.

"Cuba kalau golongan peniaga India yang duduk berniaga vape ini, berani ke dia buat? Dia akan bela golongan India. Disebabkan dia bukan menteri Melayu, sebab itulah beliau buat perkara begini," katanya.

Sebagai menentang kewujudan kilang itu, Ikhlas akan mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara ini.

"Kita akan kerjasama dengan pihak SPRM dan kita akan salurkan maklumat kepada SPRM bagi sesiapa yang terlibat dalam perkara ini. Ini yang kita akan buat," katanya lapor The Malaysian Insider


Benar Naiktaraf Pintu Gerbang Selangor Bernilai RM9.7 Juta Itu Diluluskan Oleh MB Selangor.. Tapi..

Posted: 20 Dec 2015 10:00 PM PST


Sebenarnya memang benar projek menaiktaraf pintu gerbang Selangor yang mencecah RM10 Juta ini telah diluluskan oleh Dato Menteri Besar Selangor.

Cuma yang salahnya ialah apabila nama Azmin Ali yang baru dapat gelaran Dato Seri baru-baru ini yang dipersalahkan..

Sedangkan ianya telah diluluskan oleh Menteri Besar Selangor yang sebelumnya dan projek bermula pada 15.4.2015 dan dijangka siap 20.10.2016.

Keseluruhan kos adalah RM9.8 juta bukannya RM9.7 Juta seperti yang didakwa, Tender terbuka telah dilakukan oleh pihak JKR.

Ianya dibiayai oleh Penderma-penderma dan sebagai imbuhan atau balasannya akan di lekatkan nama penderma-penderma pada tiang nanti.

Bagi aku penderma-pemderma ni boleh diletakkan dalam kategori 'berkira' sebab derma tak sampai RM10 Juta mahu nama mereka diletakkan disitu.. Arab yang derma RM2.6 Billion kepada Najib tu langsung tak minta apa-apa.. malah nama pun tak mahu disebut..

Tak mahu disebutlah kononnya.. kalau disebut nanti nama Tok Arab yang dikatakan menderma tu, media-media dari seluruh dunia pergi tanya Tok Arab tu dan Tok Arab tu nafikan.. nak cover macam mana pulak?

Berbalik kepada isu pintu gerbang tu.. buat masa ini Kerajaan Negeri mendahulukan kos kerja, penderma sudah ada serta wang derma akan diserahkan kpd kerajaan.

Info-info di atas buka aku reka cipta sendiri tapi aku dapat dari YB Haniza Talha, Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat..

Haniza juga bukan mereka cipta fakta tapi dia dapat dari Dato Hamizah, Pengarah JKR Selangor..

Baca ni..

SIAPA LULUSKAN NAIKTARAF PINTU GERBANG SELANGOR? 
Maklumat di bawah bagi menyangkal fitnah yg ligat disebarkan terhadap YAB DS Azmin Ali oleh pihak tidak senang melihat perubahan dan pencapaian negeri Selangor. 
Gerbang. Diluluskan 2 tahun yg lalu oleh mantan MB. Open Tender JKR. Pembaikian, pengubahsuaian dan naik taraf. 
Berikut adalah maklumat tambahan dr Dato Hamizan, Pengarah JKR Selangor:
Naiktaraf fasad kota darul ehsan. 
1. Kos RM 9.8 juta 
2. Mula 15.4.2015 
3. Jangka siap 20.10.2016 
4. Kemajuan 9% 
5. Jadual 15% 
6. Skop kerja :-
a. Naiktaraf kemasan pada fasad 
b. Letrik 
c. Special lighting 
d. Lanskap 
e. Cat 
f. Tangki air untuk kerja senggara
Titah Tuanku. Dibiayai oleh Penderma Penderma. Akan di lekatkan nama penderma-penderma (kecil sahaja) pada tiang nanti. 
Buat masa ini Kerajaan Negeri dahulukan kos kerja. Penderma sudah ada. Wang derma akan diserahkan kpd kerajaan. 
Open tender. Kontraktor berjaya adalah yg mengemukakan kos terendah. 
Kota darul ehsan itu sudah comot dan perlu dinaiktaraf. Tidak pernah dinaik taraf sebelum ini. 
Kepada penyebar2 fitnah, segeralah bertaubat dan mohon maaf. Lebih baik sebar maklumat tentang skim2 bantuan kerajaan negeri, dapat juga bantu rakyat marhaen.

Kalau tak puas hati jugak.. sila tinggalkan komen anda di ( SINI )


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Selepas PAS Nafi Akan Maafkan UMNO, The Malaysian Insider Dedah Transkrip Temubual.. Video pun ada..

Posted: 20 Dec 2015 08:19 PM PST


Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini menafikan parti Islam itu bersedia memaafkan dan melupakan kesilapan lalu Umno, seperti dilaporkan media semalam.

Takiyuddin berkata, beliau tidak "mendengar atau atau menjawab" soalan berbunyi atau membawa maksud "adakah PAS memaafkan Umno…" pada 1 sidang media selepas menghadiri program Perkasa di Kuala Lumpur semalam.

Ahli Parlimen Kota Baru itu menyalahkan portal The Malaysian Insider dan mengatakan kenyataannya diputar belit.

"Sepanjang ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud 'adakah PAS memaafkan Umno…'

"Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa 'jawapan' kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya," katanya dalam 1 kenyataan awal pagi ini.

Menurut Takiyuddin, sidang akhbar diadakan di sebuah dewan dalam suasana bising selepas beliau menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa semalam.

Katanya, kenyataan sikap terbuka dan murah hati PAS terhadap orang lain apabila mereka memeluk parti dan perjuangan untuk menegakkan Islam, dan ia bukan bermakna "PAS mahu menyertai Umno".

"Apabila ditanya kepada saya apakah langkah yang diambil oleh PAS terhadap isu yang dibangkitkan, iaitu kononnya 'PAS akan bekerjasama dengan Umno', saya menyatakan bahawa PAS akan memberikan penerangan ahli PAS tentang kekeliruan, salah faham yang timbul dan juga menangkis tohmahan terhadap PAS dalam isu ini.

"Ia bukan bermaksud PAS akan memberi penjelasan seolah-olah 'kerjasama dengan Umno akan dilaksanakan,'"katanya.

Selain The Malaysian Insider, portal berita lain seperti Sinar Harian Online, The Malay Mail Online, Malaysiakini dan Mstar Online turut melaporkan perkara sama.

Berikut adalah transkrip sidang media Takiyuddin di Kuala Lumpur semalam:

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan "unity" berasaskan syariat.

Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini.

Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas.

Pemberita: So maknanya PAS bersedia "forgive and forget"?

Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita.

Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri.

Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan "apply" perkara yang sama.

Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini.

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing.

Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah "collective decision" daripada parti lapor The Malaysian Insider

Tak cukup transkrip.. video pun ada.. tengoklah..



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...