Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


3 Pemimpin Kanan PAS Bangkit Tentang Kerjasama Dengan UMNO

Posted: 23 Dec 2015 06:30 AM PST


Seorang demi seorang pemimpin kanan PAS bangkit menentang usaha membawa parti mereka mendekati Umno seperti presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun dalam pelbagai nada, antara kerjasama dan bergabung, namun jelas sekurang-kurangnya 3 pemimpin kanan PAS sudah mula kelihatan dalam menentang arus yang cuba dibawa untuk bersama dengan Umno.

Nada penolakan kerjasama ini bermula dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang sentiasa bertegas, tidak akan ada gabungan antara parti Islam itu dengan Umno.

Kenyataan Tuan Ibrahim disokong naib presiden yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

Terbaru, seorang lagi Naib Presiden PAS Idris Ahmad bangkit dengan kenyataan paling panas iaitu menghalau mana-mana pemimpin atau ahli keluar parti itu jika mahu bergabung dengan Umno.

"Heboh di media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan Umno.

"Ingin saya tegaskan PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulama, AJK PAS Pusat dan muktamar.

"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu saja yang pergi," kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sehingga kini, siapakah yang disasarkan Idris tidak dapat dikenal pasti.

Apakah presiden PAS sendiri yang memakai baju Melayu sedondon dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Multaqa Alumni Al Azhar Malaysia?

Atau pihak yang berusaha dan menjadi dalang kerjasama antara Umno dan PAS ini.

Kenyataan Idris selari dengan kenyataan bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hayatnya yang marah dengan usaha untuk bekerjasama dengan Umno.

"Umno kena buang kebangsaan dan terima Islam dulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang Umno cari PAS, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?" kata Nik Aziz sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Online pada 8 Mei, 2013.

Sejak awal, Tuan Ibrahim yang kebetulan anak saudara kepada isteri Nik Aziz, antara pemimpin PAS kini yang paling tidak senang dengan kerjasama dengan Umno.

Apabila media melaporkan beliau merestui kerjasama antara PAS dan Umno ekoran kenyataannya yang dilihat lembut selepas pertemuan antara Najib-Hadi, beliau bangkit menafikannya secara bertulis.

"PAS tidak akan bergabung dengan Umno. Malah kini, PAS sedang merangka strategi mempertahankan kerajaan Kelantan, menguasai kerajaan Terengganu dan menguasai 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Umno di Selangor dan menambah kerusi Parlimen di tempat berlawan dengan Umno," kata Tuan Ibrahim menafikan laporan media beliau kini setuju PAS bekerjasama dengan Umno.

Bahkan dalam kenyataan itu, beliau menegaskan kenyataannya pada 14 Disember lalu yang antara lain menyebut, "PAS tidak mahu memikul pengkhianatan Umno kepada agama".

Katanya, lebih 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Islam secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju.

Iskandar yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor pula bertegas, dosa Umno terhadap PAS terlalu besar untuk dimaafkan akar umbi parti Islam itu lapor The Malaysian Insider


Bekas Ketua Unit Anti Maksiat (D7), Dihukum Penjara 100 Tahun Kerana Merogol Dan Meliwat

Posted: 23 Dec 2015 02:00 AM PST


Seorang bekas pegawai kanan polis dihukum penjara 100 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur berusia 13 tahun, lapor The Star Online.

Dilaporkan Deputi Superintenden Rohaizat Abd Ani, 56, didapati bersalah atas 4 pertuduhan merogol dan meliwat antara Febuari dan Mac 2012.

Hakim Mahkamah Kota Kinabalau Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun penjara untuk setiap pertuduhan kepada tertuduh yang pernah menjadi ketua polis cawangan anti maksiat Sabah.

Rohaizat, bapa kepada 2 anak, merogol dan meliwat gadis itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada 1 Februari 2012.‎

Keesokan harinya, beliau sekali lagi merogol gadis tersebut di sebuah bilik lain hotel yang sama.

Antara 1 dan 6 Mei, tertuduh merogol gadis itu beberapa kali di sebuah bilik hotel yang sama.

Bagaimanapun, Rohaizat tidak akan menjalani jumlah penuh hukuman penjara selama 80 tahun semuanya – 20 tahun untuk 2 dakwaan (berjalan serentak) dan 20 tahun untuk 3 pertuduhan lain (berjalan serentak).

Rogol membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara dan liwat membawa hukuman 20 tahun selain sebatan sehingga 24 kali.

Mempertimbangkan umur tertuduh, beliau berkemungkinan menghabiskan sisa umurnya di penjara kerana hukuman penjara yang panjang diterimanya.

The Star Online berkata, Rohaizat yang memakai jaket kelabu, kekal tenang ketika mendengar hukuman dijatuhkan.

Isterinya, yang turut hadir, juga tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika hakim membacakan hukuman.

Bagaimanapun, hakim, membenarkan penangguhan hukuman sementara menanti keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.

Ikat jamin ditetapkan pada jumlah RM100,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh dihendaki menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri ke balai polis Bukit Aman di Kuala Lumpur setiap 1 dan 15 hari bulan setiap bulan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa raya Azeezi Nordin meminta hukuman berat dijatuhkan kerana tertuduh yang merupakan seorang pegawai polis kanan sepatutnya menjadi pengawal keamanan masyarakat.

"Mangsa berumur 13 tahun ketika kejadian, dia dirogol dan diliwat tertuduh yang berusia 52 tahun, tindakan yang jelas sekali merupakan manipulasi orang dewasa ke atas seorang kanak-kanak.

"Tindakan yang berulang dilakukan tertuduh dalam masa 3 bulan sejak Februari menunjukkan beliau tidak pernah mempertimbangkan umur, emosi serta kesan tindakannya kepada mangsa," tambah Azeezi.

Peguam Zahir Syah, yang mewakili Rohaizat berkata mereka akan memfailkan rayuan untuk mengurangkan hukuman.

Tertuduh, yang digantung tugas, pernah berkhidmat sebagai ketua polis daerah Setiu buat sementara waktu dan timbalan ketua Unit Simpanan Persekutuan Pulau Pinang ketika didakwa pada Ogos 2013.

Peguam pemerhati Mary Lee hadir mewakili Kumpulan Bertindak Wanita Sabah (Sawo) lapor The Malaysian Insider


Demi Perpaduan Melayu, Najib Dan Hadi Disaran Berundur Oleh Bekas Menteri..

Posted: 22 Dec 2015 10:10 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah berundur daripada kepimpinan negara dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula harus meletakkan jawatan sebagai presiden PAS demi menjayakan perpaduan Melayu, kata Tan Sri Zainuddin Maidin.

Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib dan Hadi sudah hilang kredibiliti dan tidak mempunyai kekuatan menjadi asas perpaduan antara PAS dan Umno untuk pemulihan maruah bangsa, agama dan ekonomi negara.

"Orang Melayu melihat gerakan ke arah perpaduan PAS dan Umno sekarang ini lebih kerana dorongan kepentingan survival masing-masing dan bukan memenuhi idealisme dan mimpi rakyat," katanya melalui blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Zainuddin berkata, ketamakan kuasa dan kebencian melulu PAS terhadap Umno menjerumuskan parti Islam itu ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip utamanya, iaitu penjualan maruah parti, bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamik.

Beliau memberi contoh kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang melihat Umno sebagai "biawak" tetapi tidak melihat diri parti Islam itu sebagai "ular berkepala dua".

Zainuddin merujuk kepada kenyataan Tuan Ibrahim sebelum ini yang menegaskan pendirian parti agar tidak sesekali menerima tawaran kerjasama dengan Umno walaupun dipelawa Najib kerana PAS tidak akan bersekongkol "memikul biawak hidup" sepertimana yang pernah diucapkan Hadi.

"Tuan Ibrahim masih mendabik dada terhadap kebersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis," kata Zainuddin yang pernah memimpin Utusan Melayu satu ketika dulu.

"Menteri besar Kelantan menyatakan kesediaan PAS untuk memaafkan kesilapan Umno pada masa lalu tetapi rakyat di kalangan PAS dan juga Umno malah rakyat di luar kedua-dua parti ini tidak dapat melupakan kesilapan baru Umno dan pemimpinnya dalam isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan (wang derma) RM2.6 bilion."

Zainuddin berkata, tindakan pentadbiran Najib menggunakan media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dapat menutup fakta bekas perdana menteri itu disanjung rakyat Malaysia.

"Apa pun cerita disebarkan sama ada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor, bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

"Sebaliknya sekarang rakyat merasa kehinaan diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi. Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari ke hari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula. Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini," kata Zainuddin.

Bekas menteri itu berkata, rakyat Malaysia kini terasa hakisan moral apabila mahu berbelanja di luar negara.

"Di Thailand mereka diminta pekedai supaya menukarkan mata wang Malaysia kepada mata wang ain lebih dahulu pada hal sebelum ini mata wang Malaysia menjadi rebutan.

"Membangkitkan cerita Dr Mahathir menolong saudara maranya dan menyalahgunakan wang negara adalah menelanjangkan 'cybertroopers' Najib setaraf dengan media sosial lain yang sering dikecam kerajaan sendiri kerana tidak menghormati etika kewartawanan," katanya lapor The Malaysian Insider



Gaji Dipotong Tinggal RM19, Nak Makan Apa Ni Najib?

Posted: 22 Dec 2015 07:05 PM PST


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum. 

Presidennya, Datuk Azih Muda melahirkan rasa kesal kerana ada kakitangan awam yang dipotong gaji mereka oleh PTPTN sehingga kepada kadar maksimum dan tindakan itu adalah tidak wajar dilakukan serta membebankan kedudukan kewangan mereka.

"Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya.

"Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Cuepacs 2015 di Kuala Lumpur, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan PTPTN agar lebih bertimbang rasa terhadap kakitangan awam dalam melaksanakan pemotongan gaji agar kakitangan awam tidak terbeban dalam aspek kewangan.

Isu PTPTN, menurut Azih adalah antara 4 perkara yang menekan kehidupan kakitangan awam pada masa kini.

Tiga isu lain yang perlu perhatian kerajaan ialah kenaikan kos sara hidup rakyat, mekanisme penetapan harga rumah dan pelaksanaan 252 skim perkhidmatan.

Mengenai kenaikan kos sara hidup, beliau meminta Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan secara serius dalam isu kenaikan harga barangan, terutamanya barangan dan perkhidmatan yang telah diberi pengecualian daripada dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kami (Cuepacs) rasa kesal kerana kenaikan harga barang yang sepatutnya 0% dalam GST, dinaikkan," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan agar segera mewujudkan mekanisme penetapan harga rumah dan mencadangkan agar mekanisme tersebut dapat meletakkan penetapan bagi peratusan kadar harga rumah serta keuntungan, yang bakal diperoleh oleh pemaju perumahan.

Cuepacs turut memohon agar kerajaan memperuntukkan jawatan bagi kenaikan pangkat untuk kakitangan awam yang berkhidmat di bawah agensi negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.

Kata Azih, ia selari dengan pelaksanaan sebanyak 252 Skim Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai tahun depan agar pekerja tidak dinafikan hak dan peluang mereka untuk menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup lapor The Malaysian Insider

Kata Najib sebelum PRU..


Selepas menang PRU13.. Kami peduli apa?



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...