Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lidah Bekas Majistret Kelu Baca Al-Quran Kerana Rasuah

Posted: 25 Dec 2015 07:30 AM PST


Tuhan punya kuasa, Mohd. Firdaus Ramlan, 34, ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober 2009 di kediamannya dan ketika itu beliau adalah seorang magistret.

Pada 3 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 bagi pertuduhan pertama serta penjara tiga tahun dan denda RM25,000 bagi tuduhan kedua dan dia membuat rayuan.

Pada tahun 2012, Mohd. Firdaus kekal menjalani hukuman penjara tiga tahun dan denda berjumlah RM40,000 atas dua kesalahan rasuah selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Demikian keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Datuk Abdul Wahab Patail dan Mah Weng Kwai.

"Saya ditahan atas dua kesalahan meminta dan menerima rasuah. Kedua-duannya melibatkan RM5,000 dan RM3,000..nilainya kecil tetapi bahananya besar," ujarnya.

Sebelum ditahan, katanya, Allah sudah memberi peringatan namun dia alpa.

"Tuhan hendak zahirkan ketika itu, keempat-empat tayar kereta yang dibeli dengan duit panadol (terminologinya bagi rasuah dan kononnya untuk menghalalkan cara) dan telefon bimbit hilang. Hubungan suami isteri selalu bergaduh, kita sendiri cari masalah hendak bergaduh," ujarnya.

Semasa ditahan, keadaannya semakin teruk kerana merasakan dirinya terlalu hina menyebabkan kaum keluarganya trauma.

"Kalau buka hijab mata manusia tengok kahak atas kepala ini.. kahak hijau, kuning pekat dan cair semua ada..orang hina kita," katanya bagi menggambarkan betapa jijiknya pandangan masyarakat kepadanya.

Malah kes itu menyebabkan bukan sahaja dirinya dan keluarga terpalit sama namun tempatnya bekerja dan universitinya belajar juga dikutuk orang kerana mendakwa ia juga punca melahirkan pesalah rasuah.

"Selepas ditangkap dan didakwa ke mahkamah ada satu tahap saya bangun jual nasi lemak demi mencari sesuap nasi..orang tidak peduli dan tanya ada duit hendak beli lampin dan susu anak pun," katanya.

Malah rakan yang dahulu baik pun mula menjauhkan diri. Selepas itu, satu demi satu dugaan menimpa Mohd. Firdaus apabila dua minggu sebelum keputusan kes rasuahnya, ibu dan adiknya terbunuh dalam satu kemalangan.

"Semasa berdiri dalam liang lahad angkat jenazah ibu dan adik saya..saya cukup sedih kerana tidak sempat betul-betul minta maaf kepada ibu saya..saya bimbang dia 'termakan' sekali duit rasuah," katanya.

Walaupun ketika cuba mengasingkan wang rasuah dengan wang hasil titik peluh sendiri untuk diberinya kepada ibunya namun siapa tahu kemungkinan ia bercampur dengan wang haram.

Lebih parah, Tuhan sekali lagi membuktikan kuasanya apabila lidah Mohd. Firdaus 'keras' ketika mahu membaca al-Quran sedangkan mengaji merupakan amalannya sebelum itu kerana beliau merupakan bekas pelajar sekolah agama sebelum itu.

"Saya baca al Fatihah okay tetapi bila baca ayat awal surah Al Baqarah iaitu Alif Lam Mim lidah saya tidak boleh sebut, jadi keras. Lidah saya jadi kaku, keras. Bayangkanlah betapa hinanya pandangan Tuhan kepada saya..benda semudah A, B, C pun tidak boleh sebut.

"Berpuluh-puluh air kolah masjid saya minum dan beratus kali sujud (solat taubat) di Masjid Muhammadi (di Kota Bharu). Seminggu selepas itu baru Allah beri semula saya kemampuan membaca al Quran," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, Tuhan, katanya sekali lagi menunjukkan kuasanya pada harta yang dibeli daripada wang rasuah.

"Allah hendak tunjuk kepada saya lagi selepas itu. Saya ada 50 pasang kasut dan saya balut dan isi dalam bekas plastik dan yang kata rasuah dicemuh isi bumi apabila anai-anai memakan 48 pasang kasut saya. Hanya tinggal dua pasang kasut yang tinggal dan saya ingat satu pasang saya beli semasa gaji pertama saya dan kasut kedua ialah barang hantaran perkahwinan. Dua sahaja yang 'tidak disentuh' anai-anai," jelasnya.

Seterusnya beliau mengakui fasa di tirai besi juga menjadi pemangkin kepada dirinya untuk bangkit semula mengubah nasib.

"Mula-mula masuk penjara memang buntu kerana tengok tembok tetapi saya kena sendiri kena cari ubatnya," katanya yang menganggap penjara merupakan azab dunia kerana penghuninya menjalani kehidupan dalam keadaan tidak selesa.

"Apabila menyedari ada banduan lain yang dipenjara selama 47 tahun dan tiga tahun kerana kesalahan rasuah membuatkannya bersyukur kerana hanya dipenjara selama dua tahun. Seksa saya lebih ringan berbanding mereka," ujarnya.

Dalam tirai besi juga Mohd. Firdaus belajar sesuatu iaitu bekas banduan yang keluar dari penjara tidak akan disambut dengan karpet merah tetapi cop banduan akan kekal sebagai stigma.

Kehidupan di Penjara Kajang juga memberinya idea menulis buku bertajuk Tersugung Dek Rasuah apabila dibebaskan dan mula berjinak-jinak menjadi penceramah anti rasuah kepada masyarakat.

Sebagai penceramah motivasi bebas mengenai bahaya rasuah kepada masyarakat sejak tahun lepas atas bantuan rakannya daripada SPRM sendiri beliau kini semakin dikenali malah diiktiraf oleh pemimpin kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim sendiri menganggap pengalaman Mohd. Firdaus wajar dijadikan teladan kerana beliau mengalami sendiri kesan bahaya rasuah dan bukan sekadar bercakap sahaja mengenainya.

Ditanya bagaimana mahu memastikan masyarakat dapat mengurangkan amalan rasuah yang bukan sahaja merosakkan individu, masyarakat dan peradaban, Mohd. Firdaus berkata;

"Kalau ada kesedaran agama dan sedar adanya kehidupan selepas mati (akhirat) baru saya rasa rasuah ini dapat dibendung dan dibasmikan sepenuhnya," ujarnya jujur.--MalaysiaGazette



Setelah Hampir 2 Minggu Dipersoalkan, Akhirnya Ketua Pengarah Jelaskan Mengapa YaPEIM Beli Simulator Golf..

Posted: 25 Dec 2015 04:30 AM PST


Setelah hampir dua minggu (NOW) mempersoal pembelian simulator golf dan meminta Yapeim menjelaskan keperluan memiliki permainan itu yang dilabel sebagai peralatan mewah.. akhirnya Ketua Pengarah YaPEIM menjelaskannya..

Apa punya alasan ni entahlah.. tapi nampak macam satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat saja kenyataan dari Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim ni..

Katanya "Kita tak guna sumber amal jariah untuk pembelian simulator golf kerana kita jalankan perniagaan dan ada sumber-sumber kewangan sendiri yang kita gunakan untuk kembangkan perniagaan lain,"

Ada sesiapa tanya duit dari mana YaPEIM guna untuk beli Simulator Golf itu?

Persoalannya ialah YaPEIM diwujudkan untuk membantu orang-orang Islam yang susah..jadi sewajarnyalah segala keuntungan yang dijana dari firma perniagaan yang bersangkut paut dengan YaPEIM digunakan untuk kepentingan ummat Islam..

Selain itu katanya, Yapeim mengambil pendekatan membentuk masyarakat untuk bersukan termasuk golf dan menerusi pembelian simulator itu, permainan tersebut boleh dimain tanpa mengira cuaca kerana ia ditempatkan dalam bangunan.

Ini kerja Kementerian Belia Dan Sukan.. bukannya kerja YaPEIM!

Lagipun golongan mana yang YaPEIM sasarkan untuk bermain Golf ini?..adakah golongan yang perlu dibantu oleh YaPEIM mampu untuk bermain Golf?

Kenapa tak cakap terus terang?.. cakaplah "kami beli simulator Golf ini sebagai kemudahan untuk kami berlatih bermain golf dalam negara sebelum kami terbang keluar negara bermain golf disana..

Laporan berkaitan..

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menafikan dakwaan pihak tertentu mengenai yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu.

"Kita tak guna sumber amal jariah (untuk pembelian simulator golf) kerana kita jalankan perniagaan dan ada sumber-sumber kewangan sendiri yang kita gunakan untuk kembangkan perniagaan lain," katanya kepada pemberita di Klang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kewangan pendidikan kepada waris 5 sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

Abibullah berkata simulator golf yang kini ditempatkan di bangunan 9 tingkat milik Yapeim di Petaling Jaya, dekat Klang juga akan dijadikan pusat kecergasan dalaman apabila bangunan itu dinaik taraf kepada hotel bertaraf 4 bintang kelak.

Katanya, Yapeim mengambil pendekatan membentuk masyarakat untuk bersukan termasuk golf dan menerusi pembelian simulator itu, permainan tersebut boleh dimain tanpa mengira cuaca kerana ia ditempatkan dalam bangunan.

Pada 17 Disember lepas, Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) dilapor mempersoal pembelian simulator golf berkenaan dan meminta Yapeim menjelaskan keperluan memiliki permainan itu yang dilabel sebagai peralatan mewah. – Bernama

Dah jadi macam harta mak bapak depa pulak duit YaPEIM tu.. main belanja saja ikut suka depa..

Betullah kata bekas Majistret sorang tu.. kalau semua ingat akan adanya hidup selepas mati pasti tak akan jadi perkara macam ni...


Tak Sangka Ya.. Disebuah Negara Berpendapatan Tinggi.. Ada Rakyatnya hidup Begini..

Posted: 24 Dec 2015 11:59 PM PST


Disebabkan kesempitan hidup, Abdol Wahab Musa serta keluarganya terpaksa bersempit di dalam sebuah flat satu bilik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul yang didiaminya sejak hampir 4 tahun lalu bersama 16 orang ahli keluarganya.

Wahab, 53, mempunyai 15 orang anak dan sebahagian daripadanya sudah berkahwin serta menetap di tempat lain.

Dia menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan menjual air, makanan ringan dan buah-buahan tanpa lesen berdekatan Dataran Merdeka pada setiap malam dengan menggunakan bantuan daripada Baitumal sebanyak RM700 setiap bulan sebagai modal perniagaan.

"Anak-anak saya akan mula berniaga setiap malam dari pukul 10 malam sampai 6 pagi.

"Selepas habis berniaga, ada di antara kami – anak lelaki saya – akan tidur sekejap sebelum pergi bekerja pada siang hari," katanya ketika dikunjungi The Malaysian Insider di rumahnya.

The Malaysian Insider menemui Wahab dengan bantuan sebuah organisasi bukan kerajaan yang melakukan khidmat masyarakat dikenali sebagai Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Kuala Lumpur.

Wahab berkata, setiap malam anak-anaknya akan menolak 3 hingga 5 buah troli berisi barangan perniagaan mereka dari Stesen LRT Sentul ke Dataran Merdeka.

Katanya, dia dan isterinya Ruslelawati Mohd Ali, 43, kini tidak dapat membantu berniaga seperti sebelum ini kerana menjaga isterinya yang perlu diawasi sejak wanita itu mengalami ketidakseimbangan mental 2 tahun lalu.

Ia berpunca daripada kejadian mereka dihalau berniaga oleh pihak berkuasa, ketika mana isterinya turut mengalami kecederaan di tangan.

Katanya, Ruslelawati mengalami ketidakseimbangan mental kerana trauma dengan tindakan keras pihak berkuasa berkenaan.

"Doktor sarankan isteri saya duduk di rumah dan saya perlu sentiasa ada bersamanya supaya dia tidak melakukan apa-apa yang tidak diingini kepada anak-anak kami yang kecil dan 2 orang cucu kami," katanya.

Selain daripada itu, Ruslelawati turut menghidapi kencing manis dan darah tinggi.

Dia perlu mendapatkan rawatan untuk kesemua penyakitnya itu sebanyak 4 hingga 5 kali sebulan di hospital kerajaan, pada kos RM5 bagi setiap kali rawatan.

Namun pada bulan lepas, mereka akhirnya berjaya mendapatkan kad orang kurang upaya (OKU) mental untuk Ruslelawati selepas 2 tahun membuat permohonan.

Tidur bergilir dalam rumah tidak selesa



Ketika The Malaysian Insider mengunjungi kediaman mereka pada jam 10 pagi baru-baru ini, seramai 11 orang terdiri daripada anak menantu serta cucunya sedang tidur bergelimpangan di ruang tamu yang hanya sebesar kira-kira 11 x 12 kaki persegi itu.

Barangan perniagaan mereka turut dimuatkan di ruang yang sekangkang kera itu.

Wahab berkata, kerana keadaan rumah yang sempit, mereka terpaksa tidur bergilir dan kadangkala beberapa orang anaknya terpaksa menumpang tidur di masjid, surau, dataran atau kaki lima berdekatan.

"Mereka cakap, tak selesa tidur sempit-sempit macam ini. Tapi mereka akan balik ke rumah, sambung tidur, lepas salah seorang daripada mereka yang tidur di rumah bangun (daripada tidur)," katanya.

Keperitan hidup itu juga ditambah dengan bilik air yang mengalami kerosakan sebelum ini sehingga mereka sekeluarga terpaksa menggunakan tandas di stesen minyak berdekatan rumah itu.

Namun, selepas dibantu Zurianty Sudin dari Unggas baru-baru ini, bilik air di rumah itu kini dapat digunakan semula.

Anak berhenti sekolah seawal 13 tahun

Menurutnya, anak-anaknya memilih untuk menamatkan persekolahan pada usia 13 tahun kerana keadaan rumah yang tidak selesa untuk belajar dan kos perbelanjaan sekolah lain yang perlu ditanggung.

"Anak saya yang umur 12 tahun mendapat 3A 2B dalam peperiksaan percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Keputusan sebenar belum tahu lagi (ketika temu bual diadakan).

"Dia pun tak mahu sambung belajar, sebab susah belajar di rumah ini," katanya.



Bagaimanapun, Wahab berkata, anak sulungnya Nor Hanisah, 30, berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di peringkat ijazah sarjana muda.

"Dia tidak tinggal dengan kami. Tak datang melawat kami. Cuma hubungi kami sekali-sekala bertanya khabar. Mungkin dia malu dengan keadaan keluarga. Kami pun tak paksa," katanya seolah-olah menyembunyikan rasa sedihnya.

Silalah sambung bacaan anda di SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...