Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nurul Nuha Masih Di ICU, Keadaan Positif (Video Inside)

Posted: 26 Dec 2015 05:33 AM PST


Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha Anwar yang dilaporkan cedera akibat terjatuh di rumahnya baru-baru ini disarankan supaya berehat dan tidak tidak digalakkan menerima tetamu.

Kakaknya, Nurul Izzah Anwar, berkata doktor hospital swasta terbabit yang merawat Nurul Nuha memberitahunya ruang rehat yang secukupnya diperlukan Nurul Nuha bagi membantu beliau kembali sihat dengan lebih cepat.

"Nuha sangat positif tetapi masih dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor minta dia berehat dan tidak galakkan pelawat. Sama-sama kita doakan dia cepat sembuh," kata Nurul Izzah kepada Selangor Kini malam tadi.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga memberitahu Anwar turut mendapat kebenaran pihak Penjara Sungai Buloh untuk melawat Nuha pada jam jam 3.30 petang semalam.

Anwar berada di hospital swasta yang tidak dinyatakan itu selama kira-kira 45 minit sebelum dibawa pulang semula ke Penjara Sungai Buloh.





Tuan Ibrahim Tuan Man Dianggap 'Sampah Dalam Mata PAS' Oleh Portal Pro-UMNO..

Posted: 26 Dec 2015 01:30 AM PST


Entah mengapa Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad tiba-tiba menjadi sampah di dalam mata ketika partinya dan UMNO sedang membincangkan isu kerjasama bagi kepentingan Melayu dan Islam.

Beliau membangkitkan membangkitkan persoalan tentang kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan UMNO sebelum ini.

Bagi Pesuruhjaya PAS Selangor dan Adun Chempaka itu, kesalahan yang pernah dilakukan UMNO sebelum ini tidak boleh dimaafkan oleh mana-mana pimpinan.

Katanya, kesalahan tersebut hanya boleh dimaafkan oleh pihak yang didakwanya pernah ditindas oleh parti pemerintah itu.

"Siapa yang boleh memaafkan kesalahan UMNO? Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan. Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan UMNO itu sendiri.

"Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini. Siapakah mereka? Ramai sekali," kata Iskandar dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menyebut beberapa mangsa yang didakwa ditindas oleh UMNO antaranya bekas tahanan ISA, mangsa peristiwa Memali, seluruh rakyat Kelantan dan Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum serta penjawat awam yang dipindahkan kerana menyokong pembangkang.

"Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini. Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO," kata Iskandar lagi.

Malang bagi PAS kerana selepas 'pembersihan' ketika muktamar dan pemilihan parti Jun lalu, masih ada saki baki yang mempunyai dendam kepada parti sendiri.

Iskandar adalah contoh pemimpin yang diberikan tempat di dalam saf kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi seperti Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Idris Ahmad, mereka bertiga agak tidak senang hati dengan hasrat kerjasama PAS- UMNO.

Sedangkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu sedia memaafkan kesalahan UMNO memandangkan ia sebahagian daripada ciri-ciri perjuangan mereka.

Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata, PAS wajar membuka lembaran baharu bersama UMNO bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan serta tidak perlu mengungkit segala dosa dan kesalahan lampau yang dilakukan UMNO.

Apa rasional Iskandar membangkitkan atau mengungkit cerita lampau UMNO?

Adakah PAS parti yang dilihat lebih bersih daripada UMNO sedangkan umum tahu bagaimana pemimpin parti Islam itu 'songlap' duit tabung Memali?

Adakah PAS bersih apabila Koperasi Al Hilal Berhad atau Kohilal juga berdepan salah urus dan tadbir wang yang dikuitp daripada ahli-ahli parti?

Zalimkah UMNO sedangkan Iskandar sendiri dapat merasai nikmat pembangunan dan politik daripada warisan UMNO dan Barisan Nasional yang mentadbir Selangor sebelum diambil Pakatan Rakyat?

Mungkin Iskandar khuatir kedudukannya sebagai Exco Selangor terjejas sekiranya PAS dan UMNO mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan negeri yang baru kelak.

Sepatutnya, Iskandar, Tuan Ibrahim dan Idris berlapang dada dan menyokong usaha Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kearah kerjasama kedua-dua parti.

Tambahan pula, PAS kini hanya menunggu masa ditendang keluar oleh PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti mendakwa masih mengekalkan kerjasama politik bagi mentadbir Selangor.

Atau mungkin mereka bertiga sudah merancang untuk mengambil kepimpinan PAS daripada Hadi ~ BNBBC


... Ha.. ha.. nampak panas saja portal Pro UMNO dengan Tuan Ibrahim Tuan Man kebelakangan ini.. kenapa agaknya ya?



Gara-gara Bantah Kerjasama UMNO-PAS, Tuan Ibrahim Kini Sasaran Media Tunggangan UMNO..

Posted: 25 Dec 2015 10:30 PM PST


Gara-gara tindakan Tuan Ibrahim menyiram air batu dengan menyarankan kepada Naib Presiden Umno Datuk Hishamuddin Hussein agar menyuruh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bercuti menunggu siasatan terhadap 1MDB dan derma RM2.6 bilion selesai di tengah-tengah kehangatan cubaan Umno untuk memikat PAS untuk bekerjasama beliau dilabel sebagai "buah kedondong".

"Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri. Nyatalah, Tuan Ibrahim kini sudah jadi buah kedondong di dalam partinya apabila bersikap menentang kerjasama UMNO dengan PAS," tulis BNBCC.my di artikelnya yang turut dipapar oleh AgendaDaily.

Ini bukan kali pertama Tuan Ibrahim diserang oleh media pro-Umno.

Ketika Tuan Ibrahim menegaskan bahawa PAS tidak akan memikul biawak hidup sebagai jawapan kepada pelawaan Najib kepada PAS secara terbuka di Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini, media pro-Umno BNBCC.my dan MYKMU.net telah menyerang Tuan Ibrahim secara berturut-turut dengan perkataan seperti "ego" dan "Anwarinas."

Dengan serangan sedemikian, sudah terang dan jelas bahawa Umno kini mensasarkan Tuan Ibrahim sebagai pemimpin PAS yang perlu dijatuhkan.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kalah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka pada PRU 13, namun bernasib baik menang jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti Jun lalu.

Kemenangan itu bukan bermakna beliau hebat tetapi lebih kepada nasib apabila sebilangan besar perwakilan sudah meluat dengan sikap Mohamad Sabu yang dilihat lebih sayangkan PKR dan DAP berbanding PAS sendiri.

Tuan Ibrahim juga mungkin menang kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong beliau kerana tidak ada calon lain walaupun Tuan Ibrahim bukan Adun mahupun ahli parlimen mewakili PAS.

Malangnya, selepas dipilih ke jawatan nombor dua parti, belang beliau tidak ubah sepert bekas pemimpin-pemimpin PAS yang keluar parti menubuhkan serta menyertai AMANAH.

Kebelakangan ini, beliau amat lantang mengkritik niat dan hasrat kerjasama antara UMNO dan PAS walaupun Presiden partinya dan beberapa pemimpin lain menunjukkan reaksi positif.

Semua tahu bahawa bergabung dan bekerjasama adalah dua perkara berbeza.

Bukan sahaja PAS, UMNO sendiri pun pasti tidak akan bergabung dengan parti itu sebaliknya apa juga usaha kebelakangan ini lebih kepada kerjasama untuk perpaduan Melayu dan Islam.

Hasil pada pertemuan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Hadi, pada Isnin kerajaan Terengganu menandatangani perjanjian bersetuju menjual air secara pukal kepada Kelantan.

Sebelum ini, ketika negara berdepan banjir luar biasa, kerajaan Pusat dan Kelantan bekerjasama membantu mangsa-mangsa banjir dan kini dalam proses menyediakan rumah kepada mereka yang terlibat bencana itu.

Itu namanya kerjasama.

Namun, Tuan Ibrahim yang juga kalah pada PRU 12 pada 2008 di kerusi DUN Kerdau, bekas pensyarah UiTM Jengka dan Manjung seolah-olah tidak suka kepada kerjasama yang sudah dilihat banyak pihak sebagai jalan membuka simpul mati PAS yang sudah lama menganggap UMNO musuhnya.

Sejak diuar-uarkan saranan kerjasama itu, kenyataan Tuan Ibrahim membayangkan seolah-olah PAS milik peribadinya dan parti itu tidak patut bekerjasama dengan UMNO yang pada fikirannya PAS sahajalah parti dengan pemimpin yang maksum.

Beliau menghina UMNO, mengungkit cerita lama yang membayangkan parti yang berjaya menanbah hingga 80 kerusi Parlimen itu lah yang zalim, tidak Islam dan sebagainya.

Sedangkan PAS sebenarnya semakin merosot dengan 23 kerusi pada PRU 12, tinggal 21 pada PRU 13 dan kini hanya berbaki 14 kerusi parlimen selepas 7 ahli parlimen menyertai AMANAH dan PKR.

Bagi beliau, pemimpin UMNO tidak boleh bercakap soal memulihkan imej Islam di negara ini.

Lihat sahaja jawapan balas beliau terhadap cadangan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang berharap PAS dan UMNO bekerjasama memberi keutamaan bagi memulihkan imej Islam.

Beliau dalam kenyataannya bersetuju saranan Menteri Pertahanan itu tetapi mencadangkan kepada UMNO sebagai kerajaan memerintah untuk melaksanakan beberapa perkara berikut sebagai mengambil langkah pertama untuk memperbaiki nama Malaysia dan Islam.

Antaranya Meminta Najib bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB.

Alasan beliau untuk memulihkan nama baik Presiden UMNO, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan.

Beliau juga mahu kerajaan menghapuskan GST kerana cukai itu bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai.

Tuan Ibrahim juga mahu Pusat berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera.

Kenapa, beliau membangkitkan perkara ini terutama meminta Najib bercuti dan mendakwa Pusat menganiaya Kelantan?

Kenapa dahulu beliau ketika Naib Presiden PAS tidak meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pembangkang atau ahli parlimen Permatang Pauh apabila berdepan kes liwat?

Benarkan Pusat menzalimi Kelantan sedangkan negeri itu antara yang menerima peruntukan tinggi dan pelbagai bantuan lain?

Teringat falsafah beliau mengenai buah-buahan.

Katanya, jadilah buah DURIAN, jangan buah KEDONDONG.

Durian, walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis.

Berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.

Nyatalah, Tuan Ibrahim kini sudah jadi buah kedondong di dalam partinya apabila bersikap menentang kerjasama UMNO dengan PAS~ AgendaDaily

Namun, apa yang tidak disangka Umno ialah kini bukan sahaja Tuan Ibrahim yang bersuara. Kedua-dua Naib Presiden PAS - Ustaz Idris Ahmad dan juga Datuk Iskandar Samad juga mengambil pendirian yang keras terhadap kerjasama Umno-PAS.

Malah Idris secara terang-terangan menyuruh ahli PAS yang inginkan Umno dan PAS bergabung untuk keluar PAS.

Soalan yang bermain di minda kini, apakah sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap apa yang berlaku?

Apakah beliau akan membiarkan Umno terus menyerang Tuan Ibrahim dan seterusnya Naib-Naib presidennya yang lantang bersuara menentang kerjasama antara Umno-PAS, atau bangkit membela mereka? ~ MalaysiaDateLine



Pengarah Perhilitan Ditahan Kes Sumbu Badak Hilang..

Posted: 25 Dec 2015 08:37 PM PST


Harapkan pagar, pagar makan padi.. sehari dua yang lalu seorang seorang bekas pegawai kanan polis dihukum penjara 100 tahun dan 15 kali sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur berusia 13 tahun..

Menariknya individu tersebut adalah Ketua Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) yang kini dah jadi bekas Ketua..

Ini satu lagi kes pagar makan padi..  yang diamanahkan untuk menjaga tapi merembatnya pula..

JOHOR BAHRU: Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini menyerahkan diri bagi membantu siasatan kehilangan sumbu badak berusia 100 tahun milik Muzium Diraja Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini, kira-kira jam 9 malam tadi.

Difahamkan, suspek berusia 46 tahun yang memulakan tugas pada Ogos lalu dipercayai melakukan perbuatan itu di hadapan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan di sini, kira-kira jam 2.30 petang pada 19 Oktober lalu.

Beliau berkata, kehilangan sumbu badak itu disedari oleh kakitangan muzium berkenaan selepas mendapati barangan terbabit yang dijemur di hadapan bangunan hilang pada kira-kira jam 2.30 petang.

Hasil siasatan dan penelitian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan pada hari kejadian mendapati barangan berkenaan diambil oleh suspek.

"Ketika kejadian, suspek dikatakan baharu selesai menghadiri mesyuarat bersama beberapa agensi lain di bangunan berkenaan, dan dipercayai ketika mahu pulang dia berbuat demikian dengan memasukkan sumbu badak itu ke dalam keretanya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, sebentar tadi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, barangan itu diserahkan suspek menerusi pemandunya kepada pihak pengurusan muzium dua hari selepas kejadian pada jam 8.15 pagi dengan keadaan baik.

"Pada mulanya suspek tidak mengaku mengambil barangan berkenaan, bagaimanapun rakaman wajah suspek dalam CCTV mengukuhkan lagi bukti siasatan polis, dan malam tadi suspek menyerah diri di IPD JBS," katanya.

Beliau berkata suspek akan direman esok bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan lapor Berita Harian

Bila amanah dah hilang macam itulah jadinya..persoalannya adakah kita semakin jauh dariajaran Islam?



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...