Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Semoga Ahmad Maslan Terasa Dengan Apa Yang Dr. Asri Kata Ni..

Posted: 28 Dec 2015 06:29 AM PST


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sesetengah pihak yang sepatutnya mencari penyelesaian bagi rakyat di kala kos sara hidup tinggi dan bukan membuat cadangan membebankan lagi rakyat.

Tanpa menamakan sesiapa, Asri berkata, untuk menjadi menteri, seseorang individu itu perlulah bijak dan tangkas. ‎

"Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan istimewa untuknya," kata Asri dalam laman Facebook rasmi DrMaza.com hari ini.

Sebelum ini, seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berpendapat, rakyat Malaysia melakukan 2 pekerjaan sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Portal Astro Awani memetik Ahmad sebagai berkata, pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.

Selepas cadangan menambah pendapatan dikritik hebat pengguna media sosial, ahli Parlimen Pontian itu mempertahankan kenyataannya dan berkata, beliau sendiri melakukan 3 kerja dalam satu masa. 

"Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno.

"Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal," katanya melalui akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini lapor The Malaysian Insider


Selain Dicalon Untuk Anugerah Kenyataan Terbangang Menteri, Saranan Ahmad Maslan Juga Dibidas MTUC Dan CEUPACS..

Posted: 28 Dec 2015 01:48 AM PST


Sebelum ini, Ahmad Maslan membuat saranan itu sebagai salah satu langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

Ahmad Maslan turut menjelaskan memiliki dua pekerjaan bukan perkara yang asing dan dilakukan di serata dunia.

Seperti biasa cadangan 'kurang bijak' ataupun dalam lain ayat 'cadangan bodoh' dari Ahmad Maslan yang sememangnya terkenal dengan kenyataan-kenyataan bodoh dipertikai oleh banyak pihak.



Selain dari Rafizi Ramli yang mahu mencadangkan supaya kenyataan Ahmad Maslan itu dicalonkan sebagai kenyataan 'terbangang Menteri', MTUC dan CEUPACS turut mempertikaikan kenyataan bodoh itu..

 Setiausaha Agung MTUC berkata, cadangan asal oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan itu dilihat berpotensi menjejaskan keluarga dan kesihatan pekerja.

Manakala CEUPACS pula melalui Presidennya berkata paling penting kadar upah yang dibayar pada kerja utama mampu untuk menyara kos sara hidup individu berkenaan dan secara keseluruhannya CEUPACS juga tidak menyokong kenyataan bodoh Ahmad Maslan itu..

Baca ni..

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan untuk menggugurkan saranan supaya mengalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki dua kerja dalam satu masa. 
Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam berkata, cadangan asal oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan itu dilihat berpotensi menjejaskan keluarga dan kesihatan pekerja. 
"Kajian mendapati memiliki dua pekerjaan boleh membawa impak negatif ke atas kesihatan, produktiviti dan masa bersama keluarga seseorang pekerja. 
"MTUC menggesa Kerajaan supaya memikirkan pendekatan dan merumuskan strategi berkesan bagi memastikan pekerja sama ada sektor swasta atau awam untuk meraih pendapatan mencukupi untuk keluarga serta diri mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 
Dalam pada itu kata N Gopal, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke perhatian Kementerian Sumber Manusia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari kaedah menaikkan gaji pekerja. 
"Kita berharap kerajaan menarik balik saranan itu dan tidak mengalakkan rakyat memiliki dua pekerjaan. 
"Kita juga berharap pertubuhan majikan untuk tidak menyokong saranan berkenaan," ujarnya.

CEUPACS turut mempersoalkannya kerana mengikut Perkara 5 (Pekerjaan Luar) Pengenalan Tatatertib Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), seseorang pekerja tidak boleh membuat kerja luar kecuali dibenarkan Ketua Jabatan dan dianggap tugas rasmi selain honoranium ditentukan oleh Perbendaharaan.

KUALA LUMPUR: Produktiviti kakitangan awam yang melakukan dua kerja dibimbangi akan terjejas kerana melakukan tugasan melebihi kemampuan diri. 
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, paling penting kadar upah yang dibayar pada kerja utama mampu untuk menyara kos sara hidup individu berkenaan. 
Secara keseluruhannya, kata Azih, CUEPACS tidak menyokong cadangan yang dilontar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan. 
"Fokus dalam kerja ini sudah jadi 100 peratus. Tidak boleh fikir soal lain, kecuali fikir hendak makan, hendak bayar sewa rumah, hendak hantar anak ke nursery, sekolah, utiliti, hendak bayar sewa kereta. 
"Kalau penjawat awam diberi kebebasan serupa, macam mana kekuatan kerajaan kalau pegawai perkhidmatan awam buat dua kerja untuk sara kehidupan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini. 
Sebelum ini, Ahmad Maslan berkata, realiti kehidupan masa kini memaksa individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. 
Jelasnya, tindakan sebegitu digalakkan oleh kerajaan sebagai salah satu usaha untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup. 
Mengikut Perkara 5 (Pekerjaan Luar) Pengenalan Tatatertib Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), seseorang pekerja tidak boleh membuat kerja luar kecuali dibenarkan Ketua Jabatan dan dianggap tugas rasmi selain honoranium ditentukan oleh Perbendaharaan. 
Selain itu, ia bukanlah untuk faedah diri, saudara-mara dan badan bukan berasaskan keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan. 
Ia juga perlu di luar waktu bekerja, tidak menjejaskan prestasi pegawai, serta tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam sendiri. 
Dalam pada itu, kata Azih, masih belum ada negara luar yang boleh dijadikan asas untuk konsep itu diikuti kalangan penjawat awam ~ AstroAwani

Nampak sangat bengongnya Ahmad Maslan itu.. jadi Menteri tapi undang-undang sendiri pun tak tahu..


Parti Politik Mana Yang Sultan Johor Maksudkan Ni?

Posted: 27 Dec 2015 11:14 PM PST


Sultan Johor menggesa semua ahli politik supaya berhenti menggunakan retorik perkauman dan agama untuk menyembunyikan kelemahan mereka, lapor The Star hari ini.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, ahli politik perlu memberi tumpuan kepada memberi khidmat kepada rakyat, bukan memecahbelahkan mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif.

"Saya tidak mahu ahli-ahli politik menggunakan kaum dan agama untuk mengeksploitasi sentimen rakyat untuk menutup ketidakcekapan mereka," titah Sultan Ibrahim dalam satu wawancara eksklusif bersama akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Baginda memberi amaran akan memanggil mana-mana ahli politik yang melakukan kesalahan itu di Johor untuk mendapatkan penjelasan, tidak kira sama ada mereka di pihak pembangkang atau kerajaan.

"Tolong jangan buang masa mewujudkan tajuk berita tanpa alasan yang kukuh. Hentikan retorik perkauman dan agama dan bekerja untuk rakyat.

"Memang, saya berharap ahli-ahli politik tidak akan menyemai rasa tidak percaya dan kecurigaan di kalangan rakyat dengan menggunakan isu-isu sensitif itu bagi menimbulkan keresahan dan ketegangan. Kita mesti kekal bersatu untuk menghadapi cabaran ekonomi dan politik."

Pengkritik mendakwa polarisasi kaum dan agama mencapai tahap kritikal tahun ini, dengan rakyat Malaysia menyaksikan pergaduhan di Plaza Low Yat dan Kota Raya di Kuala Lumpur serta perhimpunan baju merah yang disokong Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan baju merah, atau "Himpunan Rakyat Bersatu" pada 16 September lepas adalah satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah mereka dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ismail Sabri Yaakob menimbulkan kontroversi pada bulan Februari lalu apabila beliau menggesa orang Melayu memboikot peniaga Cina untuk menurunkan harga barang.

Pada Ogos, beliau mengilhamkan pembukaan pusat membeli-belah digital di mana hanya peniaga Melayu dan Bumiputera boleh membuka kedai di situ dan dipanggil "Low Yat 2", kurang sebulan selepas pergelutan kaum berlaku di pusat membeli-belah Low Yat di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Ismail juga menjadi juara dalam isu industri vape dengan berkata apa-apa sekatan hanya akan membunuh "perniagaan vape yang kebanyakannya dimiliki anak muda Melayu".

Sementara itu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa yang dilaporkan mengatakan rasisme dibenarkan Islam, akan tetapi kemudiannya menafikan kenyataan itu.


Kelengkapan Sekolahan Naik 30%, Ibu Bapa Terbeban.. Apa Tindakan Kerajaan?

Posted: 27 Dec 2015 07:56 PM PST


Wan Amri Wan Noridan bersyukur dengan perniagaan atas talian dilakukannya secara separuh masa kerana tanpanya, beliau tidak tahu apa yang boleh disediakan untuk kelengkapan persekolahan dua anaknya tahun ini.

Eksekutif Akauntan berusia 34 tahun itu adalah antara ibu bapa yang memberitahu The Malaysian Insider bagaimana harga kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan beg meningkat sebanyak 30% tahun ini berbanding 2014.

Peruncit mengakui perkara ini dan mendakwa kemerosotan nilai ringgit, ditambah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta harga kain yang meningkat – komponen utama pakaian seragam sekolah – menyumbang kepada kenaikan harga keperluan asas persekolahan itu.



"Tanpa perniagaan sampingan saya, adalah sangat sukar untuk berjimat sehingga akhir bulan bagi membeli keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak," kata Wan Amri, yang tinggal di Kelana Jaya.

Beliau menganggarkan perbelanjaan hampir RM500 untuk pakaian dan alat tulis bagi anak perempuan dan lelakinya yang kini masing-masing di Darjah 5 dan 2.

"Saya juga memperuntukkan RM100 setiap seorang untuk yuran sekolah mereka," kata Wan Amri dan menambah beliau juga memperuntukkan kira-kira RM1,600 bagi yuran prasekolah dua anak kecilnya.

"Apabila saya menghentikan seketika perniagaan atas talian dan hanya menumpukan kepada pekerjaan sepenuh masa, ia akan menjadi suatu yang sukar. Syukurlah saya dapat kembali melakukannya," kata Wan Amri, yang menjual produk kesihatan atas talian.

Pekerja gudang, Abdul Hamid Abdul Rani menganggarkan perbelanjaan untuk dua anak lelaki di sekolah menengah dan seorang anak perempuan di sekolah rendah bertambah sebanyak RM200 tahun ini.

Seperti Wan Amri, Hamid yang juga tinggal di Kelana Jaya tidak boleh bergantung hanya kepada gaji sepenuh masa untuk menyediakan keperluan persekolahan mereka.

"Satu perkara yang baik adalah syarikat saya memberi kami banyak peluang untuk melakukan kerja lebih masa. Saya perlu bekerja sekurang-kurangnya tambahan 2 jam sehari. Jika saya tidak mempunyai komitmen keluarga di rumah, saya juga akan bekerja pada hujung minggu," kata bapa berusia 48 tahun itu.

Tahun lepas, Hamid membelanjakan RM400 hingga RM500 untuk ketiga-tiga anaknya tetapi tahun ini ia meningkat kepada RM700.

Kedua-duanya, Wan Amri dan Hamid mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM7,000 ke bawah, mengikut pengiraan kerajaan, meletakkan mereka dalam golong berpendapatan sederhana.

Rancangan Malaysia ke-11 menggariskan kumpulan isi rumah yang memperoleh pendapatan antara RM3,800 dan RM8,300 dikategorikan sebagai golongan berpendapatan pertengahan atau kumpulan pertengahan 40% (M40).

Tetapi, biarpun ibu bapa yang dikategori berpendapatan tinggi iaitu mereka dalam kelompok 20% terpaksa lebih berhati-hati dalam perbelanjaan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.

"Kenaikan gaji kami tidak cukup untuk menampung kadar kenaikan harga barang," kata Sam Phuah, 42, dari Petaling Jaya, yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.

"Perbelanjaan saya meningkat sebanyak RM300 tahun ini berbanding tahun lepas atau hampir 30%," kata Phuah, merujuk kepada perbelanjaan untuk 2 anak perempuannya di sekolah rendah tahun ini.

Antara perkara yang naik adalah beg (RM300 untuk 2 beg beroda) dan tambang bas sekolah (RM240 untuk kedua-dua anak perempuannya).

Ibu bapa yang anak mereka berpindah daripada sekolah rendah ke sekolah menengah seperti Ganapathy Santhiran, terpaksa berbelanja lebih. Daripada memakai pakaian yang sama sebelum ini, mereka perlu membeli keseluruhan set baru.

"Kita juga perlu berhati-hati tentang jenis yang kita beli. Suatu ketika, seorang guru tidak membenarkan anak saya untuk memakai sepasang kasut yang saya beli kerana ia tidak memenuhi garis panduan sekolah.

"Tetapi saya sudah membuat pemeriksaan dengan kedai dan mereka berkata ia boleh diterima," kata ahli perniagaan berusia 47 tahun dari Klang yang membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk kedua-dua anaknya yang seorang di Tingkatan 1 manakala seorang lagi di Tahun 5.

Tukang jahit, Mohd Fauzi Ismail berkata, kos untuk menghasilkan pakaian seragam sekolah meningkat tahun ini berikutan harga kapas tinggi dan kain yang terpaksa diimport.

"Kenaikan harga ini adalah yang paling teruk saya lihat," kata Fauzi yang mendakwa harga bagi semeter kain sudah naik sehingga RM8.

Tinjauan tahun lalu mendapati kain untuk pakaian seragam berharga RM3.80 semeter.

"Kami cuba untuk mengekalkan peningkatan harga pada pakaian seragam kami pada kira-kira 10%. Kami tidak suka membebankan ibu bapa selagi kita boleh serap kenaikan itu kita akan serap," kata Fauzi, yang sudah menjalankan kedai jahitan di Shah Alam selama 20 tahun.

Jackie Tang yang menjual beg sekolah berkata, harga di hampir semua peruncit meningkat sebanyak 30% sejak semua barang diimport dari China.

"Hanya kira-kira 10% daripada beg yang dijual di Malaysia adalah dari Indonesia tetapi selebihnya adalah dari China. Oleh itu, apabila nilai ringgit jatuh, ia menjadi lebih mahal untuk mengimport," kata Tang yang sudah menjalankan perniagaan selama 10 tahun.

Oleh kerana Tang merupakan seorang pembekal, beliau dapat mengekalkan kenaikan harga pada tahap minimum.

"Peruncit lain perlu menaikkan harga apabila mereka membeli daripada pembekal yang juga mengenakan GST," kata Tang.

Menurut Jabatan Kastam, hanya perniagaan yang meraih perolehan melebihi RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar untuk membolehkan mereka mengena dan mengutip GST.

Walaupun pakaian seragam sekolah tidak dinayatakan secara spesifik sebagai item dalam senarai jabatan itu dikenakan GST, komponen lain seperti – baju, skirt,songkok dan tudung disenaraikan sebagai dikenakan cukai sebanyak 6%.

Kesemua alat tulis dikenakan GST kecuali buku tulis, buku latihan, buku latihan sains dan buku cerita yang merupakan sebahagian daripada kukurikulum pendidikan lapor The Malaysian Insider



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...