Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya.. Presiden Dan Timbalan Presiden YaPEIM Letak Semua Jawatan

Posted: 03 Dec 2015 06:30 AM PST


Mula-mula kita ucapkan syabas kepada National Oversight & Whistleblower (NOW) yang telah mendedahkan kepada umum tentang skandal YaPEIM ini..

Pendedahan NOW menunjukkan individu terutamanya Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil iaitu Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM memegang 12 jawatan dalam YaPEIM dan anak syarikatnya dengan pendapatan RM 73,000.00 sebulan.

Manakala Pemimpin Wanita UMNO Kelantan, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang juga Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM memegang sekurang-kurangnya tujuh jawatan didalam YaPEIM dan anak syarikatnya dengan pendapatan RM 45,500.00 sebulan.

Suaminya iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan sebanyak RM 5,000 sebulan.

Selain suami, anak pemimpin Wanita UMNO itu juga telah dilantik memegang enam jawatan dalam YaPEIM dan anak syarikatnya pendapatan bulanan mencecah RM31,200 sebulan..

Pendedahan itu telah menyebabkan Najib mengeluarkan arahan supaya dibentuk satu pasukan khas atau 'task force' bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.

Oleh itu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin.

Dan dalam masa yang sama beliau mengumumkan presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM..

"Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.  
Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.  
"Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.  
"Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini," katanya - The Rakyat Post

Semoga kekosongan dalam jawatan itu diisi oleh anak-anak Malaysia yang berugama Islam yang lebih layak..

Jangan pulak bila isu dah reda depa sapu balik jawatan tu...


Timbalan Menteri Saran Guna Kad Kredit Untuk Tambang ERL Lebih Murah..

Posted: 03 Dec 2015 12:00 AM PST


Suatu masa dulu Kerajaan pernah tidak menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan kad kredit berikutan ramai anak muda yang muflis berikutan tidak mampu untuk membayar semula hutang kad kredit..

Beberapa usaha dijalankan seperti mengetatkan syarat mereka yang berkelayakan untuk menggunakan kad kredit dan meninggikan kadar gaji untuk permohonan kad kredit...

Tiba-tiba Timbalan Menteri lantikan Najib ni mahu rakyat guna kad kredit pula..

Orang ramai boleh menggunakan kad kredit bagi mendapatkan diskaun 40 peratus bagi tambang Express Rail Link (ERL). 
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah itu bagi tambang pengangkutan awam tersebut untuk mendapatkan kadar tambang murah. 
"Kalau hendak murah, ada pakej travel kad, very cheep, boleh dapatkan maklumat dengan pihak ERL. Ada tiga pakej hingga kurang 40 peratus daripada harga tiket yang diumumkan. 
"Ada pakej yang disediakan untuk penumpang bagi mendapatkan harga yang lebih murah sehingga diskaun 40 peratus. Ada banyak pilihan, (pengguna) boleh beli melalui kad kredit," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Rabu. 
Mengulas lanjut, pihaknya bersedia bertemu dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) untuk berbincang mengenai kenaikan itu. 
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan terpaksa meluluskan kenaikan tambang susulan ia tidak pernah naik sejak 14 tahun lepas. 
Katanya, kos operasi ERL meningkat dua kali ganda ekoran kenaikan sebanyak RM20 daripada harga asal. "Selama 14 tahun harga tiket itu harga lama dan kos operasi meningkat," ujarnya. 
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD). 
Kadar tambah baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini lapor Free Malaysia Today

Persoalannya disini ialah kalau menggunakan kad kredit Timbalan Menteri ini kata boleh menjimatkan hingga 40%, kenapa mekanisma penjimatan itu  tidak di gunapakai dalam pembayaran secara tunai atau menggunakan pas bulanan?

Walaupun dikatakan menjimatkan sehingga 40 peratus, kenaikkan itu tetap perlu diserap oleh pengguna dimana mereka tetap perlu menambah wang untuk membayarnya..


Tahniah Najib!! Sebab Berjaya Melonjakkan Hutang Negara Menjadi RM623.3 bilion

Posted: 02 Dec 2015 10:00 PM PST


Ini satu pencapaian luar biasa yang secara amnya boleh dilihat jauh lebih luar biasa dari pencapaian Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dulu..

Pada akhir Jun 2013, jumlah hutang negara adalah sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Timbalan Menteri Kewangan ketika itu Datuk Ahmad Maslan. 

Beliau berkata hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar.

"Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kerajaan dan sektor swasta," katanya ketika menjawab soalan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Tambah Ahmad hutang Kerajaan Persekutuan melibatkan hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri.

"Sehingga 30 September, 2013, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM529.2 bilion atau 53.6% daripada KDNK.

"Daripada jumlah tersebut sebanyak RM512.3 bilion atau 96.8% merupakan hutang dalam negeri manakala baki RM16.9 bilion atau 3.2% merupakan hutang luar negeri," katanya.



Kemudiannya pada 18 Mei 2015, kehebatan Najib sebagai Menteri Kewangan menyinar lagi..

Jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac lepas sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), persidangan Dewan Rakyat diberitahu. 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus atau RM579.2 bilion merupakan hutang domestik manakala RM17.6 bilion atau tiga peratus lagi membabitkan pinjaman luar pesisir.  
"Kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) dalam sesi soal jawab dalam satu persidangan Dewan Rakyat.  
Chua berkata kerajaan Persekutuan juga kekal komited dalam memastikan paras hutangnya tidak melebihi 55 peratus daripada KDNK.  
"Bagi memastikan paras hutang kerajaan kekal rendah dan terurus, langkah konsolidasi fiskal akan terus diamalkan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat," katanya.

Semakin lama semakin menyinar kehebatan Najib sebagai Menteri Kewangan.. dalam masa yang singkat beliau telah berjaya melonjakkan hutang negara dari RM579.2 Billion kepada RM623.3 Billion..

Dalam masa lebih kurang enam bulan sahaja Najib telah berjaya menambah hutang negara lagi RM44 Billion.. atau RM44,000,000,000.00 sahaja..

Dan dalam masa hanya lebih kurang tiga tahun Najib berjaya melonjakkan hutang negara dari RM284.7 bilion kepada RM623.3 Billion.. lebih dari 100% tu.. cayalah lu Najib..

Macai tentu bangga dengan pencapaian Najib itu...

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR - Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan setakat 30 September 2015, berjumlah RM623.3 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani.  
"Daripada jumlah berkenaan 96.4 peratus atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6 peratus adalah pinjaman luar pesisir dalam pelbagai denominasi mata wang," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 
Beliau menjawab soalan Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang mahu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai jumlah hutang Kerajaan Persekutuan. - Bernama



Kedai Mamak Tak Kena GST – Noh Omar

Posted: 02 Dec 2015 07:32 PM PST


"Yang berhormat mungkinlah kot, nak makan hotel besar-besar mungkin lah kena GST, kalau setakat makan dekat kedai mamak mana kena GST," demikian ayat yang keluar dari mulut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar terhadap Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Kenyataan yang dibuat oleh Noh itu menyebabkan Forum Masa Depan Malaysia Ke Arah Wawasan 2020, Mampukah Kita? di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Rabu menjadi kecoh seketika.

Menyedari kenyataan itu menimbulkan kekecohan, Noh berjanji bahawa beliau akan memberikan kerjasama untuk mengambil tindakan terhadap restoran mamak yang mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pelanggan.

"Baik. Saya akan beri kerjasama. Tolong bagi tahu dengan saya, saya berjanji… saya berjanji kepada saudara.

"Kalau ada mana-mana restoran yang tidak ada berdaftar dengan nombor pendaftaran GST, dia kenakan GST, saya berjanji saya akan pastikan kita akan ambil tindakan terhadap restoran itu.

"Lepas ini saudara boleh jumpa dengan saya, kita pergi sama-sama minum kedai itu dengan saya. Saya janji..saya pergi minum bawa kedai yang saudara katakan kenakan GST itu. Saya nak tengok," katanya.

Sebelum itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang mempertahankan perlaksanaan GST oleh kerajaan

Menurutnya, kebanyakan pasaraya telah memaparkan barangan-barangan yang dikenakan GST.

"Pergi Giant, pergi supermarket..kan dia ada bagi yang mana kena GST, yang mana tidak ada GST. Dia dah asingkan yang berhormat. Jangan kata semua kena GST," katanya lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...