Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Maksud Saya Berniaga Di Internet, Bukan Buat Dua Kerja, Kata Ahmad Maslan

Posted: 30 Dec 2015 04:30 AM PST


Datuk Ahmad Maslan mendakwa kenyataannya mengenai "dua kerja" disalah tafsir kerana beliau bermaksudkan menceburi perniagaan atas talian.

Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata apa yang cuba dilontarkannya berniat baik namun disalah tafsir akibat laporan negatif media tertentu.

"Saya kata (selain) kerja sedia ada, buat perniagaan atas talian kerana rakyat Malaysia ini minat media sosial.

"Kadangkala ber-WhatsApp sampai jauh tengah malam. (Menggunakan) Facebook, Twitter dan lain-lain, tidak tahulah hasil apa yg mereka dapat itu?

"Alangkah eloknya kalau mereka belajar tentang e-dagang, dalam digital ekonomi ini boleh menambah pendapatan," katanya dalam satu sidang media di Menara Matrade hari ini.

Warga media sosial hangat membicarakan kenyataan Ahmad di Twitter, menggunakan kata kunci #2kerja, selepas ketua penerangan Umno menyifatkan tidak janggal melakukan kerja kedua.

Ahli Parlimen Pontian menyifatkan beliau sendiri melakukan tiga kerja iaitu sebagai timbalan menteri, ketua penerangan parti dan ahli parlimen.

Ahmad hari ini mendakwa media memutar belit kenyataannya untuk mencetuskan kontroversi.

"Apa kata kalau kita spin sesuatu itu ke arah positif. Kalau kita spin suatu perkara ke arah negatif maka selamanya negatif dan kita tidak dapat mencapai apa-apa manfaat.

"Jadi janganlah apa saya cadang dilihat sudut negatif, harap dilihat dari sudut positif. Punca saya beri pandangan itu kerana saya lihat potensi online business ini," katanya lapor The Malay Mail


Gagal Selesai 1MDB, Najib Kencing Rakyat Lagi Kata Anina

Posted: 30 Dec 2015 12:12 AM PST


Rakyat Malaysia bukan sahaja menanti detik terakhir 2015 yang bakal melabuhkan tirainya pada 31 Disember, tetapi juga janji dan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum akhir tahun ini.

Kegagalan Najib menyelesaikan kemelut syarikat 1MDB yang sarat dengan hutang menjelang 31 Disember (esok) seperti yang dijanjikan beliau bermakna beliau telah menipu dan kencing rakyat Malaysia sekali lagi.

Bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata demikian, ekoran tempoh masa yang diberikan oleh beliau sendiri hanya tinggal sehari dan masih belum memutuskan atau tampil dengan sebarang keputusan yang konkrit dan jelas.

"Saya mahu Datuk Seri Najib tahu bahawa 30 juta rakyat Malaysia memiliki azam tahun baru yang mungkin tidak pernah berlaku kepada kesemua 180 negara seluruh dunia. Mereka mahu Perdana Menteri yang telah kencing tiga juta ahli UMNO dan 20 juta rakyat Malaysia meletakkan jawatan pada 1 Januari 2106.

"Tiada peluang kedua untuk membina Malaysia yang berhadapan kehancuran ekonomi dan demokrasi sekiranya Datuk Seri Najib terus menerajui negara ini. Percayalah, sekiranya beliau terus cuba menutup kegagalan dan penipuannya dengan melakukan penipuan-penipuan lain, ianya akan menghancurkan Malaysia," katanya ketika dihubungi.

Anina yang dipecat dari UMNO kerana memperjuang parti turut mengingatkan Najib supaya tidak menghancurkan hidup dan masa rakyat kerana ia akan menjadikan Presiden UMNO itu dilihat sebagai mayat hidup yang tidak mempunyai jiwa.

"Apa lagi yang Datuk Seri Najib mahu dalam hidup? Datuk Seri Najib memiliki isteri yang sungguh cantik, anak-anak yang berjaya, kesenangan hidup dan pernah berkhidmat berpuluh tahun dalam kabinet sehingga menjadi Perdana Menteri. Segalanya telah DS kecapi dalam hidup," katanya.

Mengulas lanjut, dia turut menyeru rakyat negara ini supaya berdoa agar keputusan Mahkamah Tinggi esok berhubung permohonan Perdana Menteri untuk mengenepikan saman yang dilakukannya gagal demi mencari keadilan yang sebenar lapor Free Malaysia Today


‘Sultan Melaka’ Gila, Anugerah ‘Datuk’ Tak Laku, kata Ketua Menteri

Posted: 29 Dec 2015 09:22 PM PST


Individu yang mengaku dirinya sebagai "Sultan Melaka" adalah watak lakonan yang dibawa oleh orang tidak waras, dakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Justeru, Idris berkata anugerah darjah kebesaran yang diberi oleh Sultan Melaka itu tidak berharga kerana tidak diiktiraf kerajaan negeri dan persekutuan.

"Dalam isu ini saya berpendapat bahawa dia [seperti] orang gila atau hidup dalam alamnya sendiri, Sultan Melaka ini sebagai satu lakonan oleh pihak yang mungkin tidak waras," katanya dipetik laporan Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas tentang Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka dan memberi anugerah kebesaran seperti yang tersebar di media sosial dan internet baru-baru ini.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah yang mendapat Darjah Paduka Mahkota Melaka (DPMM) dengan gelaran Datuk Paduka.

Idris berkata, pihaknya sudah mengarahkan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar membuat laporan polis jika Raja Noor Jan didapati mengganggu gugat ketenteraman awam di negeri ini.

"Saya percaya polis mempunyai beberapa akta yang boleh diguna pakai ke atas pihak yang terbabit," katanya.

Katanya, kerajaan negeri tidak mengiktiraf anugerah kebesaran disampaikan oleh individu yang mengaku dirinya sebagai sultan, pertubuhan, persatuan, badan kebudayaan dan adat dari dalam dan luar negara.

Tahun lalu, Raja Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Raja Noor Jan atau nama sebenarnya Noor Jan Tuah yang berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak ditahan ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka dipercayai menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka"- The Malaymail Online


2015 Akan Berakhir, Adakah Najib Akan Selesaikan Isu 1MDB Seperti Yang Dijanjikan Atau Dia Kencing Lagi?

Posted: 29 Dec 2015 04:30 PM PST


Tahun 2015 sudah menghampiri penghujungnya cuma tinggal hanya dua hari lagi..adakah dalam masa dua hari ini Najib mampu menyelesaikan isu 1MDB seperti yang telah dijanjikannya pertengahan tahun 2015?

Adakah kita akan menyaksikan hampir 1,500 Ketua Penerangan dan Setiausaha Bahagian UMNO seluruh negara yang menganga mendengar kata-kata Najib di PWTC dikencing dengan jayanya oleh Najib?

Pada 14 Jun 2015 Najib Razak dengan penuh yakinnya memberi jaminan bahawa isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Percaya dengan auta Najib itu berkatalah seorang penjilatnya "1MDB adalah entiti perniagaan dan semua transaksi perniagaan yang diterangkan oleh Perdana Menteri di majlis itu berbeza dengan apa yang dikatakan di media sosial atau pembangkang.

"Bukan mudah untuk menguruskan perniagaan yang besar, ia mengambil masa dan beliau meminta rakyat supaya memahaminya.

"Berikan masa yang cukup kepadanya dan beliau akan menyelesaikan masalah 1MDB ini dalam masa beberapa bulan," katanya.

Kemudiannya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan pada bulan 22 Ogos yang lalu sekali lagi Najib memberi jaminan hutang 1MDB sebanyak RM42 billion akan diselesaikan menjelang hujung tahun ini..

"Sebelum ini kita bagi masa enam bulan untuk selesaikan hutang tersebut, sekarang hanya tinggal lima bulan lagi. Saya yakin menjelang hujung tahun ini segala hutang 1MDB akan selesai," katanya ketika itu.

Tak cukup dengan Najib muncul pula seorang Menteri pada 15 Oktober dalam Rancangan Soal Jawab TV3 berkaitan topik, 'Ekonomi Negara' mmenegaskan Isu berkaitan 1MDB akan diselesaikan sebelum akhir tahun..

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi kenyataan bahawa isu 1MDB akan diselesaikan dalam masa enam bulan bermakna sebelum hujung tahun ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

"Ia diberi penekanan lagi apabila kerajaan mengambil langkah proaktif antaranya menjual aset 1MDB dan menggunakan hasilnya untuk membayar dan mengurangkan hutang.

"Proses ini akan dijalankan secara mesra pasaran dan telus," katanya ketika ditemu bual itu..

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin juga berkata, Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun ini.

Tapi tak keluar-keluar lagipun...

Justeru, 2015 yang akan berakhir pada 31 Disember bukan sahaja turut dinanti-nantikan ahli UMNO, malah jutaan rakyat Malaysia yang masih berteka-teki tentang hutang syarikat 1MDB.

Adakah kita akan dikencing lagi oleh Najib??.. Bersamalah kita nantikan...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...