Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sungguh Memalukan, Angkara RM2.6 Billion Diterima Najib, Malaysia Disenarai Dalam 'Skandal Rasuah Terburuk 2015'..

Posted: 31 Dec 2015 08:30 AM PST


Yang kenyang itu Najib sebab RM2.6Billion dah masuk ke dalam akaun dia, yang mendapat malu itu rakyat Malaysia..

Kerana RM2.6 Billion yang masuk ke dalam akaun Najib itu Malaysia telah disenaraikan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.

"Skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015' itu diberikan kepada Malaysia oleh foreignpolicy.com dalam laporannya dua hari lalu.

Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.

Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.

Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.

Baca laporan dari The Malaysian Insider ni..

Sumbangan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak menempatkan Malaysia dalam senarai "Skandal Rasuah Terburuk 2015" yang dikeluarkan majalah Foreign Policy, bersama dengan FIFA, Nigeria, Honduras dan Guatemala.

Dalam satu artikel dimuat naik di laman sesawangnya pada Selasa, majalah berpangkalan di Washington itu menyifatkan sumbangan tersebut, sebagai "skandal rasuah yang pelik".

Penulis Siobhan O'Grady berkata, wang itu mengikat Najib "secara langsung" kepada satu penyiasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada November lalu, beliau mempunyai peluang muncul di tengah-tengah skandal itu berlaku.

"Empat bulan sebelum itu, Wall Street Journal melaporkan kir-kira AS$700 juta dana negara disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang tidak sepatutnya disalurkan ke situ."

O'Grady berkata, walaupun Najib memperlekehkan laporan WSJ sebagai tidak tepat, artikel itu disiarkan selepas 1MDB gagal melunaskan hutang mengikut jadual pembayarannya.

"Obama mendakwa beliau sudah menimbulkan persoalan mengenai rasuah semasa pertemuan peribadinya dengan Najib, tetapi secara terbuka beliau berkata hanya kerajaan perlu menyimpan impian untuk menjadi lebih bertanggungjawab, lebih terbuka, lebih telus, untuk membasmi rasuah," tulis O'Grady.

Tapi.. orang kata macai tak malu walaupun Presiden mereka dah memalukan negara, sebab macai-macai tak keluar negara pun.. jadi nak malu apanya?

Pelik bukan?.. dunia luar menganggap apa yang Najib terima itu sebagai rasuah.. tapi rakyat negara ini dipaksa menerima bahawa RM2.6 Billion itu sebagai derma..


Pihak Berkepentingan Politik Mana Sering Menganggu Sirul Ni?

Posted: 31 Dec 2015 06:42 AM PST


Sirul Azhar Umar yang kini sedang ditahan pihak berkuasa Australia sering diganggu pihak-pihak tertentu termasuk melalui panggilan telefon sepanjang berada di sana, dedah peguamnya.

Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, anak guamnya itu turut 'dinasihatkan' agar memecat peguam yang mewakilinya.

"Mungkin soalannya adalah, ada atau tidak orang yang mengganggu Sirul? Kami mendapat maklumat dari Sirul bahawa ada pihak yang cuba untuk menghubunginya.

"Malah ada beberapa orang yang telah datang ke pusat tahanan beberapa kali cuba untuk mendapatkan akses kepadanya tapi sudah tentu, dia menolak untuk bertemu mereka," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu Sirul.

Menurutnya juga, ada pihak yang berjaya menghubungi Sirul di sana dengan menawarkan pelbagai tawaran 'menarik' untuk anak guamnya itu.

"Kami tahu ada yang telefon daripada luar negara dan kami juga tahu ada pihak yang menawarkan langkah penyelesaian kepada masalahnya untuk membantu dia.

"Dan juga ada saranan agar dia membuang peguamnya yang 'tidak buat kerja dengan baik'. Ini maklumat yang kami terima dari Sirul dan kami ada bukti," katanya.

Beliau juga mendedahkan panggilan kepada Sirul itu turut datang dari negara ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berpendapat cubaan pihak-pihak tersebut mempunyai kepentingan politik.

"Apa yang saya boleh kata, agak ketara bahawa kumpulan-kumpulan tertentu ini yang cuba mendapatkan Sirul mempunyai kepentingan politik terhadap apa yang Sirul akan cakap atau apa yang mereka mahu Sirul cakap.

"Ini pandangan peribadi saya terhadap perkara ini. Saya sedar memang ada pihak yang mempunyai kepentingan politik ini," katanya.

Dalam perkembangan keadaan Sirul di sana yang ditemuinya kira-kira seminggu lalu itu, Kamarul memberitahu Sirul masih dalam keadaan baik dan masih menerima layanan yang baik dari pusat tahanan tersebut.

13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Sirul seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telahpun berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober tahun lalu.

Kehilangannya menyebabkan Polis Diraja Malaysia terpaksa mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejaki Sirul.

Interpol kemudian mengeluarkan notis merah sebagai dokumen perisytiharan bahawa lelaki itu diburu untuk ditahan bagi tujuan diekstradisi.

Bagaimanapun dalam kes Sirul, timbul masalah apabila Australia sebagai negara yang bukan sahaja tidak mengiktiraf hukuman mati malahan juga menentang keras hukuman tersebut dijalankan dalam sistem perundangan negara lain ~ Sinar Harian


Aset Negara Dijual Untuk Kambus Hutang 1MDB Dakwa Rafizi

Posted: 31 Dec 2015 01:45 AM PST


Perjanjian jual beli antara 1MDB dan syarikat asing dalam pembangunan Bandar Malaysia mengesahkan lebih banyak aset dan projek negara akan jatuh ke syarikat asing, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau mengulas tindakan 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

"CREC akan mempunyai 40 peratus dari 60 peratus pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24 peratus di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik,"

"Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini bahawa kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset-aset penting negara akan dijual demi untuk mengambus hutang besar 1MDB," katanya dalam kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek lebih besar yang berkait rapat dengan Bandar Malaysia iaitu pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur–Singapura.

Projek itu dijangka menelan belanja USD11 bilion atau bersamaan RM47 bilion jika mengikut kadar tukaran semasa, kata Rafizi.

"Saya berani meneka bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek itu juga kepada syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan China.

"Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu-isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly," katanya.

Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian antara 1MDB dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion lapor Malaysiakini


Rani Kulup Sound Ketua Menteri Melaka Sebab Kata Sultan Melaka Gila..

Posted: 30 Dec 2015 11:52 PM PST


Ketua menteri Melaka tidak sewajarnya melabelkan individu tertentu sebagai tidak waras tanpa mengenalinya terlebih dahulu, kata ketua Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia.

Abdul Rani Kulup Abdullah, yang popular dengan slogannya "kipidap," mengulas kenyataan Datuk Seri Idris Haron semalam yang menyifatkan Noor Jan Tuah seorang "yang mungkin tidak waras."

Lelaki berasal dari Perak itu, yang memakai nama baru Raja Noor Jan Shah Tuah, mengaku dirinya sebagai sultan Melaka.

Menulis di Facebook, beliau memberi anugerah kebesaran kepada Abdul Rani, yang didakwa Isnin lalu tetapi tidak dinyatakan lokasinya.

 Dalam foto di media sosial itu, Abdul Rani menyerah bukunya "Ayahanda Rani Kulup #kipidap," yang dilancarkan September lalu, kepada Noor Jan dengan poster besar di belakang mereka bertarikh 28 September 2013.

Mengulas anugerah tersebut, Idris berkata darjah kebesaran yang diberi oleh "sultan" itu tidak berharga kerana ia tidak diiktiraf kerajaan. 

Abdul Rani, popular selepas sering membuat bermacam-macam aduan polis di sini, diberikan anugerah "Darjah Paduka Mahkota Melaka" oleh Noor Jan, yang disifatkan oleh ketua menteri itu sebagai seseorang yang "hidup dalam alamnya sendiri."

Abdul Rani menggesa Idris tidak memberi label negatif itu kerana tanggapan buruk itu "bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri."

"Sebagai pemimpin tertinggi di Melaka, Idris perlu tunjuk contoh yang baik dan bukan semudahnya label orang itu gila atau tidak waras.

"Idris bercakap macam dia ada masalah peribadi dengan 'sultan' itu. Ini bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri," katanya, yang suka membahaskan dirinya 'Ayah,' kepada ProjekMMO semalam.

"Ayah nak tanya Idris, adakah dia sudah kenal betul dengan 'sultan' Melaka itu sampai dia tahu orang itu gila atau tidak? Jangan mudah bagi kenyataan macam-macam. Biar pihak polis yang siasat dulu, kemudian barulah buat keputusan."

Tahun lalu, Noor Jan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung beberapa majlis penganugerahan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf kerajaan.

Noor Jan, 57, berasal dari Kampung Teluk Perang, Perak ditahan ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka dipercayai menghadiri majlis kesyukuran wujud kembali "kesultanan Melayu Melaka."

Pada 14 November 2005, Noor Jan dilaporkan muncul bersama dua daripada empat "permaisurinya" di istiadat penganugerahan watikah gelar adat kesultanan Melaka ke-44 yang dihadiri 500 pengikutnya di sebuah dewan di Gombak, Selangor ~ The Malay Mail


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...