Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ahli MT UMNO Kaki Bodek, Minda Lemah Dan Otak Udang, Khairuddin Kata..

Posted: 04 Dec 2015 06:00 AM PST


Tahanan penjara selama dua bulan gagal mematahkan semangat Datuk Khairuddin Abu Hassan daripada beliau terus membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan para penyokongnya. 

Dalam Facebook beliau melemparkan pelbagai cemuhan khususnya berhubung tindakan Umno yang menghalang timbalan presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada berucap kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno minggu depan.

"Saya selaku bekas naib ketua Umno bahagian merasa amat malu dengan kepimpinan parti pada hari ini yang telah memimpin parti seolah-olah ia hak 'bapa' mereka punya!" katanya.

Khairuddin mempersoalkan sehingga bila kepimpinan Umno akan terus menipu ahli-ahli dan mengecam anggota Majlis Tertinggi Umno sebagai "kaki bodek", "minda lemah" dan "otak udang".

Bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan itu menggesa semua ahli parti supaya menentang sekeras-kerasnya keputusan mesyuarat MT lalu yang amat tidak adil kepada Muhyiddin.

"Umno semakin gila babi!

"Ini petanda jelas kalangan kaki bodek, minda lemah dan otak udang yang menduduki kerusi-kerusi MT adalah di antara yang sedang merosakkan parti ini.

"Kita tidak seharus takut pada golongan bangang ini. Semua keputusan bodoh mereka mesti ditentang. Ini penting untuk selamatkan masa depan parti Umno yang kita sayangi," katanya.

Khairuddin, yang kini dibebaskan atas ikat jamin, berkata beliau sering berdoa agar anggota MT disepak keluar kerana semua mereka ibarat 'lembu dicucuk hidung' dan tidak layak untuk memimpin.

"Setiap ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi jangan memberikan walaupun satu undi kepada mereka pada musim pemilihan akan datang sekiranya kita mahu jaminkan parti Umno terus relevan di hati sanubari rakyat," katanya.

Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang ditahan atas dakwaan cuba mensabotaj ekonomi negara selepas memfailkan beberapa laporan terhadap 1MDB di luar negara.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, pemimpin Umno itu menafikan beliau bertindak atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Najib berundur.

Khairuddin juga menganggap perdana menteri "bermuka tembok" lapor Malaysiakini


Jururawat Dakwa Dibuang Kerja Kerana Berpakaian Menutup Aurat

Posted: 04 Dec 2015 12:47 AM PST


Hanya kerana menutup aurat seorang jururawat melalui tekanan emosi dari majikannya dan akhirkan ditamatkan kerja.

Itulah keperitan yang dilalui oleh Naziah Sauni Samat, 24, yang bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota selama dia berkhidmat di pusat rawatan itu sejak September lalu.

Naziah ketika ditemui di Astro AWANI Jumaat mengakui dia menyedari bahawa pakaian seragam hospital itu adalah berlengan pendek.

Dia sendiri telah memberitahu pegawai kanan hospital itu bahawa dia tidak menerima tawaran pekerjaan di situ sekiranya tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang.

"Semasa menjahit pakaian seragam berlengan panjang itu, Jabatan Sumber Manusia hospital itu melarang saya dari berbuat demikian namun saya memberitahu mereka tentang kebenaran yang diperoleh dari pegawai kanan di situ.

"Dua bulan selepas baju seragam saya siap, segala masalah bermula. Pihak Sumber Manusia telah menyuruh saya memotong lengan pakaian seragam itu. Saya mengadu kepada pegawai kanan yang sama.

"Saya terkejut apabila dia berkata tidak pernah memberi kebenaran memakai pakaian seragam lengan pendek," katanya.

Naziah turut mengaku yang dia mengalami tekanan emosi apabila dia dianggap berdegil kerana tidak mematuhi arahan hospital. Sehubungan dengan itu, dia telah disuruh balik selepas tiba di hospital untuk bertugas.

Akibat tertekan, wanita ini membuat keputusan untuk tidak pergi kerja selama tiga hari.

Namun, Naziah mengubah fikirannya dan membuat keputusan untuk akur dengan kehendak majikannya. Lengan pakaian seragamnya dipotong dan memakai stokin lengan berwarna kulit.

"Saya diarahkan menanggalkan stokin lengan tersebut dan diberitahu jika tidak, saya tidak dibenarkan bekerja. Saya tidak menanggalkan stokin lengan itu. Majikan kemudian mengarahkan saya supaya datang bekerja hanya selepas saya mematuhi etika pemakaian hospital itu.

"Tidak lama selepas itu, saya diberitau bahawa saya telah diberhentikan kerja dengan alasan saya tidak hadir bertugas tanpa sebab," katanya.

Naziah turut mendapatkan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengadakan perbincangan dengan wakil hospital itu.

Selepas perbincangan itu, pihak hospital telah membuat laporan polis mengenainya.

Tidak berapa lama kemudian, Naziah membuat laporan polis.

Dalam laporan itu, wakil hospital menyatakan bahawa kakitangan Islam hospital itu harus berpakaian seragam seluar panjang, kemeja pendek dan anak tudung dan ini tidak dibantah oleh mana-mana kementarian dari kerajaan sehingga hari ini.

Laporan itu turut berkata, ini adalah 'standard dress code' untuk setiap kakitangan hospital itu. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara ini tidak harus berlaku.

"Di Malaysia, amalan beragama dibenarkan dan sesiapa pun boleh mengamalkan kepercayaan mereka. Kita rasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini.

"Jika ia berterusan, ia tidak menggalakkan perpaduan. Pihak kami menggesa Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan JAKIM mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya dalam setahun, PPIM biasanya menerima lebih 20 kes yang jatuh dalam golongan diskriminasi agama.

Buat masa ini, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan reaksi hospital swasta itu.



Oh! Palsu Rupanya Jemputan Ke Birthday Rosmah Dengan Tema 'Aloha' Tu..

Posted: 03 Dec 2015 10:55 PM PST


Pembantu Rosmah Mansor menafikan penganjuran sambutan ulang tahun kelahiran isteri perdana menteri yang bertemakan "aloha" di Putrajaya.

"Tiada majlis sedemikian sebagaimana yang telah disebarkan. "Harap maklum," kata Rizal Mansor.

Rizal mengumumkan penafian itu di Facebook beliau hari ini.



Sebaran palsu itu antaranya menyebut sambutan itu akan diadakan pada petang 13 Disember di sebuah dewan di kediaman perdana menteri di Seri Perdana.

Ia antaranya turut meminta pengesahan kehadiran dibuat dahulu selain menyatakan menggunakan tema pakaian gaya Hawaii "aloha" lapor Malaysiakini


Dua Bekas Hakim Tolak 'Subjudis' Diguna Untuk Najib Elak Jawab Isu RM2.6Billion..

Posted: 03 Dec 2015 06:53 PM PST


Dua bekas hakim Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan hujah subjudis yang dikemukakan oleh pihak kerajaan sebagai sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab soalan di Parlimen berhubung RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya oleh seorang penderma dari Timur Tengah.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berkata perkara subjudis tidak timbul sama sekali, kerana isu itu tidak didengar di mana-mana prosiding mahkamah.

"Sesuatu siasatan (yang berjalan terhadap sesuatu perkara), bukan satu prosidng kehakiman. Peraturan mengenai subjudis wujud untuk mencegah perbicaraan oleh media atau dengan cara luaran yang lain supaya hakim dan juri tidak akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar dalam membuat penghakiman atau keputusan," kata Mohamad Ariff kepada Malaysiakini.

Menurutnya, apabila sesuatu isu telah memasuki domain awam dan terdapat minat kepentingan awam yang mendalam untuk mencari kebenaran terhadap perkara itu, maka tidak ada isu subjudis jika tidak ada prosiding kehakiman mengenai perkara itu yang sedang berjalan.

Isu sebenar dalam kes ini, kata Mohamad Ariff ialah kebebasan dan akses kepada maklumat mengenai perkara yang mempunyai kepentingan awam.

Mohamad Ariff, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi, menolak prosiding menghina mahkamah yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) terhadap peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berhubung kenyataan beliau mengenai pengambilalihan industri air, ketika mewakili kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, seperti ia dilaporkan dalam Harakah.

Beliau memutuskan bahawa mahkamah perlu berhati-hati dalam menggunakan prosiding menghina untuk menyekat kebebasan bersuara dan dalam memetik Lord Denning, beliau berkata "komen yang adil tidak subjudis terhadap perbicaraan yang adil".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang bangun bagi pihak Najib dalam menjawab soalan berhubung derma RM2.6 bilion di Parlimen, memetik subjudis sebagai sebab Najib tidak datang sendiri untuk menjawab perkara itu .

Azalina, juga seorang peguam berkata, Najib telah dinasihatkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya tidak menjawab perkara itu di Parlimen kerana ia akan menjadi subjudis untuk berbuat demikian.

Subjudis adalah istilah latin yang bermaksud "dalam pertimbangan kehakiman", yang bermakna sesuatu kes atau perkara yang sedang dalam perbicaraan atau sedang dipertimbangkan oleh hakim atau mahkamah.


Seorang lagi bekas hakim Mahkamah bekas Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus (gambar) memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan Apandi itu. 

Katanya, beliau tidak fikir bahawa ia adalah subjudis untuk perdana menteri menjelaskan di Parlimen tentang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Menurutnya, beliau sehaluan dengan pandangan seperti yang dinyatakan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Sri Gopal Sri Ram dan Datuk Ambiga Sreenevasan mengapa penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri di Parlimen mengenai RM2.6 bilion tidak akan menjadi subjudis.

Sebaliknya, tegas Hishamudin, perdana menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada Parlimen dan kepada negara mengenai RM2.6 bilion itu," kata Hishamudin lapor Malaysiakini


Apa Lagi Yang Nak Naik Najib?

Posted: 03 Dec 2015 04:30 PM PST


KENAIKAN tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter yang berkuatkuasa semalam mengundang keluhan serta kritikan netizen yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tinjauan di laman sosial mendapati, rata-rata pengguna terkejut dengan kenaikan tambang berkenaan yang dianggap sebagai satu kenaikan yang tinggi dan membebankan.

Netizen turut berkongsi foto tiket tambang perbezaan harga tiket sebelum dan selepas kenaikan tambang perkhidmatan awam tersebut.

Salah seorang netizen yang menggunakan nama Nafi Guitaris menulis di laman Facebook, "Sebelum ni, tiket komuter dari Bangi ke Bandar Tasik Selatan RM 2.90 sahaja. Lepas kenaikan RM 4.30...fuhh! Naik RM 1.30. Banyak kot,".

"Tiket Komuter saya dari Shah Alam ke Subang Jaya naik dari RM1 ke RM2. Kenaikan 100 peratus. Terima kasihlah atas keprihatinan semua pihak. Ada lagi tak yang mau naik?," tulis Noor Azura Usof.

"Dulu Nilai ke Seremban tiket komuter pergi balik RM4.60 sahaja. Mula hari ini pergi balik RM7.20. Semua nak naik, reda," tulis Era Yusdi.

Tidak kurang juga ada yang menyindir supaya kenaikan tambang baharu ini selaras dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

"Aku harap dengan kenaikan semua harga tiket ni...ERL, komuter,LRT dan Monorel kat KL ni ditambah baik. Tak payah berdiri-diri dan bersesak-sesak macam sardin dalam tin.

"Tak payah tunggu terpacak macam tiang elektrik kat platform lama-lama dan kelajuan sampai tak sempat nak tidur sampai ternganga mulut. Barulah sesuai dengan harga tiket tu," tulis Cik Ct Ezzah.

KTM Berhad baru-baru ini mengumumkan kadar baharu perkhidmatannya yang menyaksikan kenaikan tambang dari 4 sen satu kilometer dengan maksimum kenaikan RM7.10 bagi satu perjalanan mulai 2 Disember.‎

Pelarasan tambang kali terakhir bagi KTM Komuter adalah pada Februari 2003 lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...