Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Derma RM2.6 Billion: Dulu Penderma, Sekarang Dah Jadi Penderma-penderma Pulak? (Video Inside)

Posted: 08 Dec 2015 08:35 AM PST


Dulu penderma.. sekarang dah jadi penderma-penderma pulakdah.. betullah orang kata bila anda telah mula berbohong mengenai satu perkara, anda perlu berbohong lagi dan lagi untuk menutup pembohongan yang pertama itu..

Tapi kata Abraham Lincoln (tak tahulah aku macai kenal atau tidak siapa dia ni).. You can fool some of the people all of the time, and all of the people at the time.. but you cannot fool all of the people all of the time..

Tapi aku rasa apa yang Abraham Lincoln kata tu tak tepat langsung dengan suasana di Malaysia ni.. untuk di Malaysia sepatutnya ia berbunyi macam ni..

"You can fool some of the macai all of the time, and all of the macai at the time.. but you still can fool all of the macai all of the time.. "



Ini mengenai isu derma RM2.6 Billion atau RM2,600,000,000.00 yang masuk dalam akaun Presiden UMNO sedia ada iaitu Najib.

Pada mulanya Yahudi dikaitkan untuk memperbodohkan makcik-pakcik dikampung-kampung.. Dengan itu berkatalah Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Ridzuan Abdul Hamid..

"UMNO satu-satunya kerajaan yang menentang Yahudi, negara-negara Asia lain sudah pun di tawan puak Yahudi, Singapura habis, Thailand habis, Filipina habis, Indonesia pun dah nak habis.

"Tapi Malaysia masih lagi dipertahankan oleh Datuk Seri Najib," kata beliau ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kepong di Hotel Hilton KL pada suatu Ahad bulan Ogos lalu..

"Oleh itu penderma dari negara Arab bermurah hati untuk beri dana politik kepada kerajaan Malaysia untuk hadapi pilihan raya umum lalu,"

Kemudian muncul pula Zahid Hamidi yang dilantik oleh Najib menggantikan Muhyiddin sebab Muhyiddin bising sangat pasal 1MDB tu meneruskan agenda pembodohan rakyat..

Zahid menyenaraikan tiga sebab derma RM2.6 Billion yang masuk akaun peribadi Najib itu wajar diterima rakyat dengan pandangan yang positif..

Katanya, sebab pertama pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.

" Malayisa yang diterajui Umno dan BN mempunyai undang-undang mengekang keganasan kumpulan militan Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta keganasan lain.

"Kedua Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar. "

...dan yang ketiga derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading

Persoalan yang timbul dari penjelasan Zahid itu ialah kalau derma itu untuk Kerajaan Malaysia kenapa ianya masukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

Kenapa juga dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib RM2.6 Billion itu jika alasannya ialah Malaysia memperjuangkan Islam.. adakah hanya Najib seorang yang memperjuangkan Islam di negara kita ini?

Sebelum ini, Najib menyatakan derma itu sumbangan individu dari Timur Tengah dan bukannya untuknya tetapi bagi keperluan UMNO BN.

Tapi BERNAMA dalam satu laporannya menyebut "Para penderma, penderma-penderma dan kenyataan-kenyataan daripada mereka"..

Itu semua bukannya bermaksud Individu.. tapi Individu-individu..

Tengok video di bawah ni.. dan dengar betul-betul.. Apa Najib sendiri kata.. dulu dia kata penderma sekarang penderma-penderma pulak...


Maka tak hairanlah kalau Tun Mahathir berterusan mempertikaikan derma yang kononnya Najib dapat dari Arab tu.. katanya jika "tok Arab" itu gila sekali pun, pasti beliau tidak akan menderma sejumlah wang yang amat banyak itu.

Ini berdasarkan pengalamannya sendiri meminta derma untuk penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) contohnya yang sebelum ini amat sukar.

"Tahu dari negara mana yang bagi? ... Kosong, katanya...

Mahathir juga berkata pernah meminta derma bagi menyiapkan dewan Pusat Islam namun tidak ada negara yang sudi memberikan sumbangan kesian kat dia..

"Saya tulis surat, semasa itu saya belum jadi perdana menteri, tulis surat minta derma untuk kita sudahkan dewan saya cuma dapat jawapan dari Libya, lain-lain negara tidak jawab.

"Saya tidak dapat satu sen, yang saya minta ini untuk Islam...Tiba-tiba Datuk Seri Najib dapat RM2.6bilion..

Kah.. kah.. kah.. itupun ramai macai yang masih percaya auta Najib pasal derma RM2.6 Billion ni...


Manifesto Barisan Nasional Terbukti Bohong Lagi.. Harga Proton Akan Naik Tahun Depan..

Posted: 08 Dec 2015 06:35 AM PST


Harga kereta akan diturnkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula dasar automatif negara.. Inilah antara yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional sebelu PRU13..

Manifesto tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam 6 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Maka bersoraklah macai-macai UMNO/BN biarpun pada awalnya rancangan untuk menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat dikutuk mereka..

Selepas PRU13.. ketika rakyat ternanti-nanti janji itu dilaksanakan.. muncul pula Ahmad Maslan dengan teori bengapnya yang mengatakan harga barangan akan turun dengan perlaksanaan GST..

Ini termasuklah harga kereta.. bacalah di ( SINI )

Tapi seperti biasa.. sepertimana janji Barisan Nasional yang mengatakan kononnya mereka peka dengan penderitaan rakyat dengan kenaikkan harga barang.. hakikatnya buat pekak.. begitulah juga janji untuk menurunkan harga kereta ini..



Yang dijanjikan akan diturunkan.. tak akan turun tapi akan naik mulai tahun depan..

Proton Holdings Bhd mempertimbangkan untuk menaikkan harga kereta keluarannya mulai Januari 2016 disebabkan kelemahan ringgit.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata kenaikan harga tersebut dilihat sebagai situasi industri yang ia perlu dinaikkan untuk mengimbangi kesan ringgit yang rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kebanyakan daripada bahan mentah syarikat itu dibeli dalam mata wang asing.

"Penyusutan ringgit memberi kesan kepada kos operasi syarikat dan keseluruhan rantaian ekosistem daripada vendor kepada kami," katanya.

Abdul Harith berkata Proton sedang menilai struktur harga dan peratusan kenaikan harga akan bergantung kepada model.

Proton berkata bagi mengurangkan kesan yang mempengaruhi keuntungan syarikat sejak Ogos 2015, ia berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan menyusun semula operasi, yang mana perlu.

"Penyusutan ringgit terus memberi tekanan kepada Proton di sebalik usaha itu dan memberi kesan kepada industri secara keseluruhan," katanya lapor Bernama

Bukan Proton saja.. malah Honda akan turut menaikkan harga keretanya..

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) sudah mengumumkan bahawa harga bagi kenderaan Honda akan meningkat bermula Januari 2016. Seperti Toyota dan Nissan sebelum ini, perubahan ini adalah disebabkan nilai Ringgit yang semakin susut berbanding mata wang utama lain di dunia.

Walaupun ia belum diputuskan dengan rasmi, HMSB menjangka bahawa kenaikan ini adalah antara 2% hingga 3% bergantung kepada model. Harga bagi kenderaan Honda pada Januari 2016 hanya akan diputuskan pada bulan Disember 2015 setelah meneliti kadar tukaran wang pada waktu itu.

HMSB mejelaskan bahawa komponen yang digunakan sekarang untuk memasang unit-unit CKD Honda di Melaka telah dibeli ketika nilai Ringgit masih lagi tinggi. Namun untuk terus memasang kereta-kereta baharu, harga-jarga untuk alat-ganti dan komponen yang sama telah naik.

"Setelah mengambil kira semua kemungkinan, perubahan harga ini tidak dapat dielak untuk terus membekalkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan. Jika nilai Ringgit pulih kepada keadaa sebelum ini, kami akan meneliti semula struktur harga sekali lagi," kata Yoichiro Ueno, ketua pegawai eksekutif HMSB lapor Astro Awani

Alasan mereka ialah kadar nilai tukaran ringgit yang lemah ataupun rendah...

Tapi kalau kita mendengar dan tak menggunakan otak untuk memproses kenyataan-kenyataan Menteri dan juga pemimpin-pemimpin UMNO (Amalan macai ni.. dengar tapi tak fikir), mereka sering menegaskan bukan nilai matawang kita saja yang turun.. tapi nilai matawang dunia semuanya turun..

Kalau kita berfikir tentu kita mempersoalkan jika nilai seluruh matawang dunia menurun.. kenapaa nilai ringgit berbanding Thailand Baht menurun?.. kenapa nilai ringgit berbanding Singapore Dollar juga menurun?

Sepatutnya nilainya tak akan berbeza dari sebelum ini sebab nilai matawang seluruh dunia menurun..

Itupun macai boleh percaya... bodohnya mereka...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...