Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Skuad Kedah Pasukan BolaSepak Terbaik 2015

Posted: 20 Dec 2015 07:48 AM PST


Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 yang diadakan malam tadi menyaksikan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dinobatkan Pasukan Bolasepak Terbaik 2015.

Kejayaan ini diperoleh selepas pasukan Kedah menunjukan pretasi luar biasa dan cemerlang sepanjang musim apabila menjuarai liga perdana 2015 sekaligus kembali ke Liga Super 2016 dan yang terbaru menjadi Naib Juara TM Piala Malaysia bertemu Selangor di Shah Alam.

Pengurusan yang terbaik menyaksikan pasukan beraksi cemerlang dan juga penyokong yang sentiasa memenuhi stadium setiap perlawanan walaupun dalam Liga Perdana.


Anugerah Bolasepak Kebangsaaan 2015 tahun ini berdasarkan merit mata pemilihan oleh 72 pihak terdiri dari jurulatih, ketua pasukan dan penulis sukan.

Pemain yang tercalon perlu melepasi syarat minima beraksi 11 perlawanan dalam saingan tahun ini.

Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015


Sunway Convention Center 18 Disember 2015, 8.30 malam

Kategori Pemain Paling Bernilai 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Anugerah Khas 2015
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT)

Kategori Penyerang Terbaik 2015
AMRI YAHYAH (JDT)

Kategori Pemain Tengah Terbaik 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Pertahanan Terbaik 2015
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK (JDT)

Kategori Penjaga Gol Terbaik 2015
FARIZAL MARLIAS (JDT)

Kategori Pemain Import Terbaik 2015
LUCIANO FIGUEROA (JDT)

Kategori Jurulatih Terbaik 2015
MARIO GOMEZ (JDT)

Kategori Pemain Muda Harapan 2015
MATTHEW DAVIES (PAHANG)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015
FRANCIS FORKEY DOE (NS)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2015
DRAMANE TRAORE (PDRM)

Kategori Fair Play 2015
LIONS XII

Kategori Pasukan Bolasepak Terbaik 2015
KEDAH

Kategori Kelab Penyokong Terbaik 2015
ELEPHANT ARMY (PAHANG)

Kategori Pemain Wanita Terbaik 2015
NURUL AZURIN MAZLAN (SABAH)

Kategori Pemain Futsal Wanita Terbaik 2015
SITI ASNIDAH ZAMRI (S'GOR)

Kategori Pemain Futsal Lelaki Terbaik 2015
AZRUL HADEE TAUFIQ (FELDA)

Hati-hati Lakonan Hidup Susah Untuk Buat Duit?

Posted: 20 Dec 2015 05:04 AM PST

gambar sekadar hiasan

Sekarang ni banyak kes viral orang susah dok dirumah usang yang dah hampir nak roboh. Kemudian diselit dengan ayat-ayat sedih kononnya kerajaan dan agensi tak membantu.

Memang tak dinafikan ada mereka yg benar-benar susah. Tapi ada juga yang hanya buat-buat susah.
Bila dihantar orang untuk buat siasatan (untuk beri bantuan), ramai yang kantoi 'berlakon' susah untuk cari simpati dan buat duit. Maklumlah rakyat Malaysiakan pemurah. Bila diVIRAL kata orang susah, ramai yang buat kutipan amal atau derma untuk membantu.

Kes di Sik, kes di Pendang bahkan di Padang Terap, katanya tinggal dirumah bak reban ayam. Tapi pada hakikatnya, menerima bantuan bulanan dari JKM dan mempunyai sebuah rumah PPRT yang telah dibina untuk mereka sekeluarga menetap.

Apa motif mereka tidak tinggal dirumah yang disediakan tu? Apa motif pulak diVIRALkan rumah lama dalam keadaan daif tapi tidak dinyatakan ada rumah baru yg dibina percuma oleh Kerajaan?

Minta, kita penguna media sosial berhati-hati dalam menyebarkan maklumat, kerana tak semestinya apa yang kita lihat disosial media itu betul. Ada mereka yang menyalahgunakan medium ini dan kebaikan hati rakyat Malaysia untuk mencari makan dengan cara yang salah.

Walaupun tak semua, tapi sekarang ianya kerap berlaku.

Kita Prihatin tapi jangan sampai dipergunakan.

Pesanan Ikhlas Dari Warga Prihatin

McDonald's ada kaitan dengan badan kebajikan yahudi?

Posted: 20 Dec 2015 07:48 AM PST



Benarkah McDonald's Malaysia terlibat untuk menyumbang kepada dana untuk menyokong Israel? Jika ada yang kata McDonald's terlibat kerana Royalty Fee yang dibayar kepada McDonald's induk, boleh rujuk bacaan kat SINI. Penulis dah terangkan kesemuanya.

Sekarang kita sambung secara detail tuduhan yang mengatakan McDonald's Malaysia terlibat dalam peruntukan dana untuk tujuan konflik Palestin.

Dakwaan tersebut sememangnya tidak benar sama sekali!


Masakan McDonald's yang beroperasi termasuk di 120 buah negara Islam diseluruh dunia, membantu masyarakat berbilang kaum dan agama termasuk umat Islam dengan peluang pekerjaan, juga mempunyai pelanggan berbilang kaum. McDonald's sangat menghormati setiap daripada mereka.



Tuduhan dan dakwaan terhadap sehingga kini tiada satu bukti dikemukakan menunjukkan McDonald's Malaysia menyumbang kepada Israel.

Dakwaan bahawa McDonald's antara penyumbang terbesar kepada negara haram Israel adalah fitnah yang mungkin telah dirancang atas tujuan-tujuan tertentu.

Sebagai syarikat yang telah lama beroperasi dan mempunyai rangkaian perniagaan yang agak besar, sudah tentu McDonald's dicemburui oleh ramai pihak.

Tuduhan McDonald's menyalur dana itu hanyalah dakwaan kosong yang mahu merosakkan jenama makanan segera yang popular ini.

Antara sebab lain yang dikatakan menjadi punca utama McDonald's Malaysia diboikot adalah kerana McDonald's Corporation dituduh menyalurkan dana kepada satu pertubuhan Yahudi yang dikenali sebagai Jewish United Fund (JUF) yang terletak di Chicago, Amerika Syarikat. 

Anda tahu apa itu JUF?

Sebenarnya JUF hanyaah salah satu dari ribuan badan kebajikan yang berdaftar di Amerika. Mungkin disebabkan ada perkataan Jewish, ia dikaitkan dengan perkara yang tak sepatutnya.

Baca dulu keterangan dibawah,



McDonald's Corporation tiada kaitan atau memberi sumbangan atau derma kepada mana-mana badan kebajikan didunia ini. Jadi bagaimana boleh ada dakwaan yang mengatakan McDonald's Corporation menyumbang dana kepada Israel?

Mungkin mereka ada menyebut tentang satu program yang dikenali sebagai  "Matching Gift Program." Program ini merupakan satu program sumbangan atau derma kepada badan-badan yang mempromosi program kebajikan, pendidikan, kebudayaan, sivil, belia dan kesihatan.

McDonald's bukan satu-satunya syarikat yang membuat "Matching Gift Program". Hampir keseluruhan syarkat besar di Amerika membuat program ini kerana ia melibatkan kebajikan kepada masyarakat. 

Malah sumbangan kepada badan kebajikan itu ditentukan sendiri oleh pekerja-pekerja dan bukannya oleh syarikat. Untuk keterangan mengenai "Matching Gift Program" kita sambung pada artikel yang seterusnya.

Artikel Mc'Donald's yang lepas. Nak baca klik link dibawah.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...