Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Bila Menteri Turun Padang Buat Lawatan Mengejut

Posted: 21 Dec 2015 04:19 AM PST


Jarang untuk kita melihat seorang Menteri turun padang apabila menerima aduan daripada orang ramai. Kebanyakannya hanya menghantar pegawai atau kakitangan untuk uruskan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, membuktikan bahawa beliau ialah Menteri yang benar-benar bertanggung jawab. Tindakan turun padang ke JPJ Wangsa Maju secara mengejut ini dilakukan DS Liow semata-mata mahu melihat sendiri permasalahan-permasalahan yang diadukan oleh rakyat.

Beliau turut merasai sendiri apa yang dialami orang ramai, Liow mendapati bahawa tempoh masa menunggu di kaunter bagi urusan memperbaharui lesen memandu memakan masa lebih daripada 1 jam. Walhal tempoh yang disasarkan adalah dua kali ganda kurang daripada itu!




Apabila bertanyakan hal itu kepada pegawai JPJ yang bertugas di kaunter berkenaan, beliau diberitahu bahawa pelanggan yang datang ke cawangan tersebut dianggarkan seramai 800 orang setiap hari. Lebih daripada kapasiti yang JPJ ada.

Kemudian DS Liow telah mengarahkan lebih banyak lagi kaunter dibuka, bagi membolehkan perjalanan urusan di situ lebih cepat dan lancar. Katanya, pengurangan masa menunggu merupakan antara yang terkandung di dalam Program Transformasi Kerajaan.




Beliau juga mengenal pasti ada kiosk yang tidak beroperasi selepas waktu bekerja. Sehubungan itu beliau akan membawa isu tersebut ke kementerian bagi menangani permasalahan yang wujud.

Dalam cadangan untuk mengurangkan kesesakan dikaunter JPJ beliau mungkin akan memperkenalkan beberapa kaunter 'online' untuk memudahkan penguna berurusan dengan JPJ dari rumah sahaja. Itu mungkin dapat diuruskan tapi mengambil sedikit masa.

Ternyata, lawatan mengejut yang dibuat oleh DS Liow, benar-benar memberi manfaat pada beliau dan rakyat melihat kesusahan dan kesepitan mereka dirasai oleh Menteri yang bertanggung jawab dan cuba untuk selesaikan masalah yang selama ini berlaku.

Apa Kaitan 'Matching Gift' Program Dengan McDonald's?

Posted: 20 Dec 2015 11:49 PM PST


Haa.. kita sambung kembali cerita tentang "Matching Gift Program." Cerita terdahulu tentang dana dan fitnah kaitan McDonald's dengan konflik Palestin-Israel boleh klik sini dan sini untuk baca.

Jewish United Fund (JUF) dikatakan menerima dana dari McDonald's Corporation melalui satu program yang dikenali sebagai "Matching Gift Program".

Tahukah anda apa itu "Matching Gift Program" dan bagaimana sumbangan dilakukan?

Rujuk carta dibawah.



Sebenarnya bukan hanya JUF sahaja menerima sumbangan dari McDonald's Corporation melalui program Matching Gift, malahan ribuan lagi badan kebajikan yang menerima sumbangan tersebut termasuklah badan-badan kebajikan Islam di Amerika.

Matching Gift merupakan satu program sumbangan atau derma kepada badan-badan yang mempromosi program kebajikan, pendidikan, kebudayaan, sivil, belia dan kesihatan.

Melalui program ini, pekerja-pekerja McDonald's Corporation memberi sumbangan kebajikan mereka. Malah mereka yang menentukan aktiviti kebajikan, nilai dana, bentuk derma serta badan kebajikan mana yang layak dibantu.

Semua terpulang kepada pekerja McDonald's Corporation tanpa campur tangan pengurusan.

Pada tahun 2014, lebih dua ribu derma telah dibuat oleh pekerja-pekerja McDonald's Corporation kepada badan-badan kebajikan dan hanya tiga diperuntukan kepada JUF.



Untuk pengetahuan pembaca semua, program Matching Girl ini merupakan amalan biasa bagi syarikat-syarikat korporat besar di Amerika bahkan seluruh dunia menyertai program seperti ini, Ia sebagai suatu Corporate Social Responsibility (CSR) mereka.

Apa yang perlu pembaca tahu ialah, Matching Gift ini hanya diamalkan di negara Amerika Syarikat, dan McDonald's Malaysia tidak terlibat dalam program tersebut. Ini bermakna McDonald's Malaysia tidak ada kaitan langsung tentang sumbangan yang dibuat oleh pekerja McDonald's Corporation.

Jadi apakah McDonald's Malaysia ada kaitan dengan sumbangan dana terhadap konflik yang berlaku di Palestin? Ternyata tiada dan tuduhan selama ini hanyalah satu andaian berunsur fitnah!



Dalam artikel seterusnya kita akan membincangkan mengenai organisasi yang mengawal McDonald's Malaysia dan sumbangan amal mereka terhadap negara ini.

Artikel berkaitan tentang McDonald's boleh klik link dibawah,


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...