Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Jangan Jadikan SPAD 'Punching Bag' Mencari publisiti

Posted: 21 Dec 2015 10:51 AM PST



Perkara yang paling susah ialah untuk mengawal ialah manusia. Tugas penjawat awam seperti Polis, Kastam, JPJ dan lain-lain beruniform termasuklah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Amatlah berat dan sering menjadi bahan untuk dihentam bila terjadinya sesuatu perkara diluarjangka yang tidak popular.

Kerana manusia tidak mempunyai akal fikiran yang sama. Berlainan fahaman dan berlainan ilmunya.

Sebagai satu agensi yang diberi amanah untuk menjaga segala kenderaan awam didarat. Sesungguhnya tugas SPAD adalah sangat besar dan berat. Lebih-lebih lagi baru-baru ini SPAD telah dihentam teruk bila pengangkutan awam seperti Express Rail Link (ERL) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menaikan tambang perjalanan mereka.

Bila Isu ini timbul, mulalah semua pihak mahu menyalahkan SPAD, bahkan ada Menteri Kabinet sendiri pun menuding jari kearah SPAD. Pelik tapi benar, apa yang Menteri Kabinet buat ketika mereka bermesyuarat untuk menetukan tarif tambang pengangkutan awam? Ponteng mesyuaratkah?

Perlu diingat, SPAD di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri yang mengawal selia SPAD adalah Puan Hajjah Nancy Shukri. SPAD mendengar arahan kabinet dan segala kenaikan tambang akan dipersetujui oleh Kabinet barulah boleh dilaksana.

Akibat dari tekanan yang dihadapi oleh SPAD, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan isu naik tambang ini pada rakyat Malaysia.




Rujuk balik penubuhan SPAD dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Akta berkenaan memberi kuasa kepada SPAD memastikan pengangkutan awam darat yang selamat, terancang, bersepadu dan berpatutan kosnya.

Mengenai perlantikan Pengerusi. Tak perlu dipertikaikan, kerana jawatan Pengerusi SPAD adalah hak prerogatif Perdana Menteri, seperti mana juga jawatan Menteri-Menteri Kabinet.

Bukan calang-calang orang boleh jadi Pengerusi SPAD ni. Perlantikannya sebagai Pengerusi SPAD pada 3 Jun 2010, meletakkannya di atas kerusi panas. Umpama mudik menyongsong arus, hilir menyongsong pasang, beliau terus menghadapi rintangan demi rintangan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Perdana Menteri kepadanya.

Jadi jangan jadikan SPAD sebagai 'Punching bag' untuk jadi popular dan melepaskan alasan pada SPAD punca kemarahan rakyat. Kerana SPAD hanya berkhidmat bagi negara mengikut saranan pimpinan negara.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...