Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Yahudi? Israel? Jangan FITNAH Kami! - McDonald's Malaysia

Posted: 25 Dec 2015 07:55 PM PST


Hari ini kita mengulas kenapa dan mengapa McDonald's sering kali menjadi mangsa fitnah dan dilibatkan sebagai organisasi yang menaja Israel dalam konflik dengan negara Palestin.

Sebelum ini penulis sudah mengulas tentang dana dan fitnah berkaitan McDonald's dengan konflik Palestin-Israel, nak baca boleh klik sini dan sini. Cerita tentang program Matching Gift pulak boleh klik sini untuk baca.

Antara alasan mengapa orang Malaysia boikot McDonald's adalah kerana dakwaan bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti Yahudi di Chicago.

Dengan bermodalkan isu ada kaitan dengan Israel, kerja pengsabotaj terutamanya pemboikot akan mejadi lebih mudah, kerana umat Islam di Malaysia, amat sensitif dengan perkataan 'Israel'. Apa sahaja tuduhan yang dapat dikaitkan dengan Israel, akan lebih mudah dipercayai dan gelombang penentangan dapat dirasa.

Ramai yang hanya mengikut saja untuk boikot tanpa ketahui sebab sebenar, dan hanya mendengar khabar angin kononnya 'syarikat sipolan-sipolan ada kaitan dengan yahudi'. Sebenarnya permainan boikot ini telah diatur oleh sebuah organisasi Inminds yang berfahaman Syiah.

Akibat fitnah dan khabar angin, pada tahun 2014 yang lepas, McDonald's cawangan Kerteh dan Dungun telah menjadi mangsa protes besar-besaran dihadapan premis mereka, kesan daripada itu McDonald's mengalami kerugian kira-kira 80% di kedua-dua cawangan ini.

Gambar protes dibawah,



Tindakan fitnah dan khabar angin jahat tersebut tersebar di seluruh negara, hingga ia menjadi ancaman keselamatan kepada pekerja-pekerja McDonald's seluruh negara. Malah pekerja juga telah dihukum begitu teruk, hingga dilabel tuduhan pro-yahudi, kerena mereka kerja di McDonald's.

Soalnya apakah benar McDonald's Amerika Syarikat dimiliki oleh Jack Greenberg seorang berbangsa Yahudi?

Jawapan sebenarnya ialah,

McDonald's tidak dimiliki oleh hanya seorang individu, sebaliknya dimiliki secara bersama iaitu sebuah syarikat senarai awam. Saham McDonald's telah diperdagangkan di Bursa Saham New York (NYSE) sejak 1965.

Jadi dimana dikatakan McDonald's kepunyaan seorang yahudi sedangkan sahamnya dibuka pada awam.

Ini kerana melalui senarai pemegang saham McDonald's, tidak ada mana-mana individi yang memiliki lebih dari 10% saham McDonald's.

Boleh rujuk gambar dibawah,




Di atas ini cerita pemilikan McDonald's yang berlaku di Amerika Syarikat.

Berkenaan tuduhan McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang 3,000 peluang pekerjaan warga Israel.

Walaupun McDonald's dikatakan ada 180 buah restoren di Israel, ianya tiada kena mengena dengan McDonald's Malaysia yang dikendalikan oleh Golden Arch Malaysia yang rata ratanya dimiliki oleh individu serta perniagaan keluarga. Untuk detail boleh klik SINI untuk baca.

Manakala Israel McDonald's dimiliki oleh Dr Omri Padan. Kedua-duanya berbeza dan langsung tiada kena mengena.

Jika ada yang mengambil kira barang buatan dari orang yahudi tak boleh diguna dan berdosa. Bagaimana pula dengan benda lain? Seperti Facebook, Whatapps, Waze, Rokok (kebanyakan), komputer (kebanyakan), iPhone dan lain-lain. Apakah perlu kita buang atau boikot seperti mana McDonald's?

Tak adil jika itu boleh ini tak boleh, kerana ia juga asal dari Amerika dan diasaskan oleh bangsa Yahudi.

Sebab itu penulis kata, boikot ini adalah mengarut, kerana yang memboikotnya berkepentingan dan lebih kepada persaingan perniagaan sebenarnya.

Pada hakikat, McDonald's Malaysia sering kali bersama beberapa badan lain telah bekerjasama menganjurkan sebuah program berbentuk keagamaan yang melibatkan YBHG Datuk Ustaz Mohamad Kazim Elias. Salah satu yang terbaru ialah Program Santai Bersama Ustaz Kazim yang berlangsung di Bandar Tun Razak, Jengka Pahang.

Program tersebut telah dihadiri kira-kira 5,000 warga Felda sekitar kawasan Jengka. Ia merupakan salah satu program tanggungjawab sosial McDonald's kepada masyarakat yang menunjukkan betapa McDonald's mengambil berat keperluan sosial selain fokus utama mereka dalam bidang perniagaan makanan.


Artikel berkaitan tentang McDonald's boleh klik link dibawah,

Kekalkan dan Nikmati Perpaduan Dalam Malaysia - Liow

Posted: 25 Dec 2015 07:02 PM PST



Sempena Sambutan Hari Natal yang lepas, Presiden MCA, Dato Sri' Liow Tiong Lai memberi mesej dan menyeru semua rakyat untuk mengetepikan perbezaan dan bekerjasama sebagai satu keluarga Malaysia yang bersatu padu. Malah rakyat Malaysia juga mesti menentang unsur-unsur negatif yang membawa kerosakkan didalam masyarakat kita.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru supaya kita terus bekerjasama dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dalam negara, kerana ia amat penting bagi masyarakat majmuk seperti kita.

Menerima nilai-nilai kebaikan dan saling menghormati. Penerimaan dan pemahaman tentang kepercayaan yang berbeza, tradisi dan budaya saudara-saudara kita adalah lebih diperlukan. Ini semua bagi mengelakan salah faham diantara kita.

Rakan warga Malaysia, sebagai sebuah negara yang meraikan pelbagai perayaan, kita mesti mengambil kesempatan ini untuk menghargai pelbagai adat resam dan latar belakang yang ada di Malaysia. Kita benar-benar bertuah kerana dapat meraikan kepelbagaian budaya di negara kita dan menikmati wadah tumpuan masyarakat berwarna-warni mengikut budaya Malaysia.

Dalam masa yang sama beliau juga berpesan pada yang memandu untuk pulang ke kampung. Supaya sentiasa berhati-hati dan jika letih atau mengantuk, tidak lupa untuk berhenti dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.



FELDA Komited Dalam Benteras Penyalahgunaan Dadah

Posted: 25 Dec 2015 05:07 PM PST


Sekarang ni seringkali orang kaitkan masyarakat FELDA antara masyarakat yang paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Disebabkan tersebut, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan terus komited dalam membantu kerajaan untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah di tanah-tanah rancangan FELDA, tegas Pengerusi FELDA, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato' Hj Abdul Samad ketika merasmikan Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah di FELDA Pasoh 4.

Setelah kejayaan 11 buah siri Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah 2014, FELDA kini berhasrat meneruskan kesinambungan program ini bermula di Wilayah Raja Alias.

Antara objektif program adalah untuk menyalurkan maklumat berkaitan ancaman dadah kepada bangsa dan negara serta menanamkan sikap prihatin kepada kaedah pencegahan dan perawatan.

Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, program ini akan menggerakkan aktiviti komuniti sihat serta bebas dari bahaya dadah sekaligus memberikan kesedaran kepada masyarakat FELDA.

Program ini mensasarkan kesedaran kepada kumpulan sasaran dari kalangan warga peneroka dan belia selain pelajar sekolah dan petugas di tanah rancangan.

Pada siri program tahun 2014 telah mencatatkan pengunjung seramai lebih 6,000 orang dengan jumlah pengunjung tertinggi dicatatkan di Wilayah Raja Alias seramai hampir 1,000 orang.

FELDA Wilayah Raja Alias turut menadi Wilayah FELDA pertama untuk menjadi tuan rumah bagi siri terkini.

FELDA berharap agar program ini terus menjadi wadah untuk semua warganya bermasyarakat.

Program ini turut memberikan peluang kepada golongan belia FELDA untuk terlibat lebih aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial yang sihat dan FELDA optimistik bahawa program ini dapat menjadi usaha dalam menyingkirkan najis dadah dari kawasan tanah rancangan FELDA.

Isa dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa FELDA komited membantu kerajaan dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini yang dilihat sukar untuk dibendung kerana kurang mendapat sokongan yang cukup baik daripada masyarakat.

"Masyarakat juga perlu memainkan peranan juga, tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), penguatkuasa dan kerajaan semata-mata," ujar Isa Samad.

"Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah ini hanya sebagai satu langkah dan cara kita (FELDA) untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah. Pimpinan masyarakat dan komuniti jangan pernah jemu untuk terus ambil tindakan harian," katanya.

Isa juga turut meluahkan kekesalan beliau berikutan gejala penyalahgunaan dadah ini dijuarai oleh orang Melayu sendiri dan menyeru agar masyarakat sama-sama membantu kerajaan, FELDA dan AADK dalam membanteras gejala tidak sihat ini.

Selain itu Isa turut menafikan persepsi umum yang kerap kali mengaitkan masyarakat FELDA dengan gejala dadah ini kerana menurut beliau gejala ini bukan sahaja berlaku di tanah rancangan FELDA malah ianya turut berlaku di kawasan lain dan bandar-bandar besar.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh AADK, jumlah kes berkaitan penyalahgunaan dadah di FELDA Wilayah Raja Alias melibatkan 1,079 kes yang mana 667 kes adalah penagih dan baki 412 kes adalah yang berada dibawah pengawasan.

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) AADK Negeri Sembilan, Tn Hj Izhar Abu Talib, FELDA telah memberikan kerjasama penuh bersama pihak AADK dalam membanteras gejala dadah di kawasan-kawasan berisiko termasuk di FELDA Pasoh 4.

Pada 2014 kerajaan negeri, AADK, Blue Ocean Strategy dan lain-lain agensi telah mempergiatkan lebih aktiviti dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah.

Blue Ocean Strategy telah menyenaraikan 14 buah kawasan berisiko termasuk FELDA Pasoh 4 yang mana kesemua 14 kawasan berisiko ini akan menjadi projek untuk mempergiatkan lagi usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dengan program-program yang lebih intensif.

Kenali Organisasi McDonald's Malaysia

Posted: 25 Dec 2015 07:52 PM PST


Kepada warganegara Malaysia yang membenci McDonald's, penulis harap selepas ini boleh baca dan fikir balik perlukah anda terus menyalahkan McDonald's apabila ada konflik di Palestin. Cerita terdahulu tentang dana dan fitnah kaitan McDonald's dengan konflik Palestin-Israel boleh klik sini dan sini untuk baca. Cerita tentang program Matching Gift pulak boleh klik sini untuk baca.

McDonald's Malaysia yang dikendalikan oleh Golden Arch Malaysia yang rata ratanya dimiliki oleh individu serta perniagaan keluarga.

Berasaskan perniagaan keluarga, McDonald's Malaysia mempunyai polisi tersendiri dan tidak berkaitan langsung dengan McDonald's Corporation atau dimana-mana negara lain.


Serba sedikit keterangan mengenai McDonald's Malaysia



Jadi tindakan memboikot dan menuduh McDonald's Malaysia berkaitan dengan perkara seperti biayai konflik ketenteraan Israel adalah mengarut dan langsung tidak munasabah.

Apa yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia ialah maksud francaisi, perniagaan individu dan keluarga yang memohon lesen francaisi tersebut.

Banyak juga perkara berkenaan McDonald's yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.

Mari kita kenali serba sedikit berkenaan McDonald's, tak kenal maka tak cinta,




Mengikut keterangan diatas, apakah anda rasa McDonald's Malaysia akan membazir duit dan membantu pihak yang tidak berkaitan dengannya? Atau lebih menjurus membantu rakyat Malaysia dalam kerja-kerja kebajikan.


Artikel berkaitan tentang McDonald's boleh klik link dibawah,

Jika Pemimpin Asalnya Baik Pasti Akan Terserlah Kebaikannya

Posted: 25 Dec 2015 07:02 PM PST


Jika memang dalam hati itu ada kebaikan, lama-lama kelamaan orang akan nampak dan sinar kebaikan itu akan terpancar kepada orang lain.

Begitulah yang terjadi kepada Datuk Dr Ir Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor. Tak semena-mena viral gambar Dr Wee, sedang menolak kerusi roda seorang makcik berbangsa Melayu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kisahnya berlaku ketika makcik ini bersama ahli keluarga mereka, ingin menaiki pesawat dari Kota Kinabalu untuk menuju ke Kuala Lumpur, ketika anggota keluarga mereka yang lain sedang menyemak tiket dan mencari tempat duduk, makcik ini menunggu keseorangan diluar sebelum masuk ke pesawat,

Gelagat keluarga berkenaan mendapat perhatian dari Dr Wee, yang melihat akan makcik ni seolah-olah risau. Kebetulan pula Dr Wee berada berhampiran makcik ini pantas menyambut kerusi rodanya untuk membantu menaiki kapal terbang.

Semua orang faham keadaan sedikit sibuk ketika krew kapal sedang menyemak tiket, tindakan pantas Dr Wee ini melihatkan kepribadiannya yang mesra masyarakat dan tidak boleh melihat rakyat dalam keadaan kesusahan pasti dia akan bantu jika ternampak.

Orang Johor khususnya masyarakat Ayer Hitam tentunya sudah masak dengan sikap Datuk Wee yang amat mesra dengan masyarakat dikawasannya, dikawasannya yang rata-rata masyarakat Melayu sedikit sebanyak telah membuatnya memahami budaya dan perangai orang Melayu.

Diraut wajahnya orang sudah kenal beliau berbangsa Cina, ada juga yang mengatakan beliau iras-iras masyarakat baba dan nyonya, memandangkan beliau tinggal dikawasan yang ramai masyarakat Melayu membuatkannya sudah sinonim dengan budaya Melayu sehinggakan tandatangan pun menggunakan tulisan JAWI.

Penulis pernah dengar ada orang melayu dikawasan beliau kata, beliau sebenarnya dah jadi 70% melayu dari cina. Begitulah peribadi seorang pemimpin yang disayangi masyarakat berbilang kaum.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...