Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Kakitangan SPAD Turun Padang Untuk Sebar Risalah Rangkaian Bas Baru KL

Posted: 04 Dec 2015 01:37 AM PST



Sudah tentu perubahan tentang Penyusunan semula Bas di Kuala Lumpur yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pada mulanya akan menyukarkan penguna. Penguna dan peneraju bas sudah biasa mengunakan sistem lama, jadi apabila ditukar ke sistem baru, ianya akan dianggap remeh dan membebankan.

Kegagalan sesuatu sistem, bukan pada penukaran atau kesan selepas tukar. Tapi ianya memakan masa nak perlu penambahbaikan yang bertingkat. Penulis percaya SPAD sudah tentu mengkaji perkara ini dengan teliti terlebih dahulu sebelum berani melancarkannya.

Perubahan sistem rangkaian bas di Kuala Lumpur ini dibahagikan beberapa zon dan ianya lebih tersusun. Seperti peta dibawah,


Untuk detail maklumat mengenai sistem baru ini boleh baca di SINI

Untuk menyebarkan maklumat penukaran sistem bas mengikut zon ini. Kakitangan SPAD turun sendiri mengedarkan risalah dan menerangkan sendiri pada penguna.







Penulis faham dan ambil maklum di atas situasi penguna untuk menyesuaikan diri dengan penyusunan semula rangkaian bas yang baru sahaja mula beroperasi. Kita percaya SPAD sedang melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi orang ramai.

SPAD telahpun menghubungi semua pengusaha bas yang terlibat dalam pelaksanaan BNR untuk memperbaiki keadaan beserta meningkatkan jumlah bas secara berperingkat berdasarkan keperluaan penumpang bas di sesetengah kawasan.

Bukan mudah nak tukar sistem, tapi InshaAllah.. SPAD akan lakukan yang terbaik pada semua penguna pengangkutan awam.

Untuk maklumat terkini, sila rujuk Facebook, Twitter dan laman web SPAD di www.spad.gov.my.

Mc'D Malaysia antara fitnah dan kebenaran

Posted: 04 Dec 2015 12:05 AM PST



Sebut nama Mc Donalds atau Mc' D, sudah tentu kita terbayangkan logo M berwarna kuning yang menjadi trademark utamanya. Jenama makanan segera yang tidak perlu diperkenalkan lagi, malah Mc'D boleh dikatakan kedai makanan segera yang paling popular diserata dunia.

Di negara kita, Mc Donalds dikendalikan oleh Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai MDonald's Malaysia. Golden Arches Restaurants Sdn. Bhd. telah dianugerahkan lesen oleh Perbadanan MacDonald's Amerika Syarikat pada tahun 1980 bagi mengendalikan rangkaian restoran McDonald's di Malaysia.

Restoran pertama McDonald's dibuka pada 29 April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kebanyakan restoran McDonald's dikendalikan oleh francaisi-francaisi tempatan kebanyakannya orang tempatan dan itu perniagaan keluarga.

Penulis bukan nak mengajar atau nak belajar sejarah tentang Mc'D. Tapi nak pembaca tahu, perkara sebenar mengenai Mc'D Malaysia. Kerana jika kita asyik mendengar khabar angin dan cerita yang tidak mempunyai sahihnya. Ia boleh menjadi fitnah!


Benarkah Mc'D dimiliki oleh pemilik berbangsa yahudi?


Untuk pengetahuan pembaca, saham Mc'D dipegang oleh 1.8 juta. Seperti mana yang anda lihat diatas. Tiada individu yang memegang sahamnya melebihi 10%. Jadi bagaimana dikatakan syarikat ini dikawal oleh individu berbangsa yahudi?

Sudah tentu sebarang pergerakan syarikat ini perlu persetujuan semua dan tidak tertakhluk pada mana-mana individu.

Ada juga yang mengatakan Royalty Fees dari Mc'D Malaysia kepada Mc'D Corp. antara penyumbang dana ke Isreal.

Sebelum kita terangkan lebih lanjut, perlu kita ketahui dan faham konsep berkenaan perniagaan francais ini barulah kita faham apa itu Royalty Fees. Setahu penulis, waktu SPM dulu pun kita diajar mengenai ekonomi asas dan perkara tentang francaisi dan francaisor juga termaktub dalam pelajaran tersebut.

Sememang ada hubungan, ia merupakan satu hubungan kontrak antara francaisor dan francaisi. Francaisor wajib memberi penyeliaan, bimbingan dan sebagainya. Manakala francaisi pula berkewajipan membuat bayaran berupa laburan dalam jumlah tertentu bagi mendapat kebenaran menguna jenama, bentuk dan sebarang sistem francais dibawah kawalan francaisor.

Ini merupakan perkara yang biasa berlaku dalam perniagaan di seluruh dunia. Apa yang dikatakan Royalty Fees ini disumbangkan kepada negara Israel untuk membiayai aktiviti keganasan mereka di Palestin adalah fitnah semata-mata. Kerana Mc'D Corp tidak pernah menyumbang atau membiayai sebarang aktiviti luar. Nanti penulis terangkan dalam artikel yang akan datang.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...