Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Budak Tingkatan 6 Pun Boleh Fikir Macam Najib Selesai 1MDB tu Kata Khairuddin

Posted: 01 Jan 2016 08:30 AM PST


Kerajaan Malaysia yang memiliki syarikat pelaburan strategik, 1MDB, telah melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penjualan ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia kepada syarikat usahasama kerajaan Johor dan China dianggap menggadai harta milik negara.

"Kini negara telah hilang kepentingan pemilikan sebahagian dari hartanah di Bandar Malaysia Sungai Besi kerana 60% ekuitinya telah dibeli oleh syarikat China Rail Engineeting Corporation (CREC).

"Rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah pusaka milik kerajaan kepada syarikat asing. Ini satu pengkhianatan kerana harta milik negara terpaksa digadai kepada orang luar.

"Apakah kaedah penyelesaian hutang syarikat 1MDB seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibanggakan serta boleh diterima secara waras?

"Hakikatnya, kaedah ini amat jijik kerana rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah paling potensi di negara kita kepada kuasa luar.

'Kita sepatutnya mempertahankan segala harta milik kerajaan dan negara bukan menggadaikannya untuk membayar hutang syarikat 1MDB," katanya.

Khamis lalu, 1MDB mengumumkan penjualan 60 peratus pegangannya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan CREC pada harga RM7. 41 bilion.

Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usaha sama 60:40 antara IWH dan CREC.

Sebelum ini, 1MDB mengumumkan anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd, menjual semua loji janakuasa elektrik kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 billion.

Dalam masa yang sama, Khairuddin mengingatkan Najib supaya jangan cepat syok sendiri kerana kaedah penyelesaian masalah 1MDB itu tidak harus dipuji sama sekali.

"Budak sekolah tingkatan 6 pun boleh fikir macam Najib selesai masalah bebanan hutang syarikat 1MDB. Saya secara peribadi tak minat mengenai program rasionalisasi 1MDB tetapi lebih berminat untuk tahu mana duit-duit pelaburan 1MDB dulu berada?

Beliau menyenaraikan soalan-soalan yang belum terjawab iaitu:

1-Mana pergi duit-duit pelaburan di Kepulauan Cayman kira-kira RM7 billion?
2-Apa jadi dengan kononnya duit sejumlah hampir RM4 bilion yang sepatutnya disimpan di Bank BSI Singapura?
3-Apa jadi dengan duit Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sejumlah RM 4 billion?
4-Kenapa bayar tanah di Ayer Hitam Pulau Pinang dengan kadar harga begitu tinggi berharga RM1.3 billion?
5-Kenapa pinjam melalui syarikat Goldman Sachs bayar faedah setinggi kadar 12%?
6-Mengapa beli janakuasa letrik dengan harga amat tinggi dari kadar harga pasaran?

"Banyak lagi soalan-soalan yang harus dijawab oleh Najib serta 1MDB," tegasnya lapor Free Malaysia Today


Kalau Macam Ni..Ahmad Maslan Pun Boleh Jadi PM.. Kata Anina

Posted: 01 Jan 2016 06:41 AM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin telah mengisytiharkan bahawa beliau dapat mengatasi cabaran utama 1MDB, namun pengkritik percaya sebaliknya.

Bekas Ahli Umno Langkawi Anina Saadudin berkata syarikat pelaburan negara itu hanya menjual aset dalam usaha untuk mengurangkan hutangnya.

"Apa yang beliau (Najib) lakukan sekarang hanya mengatakan apa yang mereka ada dan tidak apa yang mereka usahakan. Mereka hanya menjual apa sahaja yang negara ini telah dibina setakat ini," katanya kepada Malaysiakini.

"Malah Ahmad Maslan boleh jadi perdana menteri jika anda hanya menjual tabung negara untuk membetulkan ekonomi negara," kata Anina, yang menjadi terkenal selepas menyaman Najib berhubung isu derma RM2.6 bilion.

Najib pada Jun berjanji bahawa masalah 1MDB akan diselesaikan pada 2015. Namun Anina berpendapat bahawa janji perdana menteri itu hanya sekadar untuk mengatakan sesuatu.

"Beliau pada dasarnya telah memungkiri janji lagi. Tidak ada sebarang petunjuk bahawa 1MDB semakin baik," kata Anina.

Najib semalam berkata 1MDB telah pun merangka perjanjian yang akan menyebabkan hutang-hutangnya berkurangan sekitar RM40.4 bilion.

Terkini adalah jualan 60 peratus ekuiti di Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

1MDB sebelum ini menjual aset tenaganya di bawah anak syarikat Edra Energy dan juga menyusun agar liabilitinya diambil alih oleh firma asing IPIC, dalam satu pemindahan aset tidak lama lagi lapor Malaysiakini


Hutang RM46 Billion, Jual Bandar Malaysia RM7.41 Billion.. Najib Kata Isu 1MDB Dah Settle?

Posted: 31 Dec 2015 04:30 PM PST


Sepanjang hidup aku inilah pertama kali aku dengar Penasihat bagi sebuah Syarikat bangga bila Syarikatnya terpaksa menjual aset bagi mengurangkan hutangnya..

Semalam 1MDB mengumumkan ia telah menjual 60 peratus pegangan dalam Bandar Malaysia bernilai RM7.41 bilion kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation Sdn Bhd.

Dan Najib dilaporkan bangga dengan penjualan untuk mengurangkan hutang itu..

Yang aku tahu, Syarikat hanya akan berbangga jika hutangnya boleh dikurangkan atau dilunaskan melalui keuntungan yang diperolehinya bukannya dengan menjual apa yang ada..

Tapi entah mana Najib belajar pasal pengurusan perniagaan ni.. Najib bangga bila 1MDB yang diilhamkan olehnya terpaksa menjual pegangannya untuk mengurangkan hutang..

Baca ni..

Najib dengan bangganya menghuraikan bagaimana 1MDB telah menandatangani beberapa perjanjian yang akan menyaksikan hutang syarikat itu berkurangan kepada kira-kira RM40.4 bilion.

Katanya, ini mewakili sebahagian besar daripada hutang RM46 bilion yang ditanggung oleh 1MDB.

Antaranya, adalah penjualan 60 peratus ekuiti dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

Perjanjian itu diumumkan hari ini dan Najib berkata ia akan membebaskan 1MDB dengan jumlah hutang sebanyak RM7.1 bilion ~ Malaysiakini

Hutang RM46 Billion, tapi jual pegangan dengan harga RM7.1 Billion.. Najib boleh kata ini mewakili sebahagian besar daripada hutang?

Macam mana dia kira tu?.. nampak macam nak perbodohkan rakyat saja ni..

Tapi kalau kita baca apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian ni disebut 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia bersamaan RM7.41 bilion.. bukannya RM7.41 Billion seperti yang Najib sebut tu..

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akui mencapai sasaran pelan rasionalisasinya dalam rangka mengurangkan hutang syarikat milik kerajaan itu dalam tempoh enam bulan yang dijanjikan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, ianya tercapai setelah langkah terakhir diambil hari ini dengan penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia kepada konsortium.

"Bagi pelan rasionalisasi ini, kami telah capai apa yang kami sasarkan.

"Dan hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2015 seperti yang dijanjikan, kami telah mencapai 'final piece of puzzle' dengan menjual Bandar Malaysia dengan secara keseluruhannya jumlah pengurangan hutang sehingga RM12.35 bilion ," katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli Saham di sini, hari ini.

1MDB menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia bersamaan RM7.41 bilion kepada Konsortium iaitu usahasama antara syarikat milik Kerajaan Negeri Johor dan sebuah syarikat mega dari China.

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Sebelum ini, 1MDB telah menjual semua asetnya terhadap Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Selain penjualan ekuiti dalam syarikat tenaga Edra, pelan rasionalisasi 1MDB termasuk pelaksanaan pertukaran hutang dengan ekuiti, dengan syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak kira-kira RM16 bilion ~ SinarHarian

Aset tenaga negara Edra Global Energy Bhd dijual kepada China General Nuclear Power Corp.. firma dari luar negara..

Bandar Malaysia dijual kepada Konsortium iaitu usahasama antara syarikat milik Kerajaan Negeri Johor dan sebuah syarikat mega juga dari China.

Tahun depan dalam Perhimpunan UMNO pakat ramai-ramai menyanyi lagu ni..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa

Lepas tu pakat menangis riuh rendah.. sedih sangat konon...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...